lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Empty Image
Misi Tawan Gunung Latimojong Bermula
Semangat dan iltizam membara mengiringi misi 20 pendaki untuk menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 September hingga 6 Oktober ini.Pengembaraan yang turut disertai media Terengganu bermula secara simbolik hari ini, apabila diraikan pada acara pelepasan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Mamat di Perkarangan Wisma Darul Iman.Rozailan berharap misi kumpulan itu untuk menawan puncak tertinggi di Sulawesi Selatan itu tercapai dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini."Kumpulan pendaki ini bukan sahaja mahu mencabar diri dalam aktiviti lasak yang menguji mental dan fizikal, malah inisiatif ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi "Program pendakian gabungan dua kerajaan ini juga dapat meningkatkan sektor pelancongan Terengganu dengan negara tersebut khususnya Wilayah Sulawesi Selatan,"katanya.Seorang peserta, Nur Fazlizai Ali berkata, dia dan 19 pendaki yang lain sangat teruja untuk menyahut cabaran dalam merealisasikan hasrat pengembaraan mereka."InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik dan membawa nama Terengganu ke Sulawesi Selatan."Jalur Gemilang dan bendera Terengganu akan berkibar megah di puncak Gunung Latimojong pada 3 Oktober ini," katanya.Kembara anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) turut disertai wakil dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu dijangka mula mendaki puncak tertinggi di Sulawesi Selatan yang berketinggian 3,487 meter itu pada 3 Oktober ini.Ekspedisi selama enam hari itu akan diketuai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysi Negeri Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.
29 Sep 17
174
Empty Image
Pameran Senjata Suntik Kelainan Di Kejohanan Payung Terjun ATM 2017
Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kali ketiga yang sedang berlangsung di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus membawa kelainan apabila turut menyediakan pameran senjata kepada pengunjung.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pameran seumpama itu pastinya memberi tarikan kepada orang ramai dari pelbagai peringkat usia yang sebelum ini tidak berpeluang melihat pelbagai jenis senjata dan peralatan tentera secara lebih dekat."Saya ucapkan tahniah kepada ATM yang telah berjaya menganjurkan satu program yang sudah pasti akan menarik ramai peminat."Saya juga rasa terpegun kerana pada tahun ini disertakan sekali dengan pameran persenjataan, peralatan dari tentera yang saya yakin bukan perkara mudah untuk membawanya kerana dari segi keselamatan dan sebagainya termasuk membawa helicopter untuk ke mari," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika lawatannya ke Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Perkarangan Stadium Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata program tersebut mengisi kalendar pelancongan sebagai acara tahunan.Tambahnya, program itu juga akan diteruskan pada masa-masa akan datang sebagai mewarnai acara  dan menyokong inisiatif pelbagai pihak untuk menarik pelancong serta pelawat terutama yang gemarkan sukan lasak untuk ke Terengganu.
28 Sep 17
745
Empty Image
Terengganu International Bike Meet Antara Terbesar Di Asia
Terengganu International Bike Meet (TIBM) Volume 2 2017 yang akan berlangsung di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu selama dua hari bermula 29 September ini dijangka menjadi antara himpunan motor yang terbesar di Asia.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, pada tahun lepas, seramai 5,200 peserta menyertai program anjuran bersama kerajaan negeri dan Kelab Penunggang  Motosikal Negeri Terengganu itu.Katanya, tahun lalu, lebih 20,000 pengunjung membanjiri tapak program sepanjang himpunan di Pulau Warisan, Kuala Terengganu berkenan."Pada kali ini, kita adakan program ini di Dataran Shahbandar dan penganjur mensasarkan 7,000 peserta termasuk dari Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia."Penganjuran acara bermotosikal ini memang kerajaan negeri amat mengalukan kerana ia mensasarkan satu kumpulan yang mempunyai ramai pengikut. Jadi tahun ini penganjur meletakkan tidak kurang dari 25,000 pengunjung hadir ke program itu," katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Terengganu International Bike Meet Volume 2 2017 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Tambahnya, penganjuran TIBM tersebut secara tidak langsung dapat dijadikan platform untuk melonjakkan Terengganu di mata masyarakat luar terutamanya kepada penggiat sukan permotoran.Tun Ahmad Faisal berkata, ianya juga dapat menyumbang kepada  ekonomi negeri melalui aktiviti pelancongan.Dalam pada itu, presiden Kelab Penunggang  Motosikal Negeri Terengganu, Ahmad Fanizar Bani Mat Taha berkata, untuk edisi kali kedua itu, penganjur memberi suntikan kelainan untuk memberi lebih peluang kepada anak Terengganu beraksi."Pertamanya, aksi lasak bermotosikal kebiasaannya di lakukan oleh pelagak ngeri dari luar namun kali ini kita gunakan anak Terengganu sendiri sama juga bagi persembahan pentas dimana Falah Bassim dan Purnama Band bakal beraksi di sini."Tahun ini juga, kita akan adakan konvoi ke Sekolah Pondok Iktifar, Langkap Baru yang mana program ke sana sambil menderma," katanya.
