lightning-solid
Berita :

Artikel "agama" Terkini

200 Kaum Hindu Jabor Perasing Diraikan
200 Kaum Hindu Jabor Perasing Diraikan
KEMAMAN, 22 Nov - Kira-kira 200 orang kaum beragama Hindu diraikan dalam satu majlis sambutan perayaan Deepavali yang telah berlangsung di Ladang Jabor Perasing, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, beliau merasa bersyukur kerana dapat mengadakan program sedemikian bagi meraikan kaum Hindu. "Syukur dengan izin-NYA, saya hari ini dapat bersama-sama dengan anda semua yang baru sahaja bergembira menyambut Deepavali bersama keluarga dan sanak-saudara. Kami mengharapkan anda semua dapat menjalani kehidupan yang baik agar dapat mencapai kebahagiaan bersama.  "Seiring dengan semangat dan aspirasi Keluarga Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada November setiap tahun bakal dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia,"ujarnya. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai berkata demikian ketika merasmikan program itu. Katanya lagi, Bulan Keluarga Malaysia 2021 akan memfokuskan nilai pengkayaan Keluarga Malaysia iaitu K.A.S.I.H. yang merangkumi kasih sayang, akhlak atau peribadi mulia, sihat fizikal dan mental, berilmu serta harmoni sebagai nilai yang perlu ada dalam setiap ahli keluarga. Dalam majlis itu, kerajaan negeri turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan dapur penerima yang hadir. Majlis dimeriahkan lagi dengan jamuan dan cabutan bertuah. Turut bersama ADUN Air Putih, Razak Ibrahim, Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krishnan dan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ustaz Ramlan Mahmood dan lain-lain.
22 Nov 21
485
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAKWAN,INSAN DAN PENERANGAN TERENGGANU JAIM RINTIS KERJASAMA
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAKWAN,INSAN DAN PENERANGAN TERENGGANU JAIM RINTIS KERJASAMA
21 Nov 21
332
Tiada Pasangan Terengganu Terlibat Sindiket Lebai Loh
Tiada Pasangan Terengganu Terlibat Sindiket Lebai Loh
19 Nov 21
216
Tiada Pasangan Terengganu Terlibat Sindiket Lebai Loh
Tiada Pasangan Terengganu Terlibat Sindiket Lebai Loh
KUALA TERENGGANU, 18 November - Tiada pasangan di Terengganu yang dikesan terjebak dengan sindiket nikah tanpa tauliah di Thailand atau dikenali sebagai Lebai Loh. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) serta pejabat agama daerah mendapati tiada warga negeri yang terlibat sehingga kini. “Sebaik pembongkaran sindiket nikah tanpa tauliah dibongkar di Kelantan, saya telah mengarahkan semua pegawai agama setiap daerah di negeri ini untuk melakukan siasatan. “Diharapkan rakyat Terengganu tidak termakan dengan isu dan sikap sebegini yang tidak bertanggungjawab, setakat ini tiada maklumat dibangkitkan pegawai-pegawai daerah. “Kahwin atas talian juga tidak terlepas kerana perlu mengikuti peraturan dan pendaftaran dibawah JHEAT,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, semalam. Tambah Mohd Nor, Terengganu antara negeri yang memudahkan perkahwinan menerusi anjuran program Walimatulurus Perdana yang telah diperuntukkan di dalam Bajet 2022 bernilai RM1.2 juta. “Kita tanggung kos perkahwinan, tiada alasan kerana kita telah memudahkan persiapan buat mereka yang ingin membina rumah tangga,” katanya lagi. Menurutnya lagi, Terengganu juga diantara negeri mudah bagi prosedur poligami dengan pegawai Syariah menjadi pemudah cara, bergantung kepada kemampuan suami. “Bagi ingin mengetahui siapa jurunikah sah, ada senarai jurunikah di seluruh mukim-mukim dan ada label di rumah mereka, semua pegawai agama daerah di pejabat agama daerah juga adalah bertauliah,” tambahnya.
