lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Pantai Angin Berbisik Lokasi Terbaharu Percutian Keluarga
Pantai Angin Berbisik Lokasi Terbaharu Percutian Keluarga
MARANG, 15 Oktober- Pantai Angin Berbisik diisytiharkan sebagai lokasi peranginan keluarga dan produk pelancongan terbaharu berteraskan komuniti yang utama di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata dengan keindahan dan keunikan tersendiri mampu menarik pelancong dari seluruh negara untuk memilih lokasi berkenaan untuk bercuti bersama keluarga terutamanya pada hujung minggu. "Pihak kerajaan bersama Jabatan Pelancongan akan mempromosikan tempat ini dengan sebaik-baiknya dan dalam jangka masa lima tahun saya yakin ia akan dapat dibangunkan dengan baik dan akan menjadi seumpama Pantai Kekabu yang telah pun diketahui dan telah penuh sesak dengan pengunjung kerana berdekatan dengan Kuala Terengganu. "Namun di sini ia ada tarikannya yang tersendiri yang  kita jangkakan selepas ini akan menerima kunjungan lebih ramai samada pelancong dari negeri ini sendiri ataupun dari luar, "Dalam pada itu pihak kerajaan bersama Jabatan Pelancongan akan berbincang dan memikirkan dari semasa ke semasa untuk menyediakan inisiatif yang boleh diberikan dalam menjadikan tempat ini popular, " ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), pada Program Perasmian Pantai Angin Berbisik Serta Program Pengindahan Produk Pelancongan Merchang Lestari, di sini, pada hari ini. Turut hadir, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dan Pengarah Jabatan Pelancongan negeri,Fadhli Yusof Haji Zakaria. Mengulas lanjut Ariffin berkata, program pengindahan produk pelancongan daerah tersebut adalah kesiapsiagaan negeri dalam pembukaan sektor terbabit secara terkawal dalam menuju Pelan Pemulihan Pelancongan. "Saya juga yakin, sebagai sebuah negeri yang popular ia akan menjadi pilihan untuk rakyat seluruh negara dan luar negara melancong ke sini dijangka akan berlaku peningkatan drastik bermula bulan hadapan apabila telah masuk fasa endemik. "Dimana perkara berkenaan akan diumumkan dengan melihat penurunan kes semasa melibatkan jangkitan Covid-19, memandangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah membatalkan gelembung pelancongan. "Semua  tempat pelancongan telah dibenarkan untuk dibuka dengan sepenuhnya, namun begitu pengunjung lengkap dua dos vaksin tetap menjadi keutamaan," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Merchang, Awang Hussin atau dikenali oleh penduduk setempat sebagai Haji Mat Nor berkata, dengan perasmian pantai berkenaan ia akan memberi impak yang baik kepada komuniti setempat. "Kita telah angkat permohonan kepada kerajaan bermula tahun 2018 bagi dimajukan tempat ini, Alhamdulillah dengan pertambahan pengunjung datang ke sini, ia akan membantu mengerakkan ekonomi penduduk. "Dimana mereka boleh berniaga dengan membuka gerai-gerai jualan dan juga boleh mengusahakan untuk membuka tempat menginap seperti chalet dan inap desa, jadi usaha kita selama ini mendatangkan hasil yang berbaloi apabila kerajaan bersedia memajukan tempat ini "Sangat dialu-alukan untuk datang dengan keluarga pada hari minggu terutamanya hari Sabtu yang telah diisytiharkan oleh kerajaan negeri sebagai 'Hari Keluarga' untuk melakukan pelbagai aktiviti yang terdapat di sini menghabiskan masa di waktu hujung minggu, selain ia juga selamat untuk mandi manda," katanya. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung ialah berkayak, aktiviti mencari kepah dan teritik, ekspedisi berkeluarga ke laluan herba di Pulau Ranggut, menghilir mudik Sungai Merchang yang damai sambil memancing dan mencandat sotong selain adanya gerai jualan makanan produk tempatan.  Untuk rekod, kerajaan pada tahun ini telah memperuntukkan RM800,000 kepada 39 lokasi Program Pengindahan Produk pelancongan di seluruh negeri, yang dibuat secara gotong royong melibatkan komuniti setempat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), penggiat pelancongan dan sebagainya.
