Artikel "Ekonomi" Terkini
Manifesto Terlaksana, RM15 Juta Bantu Usahawan
Oleh: Aslam WiraMARANG, 20 Mac - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu memperuntukkan kira-kira RM15 juta untuk disalurkan kepada usahawan khususnya Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh Terengganu bagi melaksanakan pelbagai perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, peruntukan itu akan diagihkan kepada individu yang benar-benar layak dan berpotensi tanpa mengira fahaman politik.Katanya, melalui manifesto dalam PRU14 yang lepas, PAS ada berjanji sekiranya diberi amanah oleh rakyat, pihaknya mahu mewujudkan satu tabung keusahawanan yang berjumlah RM10 juta, bagaimanapun jumlah itu dinaikkan kepada RM15 juta dalam Belanjawan 2019.“Peruntukan dan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan negeri bukan sahaja ingin melahirkan usahawan baru, tetapi juga mahu lahirkan usahawan yang berjaya dan bertakwa kepada Allah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mini Karnival Keusahawanan di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini kelmarin.Dalam perkembangan sama, beliau telah mengagihkan bantuan pinjaman modal peringkat Parlimen Marang yang diberikan kepada 12 orang usahawan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) bernilai di antara RM 7,000 sehingga RM 10,000.Antara agensi yang terlibat adalah YPU, YPK, Peladang, Perikanan, Pertanian, YaPEIM, Veterinar, FAMA dan Pos Malaysia yang memberi penjelasan berkaitan peluang dan pembiyaan atau pinjaman bagi membantu usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka.
20 Mar 19
130
Hampir RM1 Juta Dana Pinjaman Peniaga Bulan Ramadan
Foto ; Muhammad Afif Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 18 Mac - Hampir RM1 juta dana pinjaman akan diberikan kepada para peniaga dan penjaja Bazar Ramadan pada tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, usahawan yang layak boleh membuat permohonan melalui persatuan."Saya umumkan bahawa permohonan daripada Persatuan Penjaja negeri Terengganu untuk bagi pinjaman jangka pendek sempena bulan Ramadan. InsyaAllah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah meluluskannya."Walaupun pada peringkat kerajaan tiada peruntukan khusus untuk pinjaman ini, tetapi atas budi bicara YPU kita ambil sekejap untuk diberikan kepada peniaga,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali yang ke-19 di Dewan Seri Budi, Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini. Menurutnya, dana tersebut disediakan kerana pihak kerajaan mengetahui para usahawan memerlukan suntikan modal baru bagi menghadapi kedatangan bulan yang mulia itu.Katanya, keputusan itu menunjukkan kerajaan negeri bersama dengan 'denyut nadi' peniaga dan penjaja.Oleh itu, beliau berharap pihak terbabit dapat mengambil manfaat daripada peluang yang disediakan oleh kerajaan itu."Kelulusan yang kita buat (beri) antara RM1,000 hingga RM3,000. Harapan besar agar pembayaran dibuat mengikut masa yang ditetapkan."Pinjaman akan dikeluarkaan pada bulan syaaban dan mesti dibayar balik pada bulan Syawal,” ujarnya.Justeru itu, beliau berharap mudah-mudahan para peniaga dan seluruh rakyat Terengganu mendapat keberkatan pada bulan Ramadan yang akan tiba."Gunakan peluang ini sebaik mungkin dengan usaha kita bersama-sama mengejar amal ibadat yang ditawarkan kepada kita.“Janganlah perniagaan kita menjadi penyebab kepada kita meninggalkan tawaran (pahala) yang besar dijanjikan oleh Allah,”katanya.
18 Mar 19
62
Pesaka Optimis Tingkatkan 70 Peratus Pulangan
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN, 19 Mac- Pesaka Terengganu Berhad (PTB) yang merupakan anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu optimis mahu meningkatkan peratus pulangan sebanyak 70 peratus bagi mengukuhkan prestasi.Ahli Lembaga Pengarah PTB, Ghazali Sulaiman berkata dalam memastikan hasrat itu dapat dicapai satu kunjungan berkala telah diadakan. "Tujuan tinjauan ini adalah melihat sendiri operasi di kilang ini dan berjumpa dengan pihak pengurusan bagi sama-sama memikirkan jalan untuk meningkatkan peratus pulangan (recovery ratio)." Diantara perkara yang dicadangkan ialah mengubah kadar baru.Alhamdulillah, saya lihat kaedah-kaedah yang kita tetapkan telah dilaksanakan dan tidak berlaku pembaziran dimana kayu yang dibuang merupakan benar-benar kayu 'reja' yang mana ia tidak boleh dipakai lagi, "ujarnya. Beliau yang juga merupakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, berkata demikian kepada pihak media ketika meninjau kilang berkenaan,baru-baru ini.Menurutnya lagi, ahli lembaga perlu seiring dengan pihak pengurusan supaya harapan yang dibina dapat digapai bersama. " Kalau berlaku sebarang masalah, kita di peringkat Lembaga Pengarah akan turun meninjau kerana kita tidak mahu hanya sekadar dilantik jadi ahli lembaga sahaja tapi tak buat apa-apa." Jadi perlu dipastikan ahli lembaga pengarah terdiri dari mereka yang berilmu dan melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang banyak perkara, "tegasnya.