25 Sep 17
133
Empty Image
Pengunjung Festival Kenyir 2017 Lepasi Sasaran
Festival Kenyir 2017 yang diadakan selama empat hari bermula 14 September lepas berjaya melepasi sasaran apabila mencatat kedatangan seramai 75,751 orang sepanjang program itu berlangsung Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail berkata, sasaran asal kedatangan pengunjung ke festival berkenaan adalah seramai 60,000 orang.“Festival Kenyir 2017 merupakan salah satu acara yang berjaya memperkenalkan lagi Tasik Kenyir kepada pelancong dan keunikan penganjuran kali ini merangkumi 30 acara dalam air, darat mahupun di udara telah disusun atur bagi menarik minat pengunjung.“Malah, penganjuran festival ini juga menjadi pemangkin kepada kedatangan lebih ramai pengunjung ke Tasik Kenyir yang kini jadi tumpuan segenap lapisan terutamanya selepas beroperasinya jualan Zon Bebas Cukai  Tasik Kenyir pada 1 Ogos lalu,” ujarnya.Katanya, antara aktiviti yang diadakan sempena festival itu termasuk ;heli ride’, persembahan kebudayaan, malam kesenian Islam, Kenyir auto fest, pertandingan sukan air dan sukan rakyat, mari mencuba permainan tradisional, pameran dan juala agensi dan usahawan serta hasil pertanian dan pelbagai lagi.
24 Sep 17
66
Empty Image
Beberapa Pihak Pohon Jadi Pengendali Kemudahan Pelancongan Di Tasik Kenyir
Menteri Besar bersama kenamaan lain melancarkan Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri sedang menimbang permohonan daripada beberapa pihak sebagai pengendali kemudahan pelancongan di Tasik Kenyir termasuk hotel dan Taman Tema Air, di Pulau Poh.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya menilai tawaran yang mampu diberikan dan memilih yang terbaik bagi melancarkan operasi dan pengurusan di pusat peranginan itu nanti.“Jika tawaran mereka sesuai dengan kehendak,  kita tiada masalah untuk menimbangkannya dan dapat bersama-sama memastikan kemudahan yang ada di Tasik Kenyir mampu menjadi katalis bagi menarik minat pelancong ke pusat pelancongan ini,”katanya.Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail.Menurut Menteri Besar, hotel yang baru dibangunkan dengan kos RM100 juta dilengkapi 150 bilik itu dijangka siap dalam tempoh 13 bulan lagi.Tambahnya, kemudahan penginapan setinggi lapan tingkap yang turut dilengkapi 1,000 lot parkir itu bakal siap sepenuhnya menjelang hujung 2018 bagi memenuhi keperluan pelancong yang semakin bertambah.Dalam pada itu, beliau berkata pelbagai prasarana dan kemudahan baharu akan dibangunkan kerajaan negeri bersama Ketengah di Tasik Kenyir yang merangkumi Pengkalan Gawi , Pulau Bayas dan juga Pulau Poh dalam masa terdekat ini.“Selain pulau bebas cukai di Pengkalan Gawi, kerajaan negeri menyerahkan kepada TTITC (Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu) supaya dapat membuat reka bentuk membangunkan kiosk di kawasan ini dengan bercirikan tradisional dan signifikan dengan Tasik Kenyir,”katanya.Ahmad Razif berkata, pihaknya turut mengenal pasti satu lokasi yang sesuai di Pulau Bayas untuk mewujudkan `night market’ atau pasar malam eksklusif bagi memberi peluang peniaga tempatan memasarkan produk tempatan mereka kepada pelawat.Dalam pada itu, kerajaan negeri juga mahu supaya hospitaliti kepada pelancong dititik beratkan dalam usaha menarik lebih ramai pelawat ke tasik berkenaan dan juga pusat pelancongan di Terengganu keseluruhannya.“Kita mahu supaya `frontliner’ dihantar menjalani kursus untuk melayani dan berinteraksi dengan pelanggan sebagaimana yang pernah dilaksanakan oleh T-TAS (Skim Latihan Perantisan Pelancongan Terengganu) sebelum ini, kepada pengusaha restoran dan kedai makan."Selain infra dan kemudahan, kita juga mahu menekankan layanan kepada pelanggan kerana kita mahu supaya pelawat merasakan mereka mahu datang lagi dan mengulangi kunjungan ke Terengganu hasil layanan dan aspek hospitaliti yang terbaik itu,'' katanya.
