lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Panasonic Tawar Kerja Kosong, Anak Terengganu Diutamakan
Panasonic Tawar Kerja Kosong, Anak Terengganu Diutamakan
KUALA TERENGGANU, 29 September – Syarikat gergasi Jepun, Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) buat julung kali mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri membuka peluang pekerjaan bagi rakyat Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, syarikat elektronik yang memfokuskan pengeluaran penghawa dingin itu memerlukan tenaga tempatan setelah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Katanya, PAPAMY mempunyai 800 kekosongan dengan lebih 500 daripadanya memerlukan pekerja dengan kadar segera. “Sebuah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terengganu Human Resource Development Centre (T-HRDC) telah dijalin bagi pembekalan tenaga daripada anak-anak Terengganu yang berkelayakan,” katanya ketika dihubungi pemberita. Menurutnya, syarikat Jepun tersebut amat positif dalam kolaborasi itu dan memberi keutamaan kepada Terengganu. "Kami di peringkat pengurusan bersama T-HRDC serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan membentuk pakej pekerjaan sesuai bagi proses seterusnya. “Apa yang ditawarkan PAPAMY, T-HRDC akan menjadi platform untuk rakyat bagi memperoleh pakej tersebut dan melalui proses interview dan pengambilan kerja. “Insya-Allah sebuah mekanisma baik akan dibentuk bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar pengangguran dalam negeri,” katanya lagi. Tambahnya, antara jawatan pekerjaan ditawarkan seperti pengendali (operator) di kilang dengan gaji sehingga RM2,700 (termasuk elaun tambahan). Terdahulu, sebuah majlis MoU diadakan di Seksyen 21, Shah Alam, Selangor yang dihadiri CEO T-HRDC, Tuan Aminuddin Bin Omar, manakala PAPAMY diwakili oleh Pengarah Urusannya, Toshikatsu Fukunaga. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.
29 Sep 21
5936
2,000 Peluang Pekerjaan Khas Buat Wanita Terengganu
2,000 Peluang Pekerjaan Khas Buat Wanita Terengganu
KUALA TERENGGANU, 20 September - Golongan wanita dalam negeri diseru agar merebut kira-kira 2,000 peluang kekosongan jawatan dan ilmu keusahawanan dalam Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita 2021 Peringkat Negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, karnival atas talian yang julung kali diadakan itu memfokuskan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan khusus kepada golongan hawa. “Tujuan program ini diadakan bagi membantu masyarakat dalam mengatasi kesan ekonomi teruk akibat pandemik COVID-19. “Dengan peningkatan kecil kadar pengangguran Terengganu kepada 4.1 peratus pada tahun lepas, pelaksanaan ini penting dalam merancakkan lagi ekonomi wanita. “Sehubungan itu, saya berharap warga Terengganu mengambil peluang ini untuk sama-sama mengikuti karnival melalui pelbagai platform seperti Cisco Webex, Zoom dan siaran langsung Facebook di ‘JPW Terengganu’,” katanya ketika bersiaran langsung di FB JPW Terengganu. Tambah beliau, pengisian program bermula hari ini sehingga 23 September turut melibatkan peluang mendapatkan insentif-insentif kerajaan serta perkongsian penceramah berpengalaman dalam pelbagai industri. Untuk pengetahuan, pelaksanaan tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu dengan kerjasama Urus Setia Pekerjaan Negeri Terengganu.  
20 Sep 21
1313
Sidang DUN : Daya Tahan Ekonomi Terengganu Bertambah Baik
Sidang DUN : Daya Tahan Ekonomi Terengganu Bertambah Baik
Daya tahan ekonomi negeri Terengganu semakin bertambah baik walaupun dalam suasana yang sangat mencabar.
