Artikel "Sukan" Terkini
Terengganu Tuan Rumah Boling Padang Peringkat Antarabangsa
Wan Nawawi memotong pulut kuning sebagai simbolik merasmikan Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu mencatat sejarah apabila terpilih menjadi tuan rumah bagi `Kejohanan Lawn Bowls International Open Fours Championship Terengganu 2017' yang berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, bermula semalam.Kejohanan yang berlangsung sepanjang lima hari, berakhir 23 April itu menampilkan 64 pasukan termasuk dari Hong Kong serta empat pasukan paralimpik melibatkan Pahang, Kelantan, Johor dan Terengganu.Presiden Persatuan Boling Padang Terengganu, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, Terengganu bakal menghantar 11 pasukan antaranya pasukan Sukma Terengganu, MSNT, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, UMT, Paralimpik Terengganu, UniSZA dan SUK Terengganu.Katanya, pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah merupakan satu pengiktirafan besar dan bertepatan dengan kempen Visit Beautiful Terengganu 2017 .“Peserta bukan sahaja dapat menyertai kejohanan dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanmjang persaingan, malah boleh mengambil peluang sepanjang berada di Terengganu dengan melawati pelbagai tempat menarik, termasuk Taman Tamadun Islam, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Pasar Payang dan Pantai Batu Burok,”katanya.
19 Apr 17
151
Rakyat Terengganu Rai `The Pocket Rocket Man’
Azizulhasni disambut bagai wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, pagi ini. Foto Harish Fadzillah Kassim “Jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama Menteri Besar, kepimpinan kerajaan negeri, ibu bapa dan keluarga yang tidak putus-putus berdoa, memberi sokongan serta pelbagai bantuan dihulurkan.“Tanpa mereka, tidak mungkin saya boleh mencapai kejayaan seperti hari ini, hampir sepuluh tahun bercita-cita mahu menggenggam juara peringkat dunia,” kata pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, pagi ini.Azizulhasni, yang terkenal dengan jolokan nama The Pocket Rocket Man, memenangi gelaran dunia pertama selepas menjuarai acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, Khamis lalu.Ketibaan Azizulhasni disambut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Johari Abu Bakar serta Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin.Sebaik tiba di LTSM, pelumba basikal negara itu menaiki kenderaan pacuan empat roda diiringi lebih 1,000 peminat dan penyokong termasuk pelapis dalam acara berbasikal.Konvoi berbasikal dan motosikal itu melalui Seberang Takir menghala Jambatan Sultan Mahmud, kemudiannya melalui bulatan Sultan Omar dan tiba Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu untuk menghadiri Majlis Sambutan Wira Berbasikal Negara Anak Terengganu.Azizulhasni turut memberitahu, kerajaan banyak membantu untuk memastikan kejayaan semua atlet dalam pelbagai bidang termasuk acara berbasikal."Sambutan yang diberikan kerajaan negeri pagi ini juga saya anggap sebagai bantuan yang boleh menyemarakkan semangat untuk meneruskan perjuangan. "Saya sedar, sejak menjuarai acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, Khamis lalu, pelbagai pendapat dan tohmahan diviralkan melalui laman sosial. Ada juga kritikan tetapi saya hanya mengambil komen positif untuk dijadikan sebagai inspirasi," katanya
18 Apr 17
121
Ahmad Razif Yakin Keupayaan TMJ Terajui FAM
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yakin dengan kemampuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu. Presidennya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, berdasarkan rekod kejayaan yang diperolehi sebelum ini sebagai pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT), membuktikan baginda layak berada di kedudukan baru itu.Beliau yang juga Menteri Besar berkata, TMJ pastinya mempunyai formula tersendiri untuk menyuntik dan membawa pasukan Harimau Malaysia kembali ke zaman kegemilangannya sebagaimana yang pernah diraih sebelum ini."Dengan kepimpinan baharu yang diterajui oleh TMJ ini ianya akan memberi suntikan baru kepada pasukan bola sepak Malaysia."Ianya juga sekali gus dapat mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia di arena antarabangsa," katanya yang turut mengucapkan tahniah dengan kemenangan TMJ tanpa bertanding dalam pemilihan jawatan nombor satu badan induk bola sepak negara yang baharu itu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Hi-Tea Bersama Pasukan Terengganu FA Sempena Menghadapi Suku Akhir Piala FA di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Dalam pada itu, mengulas mengenai penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Ahmad Razif berkata, bekas pemain kebangsaan itu kini masih berada dalam skuad Terengganu.Katanya, Sharbinee diberikan rehat selama enam bulan untuk menjalani rawatan dan pihak PBSNT tiada masalah mengenai perkara tersebut."Sharbinee akan terus dibayar gaji seperti biasa dan akan diberi rehat sepenuhnya sehingga keadaannya mengizinkan."Saya dimaklumkan rawatan yang dilakukan terhadap beliau ada menunjukkan peningkatan dan pihak doktor memberi jaminan dalam masa enam bulan Sharbinee akan sembuh penyakitnya sekali gus boleh bermain seperti biasa," katanya.
