KUALA NERUS, 28 Oktober– Kejohanan Bola Sepak Piala YB Ahli Parlimen Kuala Nerus kembali dengan penuh semangat apabila 16 pasukan dari seluruh kawasan bakal berentap merebut kejuaraan bermula 7 November 2025.
Kejohanan tersebut merupakan kesinambungan daripada kejayaan Piala ADUN sebelum ini, dengan empat pasukan terbaik daripada kejohanan terdahulu turut menyertai saingan kali ini.
Antara pasukan yang akan beraksi ialah Paya Datu FC, Gemuruh FC, GERS BTJ, Kampung Batin FC, BTR FC, SBT FC, TMP FC, Tanjung Sabtu FC, TPWT FC, Taman Permint Perdana FC, Bukit Tunggal FC, Jeram Hilir FC, Kebilal FC, Pak Amat FC, Telok Pasu FC dan TPTD FC.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat sukan bola sepak dalam kalangan belia tempatan, malah turut menjadi medan mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan semangat kesukanan di peringkat komuniti.
Pengarah Kejohanan, Azam Tamimi, berkata kejohanan tersebut dianjurkan dengan kerjasama Pejabat YB Ahli Parlimen Kuala Nerus serta menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang.
“Program seperti ini mampu memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama antara penduduk tempatan selain membuka ruang kepada bakat muda untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Ketua pasukan Taman Murni Permai FC, Fahmi Izuddin, berkata, pasukan beliau sudah mula menjalani Latihan bagi menghadapi kejohanan itu nanti.
“Semestinya saingan singit yang akan ditampilkan memandangkan penyertaan 4 pasukan yang terbaik daripada DUN Juara Piala ADUN Seberang Takir tempoh hari,” katanya.