Artikel "Ekonomi" Terkini
Pendaftaran Program Usahawan Belia Kini Dibuka
KUALA TERENGGANU, 8 Januari – Kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu kini membuka kembali pencarian program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) bagi membantu anak muda membangunkan perniagaan sendiri.
Menurut YPU, antara objektif inisiatif itu ialah untuk membantu warga muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta menceburi dunia keusahawanan.
“Antara keistimewaan program ini adalah penyediaan latihan dan bimbingan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang berkaitan, Geran Peralatan sehingga RM5,000 serta Geran Pembangunan Perniagaan sehingga RM2,000 di samping pemantauan perniagaan.
“Antara syarat kelayakan ialah Bumiputera, Islam dan rakyat Terengganu, berminat menjadi usahawan sepenuh masa, berumur 18 hingga 35 tahun dan jika sekiranya berniaga mestilah tidak melebihi tiga tahun beroperasi,” jelasnya baru-baru ini.
Menurut YPU lagi, permohonan secara atas talian sahaja boleh dibuat di laman pautan https://bit.ly/permohonan-UBES dengan tarikh tutup permohonan pada 16 Januari (Ahad).
Untuk pengetahuan, sebarang pertanyaan boleh hubungi di nombor talian 09-6242424 (Bahagian Pembangunan Usahawan).
08 Jan 22
1171
Subsidiari Golden Pharos Berhad Tunai Zakat Perniagaan RM200,000
Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd (KPKKT), subsidiari kepada Golden Pharos Berhad (GPB), mengambil langkah tuntutan hukum syarak menerusi pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM200 ribu.
03 Jan 22
136
Terengganu Tarik Pelaburan RM8.5 Bilion
Terengganu merekodkan jumlah pelaburan kira-kira RM8.5 bilion sepanjang tahun 2021 walaupun negara berdepan pandemik Covid-19.
03 Jan 22
328
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
Kerajaan Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri tekad dalam mencapai standard ISO9000 bagi memendekkan urusan birokrasi supaya lebih efisyen dalam memudahkan golongan usahawan negeri memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan perniagaan.
27 Dec 21
355
TDM Plantation, MPOGCF Meterai Usaha Pulihara Habitat Liar
TDM Berhad menerusi bahagian perladangan, TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) untuk menambah baik inisiatif pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar.
27 Dec 21
310
BTM BINA LOJI JANAKUASA DI TELUK KALONG,TAWAR 400 PELUANG KERJA
23 Dec 21
147
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu tekad dalam mencapai standard ISO9000 bagi memendekkan urusan birokrasi supaya lebih efisyen dalam memudahkan golongan usahawan negeri memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan perniagaan.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, sebelum ini susun atur pendaftaran sehingga perolehan dana usahawan mengambil masa sedikit lama.
“Sehubungan dengan itu, YPU akan menambahbaikkan perkhidmatannya dengan menyingkirkan mana-mana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak diperlukan.
“Apa pentingnya ISO ini, ia adalah satu siri standard yang wujud untuk pengurusan kualiti dan berterusan yang berterusan, saya letakkan sekarang paling lama bagi mendapat keputusan ialah dua bulan (sebelum lima bulan) untuk menentukan insentif usahawan itu berjaya atau tidak.
“Garis panduan ini akan disegerakan dan sasaran pelaksanaan pada tahun hadapan, YPU akan ada ISO9000 tersendiri bersama pihak konsultan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Pembentangan Program & Aktiviti Tahun 2022 Di Bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna di Hotel Seri Pacific, baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi YPU, Zulkifli Yunus menjelaskan, perancangan dan peruntukkan diberi kerajaan negeri menerusi pihaknya sejak tempoh 2019 adalah memuaskan dan sangat tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Oleh itu, dengan pelaksanaan Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) berjumlah RM10 juta bersama Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT), ISO ini dapat memberi standard dan integriti pada tahap tinggi buat pegawai dan mutu perkhidmatan kami.
“Sejajar dengan Jubli Perak YPU 25 tahun, SOP yang bakal julung kali diadaptasikan dalam kerja kami bakal membuka ruang lebih luas dengan sasaran 1000 usahawan mendapat suntingan kewangan dengan pelbagai skim pembiayaan ditawarkan,” katanya lagi.
21 Dec 21
897
Ayuh, Tawaran 2,500 Peluang Kerja Masih Dibuka
BESUT, 20 Disember- Sebanyak 2,500 peluang pekerjaan ditawarkan dalam program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu yang diadakan di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, sehingga esok.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu perlu dimanfaatkan rakyat Terengganu untuk membina kerjaya.
"Sebenarnya, untuk tahun ini kita rancang ini yang terakhir, tetapi kita dapat permintaan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Setiu untuk mengadakan program 'outreach' di daerah itu. Jadi, sekiranya sempat kita akan cuba buat. Jika tak sempat hujung tahun ini, kita akan buat awal tahun depan bermula di Setiu.
"Untuk makluman, selepas 'outreach' dilakukan dengan kerjasama Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn. Bhd.(PAPAMY) baru-baru ini, Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (T-HRDC) dihubungi beberapa lagi syarikat untuk menjalinkan kerjasama dan dengan kesempatan yang ada kami cuba menawarkan peluang ini kepada rakyat kita," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi, hari ini.
