lightning-solid
Berita :

Artikel "agama" Terkini

Johan Tilawah Al-Quran Marang Tidak Lupa Jasa Nenek
Johan Tilawah Al-Quran Marang Tidak Lupa Jasa Nenek
Oleh : Abay Cik / Mohd Fauzi Mat Adam MARANG, 18 Januari - Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Marang, Wan Amirul Shamnie Wan Rosli tidak lupa jasa nenek dan ibu bapa yang gigih membimbingnya mendalami al-Quran sejak kecil sehingga timbul minat yang mendalam bagi menguasai bacaan kitab suci itu. Amirul yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Agama di Masjid Khalifah Kuala Terengganu berkata, usaha gigih sejak kecil itu telah membuahkan hasil apabila muncul johan Majlis Tilawah al-Quran peringkat daerah sekali gus melayakkan diri ke peringkat negeri. "Alhamudlillah, kemenangan ini amat bermakna dan ini adalah usaha gigih sejak kecil lagi apabila didedahkan oleh nenak serta kedua-dua orang tua saya sehingga timbul minat yang begitu mendalam. "Di peringkat seterusnya nanti, saya ingin melakukan yang terbaik untuk terus mengharumkan nama Daerah Marang," ujarnya ketika ditemui pemberita, selepas dinobatkan sebagai juara dalam majlis tilawah al-Quran tersebut, di Masjid Kampung Sentul Patah, baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong. Dengan kemenangan itu, Amirul telah berjaya membawa pulang piala pusingan beserta piala iringan, serta wang tunai RM2,000 bersama sijil penyertaan. Sementara itu bagi kategori Qariah pula, Nur Afifah Zaki dari Kampung Rawai telah menewaskan peserta-peserta lain. Beliau yang merupakan guru Sekolah Rendah di Lembah Klang juga bertekad mahu melakukan kejutan di peringkat negeri pada tahun ini dan tidak mahu hanya sekadar menjadi johan daerah. Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata sudah menjadi tradisi setiap tahun bagi kerajaan negeri memilih Qari dan Qariah terbaik. "Bukan sahaja yang menang tetapi boleh menguasai al-Quran secara keseluruhannya selain itu program ini juga bertujuan untuk menanam kecintaan kepada masyarakat dengan al-Quran daripada kalangan anak kecil sehingga ke peringkat yang tua demi melahirkan masyarakat yang terbaik," ujarnya,  
18 Jan 24
517
'Indahnya Hidup Bersyariat' Pacu Terengganu
'Indahnya Hidup Bersyariat' Pacu Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Melalui slogan 'Indahnya Hidup Bersyariat' memberikan penjelasan mengenai usaha untuk memacu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera secara konsisten. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, adalah menjadi keutamaan kerajaan negeri bagi memberikan pendedahkan kepada seluruh rakyat mengenai betapa pentingnya melaksanakan syariat Islam. "Kalau kita hendak maju, hendak ada keberkatan, hendakkan kesejahteraan mestilah melaksanakan syariat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi kita (Muhammad) SAW. "Maka di situlah kita hendak memberikan gambaran kepada rakyat bahawa segala yang dilakukan dalam kehidupan daripada kita makan dan minum, tidur, di pejabat, ketika di rumah, berada di pasar, bermain semuanya ada kaitan dengan syariah. "Kita akan menyedari betapa indahnya syariah Islam ini yang memberikan kebaikan kepada kita (rakyat) dan menolak (menghindari) keburukan berlaku ke atas diri kita," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan melalui video pendek yang dimuat turun di facebook rasminya, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut, Dr Muhammad Khalil berkata dua unit tubuh berada di bawah portfolionya iaitu Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) telah membincangkan kerangka umum mengenai program yang akan dijalankan pada tahun ini selari dengan tema 'Indahnya Hidup Bersyariat' . "Antara yang menariknya ialah sempena dengan israk dan mikraj kita akan buat program kesedaran tentang isu al-Quds melalui minggu al-Quds, Madinah Ramadan. "Kemudian kita akan teruskan program yang telah diadakan pada tahun lepas iaitu Terengganu International Summit yang akan membincangkan topik tertentu. "Kemudian program-program rutin yang lain seperti 'Badar Qubra', Nuzul Quran, hari Wukuf Arafah, Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan lain-lain lagi di samping itu (mengekalkan program sedia ada) kita juga akan mengenegahkan beberapa pembaharuan daripada penggal yang lepas untuk kita kita ketengahkan kepada rakyat," jelasnya.  
