Artikel "Kebajikan" Terkini
                        
                                                    
                            APM Siap Sedia Hadapi Banjir Dengan SOP Norma Baharu
                        
                        
                            Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) Terengganu serta agensi berkaitan dalam pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini bersedia mengikuti norma baharu akibat pandemik COVID-19 bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
                        
                        
                                28 Oct 20
            
                    
                                300
            
            
                        
                                                    
                            JPNIN Terengganu Agih 3,254 PPE
                        
                        
                            Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu mengambil Inisiatif menjahit dan mengagihkan 3,254 Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan.
                        
                        
                                27 Oct 20
            
                    
                                308
            
            
                        
                                                    
                            111 'Tok Bidan' Profesional, Program MamaCare Serampang Dua Mata
                        
                        
                            Perkhidmatan ‘MamaCare’ dan 'PapaCare’ di Terengganu berpotensi sebagai serampang dua mata dalam menyediakan peluang latihan profesional bagi golongan wanita sasar dan menjana pendapatan sebagai ‘Tok Bidan’ profesional.
                        
                        
                                26 Oct 20
            
                    
                                376
            
            
                        
                                                    
                            Kawat Bubu RM100 Ribu Diagih, Bantu Nelayan Pantai
                        
                        
                            Kerajaan Terengganu memperuntukkan dana sebanyak RM100,000 melalui Jabatan Perikanan Malaysia Terengganu untuk mengagihkan bantuan peralatan kepada nelayan di negeri ini, khususnya nelayan pantai bagi membantu peningkatan hasil tangkapan perikanan mereka.
                        
                        
                                25 Oct 20
            
                    
                                253
            
            
                        
                                            
                            Penduduk Tarik Nafas Lega
                        
                        
                            MARANG, 22 Oktober - Setelah bertahun-tahun terpaksa melalui jalan rosak teruk akhirnya pengguna dan penduduk Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong di sini lega apabila jalan baharu siap untuk digunakan.
Sebelum ini, pengguna dan penduduk kampung berkenaan tiada pilihan dan terpaksa menempuh jalan berlubang besar dan rosak itu kerana ia merupakan laluan keluar terdekat yang menghubungkan dengan kawasan luar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya bersyukur kerana proses pembaikian jalan sejauh sekitar dua kilometer itu berjalan lancar dan orang ramai tidak perlu lagi menempuh jalan rosak setiap hari.
Menurutnya, tekanan dialami penduduk kampung berkurangan apabila laluan baharu lebih selesa itu mula dibuka.
"Jalan yang menghubungkan antara jalan utama ke perkampungan dan tanah lot itu telah boleh digunakan sepenuhnya dan bakal dinikmati oleh warga setempat dengan penuh selesa dan selamat.
"Pembinaan jalan dan penurapan ini adalah sebahagian daripada keperluan rakyat dan sememangnya kerja-kerja ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.
Mohd Nor berharap agar segala aktiviti harian masyarakat akan menjadi lebih teratur dengan adanya jalan baharu berkenaan.
"Bermula daripada awal lagi kerja ini semua dalam proses pembikinan dan sekarang rakyat semua boleh menggunakan jalan ini dengan sebaiknya," tambah beliau.
 
                        
                        
                                22 Oct 20
            
                    
                                782
            
            
                        
                                                    
                            Terengganu Siap Siaga Hadapi Musim Banjir Norma Baru
                        
                        
                            Semua agensi yang terbabit dengan usaha dan operasi banjir kini berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula awal November ini sehingga penghujung Mac tahun hadapan.
                        
