lightning-solid
Berita :
Konvoi Motosikal 374KM Semarakkan Perpaduan Komuniti Kampung Bukit
Konvoi Motosikal 374KM Semarakkan Perpaduan Komuniti Kampung Bukit
Ariss Alias
20 jam yang lepas
122

SETIU, 9 Julai - Seramai 50 penunggang motosikal telah menyertai Konvoi Komuniti Kampung Bukit ke Cameron Highlands yang merentasi perjalanan sejauh lebih 374 kilometer (km) sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit, Zulkifli Mahmood Chen, berkata program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif JPKK bagi mengukuhkan hubungan sesama penduduk menerusi aktiviti berkonvoi yang sihat dan bermanfaat.

Beliau berkata, program berkenaan diharap menjadi wadah untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan pemuda dan seluruh komuniti, di samping memupuk semangat kerjasama, disiplin serta kebersamaan. 

"Selain menikmati pengalaman berkonvoi, peserta juga berpeluang mengeratkan hubungan silaturahim dan membina semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat," katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan konvoi di tapak lapang berhadapan SMK Bukit Nenas, di sini.

Menurut Zulkifli, sepanjang berada di Cameron Highlands, peserta akan mengunjungi beberapa lokasi menarik termasuk Ladang Teh BOH, selain mengikuti aktiviti riadah dan sesi ramah mesra.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof, yang menyempurnakan pelepasan konvoi turut menyampaikan sumbangan kepada pihak penganjur bagi membantu menjayakan program berkenaan. 

"Semoga sumbangan yang disalurkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya bagi melancarkan pelaksanaan program serta memberi manfaat kepada semua peserta", katanya.

Beliau juga mengharapkan  perjalanan berjalan lancar, semua peserta sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya sepanjang konvoi.


Tag :

Artikel Berkaitan