15 Oct 21
11195
Hutan Berusia Lebih 200 Tahun, Tarikan Pengkaji Dan Pencinta Alam
Hutan Berusia Lebih 200 Tahun, Tarikan Pengkaji Dan Pencinta Alam
DUNGUN, 10 Oktober – Dengan jarak 20 kilometer dari pesisir Pantai Dungun, terdapat sebuah hutan berusia lebih 200 tahun dengan flora dan fauna jarang disentuh pembangunan serta pencerobohan manusia di Pulau Tenggol. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Roslan Rani berkata, hutan simpan tersebut telah diwartakan sejak tahun 1941 merupakan antara 44 hutan simpan kekal di dalam negeri dengan keluasan 207 hektar. “Dari segi flora dan fauna di sini, terdapat pelbagai jenis pokok dan tumbuhan seperti di sebelah timur menghadap Laut China Selatan diatas geologi batu batan dengan tumbuhan renek. “Manakala di sebelah barat kita lihat kawasan hutan amat baik dengan pelbagai pokok Balau Laut dan Meranti bersaiz lebih 120 cm lebar dianggarkan berusia lebih satu abad. “Dari segi petak, kita mempunyai satu petak hutan simpan dara (VJR) yang boleh dibuat kajian spesis-spesis asal untuk rujukan ekologi pada masa hadapan,” katanya ketika ditemubual pemberita, baru-baru ini. Tambahnya, antara spesis herba yang terdapat di lantai hutan seperti Tongkat Ali, Bogak (kawasan berbatu) dan lain-lain sesuai bagi kerja kajian. Menjelaskan perancangan jabatannya, Roslan mencadangkan supaya dipasang papan tanda tentang jenis-jenis tumbuhan serta maklumat tentang larangan ‘Do’s and don’ts’ bagi mendidik pengunjung tentang hutan perlindungan tersebut. Sementara itu, pemilik bersama Tenggol Coral Beach Resort, Galaxxy Siew berkata, kewujudan hutan simpan tersebut juga merupakan satu daripada daya tarikan pelancong ke pulau itu terutama pencinta alam semula jadi. "Kita memang sangat berharap kawasan hutan di Pulau Tenggol ini sentiasa terpelihara daripada sebarang aktiviti pembangunan kerana ia memberi satu lagi nilai tambah kepada Pulau Tenggol kerana bukan sahaja golongan penyelam malah mereka yang sukakan tumbuh tumbuhan juga akan suka datang ke sini. "Kewujudan hutan simpan yang mengelilingi kawasan pulau juga menjadikan cuaca di sini sentiasa redup dan teduh. Jadi, pelancong dapat mandi di pantai tanpa rasa panas walaupun pada waktu tengah hari," katanya. Dalam pada itu, Siew berkata bagi menggalakkan pengunjung lebih menghargai Hutan Simpan Pulau Tenggol, pihaknya menyediakan laluan pendakian di sebuah bukit berhampiran resort itu yang kira-kira 100 meter. Beliau berkata apabila berada di puncak bukit tersebut. para pendaki bukan sahaja disajikan dengan pemandangan Laut China Selatan malah mereka akan dapat menikmati kehijauan kawasan Hutan Simpan Pulau Tenggol yang terletak di bahagian belakang bukit.
10 Oct 21
518
PULAU LANG TENGAH TAWAR KEUNIKAN BERGANDA
PULAU LANG TENGAH TAWAR KEUNIKAN BERGANDA
10 Oct 21
84
KAMPUNG BUDAYA DIBUKA, BERSEDIA TARIK LEBIH RAMAI PENGUNGJUNG
KAMPUNG BUDAYA DIBUKA, BERSEDIA TARIK LEBIH RAMAI PENGUNGJUNG
10 Oct 21
75
PULAU BIDONG PUNYAI TARIKAN ANTARABANGSA
PULAU BIDONG PUNYAI TARIKAN ANTARABANGSA
10 Oct 21
128
1,300 Kes Tuntutan Covid-19 Diselesaikan PERKESO Terengganu
1,300 Kes Tuntutan Covid-19 Diselesaikan PERKESO Terengganu
10 Oct 21
237
Taman Tamadun Islam Kembali Dibuka
Taman Tamadun Islam Kembali Dibuka
Setelah menangguhkan pengoperasian selama beberapa bulan berikutan pandemik COVID-19, destinasi pelancongan berkonsepkan ‘Edutainment’ Taman Tamadun Islam (TTI) kembali dibuka dengan pelbagai promosi menarik.
