lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Empty Image
Terengganu Jadi Lokasi Kejohanan Sukan Kuda Lasak, Satu Pengiktirafan Besar
Pemilihan Terengganu sebagai lokasi acara Kejohanan Sukan Kuda Lasak temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 boleh dianggap sebagai  pengiktirafan besar terhadap negeri ini.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pemilihan itu bakal melakar lagi cerita kejayaan buat Terengganu di samping kejayaan anak jati Terengganu dalam bidang sukan, baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.Katanya, apatah lagi Sultan Terengganu sendiri merupakan atlet `endurance’ berkelas dunia dan aktif mempromosikan sukan tersebut di negeri ini.“Begitu juga dengan jaguh dunia lain, siapa yang tidak kenal juara dunia kita, Mohd Azizulhasni bin Awang atau dikenali ramai sebagai 'The Pocket Rocketman' Azizulhasni, Fatihah Mustaffa, Mohd Adiq Husainie Othman, Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh, semuanya jaguh kelahiran Terengganu dalam sukan Lumba Basikal. "Dalam temasya Sukan SEA kali ini, saya juga dimaklumkan bahawa seramai 73 atlet anak  jati Terenggani telah terpilih mewakili negara,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidn berkenan berangkat merasmikan majlis itu.Hadir mengiringi baginda, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah bersama anakanda, Tengku Nadirah Zahara, Tengku Muhammad Muaaz  dan Tengku Fatimatuz Zahara.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Khairy Jamaluddin dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’  Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu, Rozi berkata beliau berharap dua sasaran emas daripada bagi acara Endurance dapat dicapai oleh atlet negara berdasarkan persediaan rapi yang dilakukan mereka."Saya menaruh harapan kepada atlet-atlet endurance Terengganu  yang terbaik setakat ini, Insya-Allah," katanya.Seramai lima daripada enam atlet acara Endurance merupakan anak jati Terengganu iaitu Muhammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd Adhwa Embong dan Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa'ari
13 Aug 17
277
Empty Image
75 Atlet Terengganu Sahut Cabaran Sukan SEA 2017, Kuala Lumpur
Sultan Terengganu berkenan menyerahkan obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kepada Khairy pada Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. Foto Harish Fadzillah KassimSeramai 75 atlet anak Terengganu daripada keseluruhan 845 atlet negara bakal membawa cabaran negara  pada temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 pada 19 hingga 31 Ogos ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, jumlah itu merupakan antara penyertaan tertinggi atlet dari Terengganu berbanding dalam sukan sama dua tahun lalu di Singapura dengan penglibatan lebih  50 atlet dalam pelbagai acara sukan.Katanya,peningkatan atlet yang menyertai temasya  terbesar anjuran negara itu secara tidak langsung memberi impak positif dalam perkembangan sukan di Terengganu  sekali gus membuktikan bahawa atlet negeri ini mampu bersaing di persada antarabangsa.“Jadi saya harap mereka dapat bertanding dengan bersungguh-sungguh  dan mampu mengharumkan nama negara menerusi sasaran 111 pingat emas dalam 398 acara yang dipertandingkan nanti.“Malah kita juga berbangga apabila Terengganu turut terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada sukan kuda lasak yang akan memulakan saingan pada 20 Ogos nanti di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat Majlis Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidn berkenan berangkat merasmikan majlis itu Hadir mengiringi baginda, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama anakanda, Tengku Nadirah Zahara, Tengku Muhammad Muaaz dan Tengku Fatimatuz Zahara.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’  Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.