27 Mar 17
87
MDB Anjur Liga Penalti Rakyat Terbuka Besut 29 April Ini
Majlis Daerah Besut (MDB) bakal menganjurkan Liga Penalti Rakyat Terbuka Besut di Sekolah Menengah (SMK) Tengku Mahmud 2, Besut pada 29 April ini.Yang Dipertua MDB, Ab Rasid Jusoh berkat, penyertaan bagi liga tersebut adalah terhad dan diberikan keutamaan kepada pasukan yang berdaftar lebih awal.“Untuk liga ini, kita hanya membuka penyertaan kepada 256 pasukan sahaja dan sehingga hari ini lebih 100 pasukan telahpun menghantar permohonan untuk menyertainya dengan bayaran sebanyak RM100 bagi setiap pasukan.“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 April ini dan undian turut akan diadakan pada hari tersebut di SMK Tengku Mahmud 2 pada jam 4.00 petang,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Ab Rasid berkata, Johan bagi liga tersebut bakal membawa pulang RM5,000 diikuti naib johan (RM2,000), ketiga dan keempat (RM1,000) dan kelima hingga kelapan (RM500).Katana, liga tersebut diadakan bagi menggalakkan rakyat untuk bersukan selain memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di antara penduduk setempat.
26 Mar 17
343
Kejohanan Motosikal Lasak FIM Bakal Dijadikan Acara Dwitahunan
Rozi (dua kiri) bersama pemenang kategori Asian MX2/125 kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri berhasrat menganjurkan kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship dwitahunan berikutan mendapat sambutan baik di kalangan pelumba dalam dan luar negara.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, langkah mengadakan dua tahun sekali itu perlu memandangkan penyertaan peminat motosikal lasak semakin meningkat selain aspek pengurusan juga bertambah baik.“Ini terbukti apabila kejohanan yang dibuat sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dan Bulan Sukan Terengganu kali ini juga menunjukkan sambutan baik malah lebih membanggakan prestasi dan semangat penunggang tempatan termasuk dari Terengganu dan Malaysia yang berjaya memberi saingan turut meningkat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan FIM Asia Motocross Championship di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.Katanya, sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu kategori Asia MX2, MX 85 Junior, MX 85 Wanita dan MX Junior, manakala bagi kategori tempatan pula membabitkan MX Terbuka, MX125, Cubcross Terbuka dan Terbuka CKD.Menurut Rozi, kejohanan tiga hari bermula sejak Khamis lalu berjaya menarik penyertaan 98 penunggang dari 11 negara termasuk India, Amerika Syarikat, Filipina, Malaysia, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan Nepal.Sementara itu, pelumba dari Guam, Amerika Syarikat, Sean Lipanovich dinobatkan selaku juara kategori utama, MX2/125 selepas menewaskan 19 lagi peserta lain dalam kejohanan itu.Naib juara menjadi milik pelumba dari negara jiran Thailand, Chaiyan Romphan selepas menewaskan pelumba negara Muhammad Habibullah Mohd Salleh di tempat ketiga.Lipanovich membawa pulang hadiah wang tunai USD1,000 (RM4,000) bersama trofi manakala Chaiyan Romphan menerima USD900 (RM3,600) dan Muhammad Habibullah USD800 (RM3,200).
