Artikel "Komuniti" Terkini
Maklum Segera Jika Ada Musibah - JKM
Ghazali Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu melaporkan sebarang bencana dalam kawasan mereka kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dengan segera.Penolong Pengarah JKM Terengganu, Ghazali Awang berkata, ia bertujuan supaya bantuan dapat disalurkan dengan mudah dan lancar."JKM telah dilantik sebagai urusetia pengurusan bencana di peringkat daerah. Bermakna, segala penyiasatan, pengumpulan maklumat dan penghantaran maklumat akan dilakukan oleh pihak kami," katanya ketika memberi penerangan kepada ahli MPKK Daerah Dungun dalam Kem Jati Diri MPKK di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang, hari ini.Kem tersebut dihadiri 250 peserta yang didedahkan dengan modul berkaitan pengurusan dan pentadbiran desa.Ghazali memberi penerangan bersama wakil Maidam dan wakil Pejabat Pembangunan Persekutuan.Ghazali turut memaklumkan bantuan rumah bernilai RM40,000 dan bantuan musibah berjumlah RM25,000 diluluskan jika berlaku bencana melibatkan kehilangan rumah."Bantuan ini akan disalurkan melalui Tabung Darul Iman (TDI). Namun, ia berpandukan dokumentasi siasatan dan laporan daripada JKM," katanya.
03 Aug 18
84
Kem Jati Diri MPKK Usaha Baik Kerajaan Negeri
Embong Kem Jati Diri Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Terengganu Sejahtera merupakan usaha baik yang dilaksanakan kerajaan negeri melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) dan Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS) dalam memperkasakan peranan MPKK.Penghulu Kanan Pejabat Daerah Dungun, Embong Mohd Zin berkata, langkah itu penting supaya ahli jawatankuasa MPKK tahu dan memainkan peranan sebagai pentadbir kampung."Langkah mendahulukan pendedahan dasar dan polisi kepada MPKK memudahkan mereka untuk memenuhi matlamat kerajaan ketika berkhidmat kepada masyarakat."Paling penting, mereka dapat memahami peranan jabatan yang ada dan disediakan untuk berkhidmat kepada rakyat mengikut peranan masing-masing," katanya ketika hadir meninjau 250 peserta MPKK daerah Dungun dalam Kem Jati Diri Siri satu di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang hari ini.
03 Aug 18
74
Tiga Tionghua Turut Sertai Kem Jati Diri MPKK
Oleh: Suhaimi TaibSeramai 337 orang orang Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) termasuk tiga daripada mereka kaum Tionghua menyertai Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera bagi Daerah Kemaman, sepanjang tiga hari berakhir esok.Pengarah kem tersebut, Ustaz Muhammad Ramlan Mahmood berkata, dari jumlah itu seramai 298 peserta lelaki manakala selebihnya (39 orang) adalah peserta perempuan.“Tiga orang Tionghua dari MPKK Kampung Cina, Chukai Kemaman termasuk Pengerusinya, Lip Woon Chang, Setiausahanya Low Jin Lee dan Bendaharinya, Lee Hwa Jee.“MPKK Kampung China mempunyai 16 ahli jawatankuasa termasuk dua orang berketurunan India, seorang Melayu dan selebihnya kaum Tionghua,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu, semalam.Muhammad Ramlan berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan untuk mempertingkatkan kefahaman dan motivasi diri ahli MPKK berdepan dengan kerenah masyarakat di samping menjaga imej kerajaan di peringkat akar umbi.Katanya, program tersebut dipenuhi dengan enam slot khusus termasuk Slot Kesejahteraan Pentadbiran Desa, Budaya Politik Matang dan Sejahtera.“Selain itu ada slot Pengurusan Kewangan, Pembinaan Imej dan Hubungan Seranta, Komunikasi Awam, Pengurusan Kebajikan Rakyat (1) dan Pengurusan Kebajikan Rakyat (2).“Ia diselang seli dengan kuliah Maghrib, kuliah Subuh, qiamullail dan riadah bermotivasi dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan perunding yang dilantik,” kata beliau lagi.Katanya, kem selama tiga hari itu akan berakhir pada tengahari esok. (Sabtu)
03 Aug 18
180
Lelaki Ditahan Miliki Senapang Patah
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki selaras senapang patah buatan sendiri yang disimpan di bahagian bonet belakang kereta selepas ditemui dalam keadaan yang mencurigakan.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek berusia 28 tahun yang memandu Produa Kancil, ditahan di persimpangan Kampung Dusun, Hulu Terengganu oleh sepasukan pegawai dan anggota cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Hulu Terengganu.Menurutnya, suspek diminta memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum pemeriksaan dijalankan dan sebaik membuka bonet kereta itu polis menemui sehelai kain sarung bewarna hijau."Sebaik membuka kain itu, kita menemui selaras senapang patah buatan sendiri bersama sembilan biji peluru bewarna ungu dan hijau."Dari hasil siasatan polis, didapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan dan hasil ujian air kencing adalah negatif," katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu, semalam.Mohd Adli berkata, pihaknya difahamkan bahawa suspek memperoleh senapang itu daripada individu berasal dari negara jiran dua tahun lepas dan menggunakannya untuk pemburuan haram.Suspek yang berasal dari Kampung Kuala Dura ditahan dan direman selama empat hari bermula 31 Julai hingga 3 Ogos 2018 dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 manakala senjata terbabit dihantar ke makmal forensik PDRM untuk tindakan lanjut.
02 Aug 18
112
Kumpulan Samun Geng Dek Tumpas Di Hulu Terengganu
Mohd AdliPolis berjaya menumpaskan kumpulan samun ‘Geng Dek’ dengan penahanan empat anggota termasuk ketua bersama isterinya, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Nibong, Hulu Telemong dalam satu serbuan pada jam 5 pagi semalam.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, tiga daripada anggota geng itu yang berumur antara 29 dan 37 tahun berasal dari sekitar daerah ini manakala seorang lagi dari Besut."Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dandikehendaki kerana disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun, pecah rumah dan ugutan jenayah di sekitar daerah ini pada Jun lalu.“Dalam serbuan pada jam 5 pagi, Geng Dek yang baru dihidupkan semula itu selepas ketuanya Dek dibebaskan dari penjara awal tahun ini, cuba melarikan diri tetapi berjaya dihalang sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu," katanya kepada pemberita di IPD Hulu Terengganu, semalam.Mohd Adli berkata, hasil ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah dan suspek wanita cuba merayu dengan alasan mengandung tiga bulan,Beliau berkata, polis turut merampas lima telefon bimbit dan kereta Toyota Vios yang menggunakan nombor pendaftaran palsu, dipercayai kereta klon yang diseludup dari negara jiran.
02 Aug 18
1012
Program Smart Ibadah Haji Anak Kemaman
Seramai 572 pelajar daripada 20 tadika swasta diberi pendedahan mengerjakan ibadah haji melalui program Smart Haji Anak Kemaman.Pengarah Program Smart Haji Kemaman, Hilmi Ismail berkata, peserta yang menyertai program pada kali ini didedahkan dengan suasana sebenar mengerjakan haji seperti di Makkah."Program hari ini kita buat sebagaimana jemaah haji lalui semasa menunaikan rukun Islam kelima bermula dari awal berangkat dengan menaiki bas seumpama menaiki kapal terbang ke Makkah dan prosedur yang sama juga dilakukan untuk mengerjakan haji.“Seperti pengalaman pagi tadi jemaah dilepaskan dengan bacaan doa dan laungan azan, bersalaman, berpelukan sehingga ada yang beremosi sampai menangis walhal ia cuma praktikal,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Smart Haji Anak Kemaman di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman hari ini.Menurut Hilmi, melalui program tersebut bukan sahaja memberi pendedahan pembelajaran secara praktikal kepada pelajar-pelajar ini malah turut memberi peluang ibu bapa untuk belajar bersama.“Untuk program ini kita juga melihat ramai ibu bapa dalam kumpulan Whatsapp bertanya cara memakai pakaian ihram, berapa kali nak tawaf? berapa biji batu yang kutip untuk melontar jamrah? dan ini adalah merupakan gambaran kejayaan program ini bukan sahaja untuk pelajar malahan juga ibu bapa,”katanya.Sementara itu, program berkenaan adalah program ketiga sejak tiga tahun lalu dengan kali pertama dijalankan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu dan kedua di Kemaman.Hilmi berkata, ekoran kejayaan pelaksanaan program ini, pihaknya merancang untuk meluaskan lagi penglibatan kanak-kanak pada program berikutnya.“Kami mensasarkan penyertaan pada tahun hadapan seramai 2,000 kanak-kanak dari lebih banyak tadika swasta dan kerajaan seperti Tadika Perpaduan, Tadika Kemas dan prasekolah,” katanya.
