lightning-solid
Berita :
Pembinaan Saluran Baharu Di Kampung Tasek Bantu Redakan Keresahan Penduduk Hadapi Banjir
Pembinaan Saluran Baharu Di Kampung Tasek Bantu Redakan Keresahan Penduduk Hadapi Banjir
Hidayah Azlin
1 hari yang lepas
106

SETIU, 31 Julai – Usaha menangani masalah banjir di negeri ini terus dipergiat menerusi pembinaan saluran air baharu di Kampung Tasek, di sini, bagi mengurangkan risiko limpahan air terutamanya menjelang musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, langkah tersebut merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam mendengar dan menyelesaikan isu yang kerap melanda penduduk setempat.

Menurut beliau, projek infrastruktur berkenaan dijangka dapat melancarkan aliran air sekali gus meredakan kebimbangan warga kampung yang sering berdepan dengan ancaman banjir saban tahun.

"Pembinaan saluran baharu di Kampung Tasek, Setiu ini adalah usaha berterusan kita dalam mengurangkan keresahan penduduk yang berhadapan dengan isu banjir," katanya.


Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi menambah, pihak Kerajaan Negeri sentiasa memantau kawasan-kawasan titik panas banjir dan mengambil tindakan proaktif bersama agensi teknikal berkaitan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Masalah limpahan air di kawasan luar bandar dan pertanian sebelum ini sering menjejaskan mata pencarian penduduk, justeru penambahbaikan sistem perparitan serta saliran dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang yang amat kritikal.


Mengulas lanjut, beliau berharap agar projek saliran tersebut dapat berfungsi dengan optimum dan mengurangkan dampak bencana banjir terhadap harta benda serta kawasan pertanian penduduk Kampung Tasek.


Tag :

Artikel Berkaitan