lightning-solid
Berita :
KMI Kuala Terengganu Tawar Promosi Bilik Persendirian RM180 Selama Lima Bulan
KMI Kuala Terengganu Tawar Promosi Bilik Persendirian RM180 Selama Lima Bulan
Rohayati Ripin
1 jam yang lepas
45

KUALA TERENGGANU, 30 Julai – Kumpulan Medik Iman dn Bhd (KMI) Kuala Terengganu Medical Centre menawarkan promosi khas bilik persendirian pada kadar RM180 semalam bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2026 sebagai usaha membolehkan lebih ramai masyarakat menikmati kemudahan rawatan yang selesa pada harga lebih berpatutan.

Pengurus Besar KMI Kuala Terengganu Medical Centre, Muhammad Ghazali Zainal Yusof, berkata promosi selama lima bulan itu terbuka kepada semua pesakit dan akan dipertimbangkan untuk diteruskan sekiranya menerima sambutan yang menggalakkan.

"Insya-Allah, sekiranya promosi ini mendapat sambutan daripada rakyat Terengganu dan negeri-negeri lain, kami akan mempertimbangkan untuk melanjutkannya," jelasnya ketika ditemui pihak media di KMI Kuala Terengganu, semalam. 

Beliau berkata, KMI Kuala Terengganu menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan menerusi kepakaran doktor dalam pelbagai bidang.

"Antaranya rawatan penyakit mata khususnya katarak, pembedahan ortopedik, pembedahan am, selain perkhidmatan kesihatan wanita serta ibu dan kanak-kanak," ujarnya.

Menurutnya, kelebihan utama hospital ini ialah setiap pesakit ditempatkan di bilik persendirian tanpa perlu berkongsi dengan pesakit lain, sekali gus memberikan privasi, keselesaan serta membolehkan rawatan diberikan dengan lebih fokus.

"Yang membezakan hospital kami ialah setiap pesakit dirawat di dalam bilik persendirian tanpa perlu berkongsi dengan pesakit lain. 

"Ini membolehkan rawatan lebih tertumpu kepada keperluan setiap individu," katanya.

Tambah beliau, KMI Kuala Terengganu turut menawarkan bilik pesakit dengan pemandangan bandar dan laut yang menjadi antara keunikan hospital berkenaan.

"Tidak banyak hospital di Malaysia menawarkan pemandangan seperti ini. Pesakit yang ditempatkan di tingkat lebih tinggi dapat menikmati panorama laut yang indah sepanjang menerima rawatan," tambahnya.



Tag :

Artikel Berkaitan