01 Aug 18
695
Kontraktor Satu Ditahan Kemuka Tuntutan Palsu
suspek dari Kampung Banggol Tuan Muda ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Terengganu Seorang kontraktor Jabatan Syarikat Air Terengganu (Satu) direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan palsu berjumlah RM11,060, pada Disember tahun lalu.Suspek yang berusia 50 tahun, disyaki mengemukakan tuntutan palsu tersebut kepada Satu bagi satu projek pengubahsuaian bumbung garaj Depoh Agihan Satu di Gong Badak, Kuala Nerus yang sebenarnya tidak disiapkan.Semalam, suspek dari Kampung Banggol Tuan Muda ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Terengganu ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 5.30 petang.Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
30 Jul 18
75
Abdul Manat Tidak Kisah Digelar Orang Gila
Abdul Manat bersama sebahagian koleksi peribadi yang unik daripada barangan terbuang dihadapan rumahnya di Kampung Paloh Nyior di Hulu TelemongMelangkah ke halaman sebuah rumah Kampung Paloh Nyior, Hulu Telemong, pasti ramai yang menyangkakan bahawa pemilik kediaman itu adalah orang kurang waras atau gila.Bukan disebabkan rumahnya, tetapi kerana terdapat puluhan barangan rosak dan terbuang termasuk kasut buruk pelbagai jenis yang tergantung kemas di setiap penjuru halaman kediaman ini.Melihatnya sekali imbas, sesiapa sahaja akan terasa seolah-olah berada di tempat buangan sampah kerana dipenuhi dengan barangan yang sudah tidak dapat digunakan lagi.Namun biasalah setiap orang mempunyai ragam dan pendiriannya tersendiri dalam mendefinasikan apa yang dirasakan berlainan dan ada di antaranya mengumpul barangan yang dirasakan unik mengikut pandangan mata mereka.Ada di antara kita cuba mempunyai hobi yang boleh dikongsi bersama tetapi ada juga yang mahukan kelainan supaya berbeza dengan orang lain.Abdul Manat menunjukkan papan tanda yang bertulis Orang Gila Sdn Bhd di luar kawasan rumahnya.Abdul Manat Ibrahim,57, seorang bekas tentera cuba mencari kelainan daripada yang sedia ada sebagai mengisi kekosongan dalam hidup dengan mengumpul barangan yang dianggap terbuang dan sudah tidak bernilai lagi.Dianggap sebagai orang gila atau kurang siuman tidak melunturkan semangat beliau untuk meneruskan hobinya yang mempunyai nilainya tersendiri malah mempunyai jenamanya tersendiri iaitu Orang Gila Sdn. Bhd."Ada yang melihat apa yang dilakukan oleh saya ini sebagai tidak boleh diterima akal malah digelar kurang siuman oleh sesetengah pihak termasuk penduduk kampung."Namun akhirnya mereka tersedar dengan apa yang digelar mengarut di mata mereka itu, sebenarnya mempunyai kelainan dan nilainya yang tersendiri, dan kelainan itulah yang menjadikan saya, Orang Gila Sdn. Bhd lebih unik dan bernilai," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, hari ini.Tambah Abdul Manat, pemilihan nama Orang Gila Sdn. Bhd timbul apabila dia dikatakan mencerobohi tanah persendirian dan perkara itu telah di bawa ke Pejabat Tanah.Ekoran dari itu, dia memutuskan untuk menggunakan nama Orang Gila Sdn. Bhd sebagai sindiran kepada individu tersebut supaya tidak mudah menuduh seseorang dan ditambah pula dengan hobinya yang pelik itu.Datuk kepada lapan cucu ini juga berkata, segalanya bermula sejak 18 tahun lalu sebagai satu cara mengisi masa lapang sejak bersara dari tentera dan lebih suka memilih hobi yang dari kebiasaan walaupun orang ramai menganggapnya tidak waras lagi."Saya bukan buat salah pun, tidak kacau orang tetapi saya memang gemarkan sesuatu yang pelik demi kepuasan diri sendiri."Kini mereka yang dahulunya menganggap saya orang gila banyak membantu dengan menyumbangkan