Artikel "Pertanian" Terkini
Kilang Tepung Ubi Vitato Terbiar Bakal Pulih
BESUT, 10 April - Kerajaan negeri berhasrat memulihkan kembali kilang Tepung Ubi Vitato yang terbiar sejak tahun 2012.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelan pemulihan yang lebih teliti akan digerakkan dengan menyemak faktor-faktor kegagalan.
"Kos pembinaannya adalah RM4.8 juta merupakan jumlah yang sangat besar dan sayang apabila ia terbiar begitu sahaja tanpa dimanfaatkan, oleh kerana itu kita telah melihat beberapa perkara secara asas yang menjadi punca kenapa kilang ini tidak boleh berfungsi dengan baik untuk diselesaikan.
"Terdapat beberapa langkah yang akan kita ambil bagi memajukan kembali kilang ini, sebelum itu kita akan melakukan perbincangkan terlebih dahulu dari segi isu pentadbiran dan pemilikan untuk diperkemaskan semula secara khusus kemudian tindakan seterusnya akan dilakukan.
"Bersama dengan pemilih tanah dan agensi yang terlibat ketika dibangunkan kilang ini iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang Mardi, Jabatan Pertanian dan IADA Ketara dengan penyelarasan bertindak daripada kerajaan negeri," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mengadakan lawatan di kilang berkenaan, di Kampung Pengkalan Kubor, Tembila, di sini, pada hari ini.
Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof.
Mengulas lanjut, Dr Azman berkata kerajaan sangat optimis projek itu akan dapat dipulihkan serta akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini khususnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan.
"Ia telah menjadi hasrat dan cita-cita kerajaan negeri sejak tahun 2018 yang telah kita senaraikan sebagai salah satu projek yang tidak mencapai objektif yang perlu kita pulihkan," ujarnya lagi.
10 Apr 22
1249
Terengganu Salur Bantuan RM1 Juta Kepada Petani, Penternak
Kerajaan Terengganu akan mengagihkan bantuan RM1 juta kepada lebih 400 petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar yang terjejas serta mengalami kerugian disebabkan banjir luar jangka baru-baru ini.
03 Apr 22
183
128 Ladang Ayam Penuhi Keperluan Rakyat Terengganu
Terengganu mempunyai 128 ladang ayam di seluruh negeri yang mampu menghasilkan 3.3 juta ekor ayam bagi satu pusingan pengeluaran atau 17 juta ekor setahun melibatkan lima pusingan.
28 Mar 22
194
Pandemik Tidak Halang Kerajaan Capai Sasaran SSL Pertanian
Sasaran bagi tahap sara diri (SSL) masih munasabah untuk dicapai walaupun aktiviti pertanian terjejas dalam pandemik.
27 Mar 22
125
Tingkat Ekonomi Rakyat Melalui Sektor Pertanian
Kerajaan negeri telah melaksanakan sebanyak 93 program dan menyiapkan 45 projek sepanjang Tahun Pertanian Terengganu 2021 demi mempertingkatkan ekonomi rakyat.
23 Mar 22
206
Pemajak Telur Penyu Tidak Hilang Pendapatan
Pendapatan pemajak telur penyu di Terengganu tidak akan terjejas setelah penguatkuasaan Enakmen Penyu 1951 pindaaan 2021 dilaksanakan mulai 1 Jun 2022.
23 Mar 22
135
Tingkat Ekonomi Rakyat Melalui Sektor Pertanian
KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Kerajaan negeri telah melaksanakan sebanyak 93 program dan menyiapkan 45 projek sepanjang Tahun Pertanian Terengganu 2021 demi mempertingkatkan ekonomi rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, seramai 13,702 orang golongan sasar telah menerima manfaat langsung daripada program tersebut.
“Sektor pertanian merupakan sumber ekonomi kepada kira-kira 70 peratus rakyat Terengganu.
“Antara langkah kerajaan negeri dalam membantu taraf ekonomi penduduk termasuk menyelesaikan isu utama berkaitan tapak tanah pertanian, perikanan dan penternakan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Keempat Belas, di Wisma Darul Iman, semalam.