18 Nov 21
624
KUNJUNG HORMAT MENTERI AGAMA PERKUKUH HUBUNGAN NEGERI, PEERSEKUTUAN
KUNJUNG HORMAT MENTERI AGAMA PERKUKUH HUBUNGAN NEGERI, PEERSEKUTUAN
31 Oct 21
98
Pendidikan Awal Penting Dalam Mencegah Bahana Arak
Pendidikan Awal Penting Dalam Mencegah Bahana Arak
Oleh: Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 29 Oktober – Pendidikan pada peringkat awal dalam kalangan orang Islam adalah mustahak bagi membawa budaya yang baik terutamanya bagi mencegah perbuatan haram seperti minum bahan yang beralkohol. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali berkata, perlu diwujudkan suatu sistem di peringkat prasekolah dalam membentuk generasi yang baik pada masa akan datang. “Di antara yang penting dalam soal sistem pendidikan, kita mahu sistem ini dapat memenuhi apa dikatakan falsafah pendidikan Islam itu sendiri untuk melahirkan  insan yang seimbang dari segi rohani, inteleknya, emosi dan jasmani dalam bentuk bersepadu. “Jadi perkara ini perlu dibina daripada awal prasekolah hingga institut pengajian tinggi supaya kesedaran beragama itu mesti dibina sepanjang masa. Kalau dari kecil berterusan hingga peringkat lebih tinggi saya yakin masyarakat kita ini akan melihat isu arak ini sangat merosakkan ibu segala maksiat yang perlu dijauhi,” jelasnya. Beliau berkata demikian dalam satu forum atas talian dianjurkan oleh Terengganu Strategic & Integrity Institute, pada semalam. Justeru itu, beliau berharap ahli Badan Legislatif melihat perkara ini sebagai isu serius dan pada masa yang sama pihak kerajaan sendiri perlu lebih tegas. “Supaya kita mahu dalam negara kita ini walaupun ada kebebasan di kalangan orang bukan Islam untuk minum arak secara privasi tapi tidak boleh kita katakan apa sahaja perkara berkait dengan arak walaupun mereka berhak minum arak. “Mereka boleh bertindak bebas yang menyebabkan kita tidak menjaga dari segi keharmonian masyarakat itu sendiri,” tegasnya. Beliau menambah, kerjasama semua pihak memainkan peranan masing-masing yang amat penting. “Di peringkat mereka yang berkuasa mesti ada suatu kemahuan yang begitu tinggi bagaimana kita nak melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam dan khalifah Allah di atas muka bumi ini. “Islam bukan hanya dilaksanakan secara peribadi tentang solat, puasa tetapi untuk melahirkan masyarakat yang bertakwa, dibina atas dasar akidah yang sudah tentu hasrat  utama umat Islam,” tambah beliau lagi.
29 Oct 21
337
Kerajaan Teliti Larangan 'Mak Nyah' Masuk Masjid
Kerajaan Teliti Larangan 'Mak Nyah' Masuk Masjid
Kerajaan akan meneliti larangan golongan trasgender atau 'mak nyah' ke dalam masjid untuk dilaksanakan pada peringkat Wilayah Persekutuan.
