Berita :
Lima Ribu Meriahkan Alam Busana Melayu, Angkat Warisan Nusantara
Lima Ribu Meriahkan Alam Busana Melayu, Angkat Warisan Nusantara
Rohayati Ripin
3 jam yang lepas
56

KUALA NERUS, 3 April – Sekitar 5,000 pengunjung membanjiri program Alam Busana Melayu dalam suasana penuh warna-warni, menampilkan keindahan dan keunikan warisan pakaian tradisional serantau yang kian mendapat tempat di hati masyarakat.

Seawal pukul dua petang, lokasi program sudah dipenuhi orang ramai dari pelbagai pelusuk tanah air dan luar negara, masing-masing tampil anggun dan segak mengenakan busana tradisi seperti baju kurung, baju Melayu, kebaya dan pelbagai variasi pakaian etnik Nusantara. 

Keindahan tekstil, sulaman halus dan permainan warna menjadikan suasana seolah-olah menghidupkan kembali kegemilangan tamadun Melayu silam.

Segak bergaya dan cantik berseri pengunjung hadir penyeri suasana program  Himpunan Alam Melayu.

Program bertemakan “Busana Alam Melayu” itu bukan sekadar memperagakan pakaian, malah menjadi wadah memperkukuh jati diri dan identiti budaya dalam kalangan masyarakat. 

Lebih menarik, himpunan tersebut turut menampilkan barisan tokoh hebat dari pelbagai negara yang berkongsi kepakaran serta pengalaman dalam bidang budaya dan pemikiran Islam, antaranya Nik Mansour Nik Abdul Halim (Vietnam), Muhammad Aladee Zakariya (Pattani), Prof Dr Ahmad Omar Japakia (Pattani), Datuk Kiam Radja Tuan Guru Profesor Dr Fekry Juliansyah (Aceh), serta Prof Dr Syed Khairuddin Al Junaid (Singapura).

Kehadiran tokoh-tokoh antarabangsa itu menambah seri program, sekali gus membuktikan bahawa warisan Alam Melayu terus menjadi titik pertemuan budaya yang merentasi sempadan negara.

Program tersebut bukan sahaja meriah dengan kehadiran pengunjung, malah berjaya menyemarakkan semangat cintakan warisan, di samping mengangkat busana Melayu sebagai lambang identiti yang wajar dipelihara dan dibanggakan.

Yang menariknya, pada petang aada pertandingan busana elayu terbaik yang mana hadiah menarik menanti para peserta yang bertuah


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan