HULU TERENGGANU, 8 Ogos – Seramai 28 pelajar cemerlang diraikan dalam Majlis Kecemerlangan STPM & STAM Tahun 2025 Peringkat DUN Kuala Berang yang berlangsung di Combi Grill, Kuala Berang.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025.

"Ia juga menjadi pemangkin semangat kepada generasi muda lain untuk terus mengejar kejayaan dalam bidang akademik," ujarnya.

"Teruskan berusaha, kekalkan kecemerlangan dan jadilah insan yang memberi manfaat kepada agama, masyarakat serta negara.
" Semoga kejayaan hari ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak pencapaian pada masa hadapan," ujar Dr. Mamad.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah serta berharap mereka terus melakar kejayaan di setiap peringkat pengajian, sekali gus menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain di DUN Kuala Berang.