lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Penggiat Media: Pertahan Kerajaan Melalui Penerangan
Penggiat Media: Pertahan Kerajaan Melalui Penerangan
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 27 April- Seluruh penggiat dan aktivis media di dalam negeri diseru memperkukuhkan kerajaan Islam di Terengganu melalui pencerahan efektif, tepat dan sahih. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, masyarakat perlu diyakini akan kerajaan sekarang melalui pemberitaan dan penyampaian inisiatif dan hasil yang telah dibuat untuk rakyat. “Kita sebagai orang yang berperanan dalam media mesti meyakinkan rakyat menerima kerajaan sekarang ini sebagai sebuah pemerintahan yang lebih baik daripada sebelum ini agar dikekalkan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang. “Saya yakin kita sebagai penggiat media sama ada pengiat media kerajaan, NGO atau mana-mana pertubuhan yang menyokong pemerintahan ini mesti memainkan peranan secara di luar kotak dan luar biasa,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) di Permai Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menurutnya, peperangan sengit akan berlaku sama ada dalam media umum sosial sekiranya berlaku pilihan raya dalam keadaan norma baharu akibat COVID-19. “Sejauh mana peranan kita sebagai pengamal dan penggerak media telah dapat menyakinkan rakyat bermula dengan anggota perkhidmatan awam yang ada di sekeliling kita. “Dan secara umumnya boleh menerima kita (PAS) sebagai sebuah kerajaan  yang lebih baik daripada pelbagai pihak yang bercita-bercita menjadi kerajaan termasuk pemerintah sebelum daripada ini,” jelasnya. Tambah Dato’ Yahaya, Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) merupakan 'training ground' (latihan lapangan) tempat untuk melatih pengamal media supaya mereka mempunyai kemahiran, pengalaman yang akhirnya menjadi sebahagian orang 'penting' dalam kerajaan. “Kita tidak boleh dilihat kerajaan yang ada ini milik Menteri Besar, Exco, tidak boleh. Mereka melaksanakan tanggungjawab mereka tapi kita sebagai orang yang berperanan dalam media mesti mengukuhkan kerajaan dalam apa bentuk sekalipun. “Pada saya, mereka telah melaksanakan tugas dengan baik tetapi untuk menjadi sebuah kerajaan yang ideal. “Bagaimana seorang pemimpin apabila berada dalam suasana mencabar ini, buat kerja mesti berlipat kali ganda. Tidak boleh biasa, kerajaan yang ada ini adalah kerajaan bersama,” tegasnya. Justeru itu, beliau menambah pemerintahan yang ada ini mesti dilihat kerajaan yang kuat, yang sangat memberikan kebaikan pada rakyat. “Kerajaan yang balik pada Islam, kerajaan yang berkomitmen tinggi dalam menguruskan kepentingan pada rakyat,” tambahnya. Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said, Pengerusi KAMI, Naraza Muda dan Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT), Khairul Azlam Mohamad. Barisan penggiat media KAMI  
27 Apr 21
158
Penyatuan Ummah Langkaui Kepentingan Politik
Penyatuan Ummah Langkaui Kepentingan Politik
PAS sekali lagi menekankan asas penyatuan ummah seperti digagaskan dalam deklarasi Muafakat Nasional (MN) harus melangkaui kepentingan politik.
05 Apr 21
171
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
451
PAS Optimis Bersama Bersatu, Umno Dalam PRU15
PAS Optimis Bersama Bersatu, Umno Dalam PRU15
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - PAS optimis kerjasama parti itu dengan Bersatu dan Umno akan terus berjalan termasuk dalam mendepani Pilihan Raya Umum akan datang. Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun Bersatu dan Umno kini dilihat tidak sehaluan tetapi pihaknya yakin ia dapat diselesaikan dengan baik. "Langkah akan diambil oleh barisan kepimpinan PAS, Bersatu dan Umno dalam mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. "PAS sendiri sudah menyatakan pendirian mereka terhadap kepimpinan kedua-dua parti itu bagi menjamin keharmonian antara parti," katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman, pagi tadi. Menjawab tuduhan pihak tertentu mengenai proses agihan kerusi antara ketiga-tiga parti menemui jalan buntu, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu menafikan perkara tersebut. "Dalam pendapat saya, situasi sekarang masih tidak buntu, dan pihak kami telah mengadakan dua pertemuan, jadi keadaan sekarang tidak boleh dikatakan menemui jalan buntu. "Kita optimis dalam kerjasama ini supaya ia akan berjaya," jelasnya. Katanya, itu adalah pandangan peribadi mereka dan sebagai kepimpinan utama semua pihak perlu mencari jalan terbaik. Baru-baru ini, Pengarah Pilihan Raya Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata, perbincangan dengan rakan sekutunya di Terengganu mungkin sudah menemukan jalan buntu berikutan Umno negeri itu menuntut 16 kerusi DUN dan empat parlimen. Difahamkan tuntutan itu juga tidak selari dengan persetujuan agihan kerusi di peringkat pusat iaitu pengekalan status quo atau PAS dan Umno kekal bertanding di kerusi yang mereka menangi.  