14 Sep 17
293
Empty Image
300 Peserta Meriahkan Program Berakit Merdeka Selusuri Sungai Terengganu
Deretan rakit yang dihias indah dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri sempena Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu, di Dataran Pulau Warisan. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimSeramai 300 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh daerah menyertai Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu 2017, hari ini.Peserta yang menaiki 30 buah rakit yang dihias hasil kreativiti masing-masing, berlumba bermula di jeti Muzium Negeri dan berakhir di Pulau Warisan, Kuala Terengganu dengan jarak 4.59 kilometer.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dalam ucapannya berkata, hasil pemuafakatan dan penjanaan idea yang bernas sempena hari kebangsaan itu, pelbagai program dan aktiviti dijalankan bagi membentuk komuniti yang baik dan positif selain melahirkan masyarakat yang bersikap patriotik serta sayangkan negara.“Program ini adalah julung kali diadakan di negeri ini hasil kerjasama Unit Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri serta Kelab Sukan Negeri Terengganu.“Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan diantara peserta di samping meraikan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Bagi saya, program ini cukup tepat dalam usaha kita untuk memeriahkan lagi sambutan bulan kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini,”katanya di Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu, di Dataran Pulau Warisan, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Mohd Syukri Ibrahim, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri, Burhanuddin Daud serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Zuhami Omar.Bagi pemenang rakit kategori jabatan kerajaan diungguli Majlis Daerah Hulu Teregganu (RM1,000), tempat kedua Majlis Daerah Kemaman (RM600)dan tempat ketiga SUK Kerajaan Tempatan (RM500). Manakala pemenang rakit bagi kategori NGO, tempat pertama Mix Ibai, tempat kedua Mix Marang, manakala ketiga, KRT Pulau Sekati yang membawa pulang jumlah wang tunai yang sama .Untuk kategori rakit berhias pula, tempat pertama dimenangi oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun, sementara kedua Kumpulan Trackers dan ketiga Majlis Daerah Besut.
14 Sep 17
934
Empty Image
Hotel Di Pulau Poh Dijangka Siap Hujung 2018
Hotel lapan tingkat di Pulau Poh, Tasik Kenyir yang sedang dibina bakal siap sepenuhnya menjelang hujung 2018.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, hotel dilengkapi 150 bilik tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.Katanya, hotel tersebut bakal diletakkan di bawah konsortium dan dikelola oleh Terengganu Incorporated Sdn Bhd."Semua hotel yang ada di Terengganu (milik kerajaan negeri) berada di bawah satu konsortium dan hotel ini juga akan diletakkan bawah konsortium."Saya rasa ia tiada masalah kerana Terengganu Incorporated ini mempunyai pengalaman dalam menguruskan hotel," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya di Tasik Kenyir, hari ini.Ahmad Razif berkata, hotel dengan kos yang RM100 juta tersebut dibina berdasarkan permintaan oleh pengunjung Tasik Kenyir.Tambahnya, dengan sambutan yang semakin bertambah, infrastruktur juga turut akan ditambah di kawasan itu."Saya difahamkan akan ada banyak lagi pemaju akan mendirikan resort di Tasik Kenyir memandangkan pengunjung di sini semakin hari semakin bertambah."Selain daripada memberi fokus kepada pelancong domestik kita juga akan tumpukan kepada pelancong asing terutamanya dari Eropah dan China," katanya.
03 Sep 17
488
Empty Image
50 Warga Singapura Sertai Korban Perdana Di Terengganu
Tun Ahmad Faisal bersama ketua rombongan, Rogayah dan sebahagian dari peserta yang akan menyertai ibadah korban esok. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Seramai 50 pelancong muslim dari Singapura dijangka akan menyertai ibadah korban sempena Aidiladha di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit pada 1 September ini.Ketua rombongan dari Singapura, Rogayah Abdullah, 62, berkata kunjungan itu adalah yang kedua disertai olehnya.Katanya, kerjasama dan layanan baik kerajaan negeri dan Unisza Tourism Sdn Bhd menyebabkan pihaknya meneruskan kunjungan ke Terengganu pada tahun ini.Rogayah"Saya amat berbesar hati apabila dapat mengerjakan ibadat korban di Terengganu buat kali kedua memandangkan pada tahun lepas semuanya berjalan dengan lancar."Untuk tahun ini, sebanyak lima ekor lembu dan empat ekor kambing akan dikorbankan manakala lima ekor kambing akan dibuat akikah," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Meraikan Peserta Korban Perdana Dari Singapura di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Abdul HamidSeorang lagi peserta, Abdul Hamid Abdul Manan, 70, berkata ibadat korban di Malaysia khususnya di Terengganu amat berbeza dengan di Singapura."Amalan korban di sini amat cepat jika dibandingkan di Singapura. Ianya mengambil masa hanya dua jam untuk lapan ekor lembu dan enam ekor kambing hasil kerjasama yang dilakukan oleh penduduk setempat."Selain itu, pembahagian daging korban juga berbeza kerana di sini setiap bahagian diambil untuk diagihkan tidak seperti di Singapura," katanya.Tambah Hamid, jika diberi kesempatan beliau akan turut menyertai ibadat korban di Terengganu pada tahun-tahun akan datang.