19 Sep 21
108
Sidang DUN : TKEA Masih Digunakan Sebagai Pelan Ekonomi Kerajaan
Sidang DUN : TKEA Masih Digunakan Sebagai Pelan Ekonomi Kerajaan
Kerajaan masih lagi merujuk  'Key Economic Area' (TKEA) di bawah Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) sebagai pelan ekonomi negeri.
19 Sep 21
117
Status Pembinaan Headland ke-6, Pembinaan Pelindung Hakisan Ombak Di Pantai Teluk Lipat
Status Pembinaan Headland ke-6, Pembinaan Pelindung Hakisan Ombak Di Pantai Teluk Lipat
Status Pembinaan Headland ke-6, Pembinaan Pelindung Hakisan Ombak Di Pantai Teluk Lipat
15 Sep 21
286
Apakah Pelan Ekonomi Negeri Terengganu Yang Baharu?
Apakah Pelan Ekonomi Negeri Terengganu Yang Baharu?
15 Sep 21
113
Kerajaan Negeri Umum Bantuan Kewangan Buat Usahawan Kecil, Sederhana
Kerajaan Negeri Umum Bantuan Kewangan Buat Usahawan Kecil, Sederhana
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos - Kerajaan negeri bakal melancarkan bantuan kewangan patuh syariah kepada usahawan kecil dan sederhana sebagai suntingan untuk kembali bernafas susulan impak ekonomi pandemik COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, ia dijangka bakal bermula pada September melihat kepada kebanyakan golongan sasar tersebut tidak mempunyai modal untuk beroperasi kembali. Katanya, pakej ditawarkan adalah bantuan kewangan tanpa penjamin kepada golongan usahawan dan peniaga kecil, yang diuruskan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad. “Inisiatif dalam perancangan ini adalah tanpa riba (termasuk cas perkhidmatan) sebagai modal pusingan buat usahawan di luar sana. “Dinamakan sebagai Skim Pembiayaan Mikro Bangkit BIMB-YPU menggunakan dana Sadaqa House, dana-dana yang diperuntukkan itu tidak ada hadnya, cuma suntingan itu bermula serendah RM3,000 sehingga RM20,000. “Diharapkan agar rakyat khususnya golongan terlibat bersedia untuk membuat permohonan kepada YPU sebaik sahaja ia dijalankan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa siaran langsung Dialog Rakyat Terengganu Peringkat Besut, di Facebook TVDI, baru-baru ini. Selain itu, Mohd Khuzaini berkata, kontraktor kecil yang memperolehi projek kerajaan badan berkanun, syarikat pautan kerajaan, syarikat tersenarai awam, PBT dan yang tidak mampu memulakan kerja kerana ketiadaan modal yang cukup juga ditawarkan bantuan melalui pakej pemfaktoran. Katanya, kerajaan sedar ada kontraktor kecil yang mendapat projek tidak mempunyai modal yang cukup dan kerana tiada pilihan, terpaksa meminjam daripada 'along'. Menyedari hakikat itu, jelasnya, pihaknya bersama YPU dan sebuah syarikat menyediakan skim pembiayaan pemfaktoran kepada kontraktor tersebut. Tambahnya, untuk tahun pertama, kerajaan melalui YPU akan menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta dan akan dijadikan pusingan untuk kemudahan kontraktor membiayai 80 peratus daripada modal projek mereka.
