lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
FAMA Bantu Pasarkan Duku Terengganu
HULU TERENGGANU, 19 Ogos-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan terus membantu mempromosi dan memasarkan buah duku Terengganu bagi menjamin kestabilan harga untuk mengatasi risiko lambakan buah tersebut di pasaran.Pengarah Kanan Khidmat Pemasaran ( Segar) FAMA Ibu Pejabat, Mohd Anis Mohd Yasin berkata pihaknya mensasarkan pengeluaran hampir 5,000 tan duku tahun ini menerusi ladang seluas 404 hektar yang membabitkan lebih 1,000 petani di seluruh negeri Terengganu.Katanya, pengeluaran tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lalu dan perkembangan itu sedikit sebanyak dapat merealisasikan usaha untuk memartabatkan duku Terengganu antara duku terbaik di Malaysia."Selain pembelian oleh FAMA, kita juga menggalakkan petani ini terlibat sendiri dalam pemasaran supaya mereka dapat hasil yang lebih baik," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Antara FAMA dengan Usahawan Duku Terengganu di Kampung Durian Bador, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah FAMA negeri, Fauzi Mohamed.Menurutnya, pembelian buah duku berkenaan dibuat menerusi 11 pusat pembelian yang diwujudkan oleh Fama di kawasan sasaran.Jelasnya lagi, harga duku di peringkat ladang kini antara RM2.20  manakala harga runcit kira-kira RM4.00 sekilogram.Sementara itu, FAMA masih lagi membuat kajian dan mencari satu kaedah bagi membolehkan duku Terengganu yang menjadi buah pengenalan negeri ini dapat berada di pasaran sepanjang masa.Tambah Mohd Anis, duku  merupakan sejenis buah yang boleh bertahan dalam tempoh tiga hari dan ia perlu segera dipasarkan selepas dituai."Setakat ini, ia hanya dieksport ke Singapura dan Indonesia kerana jangka hayatnya yang pendek dan cepat rosak."Pelbagai usaha telah dibuat untuk komersialkan duku tetapi setakat ini belum menemui jalan penyelesaian namun kita akan usaha lagi untuk mencari kaedah alternatif bagi masalah ini," ujarnya.
19 Aug 19
384
Empty Image
Abdul Hadi, Model Pengusaha Itik Berjaya
Oleh: Aslam WiraMARANG, 16 Ogos - Seorang anak muda yang berusia 31 tahun merupakan contoh model pengusaha berjaya dalam ternakan itik telur semenjak dua tahun lalu.Muhammad Abdul Hadi Salleh mengusahakan hampir 100 ekor itik telur bagi memenuhi pasaran jualan telur itik kepada pembeli dan peminat telur masin.“Dalam masa satu hari, saya boleh dapatkan 80 biji telur dan seminggu ianya mencapai 500 biji telur."Namun tidak mencukupi kerana permintaannya mencecah 1000 biji dalam satu masa," ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman ( UPDI) di rumahnya di Kampung Sentul Patah, di sini hari ini.Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman , Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng; kakitangan Jabatan Veterinar Marang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sentul Patah.Menurut Abdul Hadi lagi, seterusnya adalah usaha bagi mencapai sasaran bagi memenuhi permintaan ramai lebih-lebih lagi penggemar telur masin.Sementara itu, Wahab Osman berkata pengusaha itik  di kalangan anak muda tidak ramai dan ini adalah peluang yang baik memandangkan permintaan agak tinggi terhadap telur yang dihasilkan.Menurutnya lagi, orang muda perlu menjadikan Hadi sebagai contoh, kerana bersungguh-sungguh melakukan pengusahaan itu walaupun ia nampak seperti agak kekampungan.“Minat dan usaha yang bersungguh-sungguh adalah salah satu jaminan untuk membuktikan kejayaannya dalam pengusahaan ini. Tambahan pula, itik telur ini mudah diuruskan.”“Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang pula akan cuba mewujudkan ternakan secara berkelompok untuk belia dan anak muda bagi menambah peluang perkerjaan," ujarnya.Dalam perkembangan sama, Veterinar Marang yang hadir juga menawarkan khidmat yang mampu diberikan oleh jabatan mereka.Antaranya adalah memberikan khidmat nasihat, menawarkan kursus khas, penyediaan ubatan seperti “ubat stress” dan penyelidikan penyakit melalui sampel najis yang dikutip.
15 Aug 19
1071
Empty Image
Terengganu Tawar Skim Pembiayaan ‘Food Truck’
Nurkhuzaini menegaskan skim itu menawarkan 'Food Truck' pada harga yang berpatutan.KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menawarkan Skim Pembiayaan ‘Food Truck’ dengan had maksimum pembayaran sebanyak RM75,000.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Koperasi Istiqamah Terengganu Berhad (KITAB) akan menjadi pembekal ‘Food Truck’ kepada YPU apabila termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak terbabit.Jelasnya, ia secara tidak langsung akan memudahkan usahawan untuk memilih ‘Food Truck’ pada harga yang lebih rendah dengan aspek perkhidmatan terbaik.“Ini adalah satu lagi kemudahan untuk usahawan-usahawan kita yang nak berkecimpung dalam bidang ‘Food Truck’ atau kenderaan saji ini.“Istimewanya skim ini ialah pembekal akan membekalkan kenderaan saji mengikut kehendak pemohon tersebut, contohnya jika mahu menjual keropok, pembekal akan bekalkan kenderaan dalam tempoh enam minggu mengikut rekaan bersesuaian dengan jenis perniagaan itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) dan Pertukaran MOU antara YPU Dengan KITAB di Dewan Serbaguna YPU, di sini semalam.Pertukaran MoU antara YPU dan KITAB.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik, Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Anuar Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Menurut Nurkhuzaini lagi, usahawan yang berminat juga akan diberikan latihan khusus bagi mengendalikan kenderaan itu sebelum memulakan sepenuhnya perniagaan.“Kaedah mengurus ‘food truck’ seperti cara servis akan diajar dengan teliti selama enam bulan, selepas itu usahawan akan diberikan kebebasan sepenuhnya.“Ilmu pengurusan akaun turut akan diselitkan dalam skim ini bagi memantapkan lagi usahawan, kita sedar ramai usahawan yang berminat, tetapi kurang pakar dalam ilmu tersebut,” katanya.Tambah beliau lagi, majlis pelancaran khas berkenaan skim terbabit akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.“Sekarang kita dah ada lima pemohon, kalau ikut tempoh siap kenderaan iaitu enam minggu, maka kita jangka pelancaran oleh Menteri Besar dalam tempoh sebulan setengah dari sekarang,” jelasnya.
09 Aug 19
306
Empty Image
Raih RM8,000 Sebulan Hasil Kudapan Tradisi
KUALA NERUS, 2 Ogos-Mysisme, jenama produk  Terengganu yang sudah `terbang' melangkaui ribuan batu dalam mempromosi hasil Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan kini makin melebarkan sayap peniagaan dengan mendapat bantuan sepenuhnya kerajaan negeri.Produk buah rotan diusahakan usahawan dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu itu sudah menjelajah hampir lima buah negara termasuk Singapura, Jepun, Australia, Indonesia dan Filipina selain berjaya mempromosinya sebagai makanan unik dari Terengganu.Pengarah Syarikatnya, Maimunah Yusof 63,  berkata, dia mula berniaga sejak 1985 dengan menghasilkan buah rotan dan makanan ringan lain termasuk kerepek di rumahnya dengan bantuan anak-anak serta mampu menjana pendapatan bulanan antara RM6,000 hingga RM8,000 sebulan.Ibu kepada sembilan anak berkata, usia bukan penghalang untuk menjelajah dalam usaha mempromosikan kudapan istimewa dari Terengganu disamping meningkatkan lagi pendapatan syarikat milik keluarga."Makcik selalu menyertai ekspo-ekspo yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan bermula dari sini, perniagaan mula berkembang maju malah pendapatan pun meningkat dari biasa hasil kepelbagaian produk dan bukan terhad kepada buah rotan semata-mata."Pelbagai bantuan diperolehi termasuk daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara)yang menyumbangkan sticker produk, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) membantu dari segi pelabelan."Ini termasuk Jabatan Pertanian yang memberi peruntukkan sebanyak RM35,000 bagi membina bengkel serta membeli peralatan.Terbaru mak cik dapat dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), sebuah mesin menghasilkan buah rotan bernilai RM13,000," katanya ketika ditemui  wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di gerai jualannya di tapak Pekan Budaya Kuala Nerus, Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.Kini dengan bantuan tujuh anaknya yang menguruskan bahagian pemasaran dan jualan, Mysisme dikembangkan lagi dengan produk baharu seperti bunga durian, kuih siput, jala emas, tahi itik, mas sejemput dan puding raja termasuk menerima tempahan daripada orang ramai.Tambah Maimunah lagi, penganjuran ekspo dan pekan budaya oleh kerajaan negeri banyak membantu pengusaha-pengusaha kecil sepertinya bagi mempromosi dan melariskan jualan."Macam hari ni, makcik boleh dapat RM1,000 sejak dibuka jam 10 pagi tadi dan berharap akan lebih lagi pada hari seterusnya."Memang bersyukur dengan penganjuran program seperti ini dan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kerana telah berjaya menaikkan taraf ekonomi penduduk tempatan,"katanya.Tambah Maimunah, kejayaanya hari ini juga banyak dibantu oleh pihak pelancongan negeri dalam mempromosikan Mysisme di luar negeri dalam setiap program yang dianjurkan."Sememangnya Tourism banyak membantu saya khususnya Mysisme untuk kenalkan produk dalam penganjuran pelbagai program di luar contohnya di Singapura, Thailand dan sebagainya."Pernah diberi peluang untuk mengikuti Le Tour De Langkawi dan hasilnya memang lumayan walaupun rasa letih kerana terpaksa berpindah tempat dalam tempoh masa singkat,"ujarnya.
02 Aug 19
777
Empty Image
Mazlan Bakal Jadi Jutawan Nanas MD2
Oleh : Ariss AliasSETIU, 1 Ogos - Tanaman nanas premium varieti Milie Dilard 2 (MD2) mampu menjana pendapatan lumayan bagi pekebun yang bekerja  sepenuh masa atau sampingan sehingga diibaratkan sebagai antara sumber kekayaan baharu.Mazlan Abdul Ghani, 46 daripada Kampung Bukit Kecil mampu tersenyum lebar apabila tanaman nanas yang diusahakan beliau secara sampingan di Kelompok Pekebun Nanas Bukit Kecil memberikan pendapatan lumayan.Beliau yang kini yang bekerja sepenuh masa sebagai penyelia asrama Sekolah menengah Kebangsaan (SMK) Chalok berkata beliau hanya memperuntukkan masa kerja di kebun dari jam 5.00 hingga 7.00 petang dan hari minggu sahaja.Berkongsi cerita, pada ada peringkat awalnya, dia menanam 40 ribu nanas MD2 pada bulan September 2016 di tanah berkeluasan 1 lot (2 ekar setengah) dan hasilnya dituai pada awal 2017 dengan keuntungan terkumpul pada masa itu dalam RM 150 ribu untuk jual buah sahaja.“Pokok yang sudah diambil buahnya tadi akan dibiarkan dari tiga hingga empat bulan bagi membolehkan jambul anak pokok keluar untuk dijual. Keuntungan menjual anak pokok sahaja mencecah RM 30 ribu." Dicampurkan semua sekali keuntungan berjumlah RM 180 ribu dalam tempoh dua tahun bermula dari tanam hinggalah hasil dituai. RM180 ribu dibahagikan 24 bulan purata pendapatan adalah RM 7,500 sebulan,"kata Mazlan kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di ladang nanas miliknya, semalam.Tambahnya lagi, dia pernah tidak menyentuh duit gaji dan segala perbelanjaan hanyalah menggunakan hasil jualan nanas sahaja selama satu tahun tujuh bulan.Menurut Mazlan,  kelebihan nanas varieti ini adalah kerana mempunyai pasaran yang luas dan mudah serta permintaan adalah tinggi dan tidak mencukupi untuk dalam negeri.Jelasnya, nanas ini tidaklah sukar dijaga sekiranya menggunakan sistem dan kaedah penjagaan yang baik.“Berat buah nanas MD2 di Bukit Kecil ini yang mencecah empat hingga lima kilogram (kg) sebiji membuatkan ramai yang berminat dengan keluaran di sini. Sedangkan di tempat lain, berat buah hanya sekitar satu hingga dua kg sahaja,”ujarnya lagi yang turut dibantu tiga anak lelaki.Mengimbau sejarah mengusahakan nanas secara sampingan ini, dia mula berminat apabila melihat jiran-jiran mengusahakannya di kebun kecil  berdekatan dengan rumahnya.Mazlan mengambil keputusan untuk mula menanam sebanyak 10 ribu pokok nanas Sarawak dan lima ribu pokok nanas madu.“Motivasi pada saya pada masa itu ialah kerana nanas madu cepat membuahkan hasil. Saya memperolehi RM 18 ribu pada tuaian pertama." Dalam pada itu, ada pekebun ingin menjual tanah, saya buat keputusan menambah aset dengan membeli satu lot tanah yang berkeluasan dua ekar setengah dengan harga RM10 ribu," tambah Mazlan.Dalam pada itu, bapa yang cekal ini sentiasa menggunakan hasil yang diperolehi bagi membeli tanah dan sekarang tanah yang dimilikinya sudah mencecah enam lot (15 ekar).
01 Aug 19
2518
Empty Image
Anak Felda Mampu Jana Lebih RM30 Ribu Menerusi Tanaman Cili Fertigasi
Oleh: Ariss AliasSETIU, 31 Julai-  Bagi seorang usahawan tani di Felda Chalok Barat, dekat sini, Muhammad Hafizuddin Adenan,28, dia percaya cili adalah salah satu tanaman yang mampu membuka peluang kepada anak muda sepertinya untuk memperoleh pendapatan yang lumayan.Berbaloi dengan mengusahakan tanaman tersebut, Hafizuddin mampu meraih pulangan lebih daripada RM 30,000 pada tuaian pertama sekaligus membuktikan slogan ‘pertanian adalah perniagaan’ yang boleh memberi keuntungan sekiranya mempunyai minat dan usaha yang berterusan.Menceritakan saat-saat awal, bekas pekerja swasta  itu melihat peluang luas dalam bidang pertanian ketika menuntut jurusan Perniagaan Tani di Kolej Profesional Mara (KPM) Beranang, Selangor. Selepas pulang ke kampung, dia menimba pengalaman bekerja dengan usahawan tani tanaman pisang di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Rhu Tapai, Setiu sebelum nekad mengusahakan tanaman cili di tanah seluas satu ekar milik saudara maranya.“Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pertanian, sebelum ini saya pernah mengambil keputusan bekerja di Kuala Lumpur di sebuah syarikat reka bentuk laman web semata-mata untuk mengumpul modal selamat dua tahun.“Saya pulang ke sini pada pertengahan tahun 2018 dan mula mengambil kursus fertigasi tanaman cili di GM Peladang selama dua hari dan berbekalkan modal hampir RM25,000 yang dikumpul, saya bermula dengan menanam sebanyak 1,500 pokok cili variety SJ2-461 atau dikenali sebagai kulai 461 di kalangan usahawan fertigasi,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di ladangnya di sini, semalam.Hafizuddin memberitahu, usaha itu berbaloi kerana pada peringkat permulaan dia mencuba kaedah tersebut di kawasan halaman rumah sebanyak 100 polibeg dan membuahkan hasil berkualiti tinggi.“Sejak itu, saya mula yakin dapat terus maju ke hadapan. Saya terus mencari ilmu, kali ini dengan Mohd Bukhari Mohd Noor seorang pengusaha tanaman cili berjaya yang banyak berkongsi ilmu dan memberi nasihat."Kutipan dibuat dua hari sekali, kebiasaannya dalam 100 kilogram (kg) hingga 200 kg namun pernah mencecah 300 kg hingga 400 kg setiap kutipan," ujarnya. Katanya yang baru sahaja selesai membuat tuaian pertama dan dalam fasa tuaian kedua, tanaman cili ini kebiasaannya mempunyai tiga fasa dan mampu ke fasa keempat sekiranya penjagaan terbaik dilaksanakan.“Pokok cili ini boleh bertahan selama enam bulan ke atas dan dijangkakan mampu memberikan pulangan sama pada setiap tuaian. “Pasarannya pula sangat luas dan boleh dikatakan tidak mencukupi. Biasanya bekalan dihantar sendiri pada setiap malam kepada peniaga di Kuala Terengganu selain ke Pasaraya Zua Permai Trading di Bandar Permaisuri sekali seminggu.Katanya, dia turut menanam 100 pokok Varieti Cili Solok dengan nombor pendaftaran CA4 yang mana hanya cukup untuk pasaran sekitar kampung ini sahaja.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof yang dihubungi berkata, anak muda digalakkan menjadi usahawan dalam bidang pertanian.“Mereka boleh memohon tanah kerajaan yang terbiar dalam bentuk Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk diusahakan dengan tanaman kontang seperti nanas, jagung, labu, tembikai, sayur-sayuran dan lain-lain lagi.“Semoga kejayaan Hafizuddin dapat menjadi contoh kepada anak muda yang lain. Seseorang itu mampu berjaya jika mempunyai kesungguhan,” ujarnya.
30 Jul 19
2483
Empty Image
Sukuk Wakalah Projek Bekalan Air Utara KAJV Dibentang - MB Terengganu
KUALA LUMPUR, 26 Julai - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Majlis Menandatangani Dan Pembentangan Pelabur Bagi Penerbitan Sukuk Wakalah Projek Bekalan Air Utara KAJV di sini pagi tadi.Majlis dikelolakan oleh Pengerusi Eksekutif Konsortium KAJV Sdn Bhd, Datuk Awalan Abdul Aziz. Hampir 100 pelabur dalam dan luar negeri hadir di majlis tersebut.Dr Ahmad Samsuri berkata, kerjasama antara Konsortium KAJV, Affin Hwang dan The Hongkong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) meningkatkan infrastruktur bekalan air sekali gus menguntungkan semua pihak dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negeri."Majlis ini adalah satu usaha daripada pihak syarikat untuk mendapatkan pelabur-pelabur bagi melanggan skop yang ditawarkan dengan kerjasama pihak pengurusan dari HSBC dan Affin Hwang."Ini adalah untuk memastikan projek ini berjalan dengan licin dan dengan pelabur-pelabur yang datang hari ini yang sedang mendengar 'presentation', saya rasa optimis bahawa mereka akan turut bersama dalam program seperti ini," jelas beliau.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut.Terdahulu, projek itu dimeterai hujung tahun 2016 dan mula dilaksanakan pada 2017 dengan kemajuan projek lebih 30 peratus dan  kontrak berharga RM797.2 juta.
26 Jul 19
1272
Empty Image
PERTIMA Terengganu Pelopor Makanan Halal Dalam Tin Di Malaysia
Pekerja PERTIMA memasukkan ikan 'Mackerel' ke dalam tin untuk produk sardin berperisa sos tomato.KUALA TERENGGANU, 23 Julai - Untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan dalam tin di Malaysia dan membina pasaran di peringkat global, PERTIMA Trengganu Sdn Bhd (PERTIMA) mengorak langkah memasarkan produknya secara lebih agresif.Pengurus Besar PERTIMA Syed Mohd Asdi Tuan Ngah berkata, produk PERTIMA akan diperkenalkan di serata dunia termasuk ke Jepun untuk mendokong industri halal hub negara.Di pasaran domestik PERTIMA katanya, telah bertapak kukuh di Hyper Runcit dan Gedong Jualan Borong serta Pasaraya Terkenal di seluruh negara.Syed Mohd Asdi"Produk kami telah pun diuji sebelum ini di mana pihak kami pernah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai pembekal tunggal untuk sardin kepada semua agensi kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia selama lebih 20 tahun."Sebagai jaminan mutu dan kualiti, kami adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Moody International yang mana pihak kami telah memperolehi sijil HALAL, HACCP dan ISO 9001:2015," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika diwawancara di pejabat PERTIMA di Kawasan Perindustrian Chendering di sini hari ini.Ikan sardin sedang ditinkan di kilang PERTIMA milik Kerajaan Terengganu.Katanya, Visi PERTIMA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan halal yang di ‘pack’ di Malaysia dan membina pasaran di peringkat global.Misinya pula ialah mengeluarkan pelbagai produk makanan yang di ‘pack’ dan bermutu tinggi serta bertaraf antarabangsa dan menguntungkanKatanya, PERTIMA akan mempelbagaikan segmen pasaran, menyediakan pasukan kerja yang mantap dalam bidang pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), kawalan kualiti dan pemasaran.Menurutnya, PERTIMA adalah anak syarikat penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan pemilikan 100 peratus modal saham.Antara produk PERTIMA di pasaran ialah Sardin dalam Sos Tomato, Kuah Laksa Terengganu, Kuah Sate dan Sambal Bilis."PERTIMA juga adalah peneraju pengeluar makanan dalam tin di Terengganu. Sejak ditubuhkan pada 1972, PERTIMA telah membuktikan bahawa ia adalah pengeluar produk dalam tin yang berkualiti tinggi di pasaran," jelasnya.Menurutnya, PERTIMA telah diperbadankan pada 28 Mac 1972 dibawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta dan modal berbayar sebanyak RM7.4 juta. Lokasi kilang ialah di kawasan Perindustrian Chendering, mempunyai keluasan 6,937 meter persegi."Beroperasi di premis sendiri yang terletak di Kuala Terengganu, kilang kami mempunyai kelengkapan yang cukup di mana kami memberi jaminan dapat membekalkan bermacam-macam jenis produk makanan dalam tin yang bermutu seperti ikan dalam kuah tomato (sardin), Kari Ayam, Kari Kambing, Sambal Bilis, Kari Lembu, Kuah Laksa Terengganu Kuah Sate dan sebagainya," jelas beliau.Katanya, PERTIMA merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) iaitu agensi pembangunan kerajaan Negeri Terengganu."Sehingga kini PERTIMA telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai satu-satunya kilang pengeluar sardin di Malaysia yang 100 milik dan pekerjanya melayu bumiputra semenjak penubuhannya pada tahun 1972," ujarnya lagi.Katanya, sejak penubuhannya sehingga kini, PERTIMA masih dapat menghasilkan prestasi keseluruhan yang baik."Nilai teras baru yang diperkenalkan tagline yang dikekalkan sehingga kini iaitu “Terunggul Sejak 1972” dan nilai teras lama “Yakin Halal dan Suci”, pengekalan sijil pengiktirafan antarabangsa seperti HALAL Jakim, ISO 9001:2008, HACCP dan MeSTI, PERTIMA yakin mampu menghasilkan lonjakan prestasi yang menguntungkan di masa-masa akan datang," ujarnya.PERTIMA juga katanya, menyediakan khidmat kontrak pengetinan kepada pihak yang berminat.PERTIMA boleh dihubungi di talian 09-6171211/1411/1322, Fax: 09-6171246.Email: pertima_marketing@yahoo.com / pertima72@yahoo.com