                        
                                22 Oct 20
            
                    
                                224
            
            
                        
                                            
                            Pondok Berteduh Untuk Penduduk
                        
                        
                            MARANG, 23 Oktober - Pucut dicita ulam mendatang, itulah perumpamaan yang dapat dikatakan kepada penduduk Kampung Mak Kemas, Bukit Payong apabila mendapat sumbangan berupa pondoh berteduh daripada Mohd Nor Hamzah.
Pondok yang diperbuat daripada kayu itu telah siap dibina dan diletakkan di tempat parking perkarangan masjid Kampung Mak Kemas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong itu berkata, walaupun pondok berteduh ini hanya diperbuat daripada kayu tetapi ia cukup untuk menjadi tempat berteduh daripada panas dan hujan.
"Pondok ini sudah cukup untuk mendapat perlindungan sementara ketika panas dan hujan, selain penduduk juga dapat berbual dan beramah mesra bersama masyarakat.
"Ukiran yang terdapat pada pondok itu juga menunjukkan kesenian Islam dan kemajuan pada sejarah terdahulu," ucap beliau ketika membuat kunjungan ke pondok itu kelmarin.
                        
                        
                                22 Oct 20
            
                    
                                343
            
            
                        
                                            
                            Jambatan Runtuh Siap Dibina Baru
                        
                        
                            MARANG, 22 Oktober - Kerisauan penduduk terhadap jambatan yang runtuh pada tahun lalu akibat banjir besar berakhir setelah kemudahan itu telah siap dibina baru sepenuhnya.
Jambatan yang menghubungkan antarai Kampung Batu 9 dan Bukit Payong berkenaan menjadi laluan utama penduduk setempat untuk menyeberangi ke kampung terdekat terutama pasar Bukit Payong bagi membeli keperluan harian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, kemudahan tersebut merupakan satu kepentingan untuk rakyat melakukan kerja harian dengan lebih efisyen.
"Mungkin ada sedikit kelewatan untuk disiapkan akibat permasalahan yang dihadapi tetapi sekarang sudah pun siap dan boleh digunakan dengan sebaiknya.
"Berkat kesabaran penduduk atas ujian yang diterima tahun lalu, jambatan baru telah dibina dan jambatan ini, InsyaAllah akan lebih teguh dan selamat untuk digunakan," katanya ketika ditemui dalam tinjauan ke jambatan tersebut hari ini.
Pada masa yang sama beliau juga memaklumkan terdapat sebuah lagi jambatan turut dibina bersebelahan jambatan itu dan dalam prosesnya sedang berjalan.
"Bersebelahan jambatan ini juga terdapat sebuah lagi jambatan yang menghubungkan lalu yang sama masih dalam proses pembinaan untuk kemudahan penduduk setempat," tambah beliau.
                        
                        
                                22 Oct 20
            
                    
                                1048
            
            
                        
                                            
                            Ibu Tunggal Terkejut
                        
                        
                            KEMAMAN, 19 Oktober - Seorang ibu tunggal tidak menyangka permohonannya untuk mendapatkan sebuah peti sejuk beku daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat menjadi kenyataan. 
Fauziah Mamat, 52, berterima kasih kepada Hanafiah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang memberi sumbangan tersebut kepadanya.
"Saya ada meminta sumbangan ini kepada isteri beliau (Hanafiah) yang datang menziarahi saya, baru-baru ini. 
"Saya tidak menyangka ia menjadi kenyataan dan sumbangan tersebut diterima dalam masa yang begitu cepat," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menerima peti sejuk itu di rumahnya di Kampung Gong Limau hari ini.
Ibu kepada enam orang anak itu menghadapi dugaan yang sukar selepas suaminya meninggal dunia lima bulan lalu akibat penyakit buah pinggang dan jantung. 
Fauziah menjalankan perniagaan menjual makanan sejuk beku seperti roti canai, karipap dan sebagainya.
"Alhamdulillah, sumbangan ini dapat membantu saya dalam mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan ini," ujarnya.
Sumbangan peti sejuk beku tersebut disampaikan sendiri oleh Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri.
                        
                        
                                19 Oct 20
            
                    
                                598
            
            
                        
                                                    
                            'Hor Toh YB' ADUN Rantau Abang
                        
                        
                            Hor toh kali ini kita bawakan kepada anda rutin harian ADUN Rantau Abang iaitu YB Cikgu Alias Harun.
                        
                        
                                19 Oct 20
            
                    
                                1061