Jalur Gemilang
Berita :
Para SUKMA 2026: Kali Ini Emas Milik Shazmin!
Para SUKMA 2026: Kali Ini Emas Milik Shazmin!
Mohd Irsyadi Abu Bakar
1 hari yang lepas
154

SHAH ALAM, 6 September - Atlet Para Powerlifting Terengganu yang sedang meningkat naik, Muhammad Shazmin Syamsuar akhirnya berjaya melunaskan impian 'emas'nya  dalam kategori lelaki bawah 69 kilogram di Para SUKMA Selangor 2026, hari ini.

Sekalipun turun beraksi dalam keadaan demam, atlet berusia 25 tahun itu berjaya melakukan angkatan bersih 120kg, 130kg dan 136kg untuk muncul juara.

Shazmin sempat menzahirkan kegembiraan berjaya merangkul pingat emas setelah gagal meraihnya pada temasya dua tahun lalu.

"Saya lebihkan latihan dengan bersungguh-sungguh dan saya berpuas hati hari ini.

"Terima kasih kepada jurulatih iaitu coach Jamil, coach Wan, coach Daiz dan coach Fadhli yang banyak menyokong saya.

Saya sasarkan Para Sukan SEA 2027 di Malaysia, saya akan buat yang terbaik," katanya.

Anak kelahiran Kuala Terengganu itu sebelum ini terpilih mewakili negara buat kali pertama dalam Para Sukan SEA di Korat, Thailand, dengan menamatkan saingan di tempat keempat.

Dalam acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Selangor itu, pingat perak diraih wakil Wilayah Persekutuan, Rafli Suhaili dengan angkatan 110kg. 

Manakala, wakil Johor, Muhammad Bukhari Md Zan meraih gangsa dengan 101 kilogram.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan