lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Belia Santuni Asnaf
Belia Santuni Asnaf
KUALA TERENGGANU, 5 Disember – Walaupun terbatas kepada skala kecil dalam suasana COVID-19, warga belia tetap meneruskan inisiatif memberi bantuan dari rumah ke rumah kepada golongan yang memerlukan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bersesuaian dengan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2020, pelbagai latar belakang anak muda terlibat menjayakan aktiviti itu. “Alhamdullilah, hasil usaha sama agensi seperti sukarelawan Rakan Muda Kuala Terengganu dan Pasukan Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam ini telah menyantuni 30 orang asnaf di 30 buah rumah. “Lokasi tumpuan kita bermula di Kampung Gong Pauh kemudian ke Kampung Kuala Bekah dan diakhiri di Kampung Sungai Rengas selepas Solat Jumaat,” katanya kepada pemberita selepas program Hari Kesukarelawanan Belia peringkat Kuala Terengganu, pagi semalam. Turut hadir, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd Izwandy Ismail dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu, Anas Hazizul. Wan Sukairi yang juga ADUN Wakaf Mempelam menyatakan rasa terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat dalam memberi kesedaran dan mengalakkan aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan di dalam negeri. Sementara itu, menurut Izwandy, program tersebut merupakan usaha daripada Kementerian Belia dan Sukan  serta kerajaan negeri bagi menggalakkan dan melahirkan sukarelawan di kalangan belia bersama komuniti. “Sebagai mana sedia maklum, 5 Disember ialah Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia dan di peringkat negeri kita telah merangka usaha ini bersama Exco dan agensi-agensi pelaksana lain Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Majlis Belia Terengganu dan sukarelawan di dalam Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu. “Program menyantuni melibatkan 25 sukarelawan belia ini adalah usaha peringkat akar umbi dalam menanam semangat sukarelawan yang jitu di kalangan anak muda supaya semangat ini dapat kita kekalkan dalam usaha berbakti dari semasa ke semasa,” katanya. Seorang penerima, Saudah Ngah,60, yang juga nenek kepada 15 cucu menyifatkan usaha belia ini sesuatu yang amat baik terutamanya mendidik orang muda berbakti kepada masyarakat setempat.
05 Dec 20
460
'Terima Kasih Agensi Kerajaan, Sukarelawan'
'Terima Kasih Agensi Kerajaan, Sukarelawan'
KEMAMAN, 5 Disember - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu masyarakat dalam menghadapi musibah banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, baru-baru ini. Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu, mangsa banjir di DUN terbabit kini mampu menarik nafas lega hasil bantuan orang ramai. "Mewakili kerajaan negeri Terengganu, saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, Sukarelawan Khidmat Malaysia, badan bukan kerajaan (NGO) serta mana-mana pihak yang turut sama membantu mangsa banjir di DUN ini. "Program hari ini pula diadakan bagi memastikan kawasan di sini menjadi bersih seperti sebelum ini. Semoga kesihatan rakyat di sini terjamin, semua sampah-sarap dibuang dan bau-bau busuk hilang," ujarnya. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui pemberita di program gotong-royong membersihkan sampah di kawasan rumah penduduk dilanda banjir di DUN itu, kelmarin. DUN Air putih merupakan satu-satunya kawasan di negeri ini yang dilanda banjir lumpur dan ia telah mengakibatkan kerosakan pada kebanyakan harta benda, perabot rumah dan sebagainya. Pelbagai inisiatif diambil oleh pihak kerajaan negeri seperti gotong-royong, program dapur rakyat, sumbangan beras serta barangan dapur dan bantuan kewangan disalurkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan rakyat dapat dipelihara sebaiknya.    
05 Dec 20
527
Nadia Terima Alat Bernafas Baharu
Nadia Terima Alat Bernafas Baharu
KEMAMAN, 2 Disember - Sebanyak RM19,500 telah diperuntukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu kepada adik Nurul Nadia Nahyuddin, 28, bagi pembelian sebuah alat bantuan pernafasan mudah alih. Nadia yang mengalami pendarahan paru-paru dan telah menggunakan alat bantuan pernafasan sejak berusia 12 tahun. Nadia ketika ditemui media bersyukur ke hadrat Ilahi serta mengucapkan terima kasih kepada pihak JKM serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat yang membantu beliau mendapatkan bantuan itu. "Ia dapat memudahkan urusan saya untuk menggunakannya jika ingin ke hospital untuk menerima rawatan susulan," katanya. Dia berkata demikian selepas menerima sumbangan alat bantuan pernafasan mudah alih yang disampaikan oleh ADUN Cukai yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat di rumahnya di Kampung Gong Pauh, semalam. Turut bersama dalam penyerahan sumbangan itu ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kemaman, Mohd Noorhadi Mohd Yusof. Dia sebelum ini mengalami kesukaran untuk ke hospital kerana perlu bergantung pada alat bantuan pernafasan, namun mempunyai alat bantuan bantuan pernafasan elektrik yang hanya boleh digunakan di rumah. "Saya sebelum ini juga mempunyai beberapa alat bantuan pernafasan ini namun ianya telah rosak,"  ujarnya. Dalam pada itu, Nadia memaklumkan turut menerima sumbangan kewangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasibnya. Sumbangan yang diberikan itu akan digunakan untuk kos penyelenggaraan mesin dan juga kos perubatan.      
02 Dec 20
127
511 Sukarelawan JKM Aktif Di Terengganu
511 Sukarelawan JKM Aktif Di Terengganu
Terengganu merekodkan seramai 511 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang aktif di negeri ini ketika ini.
01 Dec 20
166
Kembara Prihatin Negara Sasar Santuni Sejuta Individu
Kembara Prihatin Negara Sasar Santuni Sejuta Individu
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan sejuta individu mendapat manfaat daripada Program Kembara Prihatin Negara dalam usaha menyantuni rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19. 
30 Nov 20
495
Bayaran Pinjaman Rumah Tak Lebih RM300 Sebulan
Bayaran Pinjaman Rumah Tak Lebih RM300 Sebulan
Individu yang layak mendapat Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu dijamin tidak akan membayar balik pinjaman itu melebihi RM300 sebulan. #Tvdaruliman #Terengganumajuberkatsejahtera #awokkitabolehharap #PKPP  
30 Nov 20
198
Sidang DUN : 40 Ekar Untuk Penternak Ikan
Sidang DUN : 40 Ekar Untuk Penternak Ikan
Terengganu menyediakan kawasan kira-kira 40 ekar di Bukit Keluang, Besut dan Laguna, Setiu bagi menyelesaikan isu pembinaan kolam dan sangkar ternakan ikan tasik secara haram dalam kawasan tanah milik kerajaan negeri.
29 Nov 20
140
Belanjawan 2021: Bantuan Tambahan RM200 Bagi Rakyat Berpendapatan Rendah
Belanjawan 2021: Bantuan Tambahan RM200 Bagi Rakyat Berpendapatan Rendah
Seramai 48,500 isi rumah golongan berpendapatan rendah (B40) akan menerima bantuan tambahan berjumlah RM200 daripada kerajaan Terengganu.
28 Nov 20
309
Sidang DUN : RM57 Juta Atasi Hakisan Pantai Teluk Lipat
Sidang DUN : RM57 Juta Atasi Hakisan Pantai Teluk Lipat
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM57 juta bagi menyelesaikan masalah hakisan pantai yang berlaku di Pantai Teluk Lipat, Dungun sejak beberapa tahun lalu.
28 Nov 20
263
Belanjawan 2021: Tabung Perumahan, RM50 Juta Disediakan
Belanjawan 2021: Tabung Perumahan, RM50 Juta Disediakan
Dalam menjamin kesejahteraan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) di Terengganu, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif mewujudkan Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu bermula tahun hadapan.
27 Nov 20
440