12 Aug 17
154
Empty Image
Paragliding Sempena Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Pada 12 Hingga 13 Ogos Ini
Program Terengganu Merdeka Paragliding diadakan sempena program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 bagi kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Kota Putera Paragliding Park, Bukit Bubus Tembila, Besut, pada 12 dan 13 0gos ini.Acara yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan 48 orang 'pilot' paragliding yang akan membawa Jalur Gemilang terbang dengan ketinggian 400 sehingga 500 kaki dari paras laut.Destinasi riadah itu menjadi lokasi pilihan kerana pemandangan yang menarik dan strategik bagi menjalankan aktiviti ekstrim tersebut.Menurut jurucakap, dengan adanya program seperti ini, ia dapat mempromosikan aktiviti sukan lasak itu sebagai satu daripada produk pelancongan menarik dan unik yang terbaru di Terengganu.Katanya, ia juga dapat menarik lebih ramai penglibatan golongan belia dalam bidang sukan paragliding dan membantu pihak Persekutuan Sukan Udara (MSAF) mencari bakat baru untuk diketengahkan mewakili Malaysia ke acara bertaraf dunia.Menurutnya, program ini merupakan anjuran Unit Belia Dan Sukan Negeri Terengganu di bawah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Sumber Manusia Negeri, Dato Rozi Mamat, dengan kerjasama Unit Korporat Setiausaha Kerajaan, Kelab Sukan Udara Bukit Baru, Kelab Luncur Angin Besut, Kelab Luncur Udara Jerai dan MSAF yang dipengerusikan oleh Kaptain Mohd Arif Ibrahim."Orang ramai juga dijemput hadir ke program tersebut bagi memeriahkan dan menyaksikan acara sukan paragliding yang pertama kalinya diadakan di sana,"katanya.
08 Aug 17
246
Empty Image
Terengganu Raih Dua Emas Kejohanan Angkat Berat Pra Sukan SEA
 Abd Mubin Rahim memperoleh emas dalam kategori 77 kgPasukan angkat berat Terengganu berjaya menggondol dua pingat emas dan satu perak menerusi tiga kategori dalam Kejohanan Angkat Berat Pra Sukan SEA 2017 anjuran Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) di Putrajaya, Kuala Lumpur, semalam.Kejohanan selama tiga hari dan berakhir esok itu, PABM bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menghantar  tiga atlet iaitu, Abd Mubin Rahim mewakili kategori 77 kg, Muhammad Darul Najmi Dollah (kategori 69 kg) dan Muhammad Saiful Irfan Ab Rahim pula bagi kategori 62 kg.Muhammad Darul Najmi Presiden PABM Terengganu, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, Terengganu berjaya memperolehi dua emas menerusi Abd Mubin dengan angkatan keseluruhan 310 kg `snatch dan clean & jerk' dan Muhammad Darul Najmi (angkatan seberat  261 kg) serta pingat perak menerusi Muhammad Saiful Irfan berjumlah 236 kg.  Katanya, sebanyak 13 pasukan dari seluruh negara menyertai kejohanan anjuran PABM sebagai platform untuk menilai dan mengenal pasti atlet yang boleh diketengahkan ke program Sukan Komanwel 2018 nanti. Muhammad Saiful Irfan “Kejayaan yang diraih Abd Mubin melayakkan beliau menyertai pra kelayakan terakhir Sukan Komanwel yang akan diadakan di Gold Coast, Australia pada 5 hingga 9 September.“Langkah itu juga sebagai syarat untuk melayakkan Abd Mubim untuk menyertai kejohanan sebenar pada tahun depan,” katanya.Segala perbelanjaan bagi penyertaan tersebut akan ditanggung  PABM dan MSNT sebagai usaha transformasi kecemerlangan sukan angkat berat untuk Terengganu.   
08 Aug 17
1063
Empty Image
T-Team Perlu Baiki Segera Mutu Permainan
“Diharapkan T-Team boleh berubah dan memperbaiki mutu permainan ke arah yang lebih baik,” itu peringatan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat kepada skuad T-Team susulan prestasi yang semakin merosot.Menurutnya, kerajaan negeri cuma memantau pasukan itu dari luar sahaja dan menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan T-Team untuk membuat sebarang tindakan bagi memulihkan segera mutu permainan pasukan itu.“Saya kurang berpuas hati dengan persembahan T-Team sekarang ini, saya tidak tahu apa masalah kerana mutu permainan pasukan ini sangat merosot dan perlu diatasi segera.“Sekarang ini kita tidak masuk campur, cuma pantau daripada luar sahaja dan serah seratus peratus kepada jurulatih serta pihak pengurusan pasukan dan berharap mereka boleh ambil tindakan segera,” ujarnya.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia Kali Ke-20 sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 di Dataran Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Rozi berkata, kerajaan negeri memenuhi segala keperluan dan menyediakan kemudahan untuk pasukan T-Team, sekali gus mengharapkan pemain dapat menghasilkan prestasi terbaik dan berbaloi.“Jangan jadi pasukan belasahan, sebab kita telah sediakan semua kehendak mereka. Saya tidaklah memberi kata dua, tetapi saya mengharapkan mereka boleh berubah dan memperbaiki mutu permainan ke arah yang lebih baik.“Mungkin jurulatih ada perancangan tersendiri dan apa yang dirancang saya tidak tahu. Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan termasuk jurulatih untuk mengetahui apa masalah sebenar,” ujarnya.