11 Jan 24
227
Sentuh Sensitiviti Umat Islam, Pemuda PAS Lapor Polis
Sentuh Sensitiviti Umat Islam, Pemuda PAS Lapor Polis
 Saranan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham untuk melantik pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri bagi menggubal Undang-Undang Islam dilihat sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
02 Jan 24
562
Sentuh Sensitiviti Umat Islam, Pemuda PAS Lapor Polis
Sentuh Sensitiviti Umat Islam, Pemuda PAS Lapor Polis
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Saranan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham untuk melantik pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri bagi menggubal Undang-Undang Islam dilihat sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Iryad Syafiq Burhanuddin berkata, kenyataan pemimpin DAP itu berkenaan dilihat sengaja mencabar undang-undang perlembagaan serta bersikap biadap. "Ia juga turut menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja), saya kira ia satu kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan kerana menyentuh sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu. "Sebagai pemimpinan dalam mana-mana parti poltik dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan (sebarang) ucapan (Kenyataan)," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas mewakili DPPNT membuat laporan berkait isu berkenaan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, isu tersebut juga telah mendapat respons daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar rakyat yang bukan beragama Islam menghormati dan tidak mencampuri urusan berkait hal ehwal Islam di negara ini. "Sebagaimana kita semua tahu bahawa agama Islam merupakan agama rasmi dalam perlembagaan, sepatutnya ia tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak," katanya. Sehubungan dengan itu juga beliau mengharapkan agar pihak polis serta pihak yang berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut kerana ia merupakan perkara yang serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. "Sekiranya disabitkan kesalahan, kena buat sesuatu termasuk mengambil tindakan tegas supaya perkara ini tidak dipandang ringan oleh mana-mana pemimpin," tegasnya.
01 Jan 24
276
Terengganu Optimis Pelihara Pembangunan Islam
Terengganu Optimis Pelihara Pembangunan Islam
Kerajaan Terengganu cukup optimis dan prihatin dalam memelihara pembangunan Islam di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar demi kegemilangan Islam di negeri itu.
01 Jan 24
109
Terengganu Terus Semarak Kempen Indahnya Hidup Bersyariat
Terengganu Terus Semarak Kempen Indahnya Hidup Bersyariat
Kerajaan negeri mahu terus menyemarakkan slogan 'Indahnya Hidup Besyariat' sebagai moto bagi meninggikan agenda pemerkasaan syariah.
01 Jan 24
95
Ustaz Abdul Somad Kembali Gegarkan Bumi Terengganu Malam Esok
Ustaz Abdul Somad Kembali Gegarkan Bumi Terengganu Malam Esok
KUALA TERENGGANU, 28 Disember - Pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad akan kembali mengegarkan bumi Terengganu melalui program 'Indahnya Hidup Bersyariat': Bicara Daie Ummah Nusantara. Program berkenaan dijangka akan mengulangi semula kejayaan program Himpunan Daie Ummah Nusantara Sejahtera yang turut menampilkan tokoh agamawan dari negera seberang itu dengan mencatatkan kehadiran lebih 50,000 pada waktu itu. "Dijemput semua warga negeri Terengganu untuk hadir ke program tersebut sempena ambang tahun baru 2024 pada 29 Disember (esok), jam 9 malam di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu. "Semoga malam yang bermakna ini akan terlaksana dan menjadi sejarah bagi menyatakan rasa cinta dan' 'support' kepada majlis ini dan (menunjukkan) solidariti kepada saudara (Islam) kita yang ada di Palestin, pakat maghi ramai-ramai," ujar Ustaz Abdul Somad. Beliau berkata demikian melalui video ringkasnya yang dimuat naik, di platform media sosila, di sini, hari ini. Dalam pada itu, program berkenaan akan turut diserikan dengan 'Santai Maghrib Bersama Murabbi Ummah, Ustaz Azhar Idrus'. Selain itu pelbagai acara yang akan diadakan bagi memeriahkan program tersebut bermula dari pagi sehingga ke malam. Antaranya ialah, Deklamasi Sajak Sempena Solidariti Palestine yang akan disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Home Dakwah, Karnival Makanan Halal, Solat Hajat Solidariti Palestine dan Pertahankan Syariat. Pada sebelah petang akan turut menampilkan Ikon Anak Muda Terengganu yang akan menampilkan pelumba cilik yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Qabil Irfan Azlan dan Pemain Pasukan Terengganu FC (TFC), Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili serta penampilan isterime, Ustaz Hanafiah Abdul. Selain itu, akan turut diselittkan dengan acara yang sering dinanti-nantikan oleh anak muda di negeri ini iaitu Konvoi Daie bersama Ikon permotoran dimana Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) menjadi lokasi peserta berhimpun dan menunaikan solat Asar secara berjemaah. Di samping itu, t-shirt percuma yang terhad 300 helai akan diberikan kepada peserta konvoi serta pelbagai cabutan bertuah yang menarik menanti.
