lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Ladang Solar 100MW Bakal Dibina Di Merchang
Ladang Solar 100MW Bakal Dibina Di Merchang
TRG Silica (Marang) Sdn Bhd dengan kerjasama Syarikat Jerman akan mengusahakan ladang solar sebagaimana yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Tenaga baru-baru ini.
03 May 20
679
SUK-PUSPANITA Adakan Kursus Protokol & Etiket Sosial
SUK-PUSPANITA Adakan Kursus Protokol & Etiket Sosial
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Terengganu mengadakan Kursus Protokol & Etiket Sosial di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.
03 May 20
290
Terengganu Bebas Koronavirus
Terengganu Bebas Koronavirus
Kerajaan negeri mengesahkan Terengganu bebas daripada sebarang kes 2019 Novel Koronavirus (2019-nCOV).
02 May 20
85
COVID 19- Pertubuhan Forum Udara Bersih Sasar Agih 4,000 PPE
COVID 19- Pertubuhan Forum Udara Bersih Sasar Agih 4,000 PPE
KUALA TERENGGANU, 2 Mei- Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia (PFUBM) menyasarkan menghasilkan kira-kira 4,000 peralatan perlindungan diri (PPE) untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan dalam tepoh terdekat. Pengarah Projek Frontliner PPE Support Team Dr Noor Zaitun Yahaya, berkata sehingga kini 2,000 PPE berjaya dihasilkan bagi projek fasa pertama  dan telah diagihkan kepada pihak yang memerlukan, termasuk barisan hadapan di Kelantan dan Pahang. Katanya, PFUBM bersedia menghasilkan lebih banyak PPE sekiranya mendapat permintaan, terutama  daripada negeri yang masih mencatatkan kes baharu penularan Covid-19. “Dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk  Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) dan  Majlis Dakwah Negara Negeri Terengganu (MDNT), apa yang dirancang itu mampu dilaksanakan. “Projek penghasilan PPE dibiayai oleh dana sumbangan, NGO, badan korporat, serta orang ramai,”katanya. Beliau berkata demikian selepas  Majlis Penyerahan 148 Set Isolasi kepada barisan hadapan, termasuk Menteri Besar,  Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Hadir sama, Naib Canselor  UMT, Prof Nor Aieni  Mokhtar dan  Pegawai Eksekutif TESDEC, Dato’ Md Kamaru Al-Amin, Katanya, individu atau institusi yang berhasrat menyokong projek ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Malaysia Berhad (5630-6414-4012 atas nama The Clean Air Forum Society of Malaysia). "Semua sumbangan dikecualikan daripada cukai (tertakluk kepada kelulusan pihak LHDN). Para penyumbang boleh kemukakan bukti pembayaran untuk Resit Pelepasan Cukai yang akan diberi setelah transaksi berjaya dan boleh die-melkan kepada: cleanairmalaysia@gmail.com atau hubungi Dr Mohd Shahrir di talian 017 – 9681102," katanya.
02 May 20
212
KPDNHEP Terengganu Isytihar 16 Barangan Kawalan
KPDNHEP Terengganu Isytihar 16 Barangan Kawalan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) Terengganu menyenaraikan 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2020 bermula 20 Januari hingga 2 Februari ini.
02 May 20
58
Segmen : Hari Ini Dalam Sejarah (Minggu Ke 2 Dalam Januari 2019)
Segmen : Hari Ini Dalam Sejarah (Minggu Ke 2 Dalam Januari 2019)
Segmen baru di TV Darul Iman, hari ini dalam sejarah. Minggu Ke 2 Dalam Januari 2019. Jom saksikan rewind Januari 2019. Jangan lupa share tau.
01 May 20
64
COVID 19 : Rakyat Terengganu Dinasihatkan Berjaga-jaga, Ikut Langkah Pencegahan
COVID 19 : Rakyat Terengganu Dinasihatkan Berjaga-jaga, Ikut Langkah Pencegahan
Oleh: Aslam Wira KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Rakyat Terengganu dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan penularan wabak coronavirus (Covid-19) yang kini berada di peringkat kedua. Setelah wabak ini diisytiharkan sebagai 'pandemik' oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerajaan negeri telah mengeluarkan satu pekeliling untuk menangguhkan sebarang program yang melibatkan orang ramai. Arahan ini juga adalah tertakluk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ekoran daripada penularan wabak yang semakin meningkat di Malaysia. Kerajaan negeri telah menggesa semua program-program yang melibatkan perhimpunan melebihi 100 orang peserta hendaklah ditangguhkan buat sementara waktu. Berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga jam empat petang semalam seramai 158 orang telah dilaporkan positif COVID-19. Walaubagaimanapun, Terengganu masih lagi terkawal dan tiada kes disahkan positif dilaporkan setakat ini. Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan daripada laman sesawang KKM, http://www.moh.gov.my @ https://www.infosihat.gov.my
13 Mar 20
848
Empat Nelayan Hilang Ditemui Selamat
Empat Nelayan Hilang Ditemui Selamat
KUALA TERENGGANU, 14 Februari- Empat nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak keluar 7 Februari lalu, ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), hari ini.   Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, nelayan-nelayan itu ditemui lebih kurang 10 batu nautika ia dilaporkan hilang pada 5.15 petang.   "Kami menerima laporan kehilangan pada 10.00 malam dua hari lalu dan memulakan pencarian awal pagi semalam menggunakan Kapal Maritim (KM) Jujur dan KM Gemia.   Komander Maritim Ariffin Ghazali.   "Hari ini merupakan hari kedua pencarian pihak APMM dan nelayan terbabit ditemui oleh KM Gemia setelah tujuh hari hilang di laut," katanya.   Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di jeti Ibu Pejabat APMM Terengganu, di sini, malam ini. Menurutnya, nelayan berkenaan iaitu Azwan Yusof, 36; Walik Hafizul Walek@Raffa, 35; Hanafi Nasrizal Hamtha, 26, dan Mohd Faizan Musa, 29 yang menaiki bot kelas A dengan nombor pendaftaran TRF 1178 itu ditunda Kapal Maritim (KM) Gemia ke jeti APMM, sebentar tadi.   "Keempat-empat nelayan terbabit kini berada dalam keadaan stabil setelah kita memberikan makanan serta rawatan awal.   Bot nelayan yang hilang sejak tujuh hari lalu.   "Pemeriksaan awal, kita dapati bot mengalami kerosakan pada bateri menyebabkan ia tidak dapat dihidupkan dan mereka hanyut," katanya.   Terdahulu, bot dinaiki nelayan dari Kampung Losong dilaporkan hilang selepas keluar ke laut Jumaat lalu.   Adik Azuan yang merupakan tekong bot, Mohd Amri Yusof, 33, melaporkan kejadian itu kepada APMM Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut, dua hari lalu setelah abangnya tidak dapat dihubungi. KM Gemia sedang menunda bot ke jeti.
