lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Qasidah, Kuih Lemak Manis
Kuih Qasidah merupakan sejenis kuih tradisional Terengganu yang lemak manis. Antara bahan digunakan untuk menghasilkan kuih seakan sekuntum bunga mawar ini adalah tepung, minyak sapi,gula, santan, telur, air, daun pandan serta sedikit garam dan pewarna kuningBagi menghasilkan adunannya, kesemua bahan perlu dibancuh hingga sebati terlebih dahulu kecuali daun pandan dan minyak sapi.Kemudian adunan tersebut dimasak bersama dua bahan yang belum dimasukkan (daun pandan dan minyak sapi) diatas api sederhana sehingga tidak melekat pada kuali.Apabila adunan sejuk, ambil sedikit dan bentukkan mnjadi bunga mawar dengan menggunakan pengepit sebelum disusun diatas pinggan dan ditabur sedikit bawang goreng diatasnya.
26 Jun 17
484
Empty Image
Penerbangan Terus JB - Terengganu Bermula
Ahmad Razif menyambut penumpang yang menaiki penerbangan pertama dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu sejurus mendarat di LTSM. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailAnda dari Johor hendak ke Terengganu atau dari Terengganu hendak ke Johor dengan pantas?Kini anda boleh menggunakan penerbangan Air Asia Berhad apabila tanggal 22 Jun 2017 penerbangan pertama antara kedua-dua negeri itu bermula.Penerbangan yang memakan masa satu jam sepuluh minit itu bermula dari Lapangan Terbang Senai Johor Bahru jam 1.45 tengahari dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu kira-kira jam 2.50 petang tadi; para penumpang penerbangan sulung itu disambut Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Sebelum itu Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong mengiringi penumpang penerbangan sulung itu dari Lapangan Terbang Senai Johor ke LTSM Terengganu. Penulis dan beberapa rakan media dari Terengganu ikut serta.Berucap di majlis sambutan ketibaan penerbangan pertama itu, Ahmad Razif menyatakan penerbangan itu selain untuk membantu lebih ramai pelancong ke Terengganu termasuk dari Singapura, ia juga memudahkan rakyat Terengganu di Johor atau Selatan Semenanjung untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu.Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.Jadual penerbangan yang telah diluluskan oleh Jabatan PenerbanganAwam (DCA) adalah seperti berikut:a. Hari Penerbangan : SELASA, KHAMIS, SABTUb. Masa Berlepas dari Johor Bahru 1.45 petangc. Masa Ketibaan di Kuala Terengganu 2.50 petangd. Masa Berlepas dari Kuala Terengganu 3.15 petange. Masa Ketibaan di Johor Bahru 4.20 petang
23 Jun 17
249
Empty Image
Permintaan Air Tuak Meningkat Mendadak Di Bulan Ramadan
Ismail menunjukkan proses mengumpul air tuak sambil disaksikan Yang Dipertua Daerah Marang, Rozali Salleh (dua dari kiri) ketika lawatan ke kawasan perusahaan itu, baru-baru ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Air tuak atau air nira lazimnya mendapat sambutan ramai penggemar di bulan Ramadan sebagai pilihan utama juadah untuk berbuka puasa.Seorang pengusaha air tuak kelapa pandan, Ismail Sulaiman, 56, berkata ketika Ramadan, permintaan air tuak akan meningkat lebih tinggi iaitu sehingga tiga kali ganda berbanding dari hari-hari biasa.Menurutnya, kebiasaan jualan mencapai 30 liter sehari, tetapi pada bulan Ramadan boleh meningkat kepada 100 liter sehari.“Kawasan ini tidak ramai yang menjual air tuak pandan, kalau ada pun, hanya yang menjual air tuak biasa sahaja.“Ramai orang datang membeli air tuak dengan saya kerana hanya saya seorang sahaja yang menjual air tuak kelapa pandan di kawasan ini. Malah, saya boleh menjual dengan harga borong RM40 untuk 10 liter air tuak," katanya yang sudah mengusahakan perniagaan itu sejak 2005 lagi.Perkataan tuak ini merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol. Rasanya agak masam manis dan ianya tidak memabukkan.Terdapat beberapa jenis air tuak antaranya tuak nipah, tuak tar, tuak sagu dan yang paling popular ialah tuak kelapa, dikatakan tuak yang paling sedap ialah yang dihasilkan dari pokok kelapa wangi dan kelapa pandan.