06 Oct 21
151
Terengganu Sedia Laksana Hudud, Tunggu Isyarat Persekutuan
Terengganu Sedia Laksana Hudud, Tunggu Isyarat Persekutuan
KUALA TERENGGANU, 15 September – Terengganu bersedia melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) 2002 sebaik sahaja cadangan dua Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 mendapat kelulusan di peringkat Persekutuan. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, sebahagian Rang Enakmen hasil pimpinan kerajaan PAS terdahulu telah berjalan mengikut bidang kuasa sedia ada seperti menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. “Kita sedia maklum empat undang-undang yang sekarang diselia di peringkat persekutuan. “Pelaksanaan ini akan melibatkan kadar populasi 96 peratus Melayu Islam tanpa berkait dengan mereka yang bukan Islam, ini kerana ia merupakan satu ibadah dan tuntutan buat seorang muslim. “Buat masa kini kita memaksimakan penggunaan peruntukan 356 iaitu maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan seperti termaktub di dalam Akta 355,” katanya ketika sidang media selepas Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14, hari ini. Tambahnya, penerangan menerusi bengkel dan sesi dialog sedang giat dijalankan melibatkan pelbagai jabatan penguatkuasaan, pendakwaan dan hakim mahkamah Syariah. “Kita bergerak secara berperingkat dan tahun hadapan pihak kami akan mempertingkatkan pelaksanaan di bawah bidang kuasa bagi memberi pendidikan dan penjelasan buat masyarakat. “Insya-Allah Terengganu akan menjadi negeri pertama yang melaksanakan hudud mengikut peruntukkan yang diizinkan dan proses ini sentiasa diteliti bagi mengelakkan konflik dengan undang-undang sivil di peringkat persekutuan,” katanya lagi. Jelasnya lagi, Terengganu juga sedang menaiktaraf infrastruktur seperti mahkamah Syariah kepada empat lapisan serta kaedah-kaedah teknikal sedang dikemaskini. Terbaharu, cadangan dua RUU355 dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam sudah bersedia untuk dibawa ke perundingan bersama negeri-negeri pada bulan hadapan menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary. Untuk rekod, RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa menghukum mahkamah syariah bagi kesalahan jenayah syariah tanpa membabitkan masyarakat bukan Islam, namun ia hanya di peringkat mengemukakan usul tanpa perbahasan.
15 Sep 21
2813
Mantan Mufti Dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Mantan Mufti Dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Mantan Mufti Terengganu, Dato’ Al-Syeikh Abdul Halim Abd Kadir telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu bersempena Sambutan Maal Hijrah Tahun 1443Hijrah bersamaan 2021Masihi.
07 Sep 21
383
Mantan Mufti Dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Mantan Mufti Dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos – Mantan Mufti Negeri, Dato’ Al-Syeikh Abdul Halim Abd Kadir telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Terengganu bersempena Sambutan Maal Hijrah Tahun 1443H/2021M. Anugerah tersebut diumumkan oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad dalam Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan atas talian, semalam. Menurut Abdul Halim, penganugerahan itu merupakan satu pengiktirafan buat dirinya dalam dunia keilmuan Islam. "Syukur kepada Allah SWT, dan saya mengucapkan seribu penghargaan kepada kerajaan negeri dan barisan penganjur atas penghargaan ini," katanya menerusi siaran langsung di TVDI. Beliau yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) sejak tahun 2007 membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, Piala Tokoh Maal Hijrah 1443H/2021M dan Sijil Penghargaan. Menurut JHEAT, latar belakang pendidikan Abdul Halim bermula dengan pendidikan awal di pondok Jertih dan kemudian memperoleh pendidikan di peringkat menengah rendah di Sekolah Darul Ulum, Mekah al-Mukarramah dari tahun 1953 hingga 1956. Dari tahun 1960 hingga 1965, beliau menuntut di Kuliah Syariah, Universiti al-Azhar, Mesir. Pada tahun 1966, beliau mendapat Diploma Pendidikan di universiti yang sama. Beliau juga turut aktif menyumbang tenaga dalam aktiviti luar sebagai Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kota Bharu, Kelantan (1957-1978), Pengerusi ABIM Wilayah Persekutuan (1981-1988) dan Pengerusi Persatuan Ulama’ Wilayah Persekutuan (1984-2000 kecuali tahun 1993-1994). Pada tahun 2000, beliau dilantik secara kontrak sebagai Mufti Kerajaan Negeri Terengganu sehingga 2004. Abdul Halim telah dikurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato' oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 20 Julai 2003. Dalam pada itu, Imam Masjid Kampung Rawai, Marang, Abd Wahab Muhammad telah dinobatkan sebagai Tokoh Imam Cemerlang dan dihadiahkan wang tunai RM5,000, Piala Tokoh Maal Hijrah serta sijil penghargaan. Manakala, Tokoh Bilal Cemerlang pula dianugerahkan kepada Mohd Puteh daripada Masjid Kampung Pecah Rotan, Kuala Nerus yang turut menerima dihadiahkan wang tunai RM5, 000, Piala Tokoh Maal Hijrah dan sijil penghargaan.
10 Aug 21
1191