14 Feb 20
560
Coronavirus : Terengganu, Jabatan Kesihatan Pantau Tapak ECRL Dan Pelabuhan
Coronavirus : Terengganu, Jabatan Kesihatan Pantau Tapak ECRL Dan Pelabuhan
KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Kerajaan Terengganu dan Jabatan Kesihatan terus memantau beberapa kawasan terutamanya tempat penginapan pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta pelabuhan bagi membendung penularan wabak coronavirus (2019-nCoV) di negeri itu.   Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, meskipun tiada kes melibatkan virus itu di Terengganu, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil bagi menghilangkan kebimbangan rakyat.   “Semua kawasan akan dipantau, termasuklah kemasukan kapal-kapal dari pelabuhan Kerteh dan Kemaman, alhamdulillah setakat ini pemeriksaan mendapati tiada apa-apa yang berlaku.   “Dalam tempoh ini ada sekitar 1,400 orang dari negara luar termasuk yang bekerja telah masuk melalui pelabuhan berkenaan, dan apabila dijalankan imbasan, mereka ini tidak dijangkiti virus,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman hari ini.   Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri memaklumkan, kehadiran pelancong dari negara China telah dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui beberapa pintu masuk utama.   “Pelancong-pelancong yang datang ke Terengganu melalui lapangan-lapangan terbang antarabangsa sama ada di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang akan diperiksa oleh KKM.   “Sebelum masuk ke Terengganu, mereka diperiksa di sana dahulu, ada pun yang masuk melalui sempadan negara, contohnya Thailand-Kelantan, kerajaan turut menjalankan pemeriksaan.   “Buat masa ini, di pihak kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan, kita sentiasa lakukan pantauan, langkah waspada kita tingkatkan,” tambah beliau.     Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar mengambil maklumat yang tepat dan sahih daripada pihak berautoriti sebelum membuat apa-apa tindakan.   Untuk rekod, jumlah kematian akibat virus meningkat 26 hingga132 orang di China, manakala jumlah kes yang disahkan meningkat kepada 5,974 kes.   Jumlah kes di China kini melebihi 5,327 kes Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang membunuh kira-kira 800 orang di seluruh dunia pada 2002-2003.  
28 Jan 20
135
Jangan Panik, Tiada Jangkitan Coronavirus Di Terengganu
Jangan Panik, Tiada Jangkitan Coronavirus Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 Januari - Orang ramai khususnya rakyat Terengganu dinasihatkan agar tidak panik dan mempercayai sebarang berita palsu berkaitan jangkitan Novel Coronavirus di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat menegaskan perkara itu selepas tersebar berita seorang kanak-kanak yang disyaki dijangkiti Coronavirus dilarikan dari Hospital Kemaman. Sebaliknya apa yang berlaku katanya, ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak faham dengan apa yang dimaklumkan oleh doktor kerana masalah komunikasi bahasa lalu membawa pulang semula anaknya ke tapak ECRL dan bukannya melarikan diri. "Tambahan pula kanak-kanak berkenaan cuma mengalami simpton Coronavirus dan masih belum disahkan positif penyakit itu sebagaimana tular di laman sosial. "Sebarang maklumat selanjutnya akan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Hospital Terengganu dalam masa terdekat, warga Kemaman khususnya jangan panik dan mempercayai khabar angin," tegasnya dalam satu kenyataan sebentar tadi. Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, kanak-kanak tersebut bagaimanapun sudah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk dikuarantin. "Pihak Hospital meminta bantuan Polis untuk mengesan kanak-kanak ini. Polis serta-merta mengambil tindakan bertemu dengan ibu bapa kanak-kanak ini di ECRL. "Kemudiannya membawa kanak-kanak ini menaiki ambulans dan terus dibawa ke Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu," tambah beliau. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Azimi Yunus mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan warga China berusia lima tahun menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Bagaimanapun pemeriksaan mendapati, kanak-kanak itu tidak memenuhi kriteria sebagai pesakit disyaki Patient Under Investigation (PUI) atau pesakit Coronavirus. Pihak hospital memberi rawatan biasa kepada kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu dimasukkan ke wad di hopsital berkenaan jam 6.15 petang tadi, Terdahulu dilaporkan, kanak-kanak itu bersama ibu bapanya ke Hospital Kemaman jam 13.34 tengah hari tadi untuk mendapatkan rawatan.  
27 Jan 20
94