21 Jun 17
738
Empty Image
Permohonan Dalam Talian TUBE Dilanjutkan Sehingga 18 Jun Ini
Ahmad Maslan ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraKerajaan melanjutkan tempoh permohonan dalam talian program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega sehingga 18 Jun ini, bagi memberi peluang lebih ramai golongan muda  yang masih tidak bekerja namun berminat menjadi usahawan.Permohonan dalam talian menerusi laman sesawang tube.smecorp.gov.my sebelum ini dibuka mulai 23 Mei 2017 dan tamat hari ini (15 Jun 2017). Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sepanjang tempoh dibuka tiga minggu lalu, permohonan dalam talian sudah mencapai 7,200 di seluruh Malaysia. Katanya, kerajaan mensasarkan 1,000 usahawan tahun ini berbanding 500 orang setiap tahun sejak  2014 lalu. “Bagaimanapun, tidak semua 7,200 permohonan itu layak kerana ramai tidak memenuhi syarat termasuk umur (18 hingga 30 tahun), sudah memulakan perniagaan lebih setahun dan mendapat pembiayaan menerusi Tekun dan sebagainya. Jadi usahawan-usahawan yang sudah bertapak ini tidak boleh menyertai TUBE kerana program ini hanya untuk usahawan yang baru dan tidak bekerja selain mereka berkemahiran, seperti memiliki sijil membuat perabot, mekanik dan tukang jahit  dari Pusat Giat Mara, misalnya. Jadi dengan sijil kemahiran itu memberi peluang lebih besar  untuk berjaya dalam  TUBE.“Jadi kita lanjutkan pada 18 Jun ini supaya lebih ramai lagi usahawan muda yang ingin jadi usahawan di luar sana boleh mencari lagi peluang mereka dan perlu daftar online menerusi alamat tube.smecorp.gov.my. Lihat potal itu dan ada syarat-syarat disitu,”katanya.Beliau berkata demikian di sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Penyiaran Negeri Terengganu, Nordin Sulaiman.Ahmad berkata, kesemua peserta yang berjaya akan mendapat geran RM15,000 menerusi SME Corp bagi memulakan perniagaan dengan bimbingan agensi berkaitan dan rakan strategik seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, Perbadanan Pembangunan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)  dan Jabatan Pertanian sepanjang 12 bulan.Tambahnya, sejak diperkenalkan  pada 2014,  TUBE sudah melahirkan 1,425 usahawan yang berjaya dari seluruh Malaysia dengan 178 daripada mereka adalah anak Terengganu.Katanya, sepanjang tempoh itu juga, seramai 3,862 berpeluang pekerjaan berjaya diwujudkan di seluruh Malaysia, manakala hasil jualan keseluruhan yang berjaya dijana pula berjumlah RM38.6 juta.Ahmad berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta tahun ini bagi melahirkan 1,000  usahawan berjaya yang akan memulakan perniagaan berdasarkan kemahiran mereka sebaik menamatkan kursus tiga minggu yang merangkumi tiga fasa iaitu Latihan Boot Camp, Bengkel Asas Perniagaan dan Permulaan Perniagaan Dan Sistem Buddy.“Satu lagi konsep TUBE  adalah dari `job seaker’ kepada `job provider’ daripada mencari pekerjaan kepada menghasilkan pekerjaan apabila selama ini anak-anak muda mencari pekerjaan tetapi TUBE ini menghasilkan pekerjaan."Ini satu konsep yang cukup baik.. satu usahawan, tiga pekerja. Sebab itulah 1,000 usahawan 3,000 lebih peluang pekerjaan dapat disediakan,"tambah beliau lagi.
14 Jun 17
66
Empty Image
Pendapatan TDM Meningkat 17 Peratus
Mohamat bercakap kepada media ketika sidang media sejurus selesai Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra.Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad hari ini mengumumkan hasil pendapatan kewangan bagi suku pertama berakhir tahun ini, meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM113.9 juta berbanding RM97.5 juta, bagi tempoh yang sama tahun lalu.Manakala keuntungan bersih pula direkodkan sebanyak RM22.5 juta, pulangan daripada kerugian bersih pada tahun sebelumnya sebanyak RM2.9 juta.Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato’ Mohamat Muda berkata, peningkatan dalam prestasi kewangan didorong dari bahagian perladangan dengan harga jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirong sawit (PK) yang menunjukkan jumlah pengeluaran lebih tinggi.“Bagi suku pertama tahun ini juga,  pendapatan daripada bahagian perladangan meningkat sebanyak 38 peratus kepada RM69.3 juta daripada RM50.2 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.“Harga jualan purata setiap tan MSM dan PK meningkat masing-masing kepada RM3,256 dan RM3,204, berbanding dengan RM2,431 (minyak sawit mentah) dan RM2,103 (isirong sawit) tahun lepas. Sejurus itu, dari tahun ke tahun, pengeluaran MSM meningkat sebanyak empat peratus, manakala pengeluaran PK pula meningkat sebanyak  tujuh peratus,”katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai Mesyuarat Agung Tahunan ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Mohamat, pada suku yang sama juga, TDM mencatatkan 94 peratus penjualan minyak sawit mampan yang diperakui (CSPO) daripada jumlah pengeluaran. Katanya, penjualan CSPO premium dikutip daripada RM134  per tan metrik dan RM82 per tan metrik untuk Identify Preserved and Mass Balance. Selain itu, kami juga mencatatkan jualan sulung isirong sawit mampan yang diperakui,  pada suku tersebut terdiri daripada 1,542 tan metrik Identify Preserved dan 724 Mass Balance pada premium sebanyak RM120 per tan metrik dan RM70 per tan metrik.Tambah beliau lagi, TDM  memulakan 2017 dengan prestasi baik dan kukuh dari bahagian perladangan.“Kami akan terus melabur dalam kemampanan jangka panjang perniagaan kami dengan menjalankan aktiviti penanaman semula reka bentuk susun atur ladang baru, yang telah dioptimumkan untuk penanaman kepadatan yang lebih tinggi, membolehkan kita untuk menanam lebih banyak pokok sehektar dan untuk meningkatkan tahap penggunaan jentera di ladang kami. Ini dijangka meningkatkan produktiviti dan kecekapan lading kami dalam jangka panjang.Menurut beliau lagi, bhagian penjagaan kesihatan melaporkan pendapatan sebanyak RM44.6 juta pada suku pertama tahun ini, berbanding dengan RM47.4 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh dua peratus penurunan dalam jumlah pesakit dalaman. Dalam tempoh yang sama itu, TDM juga menanggung kos kakitangan yang lebih tinggi disebabkan keperluan peraturan baru oleh Kementerian Kesihatan berkaitan dengan peningkatan dalam kakitangan bagi nisbah katil daripada 1:6 ke 1:2.“Kami memperkenalkan kaedah perkhidmatan baru dan menaik taraf kemudahan perubatan di hospital pakar komuniti kami untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti yang lebih baik untuk pesakit kami. "Kami percaya ini akan meningkatkan aspirasi kami untuk menjadi peneraju dalam menyediakan penjagaan kesihatan pertengahan yang berpatutkan di kawasan kami beroperasi,” katanya lagi.Pada suku tersebut, TDM turut menjana aliran tunai operasi bersih RM27.4 juta, berbanding RM5.7 juta pada tahun sebelumnya. Malah, aliran tunai dan baki di bank masih mengukuh kepada RM141.1 juta pada akhir Mac 2017, berbanding RM122.2 juta pada akhir Disember  tahun lalu. Manakala jumlah pinjaman kekal tidak berubah pada RM824.0 juta, sementara aset bersih sesaham meningkat kepada 89 sen sesaham, daripada 87 sen sesaham sebelumnya.
