lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Empty Image
Road To MAHA 2018 Banyak Kejutan - Azman Ibrahim
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Kerajaan Negeri Terengganu menyeru seluruh rakyat Terengganu dan negeri-negeri berjiran untuk berkunjung ke program Road To MAHA bertempat di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Manir, Kuala Terengganu pada 25 hingga 27 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, program ini berkonsepkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan buat julung kalinya di negeri Darul Iman."Terdapat banyak pengisian menarik yang menanti kehadiran para pengunjung  ke program ini."Ianya melibatkan sektor utama peladang, penternak dan nelayan serta pelbagai agensi dan jabatan di bawah Portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu."Antara pengisian Road To MAHA yang dijangka mampu menjadi 'wow factor' ialah pameran penyu comel, lembu sado, pameran kambing, pameran ikan hiasan, ayam serama, ayam ratu dan sebagainya."Kami menjangkakan pameran tersebut mampu menggamit para pengunjung berkunjung ke tapak program," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini (19 Oktober), mengulas tentang program Road To MAHA bertempat di Mardi Manir, Kuala Terengganu pada 25 hingga 27 Oktober ini.Dalam perkembangan yang sama, menurut Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, gerai-gerai jualan pelbagai produk pertanian, penternakan dan perikanan juga akan diadakan."Agensi serta jabatan kerajaan yang terlibat antaranya ialah Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mardi, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Ketara, Lembaga Pertubuhan Peladang, Agro Bank, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)."Di samping itu, agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), FELCRA, Felda, Terengganu Agrotech Development Corp (TADC) Sdn Bhd, Jabatan Perhutanan, Perhilitan, Jabatan Pelancongan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia juga akan turut sama memeriahkan program."Panitia Road To MAHA turut juga mengundang beberapa syarikat swasta untuk mereka memperkenalkan teknologi dan jentera baru dalam bidang pertanian samada dari segi teknologi jentera, benih, fertigasi dan produk-produk baru pertanian."Terdapat juga jualan pelbagai produk yang dihasilkan usahawan di bawah bimbingan jabatan dan agensi terlibat."Justeru, saya mewakili Jawatankuasa Induk Road To Maha mengajak semua rakyat untuk meluangkan masa dalam tempoh 3 hari bermula 25 hingga 27 Oktober ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk sama-sama hadir berkunjung ke Mardi Kuala Terengganu bagi sama-sama memeriahkan dan mengambil manfaat daripada program yang diadakan," tambahnya.Program Road To MAHA akan mengisi Kalendar Pertanian Negeri Terengganu bagi setiap 2 tahun sekali.
18 Oct 18
569
Kerajaan Galak Pelihara Kelulut Setiap Rumah
Kerajaan Galak Pelihara Kelulut Setiap Rumah
Dr Haji Alias (kiri) diiringi Encik Fadzli Rahimi  meninjau kawasan pemeliharaan  kelulut di Mardi Terengganu. KUALA NERUS - Kerajaan negeri menggalakkan penduduk seluruh Terengganu, mengadakan satu sarang kelulut di setiap rumah, mulai tahun depan yang bertujuan untuk menambah pendapatan dan mewujudkan persekitaran kediaman lebih kondusif.   Serentak itu, satu bengkel pemeliharaan kelulut untuk menghasilkan madu buat julung-julung kali diadakan oleh Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (Mardi) di Bilik Seminar Mardi Kuala Terengganu di sini, dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal.   Dr Haji Alias menikmati madu kelulut di Mardi Terengganu.  Kira-kira 50 orang peserta daripada 25 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN tersebut hadir menyertai bengkel berkenaan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Haji Alias Razak berkata, bermula dari DUN Bukit Tunggal, bengkel berkenaan boleh dikembangkan ke 31 DUN lain kerana potensi menghasilkan madu dari pemeliharaan ternakan tersebut amat besar.   Menurutnya, setiap sarang kelulut berukuran satu kaki persegi dan tiga inci tinggi dengan kos RM400, boleh menghasilkan sebanyak kira-kira 500 milimeter madu dengan nilaian lebih RM100.   "Jika 10 sarang dijaga dengan baik, ia boleh menghasilkan 5 liter madu kelulut dengan purata pendapatan RM750 sebulan," katanya ketika berucap merasmikan bengkel berkenaan di Bilik Seminar Mardi Kuala Terengganu di Kubang jela, (15 Oktober).   Paling penting katanya, dengan adanya usaha pemeliharaan kelulut itu, kawasan rumah terjaga kebersihan dan keindahannya.   Menurut beliau, untuk memelihara kelulut, sekitar kawasan kediaman mesti ditanam dengan pokok bunga dan tidak dilakukan pembakaran terbuka.   "Ini kerana kelulut lemas dengan asap dan akan lari dari sarang masing-masing sekiranya berlaku pembakaran terbuka di sekitar kawasan pemeliharaan ternakan tersebut.   "Jadi, dengan pemeliharaan kelulut di halaman rumah, alam sekitar tidak tercemar, kebersihan dan keindahan halaman kediaman dapat dijaga dengan baik," ujarnya.   Turut hadir berucap di majlis tersebut, Pengarah Mardi Terengganu, Encik Fadzli Rahimi Ismail.   Sementara itu, Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, turut melawat kawasan ternakan kelulut di sekitar pejabat Mardi itu dan dihidangkan dengan minuman madu kelulut selepas selesai majlis perasmian.  
14 Oct 18
274
Projek Labuhan Tukun RM6.9 Juta
Projek Labuhan Tukun RM6.9 Juta
  Dr Azman (dua dari kiri) bersama Encik Zulkifli (kanan sekali) dan  Haji Zawawi (empat dari kanan) melabuhkan unjam di Perairan Dungun. -Foto Abu Ubaidah Mohd Nor     Dungun -  Kerajaan Negeri  memperuntukkan sejumlah RM6.9 juta  dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK9) untuk projek labuhan tukun  bagi membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan mereka.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata bagi tahun ini sahaja Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM630 Ribu untuk program tersebut.   Katanya, dari jumlah itu sebanyak RM250 Ribu diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri manakala selebihnya (RM380 Ribu) peruntukkan dari Kerajaan Pusat.   "Dengan cara ini kerajaan dapat mempertingkat usaha memperkayakan sumber perikanan untuk membantu nelayan pantai meningkatkan hasil tangkapan mereka," jelasnya.   Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Melabuh Unjam di Perairan Dungun di Jeti Kuala Paka di sini 6 September.   Dr Azman Ibrahim     Turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Haji Zawawi Ali, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Encik Zulkifli Harun, Penolong Setiausaha Kerajaan (Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri), Encik Muhammad Faizan Che Othman, Wakil-wakil Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Wakil-wakil Media.   Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, program tersebut adalah yang kedua selepas kali pertama dibuat di Marang pada 27 Ogos lepas.   Katanya, program melabuh unjam di Perairan Paka dibuat di lokasi berhampiran Pulau Tenggol pada jarak kira-kira 4 batu nautika dari Kuala Paka. Sejumlah 40 unjam daun kelapa dan daun gelam berjaya dilabuhkan dengan kos RM250 seunit.   "Kos program melabuh unjam pada hari ini, sekitar RM10 ribu dikira rendah kerana kita (kerajaan) mengajak komuniti nelayan Dungun bekerja secara gotong-royong dengan kos untuk membeli peralatan ditanggung kerajaan negeri. Dr Azman (tengah) melancarkan program labuhan unjam di laut Dungun.   "Matlamat kita supaya para nelayan merasakan bahawa unjam ini adalah milik mereka dan mereka bersama bertanggungjawab menjaganya dengan baik," jelasnya.   Sebagai makluman, unjam merupakan sejenis peranti pengumpul ikan, buatan manusia yang dibina dari bahan semulajadi seperti pelepah dan daun kelapa, daun pokok rhu, daun teja dan daun kelapa laut yang diikat dengan tali dan kemudiannya dilabuhkan di kawasan perairan laut pesisir pantai.   Unjam yang telah disiapkan akan bertahan selama enam bulan di mana struktur unjam itu akan mereput secara semula jadi dan menjadi makanan kepada flora dan fauna yang terdapat di sekitar labuhannya.   Peranti tersebut dijangka meningkatkan sumber pendapatan nelayan Kuala Paka dengan anggaran purata hasil tangkapan sebanyak RM300 hingga RM450 sehari dengan kadar RM50 sejam.   Dengan adanya program seumpama itu ia diharapkan dapat menambah perolehan hasil tangkapan serta meningkatkan sosioekonomi golongan nelayan pesisir pantai.  
06 Sep 18
976