Artikel "Komuniti" Terkini
400 Sertai Program Agensi Bersama Rakyat
Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Hampir 400 orang penduduk dalam DUN Wakaf Mempelam telah menyertai Program Agensi Kerajaan Bersama Rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kerajaan menawarkan pelbagai inisiatif dan bentuk-bentuk bantuan bersifat kebajikan kepada rakyat namun masih ramai yang masih belum tahu mengenainya.
"Hari ini bila agensi turun, contohnya PERKESO yang menawarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sekiranya berlaku kemalangan luar jangka, ambiklah peluang yang ada di depan kita hari ini untuk kita bersama menjaga diri kita dan keluarga,
"KWSP sendiri menawarkan i-Suri untuk suri rumah mendapat manfaat daripada caruman, " ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika merasmikan program tersebut yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Wakaf Mempelam di Kubang Parit di sini, baru-baru ini.
Program berkenaan diadakan dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(IMITS) dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja(KWSP).
Turut di sertai agensi kerajaan lain saperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Tabung Haji (TH), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Kami cukup berbesar hati menerima kunjungan dari pelbagai agensi kerajaan bagi memberi penerangan tentang inisiatif bagi setiap agensi begitu juga membantu untuk membuka akaun.
"Agensi -agensi ini bertindak sebagai pemberi maklumat kepada masyarakat tentang peranan masing-masing kerana banyak maklumat tidak sampai kepada golongan sasar terutamanya suri rumah," katanya lagi.
08 Jun 24
252
Program Pendidikan Kesihatan Tingkat Kesedaran Awal Masyarakat
KUALA NERUS, 1 Jun- Program pendidikan berkaitan kesihatan amat penting dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat agar mereka berusaha mencegah sesuatu penyakit dari peringkat awal.
Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Dato' Dr Alias Razak berkata, sebagai contoh risiko penyakit kronik dan tidak berjangkit (NCD) seperti sakit jantung, strok dan kencing manis perlu didedahkan kepada umum.
"Penyakit yang lambat dikesan akibatnya boleh menjadi sangat parah, menyebabkan rawatannya lebih rumit serta mengurangkan peluang untuk pulih sepenuhnya," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Keluarga Sihat Komuniti Sejahtera peringkat Kuala Nerus yang berlangsung di Kompleks Tarbiyah At Takwa (KOMTAQ), di sini, hari ini.
Program anjuran Lajnah Kesihatan Kuala Nerus dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) itu turut dimeriahkan dengan acara senamrobik, gotong-royong basmi aedes, pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan oleh Dr Nur Amirah Fazira Zulkifli ( Pegawai Perubatan Bahagian Sakit Puan) Hospital Sri Aman, Sarawak.
Mengulas lanjut katanya, pemeriksaan kesihatan tahunan yang merangkumi ujian darah untuk kesihatan kardiovaskular, gula dalam darah serta ujian tekanan darah adalah penting.
"Ujian darah membantu mengesan petanda dengan lebih awal, membolehkan seseorang mengetahui keadaan kesihatan dan menyiapkan diri, mengubah cara hidup termasuk mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit tertentu selain membolehkan doktor merawat tanda-tanda awal sebelum terlambat," katanya.
Tambah beliau, pemeriksaan kesihatan juga perlu dilakukan bagi memantau dan mengesan masalah kesihatan sebelum menjadi lebih teruk, walaupun tanpa gejala kerana pemeriksaan dilakukan memungkinkan pengesanan awal serta intervensi.
"Antara ciri penting saringan kesihatan pencegahan ialah maklumat yang diberikan. Apabila pesakit memahami keadaan kesihatan mereka serta risiko yang berkaitan, mereka menjadi lebih peka terhadap kesejahteraan sendiri," katanya.
01 Jun 24
231
35 Pelayar Antarabangsa Berlabuh di Kuala Terengganu
23 May 24
128
Pasar Payang 1 Dijangka Buka Awal Julai
Pasar Payang 1 dijangka akan mula beroperasi seawal bulan Julai, mengikut laporan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
20 May 24
157
Geng Plastik Ija, MBKT Gotong Royong 'Bersihkan' Pantai Pandak
Oleh: Pok Abbas
KUALA TERENGGANU, 17 Mei- Sebanyak 350 kilogram sisa sampah dan plastik berjaya dikutip Geng Plastik Ija (GPI) Kuala Terengganu menerusi aktiviti gotong royong pembersihan pantai 'plogging' di Pantai Pandak (belakang Sekolah Kebangsaan Chendering), hari ini.
Ketua GPI Kuala Terengganu, Zalina Zakaria berkata, program itu dijayakan oleh seramai 25 ahli badan bukan kerajaan (NGO) terbabit dan turut mendapat kerjasama pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
"Pantai pandak adalah antara pantai yang cantik kerana ianya landai dan pasirnya memutih, merupakan lokasi perkelahan penduduk tempatan.
"Matlamat utama program kita hari ini adalah untuk membersihkan kawasan pesisir pantai serta menghapuskan semua kawasan pengumpulan dan pembakaran sampah haram di sekitar tempat ini," ujarnya.
Katanya, program sebegini akan sentiasa diadakan dari semasa ke semasa supaya kawasan pesisir pantai sentiasa terjaga.
17 May 24
901
130 Pelajar UniSZA Didedahkan Dengan Ilmu Penyembelihan Ayam
KUALA TERENGGANU, 13 Mei- Seramai 130 peserta termasuk pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) didedahkan dengan ilmu penyembelihan ayam mengikut syariat Islam menerusi program ‘Mahasiswa Rahmah, Komuniti Barakah’ yang diadakan di Maahad Tahfiz Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring di sini, baru-baru ini.