25 May 17
44
Empty Image
Keuntungan TDM Berhad Cecah RM428.5 Juta
Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 .Pengerusinya, Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar , berkata  bahagian perladangan kumpulan TDM turut meningkat sebanyak RM245.9 juta berbanding RM215.6 juta pada tahun sebelumnya. “Manakala bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah iaitu RM182.7 juta, peningkatan sebanyak  11 peratus  berbanding RM165.2 juta pada tahun sebelumnya,”katanya dalam satu kenyataan.Perkara selanjutnya akan diumumkan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 (AGM) dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), di Hotel Permai, Kuala Terengganu, pada 25 Mei ini.
23 May 17
244
Empty Image
RM411 Ribu Bantu Penanam Kenaf Setiu
Kerajaan melalui Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) membelanjakan sebanyak RM411,255 sebagai insentif kepada 109 peserta tanamam kenaf di Setiu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Mohamad Pehimi Yusof berkata, peruntukan itu akan dibelanjakan bagi menyediakan input tanaman kenaf melibatkan penyediaan kawasan tanaman itu."Secara keseluruhannya seluas 185 hektar tanah akan diusahakan dengan tanaman kenaf di Daerah Setiu."Bagi memudahkan pengangkutan pada tahun ini Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara menaik taraf jalan ladang di kawasan tanah kelompok Kampung Bahagia sejauh 3.7 kilometer (km) dan Kampung Guntung sejauh 2.3 km," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Kenaf di Kampung Guntung, Setiu, kelmarin.Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah LKTN, Idris Mohd Salleh, Pengurus Wilayah Timur LKTN, Mohd Norsyam Yahya dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.Pehimi berkata, beliau mahu pihak terlibat membantu LKTN untuk mengenal pasti lokasi tanah di Terengganu yang boleh diusahakan dengan tanaman kenaf.Beliau juga berharap lebih ramai penduduk di seluruh Terengganu khususnya di kawasan yang sesuai dengan tanaman itu supaya menanam kenaf kerana mampu menghasilkan pendapatan baik kepada pengusahanya.Kenaf adalah sejenis tanaman yang digunakan untuk membuat beberapa produk antaranya ialah papan gentian dan barangan kraftangan.
23 May 17
371
Empty Image
Projek Puncak Temala Wakaf Tapai Penuhi Keperluan Rakyat
Ahmad Razif (tengah) melihat model projek selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Puncak Temala, Wakaf Tapai, Marang. Foto oleh Tengku Syamim tengku IsmailProjek Puncak Temala bakal menyediakan 685 unit kediaman dan unit komersil, satu lagi lakaran cerita kejayaan kerajaan negeri untuk penduduk Wakaf Tapai, Marang dan sekitarnya.Pembinaan di kawasan berkeluasan hampir 27 hektar melibatkan tiga fasa merangkumi 100 unit rumah berkembar, 349 unit  rumah teres, 160 unit rumah mampu milik dan 76 unit kedai pejabat serta satu lot tapak komersil berhadapan jalan raya utama.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pembangunan perumahan baharu menerusi syarikat pemaju, Temala Development Sdn Bhd  (TDSB ) akan menyemarakkan lagi pembangunan setempat khususnya di Marang."Kawasan ini boleh menjadi sebuah kawasan pertumbuhan satelit yang baharu sekali gus merancakkan lagi aktiviti ekonomi daerah serta sekitarnya."Kerajaan akan berusaha untuk membina lebih banyak rumah bagi memenuhi kehendak dan kemampuan rakyat sama ada melalui agensi kerajaan sendiri atau melalui inisiatif pihak swasta seperti hari ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek pembangunan Puncak Temala, Wakaf Tapai, Marang, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato Pehimi Yusof.Hadir sama, Pengerusi Temala Development Sdn Bhd, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan dan pemimpin parti.Ahmad Razif berkata, projek itu juga merealisasikan hasrat kerajaan untuk memfokuskan pembangunan dan memenuhi keperluan rakyat merangkumi 3P, dengan P yang pertama, perumahan untuk kakitangan awam yang berpendapatan rendah dan sederhana, selain pendapatan dan peluang pekerjaan.Lokasi Puncak Temala yang hanya tujuh kilometer dari Plaza Tol Ajil dan 23 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu bukan sahaja lokasi srategik dan baik untuk didiami malah untuk tujuan perniagaan.Selain itu juga, sebanyak 349 unit rumah teres dua tingkat di Puncak Temala dengan keluasan lebih 11 hektar akan diperuntukkan kepada penjawat awam melalui Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia  (PPA1M ).