31 Aug 17
170
Empty Image
Terengganu Bakal Buka Pavilion Pelancongan Di Bandar Huaxi, China
Menteri Besar bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria mencuba menyediakan masakan tradsional masyarakat peranakaan Cina di Festival Peranakan Negeri Terengganu 2017, di Kampung Cina, malam tadi. Foto oleh Zulkifli CW PutraKerajaan negeri bakal mewujudkan Pavilion Terengganu di bandar Huaxi, daerah terkaya di Wilayah Jiangsu, China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China ke negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan pavilion  sebagai hab pelancongan yang berkonsepkan rumah tradisional Terengganu di kawasan seluas 0.4 hektar itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta. Katanya, kerajaan negeri sudahpun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan wilayah berkenaan dan proses pembinaan akan berjalan pada bila-bila masa dari sekarang."Pembinaan pavilion ini bertujuan memasarkan produk dan tarikan yang ada di Terengganu. Malah, ia juga akan dijadikan hab atau tapak kepada kerajaan negeri untuk mengadakan promosi tarikan serta pelancongan Terengganu di China."Kita juga akan mengadakan beberapa lagi usahasama dengan beberapa agensi di negara berkenaan," katanya kepada media selepas merasmikan Festival Peranakan Negeri Terengganu 2017, di Kampung Cina, malam tadi.Ahmad Razif berkata, menerusi kerjasama antara dua negara itu kerajaan negeri yakin dapat menarik lebih 80,000 pelancong dari China untuk ke Terengganu pada tahun hadapan."Pembinaan pavilion berasaskan rumah tradisional Terengganu ini dijangka  mengambil masa  selama enam  hingga 12 bulan. Jika proses pembinaannya boleh berjalan secepat mungkin jadi kerajaan negeri yakin sasaran 80,000 pelancong ke Terengganu akan dapat dicapai," katanya. Tambahnya, Terengganu menjadi negeri pertama yang membangunkan pavilion dengan lokasi yang terletak di kawasan yang menempatkan mercu tanda pelancongan terkenal dari seluruh dunia seperti London Bridge.
26 Aug 17
134
Empty Image
14 Pasukan Berentap Di Kejohanan Terengganu F3000 Powerboat International Championship 2017
Tun Ahmad Faisal mendengar penerangan daripada seorang peserta yang bakal menyertai kejohanan tersebut. Foto oleh Harish Fadzillah KassimSebanyak 14 pasukan mengesahkan penyertaan di kejohanan Terengganu F3000 Powerboat International Championship di PulauWarisan, Kuala Terengganu, bermula 24 Ogos ini.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, kejohanan selama tiga hari itu merupakan siri pertama dalam sirkit kejohanan powerboat kebangsaan.Katanya, penganjuran kali pertama oleh Kelab Sukan Powerboat F3000 Malaysia di Terengganu itu turut melibatkan lima pasukan dari luar negara termasuk dari New Zealand, Brunei, Singapura dan Brazil."Untuk kejohanan powerboat di Terengganu, sebanyak 14 pasukan akan turut serta yang terdiri daripada lima pasukan luar negara yang menampilkan enam pelumba antarabangsa berserta sembilan pasukan tempatan."Yang menariknya, antara sembilan pasukan tempatan ini, terdapat satu pasukan dari Terengganu iaitu kumpulan D’Dalima Racing yang telah menyertai kejohanan lain di peringkat kebangsaan," katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Terengganu F3000 Powerboat International Championship di Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Pengurus Kelab Sukan Powerboat F3000, Mohd Glenn Abdullah.Tun Faisal berkata, penganjuran perlumbaan itu menjadi satu daripada acara yang mampu menarik kumpulan penggemar sukan ekstrim itu sempena Visit Beautiful Terengganu."Kita melihat powerboat ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan mampu untuk menjana industri pelancongan di Terengganu."Ini adalah permulaan awal untuk Terengganu, insyaAllah saya akan berusaha mengembangkan acara perlumbaan bot ini menjadi satu komponen tarikan dalam mempromosikan Visit Beautiful Terengganu dalam menarik segmen-segmen pelancongan daripada kumpulan berlainan," katanya.
22 Aug 17
167