lightning-solid
Berita :
Kehadiran Sahabat Jadi Penguat Semangat Kepada Orang Sakit
Kehadiran Sahabat Jadi Penguat Semangat Kepada Orang Sakit
Amiirullah Mansor
04 Aug 26
45

DUNGUN, 8 Ogos – Kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu, Dato’ Satiful Bahri Mamat, meluangkan masa menziarahi seorang penduduk yang sedang diuji dengan masalah kesihatan di Kampung Pinang Merah, baru-baru ini mungkin nampak kecil, tetapi ia mampu memberikan kesan besar kepada pesakit.

Menurutnya, budaya menziarahi orang sakit perlu terus dipupuk dalam masyarakat kerana ia mampu mengeratkan silaturahim serta membuatkan mereka yang sedang diuji berasa tidak bersendirian.

“Kadang-kadang, orang sakit perlukan bukan sekadar ubat, tetapi rasa dihargai apabila ada sahabat yang datang bertanya khabar.

“Duduk sekejap, bertanya khabar dan berkongsi sedikit kata-kata semangat mungkin nampak ringkas, tetapi mudah-mudahan dapat memberi kekuatan kepada beliau dan keluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Beliau turut mendoakan agar penduduk berkenaan diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

“Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mengangkat segala kesakitan dan mempermudahkan setiap urusan beliau serta keluarga,” katanya.


Tag :

Artikel Berkaitan