25 Mar 17
158
Terengganu Bersedia Jadi Tuan Rumah Terbaik Ekuestrian Sempena Sukan SEA 2017
Kerajaan negeri bersedia menjadi penganjur terbaik bagi sukan berkuda sempena Sukan SEA 2017 (Kuala Lumpur 2017) tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, satu jawatankuasa pengelola peringkat negeri ditubuhkan dan dipengerusikan oleh beliau serta Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman selaku penasihat, bagi melicinkan pelaksanaan temasya sukan itu."Beberapa mesyuarat telah diadakan bagi temasya sukan ini termasuklah perbincangan dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan. Kita telah bersedia sepenuhnya dari segi infrastruktur dan logistik."Buat masa sekarang kita berada di tahap untuk menguji trek perlumbaan. Pada 7 dan 8 April ini juga akan dilangsungkan Piala Raja Muda sekali gus sebagai ujian sama ada kita telah bersedia atau tidak," katanya.Beliau ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Liga Bola Sepak dan Liga Bola Jaring Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Hulu Terengganu, malam tadi.Rozi berkata, sukarelawan yang terlibat untuk membantu perjalanan sukan ini telah pun dipilih dan sebahagiannya terdiri daripada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)."80 orang sukarelawan ini akan mengikuti latihan dan simulasi bagi jangka masa pendek untuk mempersiapkan diri mereka di temasya sukan itu nanti."Kita sudah uji mereka baru- baru ini dalam kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC untuk mereka lebih terdedah secara praktikal terhadap perkara yang perlu dilakukan ketika Sukan SEA kelak dan saya nampak ianya berjaya,"katanya lagi.Beliau juga menjangkakan tiada banyak masalah akan timbul kerana negeri Terengganu berpengalaman mengadakan kejohanan sukan berkuda di peringkat antarabangsa."Insya-Allah, ia akan berjalan lancar seperti yang telah kita tetapkan dan sekarang kita hanya tunggu masa pelancaran sukan itu,"kata Rozi.
25 Mar 17
51
Tinju Sirkit Remaja Di Mydin Mall Gong Badak
Terengganu dipilih untuk menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Siri 1/2017 yang akan berlangsung selama lima hari, bermula 27 Mac ini bertempat di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus.Kira-kira 150 peninju tempatan dan luar Terengganu bakal berentap bagi merebut gelaran juara.Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Persekutuan Tinju Malaysia dan Persatuan Tinju Negeri Terenganu tersebut bakal mempertandingkan 18 kategori.Bagi acara 15 dan 16 tahun, sembilan kategori dipertandingkan bermula dari 46 kilogram (kg) sehingga 66 kg.Manakala bagi 17 dan 18 tahun yang turut mempertandingkan sembilan kategori, ianya bermula dari 49kg sehingga 91kg
22 Mar 17
425
110 Peserta Sahkan Sertai Fim Asia Motocross Championship 2017
Seramai 110 peserta dari dalam dan luar negara telah menyesahkan penyertaan untuk bersaing dalam kejohanan motosikal lasak Fim Asia Motocross Championship 2017 dari 23 hingga 25 Mac di Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.Negara tersebut termasuk Filipina, Indonesia, Nepal, India, Thailand, Singapura, Jepun serta Malaysia.Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM45,000.Orang ramai dijemput menyaksikan kehebatan pelumba motosikal lasak dalam pelbagai kategori yang bakal dipertandingkan pada kejohanan itu.