18 Mar 19
119
Golden Pharos Sumbang RM1,000 Untuk Tabung Wakaf Tunai
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Dato' Nadza Abdul (berbaju oren) berbasikal bersama-sama 364 peserta yang lain dalam Maidam Fun Ride yang diadakan di MarangKUALA TERENGGANU, 18 Mac – Kumpulan Golden Pharos Bhd (GPB) menyumbang sebanyak RM1,000 pada Tabung Wakaf Tunai yang dikendalikan oleh Majlis Adat Istiadat Melayu Negeri Terengganu (Maidam).Sumbangan tersebut disalurkan melalui program berbasikal Maidam Fun Ride di Akademi Kulinari Pulau Kerengga, Marang sejauh 35.7 kilometer.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Dato’ Nadza Abdul berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan untuk menyertai program yang berbentuk sedemikian kerana ia bukan sahaja aktiviti yang sihat malah memberi manfaat kepada peserta-pesertanya.“Di samping berbasikal, pihak Maidam turut menyalurkan bantuan yang kami sumbangkan itu kepada golongan-golongan yang memerlukan di kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.Maidam Fun Ride yang dianjurkan oleh Maidam pada Sabtu lalu merupakan acara julung kalinya diadakan di mana setiap yuran penyertaan daripada peserta akan disalurkan terus kepada Tabung Wakaf Tunai.Turut hadir di program berkenaan ialah Yang Dipertua Maidam, Dato’ Osman Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M. Rozi Bidin.
17 Mar 19
133
Potensi Besar Ekonomi Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri (kanan) bersama Datuk Ignatius Darell Leiking (kiri).KUALA TERENGGANU, 18 Mac - Terengganu memiliki potensi besar dalam ekonomi terutama membabitkan sektor pembangunan perindustrian, pelaburan dan perdagangan.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ignatius Darell Leiking berkata, Terengganu pada tahun lalu mencatatkan jumlah perdagangan berjumlah RM24.23 bilion.Jelasnya, jumlah perdagangan itu meliputi nilai eksport sebanyak RM20.7 bilion yang melibatkan ‘mineral fuel’, ‘lubricant’ dan bahan kimia sebagai eksport utama.“Terengganu mempunyai potensi yang sangat besar. Daripada data yang kita ada di MITI, kita sangat berbangga untuk beritahu bahawa Terengganu menyumbang amaun Gross Domestic Product (GDP) yang besar kepada negara,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan Lawatan Kerja Ke Terengganu di Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Sidang media.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid serta Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.Ignatius Darell berkata, rakyat Terengganu juga mempunyai banyak potensi dan kebolehan dalam bidang tertentu yang mampu menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negeri.Beliau juga memuji langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan negeri sehingga menyumbang kepada pembangunan negeri yang cemerlang.Ini terbukti apabila sektor pembuatan, jumlah pelaburan yang diluluskan di Terengganu pada 2018 meningkat berlipat kali ganda dengan nilai RM4.9 bilion berbanding RM73.1 juta pada tahun sebelumnya. Mesyuarat penuh bersama MITI dipengerusikan oleh Ahmad Samsuri.“Pelaburan asing berjumlah 4.6 bilion, manakala pelaburan tempatan mencatatkan RM321 juta.“Ia melibatkan 11 projek dan berpotensi menjana hampir 2,000 peluang pekerjaan yang menjadikan produk besi, bahan kimia dan produk kayu sebagai sektor utama,” tambah beliau.
