lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

'Semasa Kempen Cakap Lain, Selepas Menang Buat Lain'
'Semasa Kempen Cakap Lain, Selepas Menang Buat Lain'
Perikatan Nasional (PN) menegaskan parti itu tidak berbolak balik seperti parti lain yang melakukan tindakan berbeza sebelum dan selepas PRU15.
15 Jan 23
819
Persekutuan Perlu Hayati Bidang Kuasa Kerajaan
Persekutuan Perlu Hayati Bidang Kuasa Kerajaan
Kerajaan Persekutuan perlu menghayati bidang kuasa kerajaan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara, ujar Menteri Besar Terengganu ketika diminta mengulas mengenai bantuan banjir agensi Persekutuan yang tidak diagihkan melalui kerajaan negeri sebagaimana didakwa pelbagai pihak.
15 Jan 23
346
'Semasa Kempen Cakap Lain, Selepas Menang Buat Lain'
'Semasa Kempen Cakap Lain, Selepas Menang Buat Lain'
BESUT, 12 Januari - Perikatan Nasional (PN) menegaskan parti itu tidak berbolak balik seperti parti lain yang melakukan tindakan berbeza sebelum dan selepas PRU15. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN berjaya membuktikan kepada rakyat bahawa apa yang dilaungkan semasa berkempen dan selepas PRU15 tetap sama. Ujar beliau yang juga Bendahari PN, perjuangan parti itu adalah mengangkat nasib rakyat bukan untuk memperdayakan masyarakat semata-mata demi meraih undi. "Perkara yang penting adalah bagaimana kita (telah) yakinkan rakyat bahawa muafakat politik antara PAS bersama rakan-rakan dalam PN merupakan muafakat politik yang lebih kukuh, stabil dan lebih jelas. "Suara yang kita laungkan semasa berkempen dan selepas pada itu (sama), kita tidak berbolak balik semasa kempen cakap lain, selepas mencapai kemenangan cakap lain, kita tidak begitu," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Banjir Daerah Besut, di Putera Square, di sini, hari ini. Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang, Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh serta Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan negeri, Hanafiah Mat. Menjawab mengenai keputusan Barisan Nasional untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH), Ahmad Samsuri berkata PN tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk bersamanya. "Kita tidak dapat memaksa mana-mana pihak untuk bersama dengan kita dalam Muafakat Nasional dan saya percaya itu adalah pilihan UMNO dan Barisan Nasional untuk bersama dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu. "Itu menjadi pilihan dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi," ujarnya.
12 Jan 23
863
Persekutuan Perlu Hayati Bidang Kuasa Kerajaan
Persekutuan Perlu Hayati Bidang Kuasa Kerajaan
BESUT, 12 Januari - Kerajaan Persekutuan perlu menghayati bidang kuasa kerajaan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara, ujar Menteri Besar Terengganu ketika diminta mengulas mengenai bantuan banjir agensi Persekutuan yang tidak diagihkan melalui kerajaan negeri sebagaimana didakwa pelbagai pihak. Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan yang berlaku di peringkat Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutamanya membabitkan sebarang bantuan dan hak rakyat Terengganu. "Wujud bidang kuasa tertentu antara kerajaan negeri dan persekutuan, di mana setiap perbincangan, pertemuan dan sebagainya perlu dihormati dalam melaksanakan apa yang ada dalam senarai bidang kuasa bersama. "Belum lagi 60 hari, tidak sampai lagi 100 hari, saya percaya kerajaan persekutuan yang wujud pada hari ini tidak ingin melaksanakan politik sengketa, terpulanglah kepada mereka bagaimana untuk dilaksanakan," ujarnya ketika hadir pada Majlis Penyampaian Bantuan banjir Daerah Besut. di Putera Square, di sini, hari ini. Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang, Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Dalam pada itu, mengulas mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Terengganu, Pengerusi PN Terengganu itu berkata semuanya berjalan lancar. "Terengganu tiada sebarang masalah di kalangan rakan-rakan muafakat politik dalam PN, kita duduk dan bincang dalam waktu yang singkat sahaja. "Kerana yang penting bagi kita bagaimana mencari jalan untuk meletakkan calon yang terbaik bagi melaksanakan amanah serta berkhidmat untuk rakyat dengan cara yang paling terbaik," ujarnya lagi.  
12 Jan 23
793
Peti Undi Pulau Redang Tiba Jam 6 Petang
Peti Undi Pulau Redang Tiba Jam 6 Petang
SETIU, 19 November - Tiga beg kuning peti Undi Pulau Redang telah tiba di Padang Astaka Majlis Daerah Setiu pada jam 6.00 petang. Ketiga-tiga peti Undi itu Dari Pusat Pengundian Pulau Redang  telah dibawa oleh tiga ketua tempat mengundi bersama tiga polis pengiring dengan helikopter sewa khas yang bertolak pada jam 5.00 petang dari Lapangan Terbamg Pulau Redang. Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Pulau Redang adalah seramai 1,316. Kesemua pengundi telah melaksanakan tugas berkenaan pada jam 8 pagi dan berakhir tiga petang melalui tiga saluran di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang. Ini merupakan peti Undi yang pertama telah tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom.  
19 Nov 22
483
PRU15: Sempat Mengundi Sebelum Berangkat Tunaikan Umrah
PRU15: Sempat Mengundi Sebelum Berangkat Tunaikan Umrah
HULU TERENGGANU, 19 November - Walaupun hanya tinggal beberapa jam sebelum terbang untuk menunaikan umrah, seorang pengundi tetap menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kali ini. A.Rani Mamat, 57, dari Kampung Felcra Bukit Kapah berkata dia bergegas melunaskan tugasnya sebagai pengundi sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan menyertai jemaah lain untuk berangkat ke Tanah Suci selepas Asar. "Penting untuk saya memilih pemimpin yang layak bagi memimpin negara, jadi tidak ada masalah untuk datang membuang undi sebelum ke lapangan terbang. "Saya bergerak dari rumah seawal 6.30 pagi dan menjadi orang kedua selepas calon Perikatan Nasional(PN) P038, Datuk Rosol Wahid mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman pada 8.05 pagi tadi," ujarnya. Dia yang ditemani anak lelakinya berkata, perancangan untuk menunaikan umrah sudah lama dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020. "Dah lama tertangguh dan kini hasrat saya akhirnya tertunai tapi tetap akan menunaikan tanggungjawab mengundi kerana ia sangat penting untuk masa depan kita semua," katanya.
19 Nov 22
554
PRU15: Orang Asli Sungai Berua Tunai Tanggungjawab
PRU15: Orang Asli Sungai Berua Tunai Tanggungjawab
HULU TERENGGANU, 19 November - Meskipun tinggal  di pedalaman, lebih 250  masyarakat orang asli di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua tidak menjadikan itu sebagai halangan untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) hari ini. Tok Batin, Rosli Desuh, 47, berkata, sejak jam 8.30 pagi masyarakat org asli dari suku kaum Semaq Beri, memenuhi perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Tapah, untuk membuang undi. "Kali ini ada penambahan pengundi lebih 100 orang apabila pengundi muda layak menunaikan tanggungjawab mereka. "Saya arahkan semua yang layak mengundi keluar ke pusat pengundian lebih awal bagi mengelak berlaku keciciran sekiranya mereka tidak keluar dalam satu kelompok," katanya. Menurutnya, tanggungjawab sebagai pengundi harus dilaksanakan bagi memilih wakil rakyat yang boleh menjaga kebajikan mereka. Seorang penduduk masyarakat orang asli yang ditemui, Era Alias, 21, berkata, dia teruja untuk membuang undi buat kali pertama. "Sebelum ini hanya teman keluarga datang mengundi tetapi hari saya menjadi pemilih untuk menentukan pemimpin yang layak untuk tadbir negara. "Sejak jam 7.30 pagi kami berkumpul di Kampung Sungai Berua, sebelum bertolak ke pusat pengundian secara beramai-ramai dengan menggunakan kenderaan sendiri," katanya.  
19 Nov 22
577
PRU15: Rosol Kekalkan Tradisi Jadi Pengundi Pertama
PRU15: Rosol Kekalkan Tradisi Jadi Pengundi Pertama
HULU TERENGGANU, 19 November - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Hulu Terengganu(P038), Datuk Rosol Wahid menjadi individu pertama membuang undi di Pusat Pengundian Di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman, di sini hari ini. Rosol yang ditemani isteri, Toh Puan Halipah Ahmad, 59, tiba di perkarangan sekolah pada jam 7.50 pagi. Beliau selesai membuang undi sekitar pukul 8.04 pagi, sementara isterinya sekitar pukul 8.06 pagi, pada Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) yang berlangsung hari ini. Rosol yang ditemui pemberita selepas selesai membuang undi berkata, beliau berpuas hati kerana berjaya mengekalkan tradisi sebagai pengundi terawal sejak arwah bapanya masih hidup. "Saya bersyukur sejak lima penggal yang lalu, sekolah ini menyaksikan saya sebagai orang pertama yang datang menunaikan tanggungjawab membuang undi bersama arwah bapa. "Kini saya tetap meneruskan apa yang ditinggalkan oleh arwah bersama isteri," katanya ketika ditemui pemberita di SK Bukit Diman, pagi tadi. Beliau yang juga penyandang kerusi parlimen itu sempat beramah mesra dengan pengundi sebelum memasuki pusat mengundi. Sementara itu, Rosol berkata 12 adik beradiknya juga membuang undi di pusat pengundian yang sama dan enam anaknya di Sekolah Kebangsaan Telaga. Semua pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi dan waktu penutupan pula berbeza mengikut lokasi, namun semua ditutup sepenuhnya pada pukul 6.00 petang.