Katanya, menyedari ramai rakyat tiada tapak untuk diusahakan, kerajaan membuka ruang untuk rakyat memanfaatkan tanah kerajaan secara Lesen Menduduki Sementara (LMS).
“Turut dilakukan, pemutihan tanah-tanah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dengan menamatkan peserta yang tidak produktif dan mengisi lot-lot kosong dengan peserta baru.
“Menyelesaikan isu penerokaan haram melalui pemberian LMS, membangunkan tanah terbiar dan lain-lain lagi,” ujarnya.
Tambah beliau, kerajaan turut menyediakan bantuan serta latihan kemahiran untuk sektor pertanian.
“Salah satunya bantuan perkhidmatan pengembangan seperti khidmat nasihat teknikal dan kursus kemahiran.
“Manakala bantuan pula seperti bekalan makanan ikan kepada penternak terjejas PKP, warga tani positif COVID-19,bantuan one off input pertanian kepada 227 penanam cili terjejas kejatuhan harga, RM300,000 bantuan one off mekanisasi ladang kepada 52 petani seluruh negeri serta bantuan input dan peralatan sepert baja,racun, foliar, benih, plastik UV, pam air, GPS, kawat bubu, pukat tangsi, kit memancing,” ujarnya.
22 Mar 22
239
Hampir RM8 Juta Berjaya Disalurkan Manfaat Daripada SBMT
KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) mencatatkan rekod pengagihan dana hampir mencecah RM8 Juta sejak ia mula dilancarkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata Negeri Terengganu antara satu-satunya negeri yang menyediakan kemudahan bantuan modal seperti ini kepada warga tani, penternak dan nelayan.
"Untuk rekod, sejak SBMT mula diwujudkan pada tahun 2019, sebanyak RM7,658,693 telah disalurkan kepada 424 orang penerima.
"Walau kita akui SMBT ini masih ada kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki tapi jangan dinafikan jasa dan sumbangan SBMT kepada warga tani Terengganu dalam menyelesaikan isu masalah kekurangan modal.
Malah, bukan hanya bagi modal melalui SBMT bahkan kita perkukuhkan lagi dengan Kursus Pemantapan Projek bagi menjayakan perlaksanaan projek-projek berjalan dengan sebaiknya dalam satu rantaian lengkap,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Projek (SBMT) Siri 1/2022 di Pusat Sains Dan Kreatif Terengganu, kelmarin.
Dalam pada itu, beliau turun melawat beberapa tapak projek yang diusahakan petani dan penternak yang terpilih sempena Program Walkabout Projek Usahawan SBMT Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Payong dan Alor Limbat, Marang.
Diantara yang terpilih ialah Suhairi dan Suhaizi, merupakan dua beradik dari Kampung Tok Dir Marang gigih mengusahakan ternakan lembu secara ‘feedlot’.
"Kita telah bagi bantuan modal kepada anak muda bersemangat tinggi ini sebanyak RM60 ribu melalui SBMT Kerajaan Negeri Terengganu. Bantuan dalam bentuk bagi kail dan umpan inilah yang menjadi keutamaan kita berbanding bantuan bagi ikan.
"Manakala Mohd Syafiq dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat Marang juga antara anak muda usahawan tani yang dibiayai dengan dana ini dibawah bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Payong Marang.
"Tahniah anak muda ini yang gigih mengusahakan tanaman Cili Sakata atau Cili Minyak sebanyak 1200 polibeg. Harga kini di pasaran RM11/kg,"ujarnya.
09 Mar 22
598
Sektor Pertanian Sasar 86 Program Tahun 2022
Sektor pertanian Negeri Terengganu mensasarkan 86 program bagi tahun 2022 yang bakal dinikmati oleh warga petani, penternak dan nelayan di negeri ini.
20 Feb 22
358
Terengganu Agih RM500 Kepada Warga Tani Positif Covid-19
Kerajaan Negeri Terengganu mengagihkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada warga tani yang dijangkit Covid-19.
16 Feb 22
134