Berita :
114 Pelajar DUN Kijal Dirai Dalam Majlis Apresiasi SPM 2025
114 Pelajar DUN Kijal Dirai Dalam Majlis Apresiasi SPM 2025
Hafiz Rosli
6 jam yang lepas
72

KEMAMAN, 28 April – Seramai 114 pelajar dari seluruh kawasan DUN Kijal diraikan dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar SPM 2025 semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris berkata, penganjuran program itu merupakan tanda penghargaan kepada para pelajar atas usaha gigih dan pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Majlis ini melibatkan penyertaan pelajar daripada pelbagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) termasuk Meraga Beris, Kampung Bukit Kuang, Teluk Kalong, Titian Berayun serta beberapa kawasan lain di bawah DUN Kijal.

“Ini bukan sekadar majlis penghargaan, tetapi sebagai suntikan semangat kepada pelajar untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan,” jelasnya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi SPM 2025 Peringkat DUN Kijal bertempat di Dewan Ibnu Sina, Kolej Universiti TATI semalam. 

Razali berkata kejayaan yang diraih bukan sahaja membanggakan diri sendiri, malah mengharumkan nama keluarga serta seluruh komuniti Kijal.

"Majlis turut diserikan dengan kehadiran ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak. 

"Lebih manis, para pelajar berpeluang merakam kenangan indah bersama ibu bapa masing-masing sebagai simbol penghargaan dan kasih sayang atas pengorbanan yang dicurahkan. 


“Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai generasi cemerlang pada masa akan datang,” ujarnya.

Amar Haziq Hasbullah daripada Kampung Bukit Anak Dara melahirkan rasa terharu atas penghargaan yang diterima dalam majlis tersebut.

"Kejayaan yang dikecapi adalah hasil doa serta sokongan tidak putus-putus daripada ibu bapa dan guru-guru.

“Saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi semangat dan pengorbanan yang tidak ternilai," katanya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan