Artikel "agama" Terkini
World #Quranhour :Surah Al-Sajdah Jadi Pilihan Untuk Dibaca, Diperhalusi Dan Difahami
KUALA TERENGGANU, 26 April- Surah Al-Sajdah pada kali ini telah dipilih untuk dibaca, diperhalusi serta difahami pada sambutan World #QuranHour 2022.
Sehubungan dengan itu, empat lokasi telah dijadikan hotspot utama melibatkan Masjid Abidin, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Masjid Jamek, Kijal, Kemaman.
Ketua Pegawai Eksekutif Masjid Abidin, Dato' Dr. Syed Mohammad Salleh Syed Yusof Al-Zawawi berkata, pemilihan surah Al-Sajdah sangat relevan dijadikan pilihan kerana mengandungi pengertian yang cukup baik selain dijadikan pilihan imam setiap kali solat subuh berjemaah pada Jumaat.
"Hari ini surah itu akan dibaca serentak di seluruh Malaysia tepat pada jam 12 tengahari, semoga ini menjadi titik permulaan untuk seluruh rakyat untuk mendekati al-Qur'an dan mengamalkannya dalam kehidupan, bukan hanya sekadar dibaca tetapi difahami dengan sebaik-baiknya.
"Bacaan surah yang mengandungi 30 ayat ini akan dibimbing oleh Imam Khas Masjid Abidin, Mohamed Abdel Hamid Kulaib Al-Azhari dan ditadabur oleh Ahli Panel Klinik Hukum Jabatan Mufti Terengganu, Ustaz Abu Usamah Mohd Hanafiah Tuan Guru Haji Husain,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, pada program berkenaan, di Masjid Abidin, di sini, pada hari ini.
Pada program tersebut turut diiringi doa khas kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Mizan, sempena hari keputeraan baginda ke-60.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.
Menurut Dr. Syed Mohammad Salleh, generasi kini perlu menekuni dan memahami al-Qur'an untuk dijadikan panduan hidup bagi memastikan wujudnya perpaduan dalam negara yang menjadi tunjang kepada kekuatan masyarat Islam di negara ini.
"Dimana umat hari ini jika diperhatikan mengaku beriman tetapi tidak mengenali jiran, sedangkan al-Quran mengajar kita agar berbuat baik kepada mereka dan seluruh anggota masyarakat.
"Impak serta kesan yang baik pasti akan dapat dirasa jika al-Qur'an itu didalami dengan sebaiknya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian,"ujarnya lagi.
Beliau juga berharap agar kempen mengajak umat Islam berinterkasi dengan al-Qur'an itu dapat diteruskan pada setiap tahun dan disambut baik seluruh rakyat kerana ia merupakan pentas terbaik untuk mendekatkan masyarakat dengan kitab suci tersebut.
26 Apr 22
444
Al-Quran Perakuan Kerasulan Rasulullah SAW
Majlis sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri Terengganu Darul Iman telah berlangsung dalam satu majlis ringkas namun penuh bermakna di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.
20 Apr 22
238
Al-Quran Perakuan Kerasulan Rasulullah SAW
KUALA TERENGGANU,19 April - Majlis sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri Terengganu Darul Iman telah berlangsung dalam satu majlis ringkas namun penuh bermakna di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan kesyukuran program berkenaan dapat dilaksanakan sewaktu peralihan fasa ke endemik yang memberi kelonggaran buat umat Islam melaksanakan tanggungjawab beribadat di bulan Ramadan ini.
"Sebagaimana kita tahu bahawa bahawa al-Quran merupakan kitab yang mengandungi pelbagai mukjizat yang tidak pernah berakhir.
"Ia diibaratkan sebagai sumber mata air yang tidak pernah habis dan samudera yang tidak pernah surut.
"Nuzul Al-Quran menjadi perakuan akan kerasulan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam membawa misi Islam yang penting kepada umat manusia untuk mentauhidkan serta mengabdikan diri kepada Allah SWT," katanya.
Dr. Ahmad Samsuri bersama-sama dengan kepimpinan kerajaan negeri yang lain termasuk pegawai-pegawai kerajaan memulakan majlis dengan solat Isyak dan solat tarawikh secara berjemaah.
Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man kini kembali beroperasi seperti biasa sejak awal Ramadan lalu setelah proses kerja-kerja baik pulih selesai berikutan tergendala sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
19 Apr 22
317
Kempen Solat Jumaat Semarak Usaha Dakwah
Kempen Solat Jumaat diketengahkan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Terengganu dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tuntutan ibadah tersebut.
10 Apr 22
253
Madinah Ramadan Usaha Dakwah Yang Berterusan
KUALA TERENGGANU, 9 April – Program Madinah Ramadan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini merupakan antara usaha dakwah yang berterusan dalam Negeri Terengganu.
Menurut Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Ustaz Shukri Faiz Jusoh meskipun pada tahun lepas agak suram kerana penularan wabak Covid-19, namun ia tidak membantutkan usaha dakwah tersebut.
“Dalam program ini kita sasarkan kepada mereka yang berada di sekitar Pantai Batu Buruk untuk disajikan kepda mereka dengan kuliah santai pada waktu petang.
“Kami juga meyediakan tempat untuk solat berjemaah bagi kemudahan kepada pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan Pantai Batu Buruk,” katanya.
Sekitar Majlis Perasmian Madinah Ramadan Daerah Kuala Terengganu
Beliau berucap dalam satu Majlis Perasmian Madinah Ramadan Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang diadakan berhampiran Dataran Pantai Batu Buruk baru-baru ini.
Beliau juga menyatakan program ini bertepatan dengan tema yang diangkat oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini iaitu Tahun Semarak Dakwah.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Madinah Ramadan Peringkat Daerah Kuala Terengganu.
“Marilah sama-sama kita mengambil peluang ini untuk kita isi dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat.
“Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk menghidupkan program-program seperti ini bukan hanya pada bulan Ramadan malah pada bulan-bulan yang lain juga sepanjang masa,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapan perasmiannya.
Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Hj. Mohd Ariffin Abdullah dan Ketua Penolong Pesuruhjaya Pengurusan Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Ustaz Muhammad Zamri Nik.
Ucapan perasmian ADUN Batu Buruk
09 Apr 22
500
Kempen Solat Jumaat Semarak Usaha Dakwah
KUALA NERUS, 8 April- Kempen Solat Jumaat diketengahkan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Terengganu dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tuntutan ibadah tersebut.
Pengerusinya, Mohd Nor Hamzah berkata, kempen tersebut diuar-uarkan supaya masyarakat lebih peka dengan ibadah berkenaan lebih-lebih lagi selepas kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam ibadah solat jemaah tanpa penjarakan sosial dikuatkuasakan awal April ini.
"Sesiapa yang mendengar kempen kita pada hari ini dan seterusnya, mohon agar ambil peringatan supaya jangan meninggalkan ibadah wajib ini. Ibu-ibu, kakak-kakak, tolong ingatkan suami kita. Tolong ingatkan anak-anak lelaki kita agar bersiap khususnya di bulan Ramadan untuk mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah SWT.
"Jangan kita mengundang murka Tuhan. Denda dan penjara itu (hukuman) atas dunia sahaja, yang kita takutnya adalah azab Allah SWT di Akhirat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi peringatan kepada orang awam dalam kempen yang diadakan di Pasar Teluk Ketapang dan Dataran Austin, di sini hari ini.
Tambahnya, dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 Seksyen 16, Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat (Pindaan 2016), menjelaskan mana-mana orang lelaki yang mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya.
"Kami turun ke kawasan ini untuk berkempen bersama kedua-dua jabatan, kita sedarkan masyarakat dan semua umat Islam agar jangan lupa untuk menunaikan sembahyang Jumaat hari ini dan hari-hari Jumaat yang lain.
"Ingatlah semua, jaga ibadat, Allah Taala akan jaga hidup kita insya-Allah," katanya.
08 Apr 22
485
Madinah Ramadan Kembali, Angkat Pengisian Rohani
Terengganu membuka kembali tirai Madinah Ramadan bagi menghidupkan suasana dakwah dan ilmu di kalangan masyarakat sempena bulan mulia ini.
07 Apr 22
418
Lima Tanggungjawab Terhadap Al-Quran
KUALA TERENGGANU, 5 April – Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran kepada Baginda Rasulullah SAW dan umat Islam mempunyai lima tanggungjawab terhadap mukjizat terbabit.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata yang pertama, kita perlu membaca al-Quran.
“Kedua, kita perlu menghayati Al-Quran dengan melihat makna ayat yang kita baca itu dan melihat tafsiran kepada ayat-ayat tersebut.
“Seterusnya, kita perlu menghafal ayat-ayat Al-Quran sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah yang merupakan antara rukun dalam solat,” kata Ustaz Muhammad Khalil.
Tambah beliau lagi, antara tanggungjawab yang seterusnya ialah beramal dengan ayat-ayat al-Quran kerana ia merupakan panduan hidup bagi orang Islam.
Tanggungjawab kelima ialah mempertahankan al-Quran daripada musuh-musuh Islam.
Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh beliau selepas solat zohor di Surau pejabat Badan Perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Terengganu.
05 Apr 22
565
226 Masjid ,Surau Setiu Terima Sumbangan Ihya’ Ramadhan
SETIU, 5 April – Sebanyak 73 buah masjid dan 153 buah surau di daerah ini telah menerima sumbangan Ihya' Ramadan pada kali ini.
Ahli parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, sumbangan tersebut bagi menghidupkan institusi berkenaan sepanjang Ramadan bagi menyuburkan aktiviti-aktiviti keagamaan di komuniti setempat. Justeru itu, beliau memperuntukkan untuk menyumbang kepada masjid dan surau.
“Alhamdullilah, ini bukanlah kali pertama kita memberi sumbangan sedemikian rupa. Tapi ia sudah diagihkan pada tahun-tahun sebelum ini.
“Saya berharap semoga dengan sumbangan ini ia dapat menghidupkan lagi program-program keagamaan sepanjang bulan ini dalam kita mengejar fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di Dewan Serbaguna Sg Tarom, di sini, semalam.
Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan Pegawai Pejabat daerah, Faiz Azuan.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan jemaah mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini yang mesti dipatuhi walaupun sudah berada di fasa endemik dalam mengentikan penularan wabak Covid-19.
“Saya mohon jawatankuasa masjid dan surau sentiasa memperingatkan para jemaah untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan ,"katanya.
04 Apr 22
461
Pergiat Usaha Banteras 'Geng Plastik Hitam'
Kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha membanteras 'geng plastik hitam' melalui pelbagai usaha dan pendekatan bagi mewujudkan kesedaran kepada golongan terbabit sepanjang Ramadan.
03 Apr 22
324