17 Mar 19
149
Terengganu Peruntuk RM500,000 Perkasa Lembah Jagung Marang
Peruntukan khas bantu meningkatkan hasil petani. MARANG, 14 Mac - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sejumlah RM500,000 bagi pembangunan Lembah Jagung di Projek Pertanian Khas Alor Ketitir (PKAK), Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, peruntukan tersebut yang menumpukan keperluan infrastruktur dan pengairan kawasan dijangka dapat membantu projek tersebut meningkatkan hasil pengeluaran."Peruntukan ini disediakan supaya petani-petani yang bermasalah dalam beberapa aspek dapat dibantu."Kerajaan negeri tiada halangan untuk kita tambahkan keluasan kawasan penanaman berdasarkan keperluan," katanya ketika ditemui pemberita dalam sesi Lawatan Kerja ke Lembah Jagung Daerah Marang, di sini, hari ini.Dr. Azman dan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman melihat variasi jagung yang ditanam di PKAK. Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Pertanian negeri, Zulkefli Amin Mat Jusoh@Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Dr. Azman berkata, kawasan seluas 80 hektar itu diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)."Cuma kita masih dalam proses untuk mewartakan kawasan ini sebagai Lembah Jagung sahaja supaya ia benar-benar menjadi satu kawasan fokus untuk pengeluaran jagung Negeri Terengganu," katanya yang turut menjangkakan peningkatan hasil pengeluaran dengan pertambahan peserta.Setakat ini, seramai 60 daripada 80 peserta PKAK mengusahakan tanaman jagung berkeluasan keseluruhan 80 hektar.Selain penanaman jagung, PKAK turut mengeluarkan hasil tembikai, labu serta sayuran singkat seperti lada dan timun.PKAK hasilkan jagung antara baka terbaik di Malaysia- Dr. Azman.Sementara itu, Zulkefli memaklumkan, pihaknya sedang menilai pengurusan industri untuk meningkatkan hasil daripada pengeluaran jagung."Sebenarnya, bagi pengeluaran sehektar tanaman jagung, ada sekitar 30 peratus sisa hasil yang tidak digunakan."Jadi kita sedang menilai penghasilan daripada sisa ini kerana terdapat 50 produk hiliran bernilai tinggi yang boleh dihasilkan daripada pengeluaran jagung," katanya.Pada tahun 2018, pengeluaran jagung daripada PKAK yang merupakan antara baka terbaik di Malaysia adalah sebanyak 1,200 metrik tan dengan nilai berjumlah RM1.2 juta.
14 Mar 19
788
GPB Catat Keuntungan RM1.82 Juta Bagi Tahun 2018
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Golden Pharos Berhad (GPB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri, mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 (FY18) berbanding RM0.5 juta tahun lalu.Hasil pendapatan syarikat pula meningkat sebanyak 13 peratus lebih tinggi kepada RM74.12 juta berbanding RM65.64 juta yang mana kebanyakannya disumbang oleh segmen pembalakan dan pengilangan.GPB berkata, bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2018 (Q4 2018), keuntungan syarikat mencatatkan penurunan sebanyak RM0.17 juta berbanding RM5.4 juta dalam tempoh yang sama manakala hasil pendapatan menurun sebanyak 11 peratus kepada RM21.59 juta berbanding RM24.34 juta bagi tempoh yang sama.Dalam satu pengumumannya kepada Bursa Malaysia, keuntungan syarikat adalah disebabkan oleh pengeluaran kayu balak bergergaji yang tinggi di mana ia mencatatkan jumlah peningkatan jualan kayu balak bergergaji sebanyak 40 peratus iaitu RM42.22 juta bagi FY18 berbanding RM30.11 juta sebelum itu.“Aktiviti pembalakan berlesen yang aktif sepanjang tahun 2018 turut memberi kesan kepada keuntungan syarikat berbanding tahun yang sebelumnya di samping aktiviti perniagaan kayu serpai yang turut menyumbang kepada keuntungan hasil pendapatan syarikat.“Pada masa hadapan, aktiviti penebangan, mengilang papan dan pengeringan tanur dijangka akan membantu hasil pendapatan syarikat dalam suku pertama 2019 walaupun musim hujan melanda di kawasan penebangan yang beroperasi,” kata GPB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.Manakala dalam segmen pembuatan pula, kumpulan itu yakin dengan pengoperasian semula veneer mampu menjana pendapatan positif kepada syarikat dalam suku yang akan datang.Walaubagaimanapun, GPB berkata, segmen pembuatan akan terus bersaing sengit berikutan dengan permintaan pembeli yang ingin mengurangkan harga dan syarat kredit yang lebih panjang.