Jelasnya, program berkenaan juga terbukti apabila T-HRDC berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak-anak negeri.
"Setakat ini, dari segi pencapaian kita 88 peratus calon yang hadir ke program 'outreach' ini telah diberikan pekerjaan.
"Dari segi jumlahnya, sebanyak 138 orang anak Terengganu yang telah ke PAPAMY di mana ia menjadi rekod bagi Panasonic sendiri yang berjaya merekrut pekerja sebanyak itu dalam satu program santunan kerja ini," katanya.
Beliau berharap kesempatan satu hari lagi dimanfaatkan lebih ramai anak muda terutama di kawasan Besut untuk membina kerjaya.
20 Dec 21
700
Terengganu Sedia Tabung Usahawan Tanpa Riba Sehingga RM20 Ribu
KUALA TERENGGANU, 17 Disember – Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah membuka permohonan tabung usahawan tanpa riba bagi membantu para peniaga untuk bangkit kembali pasca COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pihaknya bergerak proaktif dengan menyediakan satu bentuk dana tiada faedah dengan Bank Islam Malaysia Berhad.
“Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT) merupakan suntingan berjangka dengan bermula dengan minimum RM3,000 sehingga RM20,000 tanpa cagaran, tanpa penjamin.
“Di samping Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS), bantuan kewangan ini bergerak seiring dengan peruntukan RM10 juta hasil pembentangan Bajet 2022.
“Menurut pihak Bank Islam, mereka tidak menetapkan jumlah peruntukan spesifik dan kerajaan Terengganu adalah satu-satunya kerajaan negeri yang bekerjsama bersama mereka, negeri lain hanya diadakan di bawah nama bank tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Pembentangan Program & Aktiviti Tahun 2022 Di Bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna di Hotel Seri Pacific, semalam.
Tambahnya, sejak berjalan pada bulan November, BangKIT telah mula menerima permohonan daripada usahawan tempatan.
“Oleh itu, menerusi program pembentangan portfolio selama dua hari ini, kita akan menyampaikan maklumat sebegini kepada wakil-wakil rakyat, pegawai penyelaras di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Dengan harapan supaya pengawasan di peringkat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) akan meningkatkan efisyen dan penerangan kepada peringkat akar umbi masyarakat,” katanya lagi.
Bagi yang berminat untuk memohon pembiayaan yang disediakan khas dibawah Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) boleh klik pada link yang tertera di bawah :
1) Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T)
bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA
2) Tabung Siti khadijah (TSK)
bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA
3) Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT)
bit.ly/SkimPembiayaanAtasTalianSPINT
4) Skim Pembiayaan 'Mobile Truck' (SPMT)
bit.ly/SkimPembiayaanMobileTruckSPMT
5) Skim Dana Usahawan Asas Tani (DUNIA)
bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA
6) Dana Prihatin Terengganu - OKU (D-HATI)
bit.ly/DanaPrihatinTerengganuOkuDHATI
Bagi yang belum mendaftar sebagai Sahabat Usahawan Terengganu, sila klik link di :http://bit.ly/DaftarSahabatUsahawanYPU
Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT) : https://ypu.com.my/program-pembiayaan-mikro-bangkit/
17 Dec 21
1215
Pastikan Tiada Usahawan Tercicir
KUALA TERENGGANU, 17 Disember – Kerajaan negeri memantapkan sistem penyampaian maklumat di bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna bagi memastikan tiada usahawan tercicir daripada mendapat sebarang info dan bantuan yang tersedia.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, antara masalah ditumpukan adalah penerangan tidak efektif di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang berlaku sebelum ini.
“Kita telah memberi taklimat kepada wakil-wakil PKM, namun ia tidak berkesan, apabila orang bertanya di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) petanya ditolak kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).
“Saya terima cadangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pegawai Penyelaras kerana mereka kekurangan maklumat mengenai portfolio saya, apa kerajaan buat tidak sampai kepada rakyat.
“Oleh itu, sesi libat urus bersama dua wakil PKM seperti hari ini antara salah satu cara bagi memikirkan mekanisme supaya segenap lapisan masyarakat tahu, terutamanya apabila Bajet 2022 menambah peruntukan tabung usahawan kepada RM10 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media program Pembentangan Program & Aktiviti Tahun 2022 Di Bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna di Hotel Seri Pacific, semalam.
Katanya, antara penyelesaian diusahakan seperti menamakan seorang wakil daripada PKM sebagai pusat maklumat daripada YPU dan portfolio keusahawanan.
“Contohnya, apabila ada orang kampung minta bantuan kewangan bagi membeli mesin, maka pegawai itu akan menceritakan jalan cara dan berhubung dengan YPU sebagai pemudah cara.
“Matlamat tarikh pelaksanaannya dapat dijalankan pada bulan Januari setelah mengenal pasti pegawai sesuai agar sistem mekanisme penerangan ini menjadi efisyen dan rakyat tidak terlepas kebaikannya,” katanya lagi.
17 Dec 21
274