25 Aug 21
497
Peniaga Kedai Pakaian Lega Premis Boleh Operasi
Peniaga Kedai Pakaian Lega Premis Boleh Operasi
KUALA NERUS, 15 Ogos – Pembukaan lebih banyak sektor perdagangan dan pengedaran yang berkuat kuasa pada semalam bukan sahaja melegakan peniaga bahkan orang ramai. Seorang peniaga pakaian wanita, Husna Syahirah Rosdi, 25, berkata, dia sangat bersyukur apabila dimaklumkan kedai sepertinya boleh beroperasi setelah tiga bulan tidak dapat berniaga seperti biasa. "Sepanjang tidak beroperasi, bayaran sewa juga perlu bayar iaitu sebanyak RM4,500. Oleh itu, saya dan rakan-rakan usahawan lain mengambil kaedah alternatif dengan menjual secara atas talian sahaja sepanjang pandemik bagi menyara diri dan kos perniagaan," katanya. Tambahnya, sambutan pada hari pertama dibuka semalam amat memberangsangkan dengan pelanggan dalam daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berkunjung di kedainya di KTCC Mall. Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab ketika dihubungi berkata, hari ini dijangka banyak lagi sektor terlibat dibuka ekoran pengumuman tersebut, baru-baru ini. “Dalam DUN Seberang Takir yang kita dapat kenalpasti beberapa buah kedai yang berdaftar dengan kita untuk Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 2021 baru-baru ini,” jelasnya.
17 Aug 21
503
Fasa 2: Lagi 11 Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Buka Di Terengganu
Fasa 2: Lagi 11 Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Buka Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Ogos - Sebanyak 11 lagi aktiviti ekonomi di dalam sektor perdagangan dan pengedaran dibenarkan untuk kembali beroperasi di Terengganu serta negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan kesemua 11 aktiviti ekonomi itu adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula di dalam Fasa 1. Aktiviti-aktiviti ekonomi tersebut adalah seperti berikut : 1. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi 2. Kedai barangan terpakai 3. Kedai bunga dan nurseri 4. Kedai kraftangan dan cenderahati 5. Kedai antik 6. Kedai alat permainan 7. Kedai permaidani 8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif 9. Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain) 10.Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi 11.Kedai tembakau termasuk vape dan rokok elektronik Namun, Muhyiddin berkata pemilik premis yang tersenarai itu perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19. Katanya lagi, ia bertujuan bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap, serta mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat. Selain Terengganu, negeri-negeri dalam Fasa 2 PPN buat masa ini ialah ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Sabah.
16 Aug 21
3107
Peserta Terkejut MB Terengganu Sertai Zoom Mereka
Peserta Terkejut MB Terengganu Sertai Zoom Mereka
KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Peserta-peserta Program Rintis ACES Web App dari Terengganu teruja apabila dikejutkan dengan penyertaan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam sesi Zoom mereka selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER (ICC) Terengganu. Ahmad Samsuri turut berasa gembira dapat meluangkan masa bersama mereka. Beliau juga menerima taklimat mengenai program rintis berkenaan dan sempat memberikan kata-kata semangat kepada para peserta. "Tahniah atas penyertaan anda dalam program ini. Sangat penting anda menyesuaikan diri dengan sistem dan teknologi baharu kerana ia akan memberi impak yang besar kepada pekerjaan di masa hadapan. "Semoga anak-anak terus melengkapkan diri dengan teknologi dan pengetahuan tentang Industri Revolusi 4.0 (IR4.0) agar dapat menyumbang kepada pembangunan negeri di masa depan insya-Allah," ujarnya ketika bersiaran dalam lawatannya. Program Rintis ACES Web App telah dimulakan baru-baru ini bagi mensiap siaga rakyat di Terengganu untuk pekerjaan masa akan datang, yang melibatkan lebih daripada 3,100 pelajar di seluruh Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ia bertujuan mewujudkan kesedaran tentang IR4.0 di kalangan pelajar dan menyediakan bakat di ECER dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memenuhi kehendak masa hadapan. Program terbabit sedang dilaksanakan melalui satu siri webinar yang menyasarkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah program empower ECER di negeri-negeri ECER dan kini sedang berjalan sehingga 31 Julai 2021. Selain itu, dapatan awal menunjukkan bahawa program perintis tersebut berkesan dalam menerapkan pengetahuan tentang IR4.0 di kalangan para peserta. Kira-kira 740 peserta dan 12 jurulatih di enam lokasi di Terengganu iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Setiu dan Besut terlibat dalam program tersebut, yang akan berlangsung selama tiga minggu.
27 Jul 21
1554