21 Mar 17
192
Terengganu Bike Week 2017 27 Mac- 2 April, Tampil Kelainan
Tengku Sri Temenggung (kanan) bersama Tun Faisal menunjukkan pamplet mempromosikan penganjuran Terengganu Bike Week 2017 27 Mac-2 April 2017 ini.Terengganu Bike Week 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac hingga 2 April ini, bakal membawa kelainan kepada pengunjung dan kira-kira 3,000 peserta yang datang dari dalam dari luar negara, sempena sambutan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017. Presiden Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT), Tengku Sri Temenggung Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, program tahunan bagi edisi kali kelima itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti baharu kepada peserta yang mampu menonjolkan tradisi dan kebudayaan Terengganu."Pada tahun ini, program ini dijangka lebih meriah dan menarik dengan penglibatan lebih ramai peserta berbanding tahun sebelumnya, selain pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran serta jualan turut dianjurkan di Dataran Batu Buruk dan di Dataran Permata Seberang Takir.“Kali ini ada sedikit perbezaan apabila program yang turut mendapat sambutan dari kerajaan negeri ini turut mempromosikan VBT 2017 yang sedang berlangsung,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sidang Media Sempena Terengganu Bike Week 2017 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Zanariah Mamat dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani .Katanya, dalam memeriahkan lagi acara sempena VBT 2017 pihaknya akan menonjolkan pelbagai aktiviti dan warisan yang terdapat di negeri ini kepada peserta terutama mereka yang datang dari luar Terengganu termasuk Brunei, Singapura dan Thailand."Pada 31 Mac, semua peserta akan berkumpul dan kita akan menjemput penunggang dari luar negara di sempadan dan pada 1 April, kita akan adakan konvoi muhibah di Kampung Baru Seberang Takir dan peserta akan didedahkan dengan aktiviti kebudayaan masyarakat setempat termasuklah aktiviti pembuatan keropok lekor."Selain itu, kita juga akan menjalankan program amal yang mana kita akan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan,"katanya.
21 Mar 17
788
Hancock Juara Keseluruhan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2017
Hancock muncul pelumba terpantas bagi kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Perenang dari Australia, Dean Hancock menewaskan perenang yang pernah mencipta masa terpantas dalam Kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang, Benjamin Konscak dari Jerman sekali gus muncul sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan tersebut.Dalam perlumbaan sejauh 6.5 kilometer yang bermula dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut tersebut, Hancock, 48, menewaskan peserta-peserta lain apabila berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 34 minit dan 10 saat.Hancock yang ditemui berkata, penyertaannya kali ketiga pada tahun ini memberi tuah apabila berjaya muncul sebagai juara keseluruhan selain memenangi bagi kategori lelaki 47 tahun dan ke atas.“Catatan masa yang saya perolehi pada hari ini merupakan yang terbaik pernah saya lakukan walaupun ianya agak mencabar.“Pada permulaan perlumbaan ianya cukup sukar untuk melawan arus ombak namun saya harunginya kemudian di pertengahan arus kembali tenang dan di pengakhiran sedikit mudah apabila ditolak oleh arus untuk sampai ke pesisir pantai,” katanya.Dengan kemenangan tersebut Hancock membawa pulang wang tunai berjumlah RM500, piala kejohanan dan medal manakala bagi kategori lelaki 47 tahun dan ke atas pula Hancock membawa pulang RM1,200.Bagi kategori wanita 35 tahun dan ke atas, Alexandra Evens yang juga dari Australia muncul sebagai juara dengan catatan masa 1:48:10 saat.Manakala peserta dari United Kingdom, Andrew Tebbutt pula memenangi acara bagi lelaki 30-46 tahun dengan masa 1:39:20s.Hadiah-hadiah tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Dalam kejohanan yang bermula pada jam 8.00 pagi tadi, seramai 400 peserta melibatkan 26 buah negara berentap bagi memenangi gelaran juara bagi acara yang memasuki edisi ke-18.
19 Mar 17
259