28 Dec 23
1052
Terengganu Teruskan Bacaan Qunut Nazilah
Terengganu Teruskan Bacaan Qunut Nazilah
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Bacaan Qunut Nazilah beserta solat hajat setiap kali solat Jumaat diteruskan seperti biasa di setiap masjid masjid dalam negeri ini. Peseruruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, M Rozi Bidin berkata, amalan itu telah dimulakan sejak 10 November lalu sebagai tanda solidariti terhadapan rakyat Palestin yang ketika ini masih menghadapi kekejaman rejim Zionis. "Setakat ini tiada sebarang perubahan melainkan ada arahan baru dikeluarkan mengikut keperluan," ujarnya ketika dihubungi pemberita, di sini, hari ini. Dalam pada itu M Rozi, memohon umat Islam terus memperbanyakkan doa agar rakyat Palestin tidak akan berterusan ditindas dan banyak nyawa akan dapat diselamatkan.
12 Dec 23
192
DUN Terengganu Lulus Usul Tuntut Kemerdekaan Palestin
DUN Terengganu Lulus Usul Tuntut Kemerdekaan Palestin
KUALA TERENGGANU, 28 November - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu telah meluluskan usul menuntut penyelesaian Palestin sebagai negara yang bebas dan merdeka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhhamad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, 'two state solution' bukan jalan terbaik kerana ia merupakan bumi umat Islam bukannya milik penjajah Zionis Israel. Beliau berpandangan bahawa isu berkenaan perlu disegerakan kerana ia melibatkan pencabulan hak asasi manusia yang melibatkan kepentingan ramai. "Oleh kerana itu dewan hendaklah membuat suatu ketetapan yang jelas bahawa isu palestin yang berlaku sekarang, rejim Zionis Israel adalah penjajah yang telah menghalau penduduk Palestin dalam peristiwa Nakbah 1948 dan telah membina penetapan (haram) di atas tanah milik umat islam. "Kita juga dengan ini mengiktiraf Hamas dan seluruh pejuang di Gaza sebagai perjuang kemerdekaan yang telah bertindak mengikut apa yang telah dinyatakan dalam Reslousi 242 Majlis keselamatan PBB yang menyebut bahawa wilayah yang dirampas melalui peperangan adalah tidak sah. "Sebagaimana negara barat tidak mengiktiraf apa yang berlaku di ukraine, sikap itulah sepatutnya dibuat kepada sebuah negara yang namanya Palestin," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika membawa usul tergempar itu pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 (Bajet), di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Mengulas lanjut katanya, walaupun gencatan senjata telah dilaksanakan di dalam masa beberapa hari akibat tekanan berterusan di peringkat antarabanga namun penyelesaian sementara itu tidak berupaya untuk menghentikan keganasan Zionis Israel. "Saya menyeru keprihatinan seluruh ADUN untuk kita sama-sama mengecam kekejaman di bumi Gaza ini sejak permulaan Oktober 2023 rejim Zionis telah melakukan kekejaman yang tidak boleh diterima oleh fitrah kemanusiaan.  "Apabila dibom secara rambang orang-orang awam di kawasan perumahan awam, masjid, sekolah serta hospital.Bukan sahaja orang awam bahkan petugas-petugas kesihatan dan para wartawan yang sepatutnya dilindungi dalam situasi perang yang telah diserang dan dibunuh. "Telah mengakibatkan para syuhada terbunuh melebihi 14,000 orang manakala hampir setengah juta kehilangan tempat tinggal angkara kekejam dan kezaliman ini, sangat memilukan apabila 60 peratus mangsa pengeboman dan pembunuhan beramai-ramai ini adalah daripada kalangan wanita dan lebih 6,000 kanak-kanak mati terbunuh," ujarnya. Ujarnya lagi, tindakan tersebut merupakan 'genocide' terhadap rakyat Palestin yang merupakan kezaliman melampau. "Secara jelas telah melanggar undang-undang antarabangsa dan sepatutnya kepimpinan zionis Benjamin Netanyahu dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa," tegasnya.  
28 Nov 23
243
Kerajaan Terenganu Perhebat Program Perundangan Syariah
Kerajaan Terenganu Perhebat Program Perundangan Syariah
Kerajaan Terengganu akan memperhebat program berbentuk penerangan di semua peringkat dalam usaha memberi kefahaman mengenai perundangan syariah kepada seluruh umat Islam di negeri ini.
22 Nov 23
126