Pengarah programnya, Abdul Halim Harraz Mohamad Fauzi berkata, selain mendidik pelajar dan komuniti tentang tatacara penyembelihan ayam yang halal, secara tidak langsung program tersebut merapatkan hubungan silaturahim mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat setempat.
Katanya, program anjuran UniSZA yang turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang manfaat penyembelihan ayam yang halal dan berkualiti.
“Peserta turut diberi pendedahan secara amali yang secara tidak langsung memberi pengalaman sebenar cara melakukan penyembelihan ayam dengan tertib dan sempurna,” ujarnya.
Mengulas lanjut katanya, program yang bertemakan ‘Prihatin, Ukhuwah, Kasih Sayang’ itu bukan sahaja dapat melatih pelajar dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan, dalam masa yang sama menerapkan konsep kesukarelawan dalam diri mereka melalui aktiviti kemasyarakatan.
13 May 24
294
8,000 Pengunjung Meriahkan Sambutan Aidilfitri Hulu Besut
BESUT, 8 Mei - Sambutan hari raya aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut disambut penuh meriah dengan kehadiran lebih 8000 pengunjung, pada kemarin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut Mohd Husaimi Hussin menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung terutamanya masyarakat di DUN ini yang telah menjadikan majlis hari raya yang diadakan itu penuh meriah.
"Terima kasih diucapkan kepada masyarakat setempat yang hadir memeriahkan lagi sambutan hari raya dan selalu memberikan sokongan setiap program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (ADUN) Hulu Besut.
"Terima kasih juga diucapakan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan majlis sambutan yang amat bermakna ini.
"Semoga dengan program seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara kita semua," katanya ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman di majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Terbuka Dato'Seri Hj Idris Jusoh, Kampung Darau, di sini.
Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Dato Seri Hj Idris Jusoh Kampung Darau berlangsung dalam keadaan lancar bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
08 May 24
341
ADUN Ladang Saran Kerajaan Laksana Pelan Kontingensi Banjir
KUALA TERENGGANU, 29 April - Kerajaan Terengganu perlu menyediakan Rancangan Sokongan (Backup Plan) sebelum Pelan Kontingensi Banjir dilaksanakan di daerah ini, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang bagi mengatasi masalah banjir kilat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor mencadangkan agar agensi-agensi dan pihak-pihak yang berkaitan mengadakan rancangan sokongan itu bagi membantu mengurangkan kesulitan rakyat ketika menghadapi bencana tersebut.
Ini kerana katanya Pelan Mitigasi Banjir (Flood Mitigation Plan) bertujuan mengatasi masalah banjir kilat di kawasan tersebut bagaimanapun pelan itu masih dalam perancangan pelaksanaan kerajaan.
"Seperti mana yang kita tahu dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2030 dan 2035 (Pengubahan 1) sudah ada perancangan mitigasi banjir bagi menangani banjir kilat sekitar Kuala Terengganu.
"Tetapi memandangkan pelan ini masih dalam perancangan dan tempoh masa pelaksanaan pelan tersebut yang agak lama, kita seharusnya mengambil satu langkah proaktif dengan menyediakan rancangan sokongan atau ‘backup plan’ yang mampu mengurangkan beban kepada rakyat yang terpaksa menghadapi banjir kilat ini hampir saban tahun," katanya ketika membahas Usul Menjujung Kasih Titah Ucapan Diraja di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini baru-baru ini.
Beliau berkata bencana banjir kilat berlaku di DUN Ladang sebelum ini berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh masa terlalu hampir iaitu pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini.
"Jumlah taburan hujan yang agak tinggi telah menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan perumahan sekitar Jalan Sultan Omar dan Jalan Kamaruddin.
"Bencana banjir kilat ini bukan sahaja memberi kesan emosi kepada rakyat tetapi juga melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada semua pihak, rakyat dan juga kerajaan," ujarnya.
Untuk rekod, kira-kira lebih 450 keluarga terlibat dengan bencana banjir itu termasuk mereka yang tinggal berdekatan dengan perparitan menghala ke arah Sungai Ibai.
29 Apr 24
229
Penubuhan JPKKP Persenda Rakyat
Idea-idea yang dikeluarkan oleh wakil Kerajaan Persekutuan hari ini mengenai penubuhan jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk serta dianggap mempersendakan gaya hidup rakyat.
28 Apr 24
185
Zuraida Gesa Pembaikan Cerun Flat Bukit Kecil Disegerakan
KUALA TERENGGANU, 25 Mac - Pembaikan runtuhan cerun berhampiran Flat Bukit Kecil perlu diambil langkah yang segera oleh pihak kerajaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor memohon pembaikan cerun dilaksanakan secepatnya oleh pihak berwajib, bukan sekadar siri lawatan dan tinjauan sahaja.
"Beberapa siri lawatan yang lain juga telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuklah lawatan dari pihak universiti awam untuk melakukan kajian berkaitan pembaikan cerun atau ‘slope repair research’," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.
Menurut Zuraida lagi, satu insiden runtuhan cerun telah berlaku pada malam 15 Disember 2022 di sekitar BLOK A, B dan E Flat Bukit Kecil.
"Kejadian yang telah berlaku hampir dua tahun lalu ini melibatkan 87 unit rumah kediaman dengan anggaran jumlah penduduk seramai 348 orang.
"Pada 16 Disember 2022 runtuhan kedua telah berlaku di lokasi yang sama. Runtuhan cerun ini berlaku adalah lanjutan daripada jumlah taburan hujan yang agak tinggi pada masa tersebut.
"Pelbagai agensi telah melawat tempat kejadian bermula pada tarikh 16 Disember 2022 iaitu Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Kerja Raya (JKR) , Bomba dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)," ulasnya lagi.
25 Apr 24
238