22 Jul 19
3298
Empty Image
ECRL : Terengganu Mahu Bina ‘Spur Line’ Chukai-Kemaman - MB
Kerajaan negeri sentiasa berunding dengan KerajaanPusat bagi memastikan yang terbaik untuk rakyat.KUALA TERENGGANU, 16 Julai - Kerajaan Terengganu bercadang untuk membina ‘spur line’ di lokasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Chukai, sekali gus berpeluang merancakkan perkembangan ekonomi di negeri itu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif yang masih di peringkat perbincangan itu secara dasarnya akan menguntungkan anak syarikat Kerajaan Terengganu terutamanya Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC).Jelasnya, jajaran baharu yang akan dilancarkan kelak juga akan turut dikaji bersama EPIC bagi merangka potensi pembangunan ekonomi supaya dapat meningkatkan taraf pendapatan penduduk setempat dengan pembinaan kawasan industri.“Kita berbincang dengan Kerajaan Pusat bagi mewujudkan ‘spur line’ dari hentian Chukai ke pelabuhan Kemaman, dipercayai ia dapat memangkin pembangunan Pelabuhan Kemaman dengan lebih pesat apabila berlakunya kenaikan kuantiti kargo, keuntungan kos pengendalian dan kadar penggunaan pelabuhan yang maksimum.“Pihak kerajaan negeri juga yakin dengan penambahan ‘spur line’ ini akan dapat meningkatkan minat pelabur-pelabur baharu ke Terengganu dan menambahkan keyakinan pelabur sedia ada untuk mengembangkan perniagaan mereka,” ujarnya.Ir Saiful Azmi.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas, di Wisma Darul Iman, hari ini.Dalam masa yang sama, Ahmad Samsuri turut berkata, jumlah stesen ECRL dalam jajaran baharu yang bakal dilancarkan sudah berada di peringkat akhir semakan.Katanya lagi, jajaran baharu itu juga perlu sejajar dengan perancangan kerajaan negeri supaya rakyat mendapat manfaat yang setimpal dengan projek ECRL.“Jumlah stesen bagi jajaran baharu adalah enam berbanding lapan sebelum ini, jadi kita akan bincang balik dan kita tak mahu kerana mahukan jimatkan kos, kita buat projek yang tidak memberi pulangan berguna pada rakyat.“Itulah yang sedang kita rundingkan dan tekankan dengan mereka, kerana kita ada perancangan tersendiri di setiap daerah terlibat,” tambah beliau.
16 Jul 19
1106
Empty Image
‘Wakaf Tapai Innovation Park’ Jana 1,500 Peluang Pekerjaan
Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 16 Julai - Industri baharu, Wakaf Tapai Innovation Park yang bakal dibina akan menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan untuk anak tempatan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar memaklumkan, perancangan projek yang akan dibina awal tahun hadapan itu sedang diteliti dan ia berjalan lancar sebagaimana dirancang.Jelasnya, pembangunan kawasan itu melibatkan beberapa agensi dalam dan luar negara termasuk kerjasama daripada Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India.“Perancangan segera itu insya-Allah akan menempatkan lebih kurang 10 pemain industri baharu yang melibatkan pelaburan berjumlah RM150 juta melengkapi 10 lot.“Pelaburan dan peluang pekerjaan ini akan berasaskan kepada sektor perkayuan, urusan tanah serta pelupusan sisa dan teknologi hijau,” ujarnya.Sulaiman Sulong.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang turut menjelaskan tentang jumlah pemain industri yang sedang beroperasi di Wakaf Tapai.“Merujuk kepada data yang kita ada, buat masa ini terdapat sejumlah 24 pemain industri di Wakaf Tapai," ujarnya.
15 Jul 19
552