lightning-solid
Berita :
Daurah Hadis Hukum Hakam Darah Wanita Berjaya Tarik Perhatian Masyarakat
Daurah Hadis Hukum Hakam Darah Wanita Berjaya Tarik Perhatian Masyarakat
Muhammad Fakhruddin Bin Nordin
1 hari yang lepas
147

KEMAMAN, 9 Julai – Pendedahan terhadap ilmu fiqh berkaitan hukum-hakam darah wanita bagi memastikan setiap wanita Islam dapat melaksanakan ibadah dengan tepat berlandaskan syariat.

Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datin Nor Aizam Abu Bakar berkata, masih ramai wanita yang berdepan kekeliruan mengenai hukum haid, nifas dan istihadah.

Justeru itu, program berbentuk pendidikan agama seperti Daurah Hadis Hukum Hakam Darah Wanita amat penting untuk memberi kefahaman yang sahih.

Menurut beliau, masyarakat  mempunyai asas ilmu agama yang kukuh bukan sahaja mampu menyempurnakan ibadah dengan lebih yakin, malah dapat membentuk keluarga dan komuniti  lebih beriman serta berakhlak mulia.


"Di Kijal, kita sentiasa meraikan dan menyokong penganjuran majlis-majlis ilmu seperti ini.

"Insya-Allah, usaha menyemarakkan budaya menuntut ilmu akan terus diperkasakan kerana kami percaya masyarakat yang berilmu akan melahirkan komuniti yang lebih beriman, berakhlak dan diberkati Allah SWT," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika  merasmikan Daurah Hadis Hukum Hakam Darah Wanita di Dewan Auditorium DITC, Kijal, semalam.

Mengulas lanjut, Nor Aizam berkata kehadiran Ahli Panel Klinik Hukum Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Abu Usamah Mohd Hanapiah Hussien memberi nilai tambah kepada program tersebut kerana kepakarannya dalam bidang fiqh khususnya hukum-hakam darah wanita menurut Mazhab Syafi'i.

Menurutnya, lebih banyak program pendidikan agama seumpama itu perlu diteruskan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat, khususnya wanita, terhadap hukum-hakam Islam.


Tag :

Artikel Berkaitan