24 Feb 21
280
Harmonikan Muafakat Nasional Demi Kebajikan Rakyat
Harmonikan Muafakat Nasional Demi Kebajikan Rakyat
KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Semangat Muafakat Nasional diteruskan antara PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan UMNO DUN Batu Buruk dengan jalinan kerjasama dalam bentuk agihan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT), semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan gandingan tersebut adalah penting bagi memastikan kebajikan rakyat terbela secara keseluruhannya. “Tumpuan utama kerajaan negeri Terengganu adalah berkhidmat untuk rakyat, tanpa mengira fahaman parti politik masing-masing. “Perkara ini amat releven terutamanya ketika mendepani cabaran ekonomi yang genting dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," jelasnya. Tambahnya, seramai 100 orang yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh PKP telah menerima sumbangan berupa wang tunai RM100 seorang manakala selebihnya telah disampaikan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat dalam Dun Batu Buruk. Beliau berkata ketika menghadiri majlis serahan Bantuan BERKAT di Dewan Terbuka Balai raya Kg. Padang Gong Pak Maseh, semalam. Turut hadir, Ketua Urusetia UMNO DUN Batu Buruk, Latif Ibrahim serta ahli-ahli Jawatankuasa UMNO DUN Batu Buruk. Sementara itu, Ketua Urusetia UMNO DUN tersebut, Latif Ibrahim, merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur khususnya ADUN Batu Buruk yang telah menjemput pihaknya dalam majlis agihan tersebut. “Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Batu Buruk atas sumbangan ini dan saya harapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya. Untuk pengetahuan, majlis dijalankan secara sederhana mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan menjaga penjarakan fizikal antara penerima dan mengimbas suhu sebelum membuat pendaftaran.  
23 Feb 21
376
Anti-Politik, Punca Dan Penyelesaian
Anti-Politik, Punca Dan Penyelesaian
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Isu anti-politik merupakan suatu dilema yang dihadapi oleh masyarakat generasi kini berpunca daripada pelbagai faktor dalaman dan luaran, namun jalan penyelesaian boleh dilihat dari sudut Islam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, berdasarkan kajian, anak muda dari umur 18 ke atas tidak gemar mengambil tahu berkenaan wacana politik. “Punca pertama adalah dari dalaman, kerana kita jahil atau tidak tahu akan politik dari segi definisi Islam iaitu siasah, hasilnya kita akan jadi musuh kepada perkara yang tidak diketahui. “Kedua, pengaruh hawa nafsu di mana kita tidak mahu ambil tahu. Pemikiran atau ideologi luaran turut mempengaruhi seseorang itu memandang serong kepada politik. “Punca luaran pula seperti propaganda yang dibawa oleh penjajah, seperti sekularisme yang memisahkan agama dengan politik manakala perangai orang politik juga memainkan peranan dalam memburukkan persepsi landskap tersebut,” katanya ketika bersiaran langsung di TVDI, baru-baru ini. Mengulas tentang jalan penyelesaian sikap kurang cakna dalam siasah, Mohd Nor menjelaskan, kecelaruan minda mempengaruhi sifat membezakan perkara baik dan buruk. “Oleh itu, minda perlu dibersihkan melalui perbincangan ilmiah dan melihat politik dari sudut Islam, merujuk kepada mengurus dan mentadbir masyarakat bertepatan dengan syariah,” jelasnya. Sementara itu, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) yang juga ahli panel forum, Kamaruzaman Abdullah menyifatkan persepsi orang ramai perlu diubah dan melihat politik sebahagian daripada 'addin' (agama), seperti sembahyang, zakat dan sebagainya. “Contohi Nabi Muhammad SAW kerana baginda juga merupakan ahli politik yang besar, mengajar para sahabat supaya mengambil cakna tentang bidang tersebut,” tambahnya.
14 Feb 21
732
Bicara Bajet 2021 : Politik semasa Negara dan panduan untuk menghadapi isu-isu yang mendatang?
Bicara Bajet 2021 : Politik semasa Negara dan panduan untuk menghadapi isu-isu yang mendatang?
Bicara Bajet 2021 : Politik semasa Negara dan panduan untuk menghadapi isu-isu yang mendatang? Antara Ulasan daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan
03 Feb 21
180
Kerajaan Perikatan Nasional Masih Kerajaan Sah
Kerajaan Perikatan Nasional Masih Kerajaan Sah
SETIU, 10 Januari - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih sebuah kerajaan yang sah dan tidak tergugat dengan penarikan sokongan Ahli Parlimen Machang, Dato’ Ahmad Jazlan Yaakub. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, dengan majoriti 110 sokongan ia membolehkan kerajaan terus berfungsi seperti biasa. “Kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan yang ‘valid’ (sah), mempunyai bilangan yang cukup dan yang penting bagi kita adalah kerajaan yang berfungsi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu yang baharu di Sungai Tarom di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir. Dalam laporan media sebelum ini Ahmad Jazlan berkata, keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut dibuat tanpa desakan daripada mana-mana pihak. Menurutnya, tindakan berkenaan dilakukan atas dasar memperjuangkan prinsip parti serta maruah Barisan Nasional (BN) dan bukannya kepentingan peribadi.  
10 Jan 21
245
'PAS Tak Campur Urusan Dalaman Parti Lain'
'PAS Tak Campur Urusan Dalaman Parti Lain'
KUALA TERENGGANU, 6 Januari – PAS hari ini mengulangi pendirian untuk tidak mencampuri urusan dalaman parti lain. Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebaliknya berkata, parti itu akan memberi komitmen sepenuhnya untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) demi kepentingan rakyat serta negara. "PAS tidak akan masuk campur dan tidak akan menjawab dalam hal urusan parti lain. “Kami tetap dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan baik antara MN dan PN kerana itu adalah jalan terbaik untuk keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dalam negeri dan negara kita,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani MOU Antara Terengganu Football Club Sdn Bhd Dan Universiti Sultan Zainal Abidin di Wisma Darul Iman, tengah hari tadi. Mengulas mengenai hasrat UMNO Terengganu yang ingin bertanding semua kerusi Parlimen dan DUN di negeri terbabit beliau berkata ia hanyalah masih di peringkat awal. "Selagi rundingan kerusi (antara parti) belum selesai ia dilihat sebagai ‘wishlist’ sahaja. “Pada masa sama, pengeluaran watikah pelantikan calon bagi semua parti-parti diputuskan di peringkat pusat dan dikeluarkan oleh presiden parti masing-masing,” ulasnya.
06 Jan 21
2166
Tunjuk Kepimpinan Cara Orang Muda - Zuraida
Tunjuk Kepimpinan Cara Orang Muda - Zuraida
KUALA TERENGGANU, 30 Disember – Golongan pemuda yang dilantik menjawat posisi penting dalam pentadbiran negara, mesti menggunakan peluang tersebut bagi menunjukkan cara memimpin dari perspektif seorang pemuda. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata pelantikan tersebut merupakan peluang keemasan yang wajar dimanfaatkan oleh mereka bagi menunjukkan bagaimana seorang pemuda mentadbir dan berfikir. Pada masa yang sama, beliau turut melahirkan kegembiraan apabila golongan muda begitu diraikan, diberi pengiktirafan serta peluang untuk menerajui tampuk penting dalam pentadbiran negara walaupun dalam usia yang masih muda. “Bukanlah kami meminta jawatan, jauh sekali ingin menyaingi golongan yang lama, kami tetap hormat dan sanjung cumanya sinergi antara kaum muda dan kaum yang lebih berpengalaman, pastinya akan memberi lebih kelicinan pada gerak kerja seperti pepatah arab, semangat para pemuda dan kebijaksanaan orang lama. “Kelebihan orang muda adalah dari segi semangat dan tenaganya manakala orang lama miliki pengalaman dan ilmu yang banyak, kalau kita seiringan, mengatur gerak langkah secara harmoni, insya-Allah banyak perkara yang akan diselesaikan bersama,” ujarnya. Zuraida yang juga merupakan Ketua Pengarah Ameerah Malaysia berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), kelmarin. Terdahulu, beliau mengucapkan tahniah kepada Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin atas pelantikan selaku Ahli Dewan Negara, yang telah mengangkat sumpah pada 28 Disember 2020 yang lalu. Untuk rekod, Khairil merupakan Ketua Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (DPPM) dan merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).
30 Dec 20
274