lightning-solid
Berita :

Artikel "Viral" Terkini

Sultan Terengganu Titah Perkasakan Program Pupuk Akhlak Mulia Anak Muda
Sultan Terengganu Titah Perkasakan Program Pupuk Akhlak Mulia Anak Muda
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan agar program memupuk akhlak mulia dan sahsiah terpuji kalangan anak muda di negeri ini diperkasakan.
17 Sep 24
570
Resort Anjur 'Parti Liar' Kena Kompaun RM25 Ribu
Resort Anjur 'Parti Liar' Kena Kompaun RM25 Ribu
Kerajaan Negeri Terengganu telah mengenakan kompaun sebanyak RM25,000 kepada Summer Bay Resort dan melarang penganjuran program seumpamanya diadakan pada masa akan datang.
23 May 24
185
TDM Nafi Buang Staf Tempatan, Ganti Pekerja Asing
TDM Nafi Buang Staf Tempatan, Ganti Pekerja Asing
KEMAMAN, 20 Oktober - TDM Plantation Sdn Bhd menafikan syarikat itu menamatkan kontrak pekerja tempatan dan menggantikannya dengan pekerja asing. Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Hamdan Ibrahim, dengan tegas berkata, TDM Plantation tidak bertindak tergesa-gesa sebaliknya telah menangguhkan tindakan itu sehingga masalah dihadapi pihak kontraktor diselesaikan. “Kita telah memberi peluang kepada kontraktor sejak setahun lalu untuk memperbaharui kontrak mereka setiap tiga bulan. "Langkah ini memberi peluang kepada kontraktor untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan pekerja, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang buruh. "Ia juga membolehkan mereka untuk mendaftarkan pekerja dan membuat caruman dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan bekas pekerja Ladang Air Putih, Kemaman di Balai Raya Kampung Teladas dekat sini kelmarin. Menurut Hamdan, TDM sentiasa menekankan komitmen terhadap pematuhan undang-undang buruh dan kebajikan pekerja tempatan. "Kami juga menganggap penting untuk menjaga hubungan yang baik dengan kontraktor mereka dalam usaha mencapai penyelesaian yang adil dan berpatutan terhadap isu-isu pekerja. "Dalam masa yang sama, kami berharap bahawa pelanjutan kontrak dan kerjasama dengan kontraktor akan membawa kepada penyelesaian yang memuaskan bagi semua pihak yang terlibat dalam isu ini," katanya.
20 Oct 23
149
Iftar ‘Nasi Tenong’ Atas Bot Susur Sungai Terengganu
Iftar ‘Nasi Tenong’ Atas Bot Susur Sungai Terengganu
Payang Water Taxi River Cruise (PWTRC) kini mempunyai satu lagi tarikan terbaharu iaitu berbuka puasa dengan Nasi Tenong di atas bot sambil menyusuri Sungai Terengganu.
30 Mar 23
294
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
264
JHEAT Tahan Pelaku Video Lelaki Peluk Wanita
JHEAT Tahan Pelaku Video Lelaki Peluk Wanita
Pelaku yang berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh di kedai air buah sebagaimana video tular sudah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).  
07 Jul 22
315
Air Tuak Kini Digelar 'Sweet Nira Terengganu'
Air Tuak Kini Digelar 'Sweet Nira Terengganu'
Kerajaan negeri menjenamakan semula nira kelapa atau lebih dikenali air tuak oleh penduduk Terengganu sebagai minuman isotonik dengan nama Sweet Nira Terengganu bagi meluaskan pasaran produk berkenaan.  
08 Jun 22
683
‘Palsu’ - Ahmad Samsuri Tegaskan ‘Dokumen Viral’ Sebagai Sampah
‘Palsu’ - Ahmad Samsuri Tegaskan ‘Dokumen Viral’ Sebagai Sampah
Menteri Besar Terengganu merangkap Naib Presiden PAS mengesahkan dokumen tersebar yang didakwa sebagai ‘strategi PAS’ adalah tidak benar dan palsu.
21 Apr 22
158
Kerajaan Tambah Tong Atasi Isu Longgokan Sampah
Kerajaan Tambah Tong Atasi Isu Longgokan Sampah
Kerajaan Terengganu sedang dan telah mengambil tindakan segera bagi mengatasai masalah longgokan sampah yang mencemari lokasi-lokasi tertentu terutamanya kawasan tumpuan ramai.
28 Mar 22
135
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
434