05 Oct 21
141
Kenali Tenggol, Mutiara Tersembunyi Di Terengganu
Kenali Tenggol, Mutiara Tersembunyi Di Terengganu
DUNGUN, 4 Oktober – Walaupun tidak menonjol seperti Pulau Redang atau Pulau Perhentian, Pulau Tenggol tetap mempunyai keistimewaan tersendiri seperti keindahan memukau permukaan pasir putih dan lautan hijau hingga mampu membuatkan penggemar snorkeling serta skuba terpesona. Pengerusi Persatuan 1 Malaysia Divers, Noor Fadzli Shah berkata, antara keunikan utama pulau peranginan tersebut adalah hidupan laut yang amat menakjubkan untuk dirasai melalui aktiviti rekreasi dalam air. “Pada hari ini sahaja, sekumpulan ikan lumba dapat dilihat berenang semasa menghala ke Pulau Tenggol, fenomena yang jarang berlaku di tempat lain hanya dapat berlaku di sini,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini. Sementara itu, Pengusaha Tenggol Coral Beach Resort (TCBR), Siew Kam Heong menceritakan, kepelbagaian hidupan marin amat meriah berbanding pulau lain. “Antaranya seperti species Whale Shark, Manta Ray, Leopard Shark dan lain-lain lagi dapat ditemui disini dengan lebih 25 lokasi menyelam dan snorkeling terbaik. “Hidupan terumbu karang turut mewarnai dasar laut, lebih mekar berbanding di perairan lain di Pantai Timur kerana jarang diusik tangan manusia dan bot berbanding pulau peranginan tumpuan ramai,” jelasnya. Menurut pengusaha juga, selain bot kayak, aktiviti rekreasi daratan juga didapati di pulau tersebut dengan aktiviti trek hutan atau ‘Jungle Trekking’ ke puncak bukit di tengah-tengah pulau berketinggian 800 kaki sesuai bagi melihat matahari terbenam setiap waktu petang. Bagi penggemar aktiviti selam skuba, keistimewaan di Pulau Tenggol adalah perkhidmatan bertaraf lima bintang bagi mereka yang baharu dan veteran dalam rekreasi tersebut. Tambah seorang lagi pengusaha Joe Tan Kean Koo, kelebihan TCBR adalah bagi pelajar yang ingin mengambil lesen skuba, proses akan mengambil masa selama empat hari dengan kursus ditemani pakar professional di setiap langkah. “Para penyelam tidak perlu risau untuk mengangkat peralatan dan tangka berat ke bot dan sebagainya, kita akan memberi layanan kemudahan bagi memudahkan aktiviti lautan ini, kita tidak mengambil jalan pintas untuk mendapat kelulusan ini,” tambahnya. Jelas Noor Fadzli lagi, pengusaha resort tersebut amat menjaga perkhidmatan di pusat selaman disamping mengambil inisiatif sendiri dalam memelihara kelestarian taman lautan di Tenggol.  