29 Jul 17
93
Empty Image
TMJ Ulas Hukuman Terhadap Dollah Salleh
TMJ ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Eksekutif FAM Sesi 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Malah saya sendiri dan Tan Sri Annuar Musa (Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan) juga pernah digantung sebelum ini, kata presidennya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Menurutnya, semua pemain dan pegawai tanpa mengira pangkat dan kedudukan adalah tertakluk kepada peraturan dan mereka yang melakukan kesalahan tetap akan menerima hukuman.TMJ berkata demikian kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Eksekutif FAM Sesi 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, semalam.Katanya sebagai mengulas keputusan Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu menggantung 18 bulan dan didenda RM30,000 terhadap ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang lantang mengkritik mutu pengadilan. Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat. Dollah yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM membabitkan pengadilan Liga Malaysia (LIga M) selepas perlawanan Pahang bertemu FELDA United, pada 1 Julai lalu.Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata Dollah didapati melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM. Bagaimanapun, TMJ menjelaskan bahawa Dollah masih boleh membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan dalam tempoh 10 hari bermula semalam.TMJ berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan berhubung prestasi pengadil dalam Liga M, namun ia ada batasannya dan ada perkara tertentu yang tidak boleh dikeluarkan."Apa yang berlaku terhadap bekas pengendali kebangsaan itu seolah-olah dia menuduh pihak atasan yang mengatur perlawanan dalam Liga M. Jika  pihak atasan (FAM) atau tuduhan terhadap saya yang mengatur perlawanan, sudah pasti JDT memenangi Piala FA dan Piala Sumbangsih musim ini. Betul ke tidak."Jadi, dari mana datangnya idea dia (Dollah) itu yang mengatakan pihak atasan mengatur perlawanan,”katanya lagi.
23 Jul 17
98
Empty Image
FAM Minta FMLLP Kaji Semula Jadual Perlawanan Musim Depan - TMJ
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) supaya mengkaji semula kepadatan jadual perlawanan liga Malaysia (Liga-M) musim ini supaya pemain dan pasukan tidak dibelenggu isu yang sama pada musim depan.Presidennya, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, FAM tidak mahu masalah berulang pada masa depan apabila sesetengah pasukan negeri sukar untuk melepaskan pemain menyertai skuad kebangsaan akibat kepadatan jadual perlawanan."Pihak FMLLP  diminta kaji semula jadual pertandingan-pertandingan kita supaya memberi lebih ruang kepada pasukan kebangsaan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua EksekutifFAM Sesi 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat bersama delegasi FAM yang lain.TMJ menambah, selain FMLLP perbincangan berkaitan penyusunan semula jadual perlawanan itu juga akan melibatkan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bagi memberi ruang dan masa kepada pasukan kebangsaan yang menjadi keutamaan FAM.Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat pada kali ini turut membincangkan inisiatif  untuk mendapat penajaan berikutan kekangan sumber kewangan yang dihadapi badan induk bola sepak negara itu."Menerusi pengarah teknikal yang baru, sepertimana yang semua tahu FAM tiada duit, jadi kita berbincang untuk mendapatkan penajaan dengan Astro dan sesetengah syarikat berkaitan supaya dapat membantu setiap pasukan yang bertanding dalam liga tempatan,"katanya lagi.