19 Nov 22
361
Dakwaan Empat Cawangan BERSATU Bubar Hanya Provokasi BN
Dakwaan Empat Cawangan BERSATU Bubar Hanya Provokasi BN
HULU TERENGGANU, 18 November - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hulu Terengganu menafikan laporan media yang mendakwa empat cawangan BERSATU di daerah itu dibubarkan.  Setiausahanya, Mohd Zawawi Ismail berkata semua empat cawangan BERSATU berkenaan masih wujud dan mempunyai ramai keahlian aktif. "Laporan yang mendakwa empat cawangan BERSATU iaitu di Kampung (Kg)Bukit Apit, Felda Mengkawang, Pengkalan Ajal dan Kg Payang Kayu dibubarkan adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas. "Dakwaan itu hanyalah gimik politik murahan individu terdesak yang berniat jahat untuk menjatuhkan moral serta kesepaduan jawatankuasa dan ahli BERSATU Bahagian Hulu Terengganu menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15, esok ," ujarnya. Menurut Zawawi, individu yang mendakwa cawangan BERSATU dibubarkan dan ditutup adalah ahli jawatankuasa yang bermasalah dan tidak memahami perlembagaan parti serta undang-undang pertubuhan. "Mereka tiada hak dan kuasa untuk membubarkan atau menutup mana-mana cawangan atau bahagian parti.  "Pengunduran beberapa ahli jawatankuasa cawangan yang bermasalah itu tidak memberi kesan atau menjejaskan parti," katanya. Jelas Zawawi lagi, Zamani Mamat yang merupakan  bekas Setiausaha BERSATU Bahagian Hulu Terengganu telah lama meninggalkan parti selepas tewas kepada Datuk Rosol dalam pemilihan jawatan Ketua Bahagian. "Alias Abdullah pula adalah bekas Pengerusi Penyelaras BERSATU DUN Ajil yang tidak aktif selepas dilantik sebagai pengurus syarikat perniagaan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozi Mamat," ujar beliau. Dalam masa yang sama, seluruh kepimpinan BERSATU Bahagian tersebut termasuk 15 cawangan turut memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Rosol sebagai Ketua Bahagian yang juga calon Perikatan Nasional-PAS bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu untuk PRU-15. Justeru itu, pihak yang berkenaan diingatkan supaya tidak membuat kenyataan tidak berasas mengenai BERSATU Hulu Terengganu semata-mata untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu.
18 Nov 22
168
Manifesto Perikatan Nasional Angkat Martabat Pendidikan
Manifesto Perikatan Nasional Angkat Martabat Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 18 November - Perikatan Nasional (PN) dilihat sangat serius untuk menjulang dan mengangkat martabat dunia pendidikan melalui manifesto yang dikemukakan. Antaranya ialah, menaikkan elaun guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebanyak 50 peratus ke RM1,500 sebulan dan memperkenalkan Skim Khas penyerapan ke jawatan tetap secara berperingkat bagi mengatasi masalah utama guru-guru terbabit. Selain itu lagi, memberi dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat untuk menyertai sistem kemahiran T-Vet dan bantuan pengajian awal sebanyak RM1,000 kepada semua pelajar baharu mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, ia bukan retorik kerana dibuktikan melalui apa yang dilakukan oleh PAS di Terengganu yang kini menjadi komponen utama dalam PN selain BERSATU. "Sangat mementingkan pendidikan yang merupakan pelaburan jangka panjang dan sudah tentu ia bukan menjadi bebanan kepada PN untuk melaksanakan janji-janji manifesto itu yang sudah tentu akan meringankan beban rakyat. "Juga ia sangat membantu golongan miskin tegar untuk memastikan mereka dapat menghantar anak mereka ke sekolah dengan baik dimana turut berjanji akan menyediakan perkhidmatan bas sekolah dan pusat penjagaan percuma,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI UPDI selepas menghadiri Half Al-Takrim, Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021, Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu, di Duyong Convention Centre, Duyong Marina & Resort Terengganu, di sini, semalam. Justeru kerana itu katanya, rakyat wajar memberi sokongan kepada PN untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 ini kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuktikan memerintah negara. "Tidak semua perkara dipolitikkan, pada kali ini telah ditawarkan calon-calon yang bersih, tidak terbabit dengan gejala rasuah, salah guna kuasa dan sebarang penyelewengan dan telah terbukti mampu mentadbir di tiga buah negeri, Terengganu, Kelantan dan Kedah. "Dari sudut pendidikan Terengganu telah membuktikan bahawa sangat serius untuk melahirkan peneraju kepimpinan di masa akan datang mengikut acuan Islam dengan mewujdukan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang kita berhasrat untuk mewujdukkannya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). "Serta Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang dihasratkan untuk diwujudkan di setiap daerah, kita berharap agar hasrat ini menjadi realiti dengan dikekalkan kerajaan ini untuk terus mentadbir bagi merealisasikan harat rakyat ke arah dunia pendidikan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan generasi masa hadapan," ujarnya lagi.  
17 Nov 22
694