04 Oct 21
812
Pemain Industri Ambil Inisiatif Hidupkan Kembali Tenggol
Pemain Industri Ambil Inisiatif Hidupkan Kembali Tenggol
DUNGUN, 2 Oktober – Pelbagai pemain industri pelancongan bergabung tenaga memeterai perjanjian bagi menghidupkan kembali Pulau Tenggol sebagai destinasi pilihan bagi aktiviti rekreasi air dan hutan. Promosi 12 bulan oleh BXC Travellers (M) SDN BHD (BXCT) dengan pengusaha pusat peranginan, Tenggol Coral Beach Resort (TCBR) dan Persatuan Penyelam 1Malaysia Diver antara yang diusahakan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU). Pengusaha TCBR, Joe Tan berkata, kerjasama tersebut merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh pengusaha di Pulau Tenggol dalam menghidupkan kembali pelancongan domestik setelah dilanda wabak COVID-19. “Diharapkan kolaborasi menjadi pemangkin bagi banyak tempat pelancongan lain di negara ini supaya mereka juga dapat kembali maju melalui kerjasama strategik yang serupa antara pemain industri,” katanya ketika ditemubual pemberita, di Pulau Tenggol, semalam. Sementara itu, Pengarah BXCT, Sophie Ken berkata, pakatan itu turut membuka ruang potensi ‘Edu-tourism’ atau elemen pendidikan dan pembelajaran dalam aktiviti pelancongan buat pengunjung domestic dan antarabangsa. “Kami melihat ini sebagai masa yang tepat untuk mewujudkan semula Pulau Tenggol sebagai salah satu destinasi percutian terbaik termasuk dalam penerapan pengetahuan berkenaan hidupan laut dan ekosistem terumbu karang. “Banyak fauna perairan dapat ditemui di sini dan tidak di pulau lain, yang telah lama menjadi rahsia terbuka bagi banyak penyelam tempatan yang sering berkunjung,” jelasnya. Perkara tersebut turut disuarakan Noor Fadzli Shah yang menyifatkan usaha menaikkan kembali nama syurga skuba bertaraf antarabangsa itu sebagai permata tersembunyi di Terengganu. “Sebagai penggiat aktif komuniti menyelam di Malaysia, kami bangga dengan cara pulau ini berjaya melestarikan hidupan liar laut dan ekosistem terumbu karang selama ini. “Kami telah menunggu lama untuk kembali ke ‘kampung halaman’ di sini," katanya yang juga pengerusi Persatuan 1Malaysia Diver.  
02 Oct 21
538
Kerajaan Diharap Teruskan Inisiatif Bantu Pengendali Hotel Hingga Jun 2022
Kerajaan Diharap Teruskan Inisiatif Bantu Pengendali Hotel Hingga Jun 2022
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober - Sejak COVID-19 melanda Malaysia, industri pelancongan merupakan sektor paling teruk terjejas dengan menyaksikan banyak pemain industri itu sekali gus memberi kesan langsung kepada kehidupan tenaga kerjanya. Justeru itu, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Terengganu berharap kerajaan dapat  meneruskan beberapa inisiatif bantuan sehingga Jun 2022 untuk memastikan kelangsungan industri itu mengharungi cabaran pasca pandemik COVID-19. Pengerusinya, Suaibah Harun berkata industri pelancongan jelas memerlukan lebih banyak bantuan kerajaan dan mempunyai harapan besar supaya banyak perkara dipermudahkan demi kebaikan bersama. Jelasnya, ini bersesuaian dalam usaha untuk menyokong pengusaha untuk bangkit semula selepas sekian lama terjejas.  "Untuk memulakan kembali operasi pasti agak sukar, jadi ketika inilah kami amat memerlukan sokongan kerajaan seperti Program Subsidi Upah, diskaun bayaran bil elektrik air dan sistem pembetungan serta penambahbaikan sistem percukaian dalam industri pelancongan. "Pengendali hotel sangat berharap kerajaan meneruskan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan jumlah pekerja yang sama di premis masing-masing. "Inisiatif ini perlu diteruskan sekurang-kurangnya hingga Jun 2022 atau ketika sempadan antarabangsa dibuka semula," katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi. Suaibah berkata, sehingga kini terdapat 36 hotel yang berdaftar dengan MAH Terengganu. Beliau yang juga Pengurus Besar Primula Beach Hotel berkata MAH Terengganu juga berharap kerajaan negeri, bank dan agensi berkaitan misalnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd dan Indah Water Konsortium dapat memberi diskaun kepada mereka. "Pengusaha hotel memerlukan bantuan khas kerana perniagaan mereka ketika ini bukan hanya terjejas teruk tetapi juga menanggung bayaran utiliti, cukai, sewa dan gaji pekerja sedangkan syarikat-syarikat tersebut masih melaporkan keuntungan besar.  "Oleh itu, kami berharap diskaun yang bakal diberi dapat membantu kami di fasa pemulihan untuk membuka semula operasi," katanya. Tambahnya lagi, kerajaan juga diharap meneruskan pengecualian cukai pelancongan sehingga 2023 serta pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk bilik dan makanan sehingga Jun 2022.
02 Oct 21
295