05 Mar 19
133
Terengganu Catat Nilaian Eksport RM20.71 Bilion
Tengku Hassan beramah mesra bersama sebahagian usahawan yang hadir.KUALA TERENGGANU, 5 Mac - Terengganu mencatatkan jumlah nilaian eksport tertinggi iaitu RM20.71 bilion berbanding dua negeri lain di Pantai Timur hasil kerjasama 150 pemain industri di negeri ini sepanjang 2017.Jumlah itu sebahagian daripada nilaian RM32.38 bilion eksport pelbagai produk yang dihasilkan pengusaha industri di negeri-negeri Pantai Timur di mana Pahang mencatatkan jumlah 8.47 bilion dan Kelantan pula RM3.2 bilion.Bahan gas, petroleum, pelincir, bahan kimia,pelbagai barangan keluaran kilang, produk makanan dan kesihatan antara penyumbang utama nilaian itu mampu dicapai Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar berkata, oleh itu, pemain industri dalam bidang berkaitan perlu terus aktif dalam aktiviti eksport.“Pelbagai pihak terutama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sedia membantu dari segi pemasaran, mengenalpasti dan mengatur pertemuan pembeli berpontesi dari luar negara serta maklumat lain mengenai perdagangan yang diperlukan,” katanya.Beliau berkata demikian pemberita selepas merasmikan Program Hari Eksport Terengganu, di Pusat Dagangan Terengganu, hari ini.Katanya Terengganu sememangnya berpotensi besar untuk menjadi hub beberapa industri utama Malaysia. Contohnya industri mineral, minyak dan gas, silica, makanan, produk berasaskan ikan, getah dan durian ke luar negara.“Peningkatan kehadiran pelancong ke negeri ini juga mendorong usahawan memesatkan keupayaan pengangkutan, sumber makanan, perhotelan serta industri berkaitan.“Secara umumnya industri ini boleh dikategorikan sebagai ekpsort yang berpotensi baik dari segi produk perkhidmatan untuk dipromosikan kepada pelacong asing,”katanya.
04 Mar 19
182
TDM Berhad Umum Laporan Suku Keempat 2018
KUALA TERENGGANU, 2 Mac - TDM Berhad mengumumkan keputusan semalam untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2018.Kumpulan mencatatkan hasil pendapatan suku keempat 2018 sebanyak RM104.2 juta, lebih rendah 14% tahun ke tahun daripada RM121.0 juta pada suku keempat 2017.Ini berlaku disebabkan oleh hasil yang lebih rendah disumbangkan bagi pengeluaran tanaman bagi menghasilkan harga jual sawit di kumpulan bahagian Perladangan, dan ini sebahagiannya diimbangi dengan pendapatan bahagian Penjagaan Kesihatan yang lebih tinggi sebanyak 21% daripada bilangan pesakit dalam dan pesakit luar yang lebih tinggi.Pada suku keempat 2018, terdapat banyak perkara berkaitan ladang Kalimantan yang telah menyumbang kepada kerugian sebelum cukai sebanyak RM56.7 juta pada suku tersebut.Dengan menghapuskan banyak perkara dan berdasarkan prestasi operasi, Kumpulan mencatatkan pelarasan EBITDA sebanyak RM17.8 juta untuk suku tersebut.Sementara itu, perniagaan bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan prestasi yang kukuh dengan PBT sebanyak RM3.3 juta pada suku ini, berbanding kerugian sebanyak RM9.2 juta pada suku yang sama sebelumnya, sekali gus disumbangkan oleh jumlah pesakit dan pesakit luar yang lebih tinggi sebanyak 16% dan 9%.Keseluruhan tahun 2018, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM404.9 juta, lebih rendah 10% dari tahun sebelumnya terutamanya disebabkan oleh harga minyak sawit mentah yang lemah dan pengeluaran tanaman yang lebih rendah di bahagian Perladangan.Walau bagaimanapun, di bahagian perniagaan Penjagaan Kesihatan telah mencatatkan peningkatan pendapatan yang baik sebanyak 14% daripada jumlah pesakit dalam dan pesakit luar yang tinggi sebanyak 9% dan 4% masing-masing.Susulan dari itu, Kumpulan mencatatkan Pelarasan EBITDA sebanyak RM66.5 jutauntuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, berbanding RM96.9 juta pada tahun sebelumnya.Mengulas mengenai keputusan kewangan, Pengerusi TDM Berhad, YM Raja Dato' HajiIdris Raja Kamarudin berkata, beliau gembira dengan prestasi perniagaan di bahagian Penjagaan Kesihatan."Dengan pembukaan Hospital Pakar Kuala Terengganu yang baru pada suku pertama 2018, bersama-sama dengan peningkatan keseluruhan dalam aktiviti hospital secara langsung telah membantu pertumbuhan yang memberansangkan."Kami optimis bahawa pertumbuhan perniagaan Penjagaan Kesihatan kami akan terus disokong oleh pelan pengembangan kapasiti kami dan pengenalan modaliti perkhidmatan baru," ujarnya.Sementara itu, katanya, berhubung dengan perniagaan Perladangan, mereka menjangkakan pemulihan harga minyak sawit mentah akan dibantu daripada permintaan yang lebih baik dari India selepas penurunan harga duti import dan permintaan biodiesel yang lebih tinggi untuk program B20 Indonesia."Kami optimis terhadap asas jangka panjang industri dan akan terus fokus dalam meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan kos pengeluaran."Kami akan meneruskan program penanaman semula di Terengganu dan kami juga akan mengenal pasti pelan untuk memfokuskan semula operasi kami di Malaysia dan Indonesia melalui Rancangan Penciptaan Nilai dan Rancangan Pembangunan Perniagaan."Tidak kira dalam keadaan apa sekali pun, Kumpulan positif untuk mencapai prestasi operasi yang memuaskan dalam tahun kewangan 2019," jelasnya.Untuk rekod, TDM Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.Bahagian perladangan, TDM menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga (3) buah kilang di Terengganu dan Indonesia.TDM Plantation Sdn Bhd telah memperolehi sijil RSPO dan MSPO. RSPO menyediakan kerangka yang paling sesuai yang mengambil kira ciri-ciri ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pembangunan dan pengurusan ladang dan kilang.Ia menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi, promosi kehidupan luar bandar yang baik dan amalan penjagaan alam sekitar dan lestari.Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan penjagaan sekunder dalam semua bidang utama kesihatan.Hospital-hospital tersebut adalah Kelana Jaya Medical Centre (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Kuantan Medical Centre (KMC), Kuantan, Pahang, Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Kuala Terengganu dan TDMC Hospital, Kuala Lumpur.
01 Mar 19
525
Projek Kraf Kercut Mampu Tingkat Ekonomi Penduduk
Ustaz Hilmi meninjau hasil produk kraf selepas merasmikan Projek Kraf Kercut di Bengkel Kumpulan Bembangunan Wanita KPW Kampung Beris Tok Ku Permaisuri, di sini, semalam.Oleh: Ahmad MawardiSETIU, 27 Februari - Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu akan memastikan projek kraf kercut sebagai inisiatif membangunkan komuniti setempat terutama melahirkan wanita tani dalam arus pembangunan industri hiliran mampu meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan keluarga.Timbalan Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun berkata, industri kraf merupakan sebahagian daripada industri kreatif negara yang perlu diambil peluang oleh masyarakat setempat untuk membaiki taraf kehidupan masing-masing."Justeru, kerajaan negeri menerusi jabatan dan agensi sebagai peneraju industri kraf negara, diharap agar terus gigih dan konsisten dalam usaha memastikan penglibatan usahawan tempatan menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran."Usaha-usaha pengkomersilan produk kraf ini perlu terus diperkasa dan dimantapkan agar mendapat perhatian pengguna, pembeli serta pelancong dari dalam dan luar negara," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Projek Kraf Kercut di Bengkel Kumpulan Bembangunan Wanita KPW Kampung Beris Tok Ku Permaisuri, di sini, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh, Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Rosman Roslan.Hilmi berkata, pelaksanaan program seumpama itu bukan sekadar dapat mengoptimumkan impak dalam memajukan rakyat secara menyeluruh, malah ianya selari dengan hasrat dan strategi kerajaan negeri untuk memperkasakan pembangunan ekonomi di luar bandar.Beliau yang juga ADUN Manir berkata, difahamkan sehingga Disember 2018, sebanyak RM74.8 juta nilai jualan produk Industri Asas Tani (IAT) berjaya dicatatkan dengan penglibatan seramai 715 usahawan IAT.Walaubagaimanapun, menurutnya nilai jualan bagi produk kraf masih jauh ketinggalan berbanding dengan hasil hiliran yang lain.Tambahnya lagi, penubuhan projek kraf itu bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada usahawan kraf malah turut memberi limpahan faedah kepada industri lain seperti pelancongan, inap desa, sektor perkhidmatan dan industri hiliran yang lain.
01 Mar 19
240