Berita :
Lapan Jabatan Terengganu Raih SPAN 2.0, PDT Dungun Tembus 10 Terbaik Malaysia
Lapan Jabatan Terengganu Raih SPAN 2.0, PDT Dungun Tembus 10 Terbaik Malaysia
Noraini Jusoh
2 jam yang lepas
59

KUALA TERENGGANU, 3 Mei – Sebanyak lapan jabatan memperoleh pensijilan pada Tahap Cemerlang dan Terbaik dalam Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) 2.0. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, jabatan tersebut adalah Pejabat Daerah dan Tanah Dungun, Pejabat Daerah dan Tanah Besut, Majlis Perbandaran Kemaman dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.


“Juga Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, Jabatan Mineral & Geosains, Jabatan Mufti Negeri Terengganu serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman Tahun 2026 di sini, hari ini.


Menurut beliau, lebih membanggakan apabila Pejabat Daerah dan Tanah Dungun tergolong dalam 10 jabatan terbaik dari kesemua 699 buah kementerian, jabatan serta agensi di seluruh Malaysia. 

“Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan malah turut mengangkat nama Negeri Terengganu di peringkat kebangsaan sebagai sebuah pentadbiran yang komited terhadap pengukuhan nilai, integriti dan tatakelola yang baik,” ujarnya. 

SPAN 2.0 adalah pengurusan amalan nilai secara holistik bagi meningkatkan tahap pengamalan nilai dan integriti dalam kalangan pegawai awam.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan