lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

TDM Berhad Berbasikal Rentasi Lokasi Bersejarah
TDM Berhad Berbasikal Rentasi Lokasi Bersejarah
TDM Berhad meneruskan aktiviti berbasikal dengan menjelajah pelbagai tempat bersejarah dalam Program Gateh Jejak Sejarah siri kedua di Kuala Terengganu.
30 Sep 20
314
Skuad Bola Jaring Sasar Emas Di SUKMA Johor 2020
Skuad Bola Jaring Sasar Emas Di SUKMA Johor 2020
  KUALA TERENGGANU, 29 September - Skuad bola jaring Terengganu mensasarkan pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 yang akan berlangsung di Johor Bahru April tahun depan. Bapa angkatnya, Zuraida Md Noor berkata taruhan itu bersandarkan semangat pasukan yang luar biasa dan semangat kesukanan yang tinggi. "Sebelum ini, pasukan kita dah menentang empat negeri dalam beberapa perlawanan.Walaupun kita menang hanya dua tetapi ia menggambarkan satu strategi kekuatan dan mencari kelemahan pasukan. "Kita memang target satu sahaja iaitu emas dan menang dengan penuh bergaya, Insya-Allah. "Kita turunkan pemain terbaik dan berpengalaman dalam sukan ini selain mereka mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi untuk menghadapi pihak lawan," katanya. Zuraida yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita berkata demikian pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Bersama Pasukan Bola Jaring SUKMA XX Johor 2020. Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran negeri, Khairul Azham Mohd Yusoff yang merupakan jabatan angkat sukan berkenaan. Seramai 16 atlet bola jaring negeri yang bakal beraksi di SUKMA XX Johor telah menjalani pelbagai latihan sejak Januari 2019 termasuk menyertai perlawanan persahabatan dan menyertai kejohanan negeri turut diraikan dalam majlis yang sama. Sementara itu, Pengurus Pasukan, Wan Sarimah Wan Razak berkata beliau yakin Terengganu berupaya memberi tentangan sengit pada temasya kali ini. "Saya yakin pasukan bila jaring akan berjaya ke peringkat akhir untuk kejohanan sukma sebab kita sudah berusaha dari sekarang dengan latihan yang lebih intensif.   "Walaupun tidak berjaya sebelum ini dalam kejohanan SUKMA terdahulu, ia bukan salah satu ukuran untuk terus maju dan saya yakin dengan persediaan yang lebih lama dapat membantu dalam temasya kali ini,"ujarnya. Beliau turut berkata, dengan pemain berpengalaman, pihaknya sudah bersedia untuk turun beraksi bagi mencapai sasaran  dalam memburu kejuaraan pada SUKMA XX Johor 2020.  "Saya harap pasukan kami akan mempamerkan aksi yang baik pada kali ini dan sekali gus dapat menyumbang pingat kepada kontinjen negeri," katanya.
29 Sep 20
830
Peruntukan RM1.1 Juta Untuk Pemantapan Pertubuhan Belia Negeri
Peruntukan RM1.1 Juta Untuk Pemantapan Pertubuhan Belia Negeri
Peruntukan sebanyak RM1.1 juta disalurkan kepada pertubuhan belia di Terengganu bagi merancakkan perkembangan golongan ini sebagai pelapis di masa depan.
29 Sep 20
146
Terengganu Model Terbaik Kerjasama Persatuan Sukan Dan IPTA
Terengganu Model Terbaik Kerjasama Persatuan Sukan Dan IPTA
KUALA NERUS, 29 September - Kerjasama antara kerajaan negeri, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan badan persatuan sukan dalam pemantapan sektor sukan negeri mampu menjadi contoh kepada negeri lain. Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dr. Wirdati Md Radzi menyatakan rasa kagum dan bangga terhadap komitmen persatuan-persatuan sukan negeri dan MSNT dalam memperkasakan pembangunan sukan negeri. “MSNT membuka ruang jalan dalam pemantapan kerjasama pendidikan sukan. Kerjasama rapat antara persatuan sukan negeri bersama IPTA di Terengganu seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan kolaborasi pertama kali yang saya lihat. “Bentuk kerjasama ini boleh menjadikan Terengganu sebagai ‘role model’ atau contoh kepada negeri lain. Ini kerana usaha sebegini sedang dirancang pihak kami tetapi ia sudah wujud di Terengganu. “Kolaborasi ini perlu dikekalkan dari segi momentumnya supaya peningkatan kemahiran dan pengetahuan pengurusan sukan dapat membantu dalam memantapkan sektor tersebut," ulasnya. Beliau berkata demikian semasa ditemubual pemberita selepas Majlis Penutup Seminar Tadbir Urus Badan Sukan Yang Cekap Dan Berkesan Negeri Terengganu di Dewan Auditorium 1, Stadium Tertutup Negeri Terengganu, Gong Badak, petang semalam. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Timbalan Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahya, Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan, Siti Nazariah Abd Razak dan Penolong Pengarah MSNT, Nasree Najmi. Seminar tersebut melibatkan lebih 100 kakitangan daripada 40 persatuan sukan negeri, semua majlis sukan daerah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) dan Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT). Sementara itu, Hishamuddin berkata, seminar itu merupakan sambungan daripada tahun-tahun lepas sebagai tanda pengiktirafan kepada sektor sukan Negeri Terengganu. MSNT terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan tadbir urus sejajar dengan ‘roadmap’ tahun 2030 yang dirangka. “Agenda individu serta pertelingkahan perlu diketepikan atau diselesaikan. Kita perlu mengutamakan sifat kebersamaan supaya mencapai objektif serta pembangunan sektor sukan negeri. “Kita boleh berbangga dengan sukan basikal, layar dan seumpamanya, tetapi kita juga ingin terus melakar kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang sukan lain bersama anak-anak Terengganu,” katanya.  
29 Sep 20
878
Pasukan Hoki Terengganu Wajar Dipuji- Saiful Azmi
Pasukan Hoki Terengganu Wajar Dipuji- Saiful Azmi
KUALA LUMPUR, 27 September- Sekalipun tidak berjaya membawa pulang Piala Tun Abdul Razak ke bumi Terengganu, keputusan Persatuan Hoki Terengganu (PHT) meletakkan gabungan pemain baharu dan lama dalam kejohanan itu, wajar dipuji. Penaung PHT, Ir. Saiful Azmi Suhaili berkata, barisan pemain yang dipilih juga mempamerkan permainan yang bagus sepanjang kejohanan sehingga dapat mencapai kedudukan naib juara. "Kita melihat pemain-pemain muda kita perlu diberikan pendedahan supaya mereka lebih kuat dan bersedia untuk Sukan Malaysia (SUKMA). "Insya-Allah, sasaran pasukan SUKMA lelaki untuk menaiki podium. Kita membuat perancangan untuk itu dan semoga mendapat apa yang disasarkan," katanya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak 2020, semalam. Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu, Terengganu tumpas 2-4 di tangan Perak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik itu turut meletakkan harapan kepada skuad hoki wanita negeri dalam SUKMA di Johor nanti. "Pasukan wanita pula, kita harap mampu wujudkan satu keganjilan (keajaiban) walaupun kita tahu mereka masih baru dan perlu ditambah baik," katanya. Dalam kejohanan yang berakhir semalam, Terengganu membariskan majoriti pemain SUKMA dalam pasukan lelaki. Manakala, 100 peratus pemain SUKMA ditampilkan dalam pasukan wanita Terengganu.        
27 Sep 20
1277
Perak Lebur Impian Juara Terengganu
Perak Lebur Impian Juara Terengganu
KUALA LUMPUR, 26 September- Perak sekali lagi berjaya meleburkan impian pasukan Terengganu untuk bergelar juara TNB Piala Tun Abdul Razak 2020 apabila menumpaskan pasukan Pantai Timur itu dengan jaringan 4-2. Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu, Terengganu garang mendahului lawan seawal minit pertama melalui gol sudut penalti yang dijaringkan Faizal Saari. Namun, Perak dapat menyamakan kedudukan melalui gol padang pada minit ke-17 hasil jaringan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal. Selepas itu, segalanya tampak sukar buat anak buah Tai Beng Hai. Terengganu lebih banyak menahan asakan Sang Seladang yang mempamerkan corak serangan pantas. Penggempur Perak yang merupakan tonggak kebangsaan, Muhammad Haziq Samsul berjaya meledak dua gol padang pada minit ke-30' dan 32' membolehkan lawan mendahului 2-1 pada separuh masa pertama. Bersambung babak kedua, Haziq yang terpilih sebagai 'player of the match' malam ini meledak satu lagi gol padang pada minit ke-46 menyentak semangat Terengganu. Ketinggalan 4-1 di awal babak kedua, Terengganu cuba bangkit merapatkan jurang. Pada minit ke-59, Faizal Saari berjaya meledakkan gol melalui sudut penalti, tetapi sayang kebangkitan tersebut tidak dapat diteruskan. Keputusan kekal 4-2 sehingga tamat perlawanan. Untuk rekod, Terengganu tewas buat kali ketiga kepada Perak dalam perlawanan akhir Piala Tun Abdul Razak, setelah tumpas kepada lawan sama pada tahun 2017 dan 2018.  
26 Sep 20
1903
Terengganu FC Menang Mudah
Terengganu FC Menang Mudah
KUALA NERUS, 25 September- Terengganu Football Club (Terengganu FC) mudah menewaskan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 4-0 dalam aksi CIMB Liga Super Malaysia, sebentar tadi. Melayan kunjungan pasukan di tangga terakhir liga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sang Penyu tidak menunggu lama untuk mendahului lawan. Bermula dengan hantaran lintang kapten, Lee Tuck dari sebelah kanan padang ditanduk mudah penyerang, Faris Ramli untuk gol pertama pada minit ke lapan. Perlawanan terus berlangsung dengan penguasaan bola oleh pasukan tuan rumah walaupun beraksi tanpa penyerang utama, Dominic Da Sylva yang cedera dan digantikan penyerang Terengganu FC II, Bruno Suzuki. Pada minit ke-24, Faris dijatuhkan pertahanan The Cops, Ahmad Syahmi Shukri dalam kotak penalti, menghadiahkan penalti kepada tuan rumah. Tendangan tersebut disempurnakan Lee Tuck untuk gol kedua pasukan, seminit kemudian. Terengganu FC hampir menambah gol pada minit ke-39, tetapi tandukan pertahanan, Argzim Redzovic disahkan offside oleh pengadil. Memasuki masa tambahan babak pertama, Lee Tuck berjaya memanfaatkan serangan terakhir pasukan apabila melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti melepasi kawalan penjaga gol, Mohamad Farzly Muhammad. Tamat separuh masa pertama, skor 3-0 memihak kepada Terengganu FC. Bersambung babak kedua, The Cops mengubah corak permainan dengan lebih banyak menguasai bola dan menyerang Sang Penyu. Namun, Terengganu FC ampuh bertahan. Sebaliknya, tuan rumah pula berjaya mendapatkan gol keempat menerusi Faris Ramli. Penyerang kebangsaan Singapura itu menanduk masuk m hantaran cantik Mohamad Arif Fadzillah Abu Bakar pada minit ke-74, melebarkan jurang gol kedua-dua pasukan. Terengganu FC menoktahkan perlawanan dengan kemenangan dalam aksi kesembilan Liga Super 2020.        
25 Sep 20
1455
Dr Azman Pamer Aksi Iras ‘Messi’
Dr Azman Pamer Aksi Iras ‘Messi’
SETIU, 22 September - Dr Azman Ibrahim memperagakan aksi mengelecek iras Messi dalam perlawanan futsal bersama komuniti dan belia semalam. Menggunakan kaki kiri ketika membawa bola menampakkan persamaan antara beliau dengan pemenang terbanyak anugerah Ballon d'Or dari Argentina itu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri berkata, perlawanan santai futsal itu bukan sahaja bertujuan mengeluarkan peluh semata-mata tetapi untuk merapatkan jurang antara pemimpin dengan masyarakat. "Siang hari biasanya mereka bekerja. Jadi, kita cuba memanfaatkan ruang masa yang ada untuk dekati mereka tanpa rasa ada ‘gap’ sesama manusia. ‘’ Sambil layan anak muda malam ni, kita uji kaji sikit. Alhamdulillah, beres lagi dan masih belum berkarat sangat. Asah bakat sikit, tinggikan stamina boleh masuk ‘tournament’ lagi nanti," katanya selepas  perlawanan futsal di gelanggang futsal Felda Selasih. Turut bersama Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Sudin Awang, Ketua Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jabi, Muhammad Zulkifli dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Felda Selasih, Mazlan.
21 Sep 20
1328
Terengganu Sasar 10 Pingat Emas Bagi Pasukan Perahu Layar
Terengganu Sasar 10 Pingat Emas Bagi Pasukan Perahu Layar
Kerajaan Terengganu menyasarkan jumlah pingat emas yang tinggi untuk Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 bagi Pasukan Perahu Layar Terengganu.
21 Sep 20
164
Pelayar Terengganu Kuasai Kejohanan Di Pantai Tanjung Gelam
Pelayar Terengganu Kuasai Kejohanan Di Pantai Tanjung Gelam
Pasukan Perahu Layar Terengganu mengungguli Kejohanan Liga Layar Terengganu (TSL-TSDP) Siri 2/2020 di Pantai Tanjung Gelam dengan menguasai kategori terbaik keseluruhan kategori Optimist bagi lelaki dan perempuan.
21 Sep 20
623