22 Jul 17
69
Empty Image
Ketibaan Obor Di Terengganu Disambut Meriah
Penyerahan obor daripada Datuk Zawawi Othman telah diterima oleh Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. - Foto oleh Harish Fadzillah KassimLarian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean Kesembilan tiba di Terengganu dengan sambutan yang meriah d sempadan negeri Kelantan dan Terengganu, kira-kira jam 2.15 petang semalam.Sambutan diwarnai dengan perarakan kereta kuda, pasukan berbasikal, jentera bermotor serta diraikan penduduk sekitar temasuk pelajar sekolah.Penyerahan obor daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Kelantan, Datuk Zawawi Othman telah diterima oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Ahmad Razif berkata, Terengganu akan membuat kelainan dalam menyambut obor di negeri ini, dimana obor akan dibawa melalui laluan laut iaitu dengan menyelam (skuba driving) di Pulau Perhentian pada hari ini.“Kita harus bersyukur dengan apa yang telah kita kecapi, kita telah dapat menyediakan sesuatu lengkap. Semoga pasukan Malaysia akan dapat mengumpul pingat emas terbanyak dan menjadi Juara Sukan SEA 2017.“Sekiranya antara 71 atlet Terengganu yang mewakili negara dapat memungut pingat dalam sukan SEA ini, kerajaan negeri akan memberi imbuhan kepada mereka mengikut kategori yang telah ditetapkan,”katanya.Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad berkata obor tersebut mula dibawa dari Johor Baru dan akan mengelilingi setiap negeri.Katanya, sepatutnya Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2019, oleh kerana negara Brunei telah menarik diri, Malaysia sanggup untuk menjadi penganjur pada tahun ini demi menjaga reputasi Sukan SEA.“Oleh itu, saya mewakili Kementerian Belia dan Sukan memohon kerjasama dari semua pihak untuk menyokong hampir 500 para atlet memungut emas terbanyak dan menjadi juara keseluruhan pada tahun ini,”katanya.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas Tani, Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, Nawi Mohammad, Adun Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Rahman dan pegawai kerajaan negeri.
16 Jul 17
134
Empty Image
1,500 Peserta Hangatkan Run For Peace
Dato' Mohd Zubir mengibarkan bendera SGM dalam perasmian Run For Peace 2017. - Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Lebih 1, 500 peserta yang menyertai acara larian Run For Peace 2017 sepanjang lapan kilometer di Dataran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, semalam.Acara anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM) dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong.Mohd Zubir berkata, acara itu sebagai satu langkah yang baik dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat untuk mengamalkan cara hidup sihat.Katanya, program itu sepatutnya lebih kerap diadakan supaya masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia ini dapat memahami dan menghormati antara satu sama lain.“Saya berharap agar masyarakat dapat mengekalkan cara hidup yang sihat untuk dijadikan sebagai contoh kepada generasi yang akan datang. Malah, kita harus mngekalkan keamanan dengan saling menghormati budaya dan agama lain di negara ini.“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur program kerana berjaya mengumpulkan masyarakat dalam acara ini. Saya berharap agar lebih ramai lagi yang akan menyertai Run For Peace pada masa hadapan,” katanya.Pengerusi Soka Gakkai Terengganu, Khor Wan Khoon berkata, aktiviti Run For Peace diadakan bermula hari ini (semalam) hingga 8 Ogos di 19 lokasi yang berlainan seluruh Malaysia.Katanya, selain untuk menyebarkan ideologi keamanan, GSM berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menggalakkan orang ramai untuk terus mengamalkan cara hidup yang sihat.Turut hadir, Suruhanjaya MCA negeri, Dato' Toh Chin Yaw, Setiausaha MCA Kuala Terengganu, Toh Seng Cheng, Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina, Tan Beng San serta Ahli Council SGM, Lim Tee Yen.
14 Jul 17
288
Empty Image
Konvoi Jelajah 1Jiwa Tiba Di Terengganu
Konvoi Jelajah 1Jiwa bersempena sambutan ulangtahun ke-50 Jubli Emas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) tiba di Terengganu hari ini dengan penyertaan 40 penunggang motosikal berkuasa tinggi.Konvoi  selama lapan hari, bermula 8 Julai lalu itu disertai kakitangan Bernama dan pemilik motosikal berkuasa tinggi akan mengunjungi semua negeri di Semenanjung.Program sama turut melawat  biro  dan pejabat Bernama serta beberapa rumah pesara Bernama bagi menjalin hubungan berterusan antara mereka dengan agensi  berita itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia berharap program Jelajah itu membawa Bernama lebih dekat di hati rakyat termasuk masyarakat di Terengganu.Katanya, dia difahamkan jelajah  selama lapan hari, bermula 8 Julai lalu itu turut mengunjungi   pesara-pesara Bernama yang uzur.“Saya berharap program seumpama ini akan diteruskan  dengan penglibatan pelbagai aktiviti kemasyarakatan setempat,” katanya .Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta konvoi Jelajah 1 Jiwa Bernama di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Ahmad Razif turut mengingatkan peserta konvoi agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan memandangkan kadar kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini agak membimbangkan.
12 Jul 17
111