barangan terpakai yang hendak dibuang kepada saya untuk dipamerkan di sini," ujarnya lagi.Kini Orang Gila Sdn. Bhd mempunyai koleksi kira-kira 20 unit kipas siling, 12 televisyen, puluhan unit jam dinding serta beberapa unit komputer termasuk info jarak perjalanan yang menarik perhatian pengguna jalan raya untuk berhenti bergambar.Sementara itu, isteri Abdul Manat, Senah Ismail, 56, pernah menghalang hobi pelik suaminya kerana tidak tahan dengan tohmahan yang diterimanya."Tetapi kini saya dan anak-anak dapat menerima hobi suami saya saya dengan baik dan memahaminya kenapa memilih hobi yang lain daripada biasa dan unik...sejak itu saya tidak pernah menghalangnya untuk terus berkreativiti demi kepuasannya,"katanya.Bagi anak bongsu dari enam adik beradik, Zulshawal Manat, 20, dia tetap memberi sokongan selagi hobi tersebut tidak memudaratkan ayahnya dan keluarga."Nak katakan sokong sepenuhnya pun tidak, nak larang pun tak boleh jadi ayah nak buat apa pun buatlah selagi tak bahayakan dirinya."Mula-mula dahulu sewaktu ayah mulakan hobinya yang pelik ini, dengan gelaran yang diberi, memang saya rasa malu tetapi lama kelamaan saya dapat menerimanya kerana tahu itu adalah keistimewaan ayah yang unik dan tidak terdapat kepada orang lain,"kata Zulshawal.
29 Jul 18
1917
Berubah Kerana Allah S.W.T. - Bekas Mak Nyah
“Bagi saya penghijrahan bermula dari dalaman dan bukannya daripada luaran, kerana ianya tidak akan kekal. Jadi kebanyakan kawan-kawan saya dia beranggapan bila kita nak berhijrah, kita kena berhijrah dari luaran, maksudnya potong rambut, buang baju-baju perempuan, tetapi bagi saya itu salah."Sebenarnya penghijrahan yang bagus, yang hebat yang betul-betul mantap, bila kita mengenali diri kita dan kita mengenali Allah S.W.T, kita mengenali Islam, dan di kala itulah kekuatan akidah Allah S.W.T akan campakkan,” kata Mohd Khariri Mohamad Ramli.Begitulah antara luahan hati seorang bekas `mak nyah' yang terjebak lebih kurang 15 tahun secara serius sebagai transgender, iaitu sejak usia 18 tahun dan berjaya bebas dari masalah berkenaan kira kira lapan tahun lalu.Perubahan beliau bermula secara beransur-ansur dengan kembali mengerjakan perkara wajib dan solat-solat sunat seperti tahajud, taubat dan mengaji al-Quran bagi menguatkan lagi keazamannya untuk berubah.Mohd Khariri yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda, Kelang, itu juga berkata dengan mengamalkan semua perkara ini, beliau dapat merasakan ada kesan positif dikurniakan Allah kepada beliau seperti ketenangan yang belum pernah dirasai sebelum ini.Dahulu, beliau juga sanggup mengambil hormon bagi menjadikan tubuh badannya lebih menarik sehingga pada satu masa, beliau sendiri tidak nampak cara terbaik untuk berubah akibat tindakan itu.Menurutnya, semua itu terdorong oleh nafsu yang tidak berjaya dikawal, sehinggakan segala amalan baik doa-doa yang pernah diamalkannya dahulu ditinggalkan dan menjadikan beliau lebih jauh terpesong dari jalan Allah S.W.T.Bagaimanapun pada 2011, beliau berusaha keras mempersiapkan dalaman dirinya bagi melakukan satu perubahan besar dalam hidupnya iaitu kembali kepada kehidupan normal, sehingga berjaya.Beliau ditemui dalam satu Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)), di Dewan Auditorium Jabatan hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Seminar selama sehari itu adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui JHEAT yang dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.Mohd Khariri itu juga meminta agar masyarakat sentiasa memberikan dorongan dan kasih sayang kepada mana-mana golongan maknyah yang ingin berubah kepada kebaikan.