21 May 17
1356
Empty Image
Variasi Kebaya Songket Serikan Karnival PKS
Pelbagai corak dan reka bentuk kebaya diperagakan Malam Kemuncak Minggu PKS. Foto oleh Zulkifli PutraPelbagai jenis dan reka corak kebaya songket diperagakan pada Malam Kemuncak Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, malam kelmarin.Antaranya Kebaya Nyonya, Kebaya Moden, Kebaya Kota Bharu dan Kebaya Riau Pahang, Kebaya Kartini, Kebaya Encim dan Kebaya Panjang.Pengusaha butik tempatan berjaya memperlihatkan kesan artistik dan ekspresif kebaya dengan adunan corak termasuk batik, sulaman, manik dan dipadukan dengan reka bentuk tudung.Aktiviti itu antara yang diselitkan penganjur, SME Corporation Malaysia (SME Corp.) Terengganu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)  sepanjang lima hari karnival berlangsung, bermula 17 Mei.Ia bertujuan mengetengahkan pelbagai jenis kebaya yang menggunakan fabrik songket dengan keunikan sendiri kepada orang ramai terutama kepada generasi muda.Majlis dirasmikan isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Ramizah Hashim itu turut diserikan dengan sesi uji minda dan persembahan artis jemputan. Antara aktiviti lain, pameran produk terbaik terutama tekstil seperti songket dan makanan tradisi mengikut daerah masing-masing, yang turut melibatkan pengusaha dari Pahang dan Kelantan menerusi Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur.Karnival berkenaan bukan sahaja mempamerkan produk Terengganu kepada pembeli tempatan tetapi juga mampu memainkan peranan penting kepada pembangunan PKS Terengganu serta mempromosi produk dan perkhidmatan halal ke pasaran luar terutama Asean.
20 May 17
510
Empty Image
Pasar Tani Ajil Mudahkan Penduduk Setempat Dapatkan Barangan Segar, Berkualiti
Pembukaan Pasar Tani Ajil memudahkan penduduk setempat mendapatkan pelbagai barangan basah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib berkata, pusat urusniaga itu juga menjadi lokasi bagi mempromosikan produk dan menawarkan pelbagai bekalan makanan serta keperluan harian kepada pengguna setempat."Saya yakin, pembukaan pasar tani seminggu sekali pada setiap hari Ahad dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari ini akan mendapat sambutan kerana warga Ajil tidak perlu lagi ke tempat lain untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang segar dengan harga berpatutan."Melalui pasar tani ini juga ia dapat membantu mengembangkan perniagaan usahawan Bumiputera," katanya.Ghazali berkata demikian ketika  meluangkan masa meninjau Pasar Tani Ajil di Perkarangan Masjid Kampung Bukit Perah, Ajil, hari ini.Katanya lagi, penubuhan pasar  tani itu dapat meluaskan pasaran hasil pertanian penduduk, meningkatkan kuasa tawar-menawar dan juga mengurangkan kebergantungan menerusi orang tengah.Sementara itu, seorang pengunjung, Noridah Abd Rahman,35, Felda Bukit Bading berkata, pusat urusniaga itu memudahkan penduduk setempat membeli keperluan harian yang segar dan bermutu tanpa perlu pergi jauh."Sebelum ini agak sukar untuk kami mendapat ikan, sayur dan sebagainya yang segar malah terpaksa pergi ke Bandar Kuala Berang yang agak jauh."Bila adanya pasar tani ini, ianya lebih mudah  dan dekat , selain terdapat banyak keperluan harian seperti hasil pertanian dan barangan dapur dijual dengan harga berpatutan serta hasil yang segar terus dari ladang,"katanya.
20 May 17
537