“Bagi saya apa yang utamanya adalah golongan LGBT ini ataupun fenomena ini akan mencetuskan lebih banyak masalah sekiranya kita tidak menangani atau tidak membantu mereka dengan pendekatan yang lebih berhemah dan kasih sayang.Sebab apa yang utamanya, bagi saya sebagai seorang yang telah berhijrah, sebagai seorang pendakwah bebas, saya amat intim dengan konsep kasih dan sayang dan saya juga berubah dengan penuh kasih dan sayang, saya juga berubah kerana Allah S.W.T.“Kerana itu saya berjaya dalam pengekalan sebagai seorang lelaki, sebagai seorang muslim sehinggalah ke hari ini dan doakanlah semoga saya kekal berhijrah dan saya juga mengimpikan sebuah rumah tangga sebagaimana lelaki-lelaki di luar sana insyaAllah,” katanya lagi.Kepada golongan maknyah yang ingin berubah juga beliau menasihatkan agar berubah kerana Allah S.W.T, bukan kerana populariti, dan terus memandang ke hadapan kerana jati diri yang kuat, perlu dalam perubahan ini.Juga kepada golongan muda yang baru mahu berjinak jinak untuk menjadi maknyah beliau merayu agar tidak sekali-kali mencubanya.
29 Jul 18
260
50 Tahun Setia Jual Hasil Belantara
Isa Seman menunjukkan sebahagian akar kayu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggannya.Jika dilihat pada wajahnya, mungkin ramai tidak menyangka warga emas yang sudah melewati usia 66 tahun ini masih gagah mencari rezeki dengan menjual akar kayu yang sering digunakan dalam kaedah perubatan tradisional.Isa Seman, datuk kepada enam cucu yang berasal dari Kampung Kuala Dura, Telemong tetap bersemangat menjual akar kayu kepada penduduk setempat kerana yakin terhadap khasiatnya dalam perubatan cara lama.Katanya, ada yang memandang negatif dan memperlekehkan tetapi dia tetap dengan keyakinannya terhadap hasil hutan yang dikatakan sangat bernilai dan tidak ramai mengetahuinya tentang rahsia yang terkandung dalam setiap tumbuhan yang wujud di muka bumi ini.Jelasnya lagi, dia membeli akar kayu daripada orang tengah yang mendapatkannya daripada masyarakat Orang Asli dan perlu melalui proses menjemur sehingga satu minggu sebelum dijual."Pak cik dah jual akar kayu sejak 50 tahun yang lalu dan ada juga orang luar dari sini datang mencarinya selepas mencuba sendiri khasiat akar kayu yang pak cik jual."Antara akar kayu yang biasa pakcik jual adalah akar penarik yang boleh digunakan untuk rawatan resdung, tunjang bumi untuk penyakit darah tinggi dan cendawan hutan," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Kuala Dura, Telemong, baru-baru ini.Beliau yang juga seorang petani menjaja akar kayu tersebut menggunakan motosikalnya ke kedai-kedai makan termasuk menjualnya di rumah kepada pelanggan yang datang dari jauh."Kalau dahulu pendapatan boleh mencecah RM1,500 sebulan, sekarang sekitar RM500 saja sebab sambutan dah jauh berbeza berbanding dulu mungkin perubatan moden lebih dipercayai, tetapi kerana minat, pakcik tetap jual juga."Isteri pakcik, Fatimah Abdullah, 60, turut membantu dengan menghasilkan minyak kambing gunung dengan campuran tertentu seperti kunyit emas putih, emas merah dan rempah ratus tertentu yang mempunyai khasiat tersendiri,"ujarnya lagi.Isa berkata, niatnya di samping ingin mengisi masa lapang kerana kudrat yang semakin terbatas, dia juga ingin memberi pendedahan kepada masyarakat kini mengenai kelebihan perubatan tradisional yang diamalkan masyarakat dulu dengan menggunakan akar kayu sebagai penawar.“Walaupun anak pernah menasihati saya berhenti menjual akar kayu, tetapi kerana minat saya teruskan berikutan masih ramai yang menggunakan akar kayu sebagai kaedah alternatif merawat penyakit,” katanya.
28 Jul 18
287