lightning-solid
Berita :

Artikel "Sukan" Terkini

Manfaat Peluang Maksimumkan Prestasi-Wan Sukairi
Manfaat Peluang Maksimumkan Prestasi-Wan Sukairi
https://www.youtube.com/embed
23 Feb 21
207
Manfaat Peluang Maksimumkan Prestasi - Wan Sukairi
Manfaat Peluang Maksimumkan Prestasi - Wan Sukairi
KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menggesa atlet-atlet Terengganu memanfaatkan peluang berlatih untuk meningkatkan prestasi mereka dengan kelonggaran yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN). "Alhamdulillah, negeri Terengganu kini berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kita telah mendapat kelonggaran untuk memulakan latihan. "Jadi, kita berharap para atlet dapat memaksimumkan prestasi mereka dalam semua sukan yang akan dipertandingkan terutama di Sukan Malaysia (SUKMA) nanti," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas melawat pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Sultan Ahmad, di sini hari ini. Dalam lawatan tersebut, Wan Sukairi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam turut menyampaikan bekalan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan 207 pelajar itu sepanjang peperiksaan berlangsung.  Terdahulu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya memaklumkan, para atlet telah mula melaporkan diri secara berperingkat di dua asrama MSNT Kuala Nerus sejak Ahad lalu. Menurutnya, latihan turut dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan secara 'kuarantin di kem' serta pematuhan latihan kumpulan maksimum 10 orang bagi latihan 'indoor'.      
23 Feb 21
386
Anak Terengganu Azizulhasni, Harrif Gegar Dunia
Anak Terengganu Azizulhasni, Harrif Gegar Dunia
Dua pelumba basikal kelahiran Terengganu, Azizulhasni Awang dan Harrif Salleh mencipta nama di pentas dunia pada 20 Februari baru-baru ini.
21 Feb 21
163
MSNT Mulakan Proses Sanitasi Kawasan Kemudahan Sukan
MSNT Mulakan Proses Sanitasi Kawasan Kemudahan Sukan
KUALA NERUS, 18 Februari - Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) hari ini memulakan kerja-kerja sanitasi di semua kemudahan sukan seluruh negeri Terengganu berikutan pembukaan sektor sukan pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula di negeri ini, esok. Penolong Pengarah (Pengurusan Kompleks Sukan) MSNT, A. Zulkefli Mohammad memaklumkan, tugasan itu dimulakan di lapan kemudahan sukan utama di bawah pengurusan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak iaitu Stadium Sultan Mizan, Stadium Tertutup, Arena Lawnbowls padang latihan bola sepak dan ragbi, padang hoki, mini stadium serta litar permotoran. "Proses sanitasi yang kita lakukan pada hari ini melibatkan anggota seramai 10 orang terdiri daripada kakitangan yang telah mahir dan mendapat tunjuk ajar dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu. "Bahan yang digunakan juga merupakan bahan yang disyorkan Bomba serta menepati spesifikasi diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu program sanitasi di kemudahan sukan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini. Jelasnya, program sanitasi itu merupakan proses kali keempat dilakukakn MSNT sejak pandemik Covid-19 lalu. "Kita masih lagi berhati-hati menguruskan kemudahan sukan di Terengganu ini terutama di sini kerana ia menjadi tumpuan ahli-ahli sukan terutama pemain bola sepak dan atlet yang melakukan persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) nanti. "Jadi, kawasan-kawasan yang kita jangka didekati atlet secara menyeluruh kita akan sanitasi. Selepas program hari ini, kita akan bergerak ke daerah-daerah contohnya asrama atlet, pusat latihan tinju di Besut dan dewan gimnastik di Marang. Kami berharap dengan adanya program sanitasi ini, kita dapat mengawal penularan di semua pusat sukan di negeri Terengganu," katanya. Tambah A. Zulkefli lagi, usaha tersebut sebagai menyambut baik pembukaan semula sektor sukan dengan norma baharu yang diumumkan Kerajaan Persekutuan, baru-baru ini. "Proses ini akan berjalan secara berkala, manakala bagi kemudahan yang bersaiz kecil, kita buat setiap hari contohnya kawasan gim akan dilakukan setiap sebelum dan selepas digunakan. "Kalau pertandingan bola sepak pula, sehari sebelum pasukan bola sepak masuk stadium kita telah buat sanitasi dan selepas mereka keluar, keesokan harinya kita akan buat lagi sanitasi lokasi tersebut," katanya.  
18 Feb 21
509
BICARA BELANJAWAN TERENGGANU 2021
BICARA BELANJAWAN TERENGGANU 2021
Apakah ada peluang-peluang untuk anak muda / NGO turut serta menjana pendapatan melalui sektor pertanian ini?  
18 Feb 21
174
BICARA BELANJAWAN TERENGGANU 2021
BICARA BELANJAWAN TERENGGANU 2021
Rata-rata atlet sukan cemerlang pada usia emas mereka iaitu 11 sehingga 35 tahun. Apakah ada perancangan dari kerajaan negeri untuk membina karier dan membantu atlet apabila mereka bersara dari sukan?
16 Feb 21
243
Jijoe Rampas Gelaran Nombor 1 Dunia Pecut Individu
Jijoe Rampas Gelaran Nombor 1 Dunia Pecut Individu
Jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang mendapat tonik berharga menjelang temasya Olimpik Tokyo nanti apabila berjaya merampas ranking pertama dunia dalam acara pecut individu
15 Feb 21
205
Velodrom Azizulhasni Dijangka Siap April Tahun Hadapan
Velodrom Azizulhasni Dijangka Siap April Tahun Hadapan
KUALA TERENGGANU, 11 Februari - Velodrom Azizulhasni dijangka siap sepenuhnya pada April tahun hadapan memandangkan negara berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan kerja-kerja pembinaannya tergendala. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,  sehingga kini, lebih daripada separuh projek tersebut telah pun siap iaitu mencapai  51 peratus.  "Walaupun mengikut jadualnya hanya 44 peratus, tetapi sudah nampak, tempat pengurusan ataupun pejabat termasuklah balai pengawal dan sebagainya telah pun nampak rupalah," katanya. Beliau berkata demikian pada Program Bicara Belanjawan Terengganu 2021 yang disiarkan secara langsung di TV Darul Iman di sini, baru-baru ini. Menurut beliau lagi, selain daripada velodrom yang menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat, ada tiga lagi projek yang menggunakan peruntukan daripada negeri iaitu projek pembinaan pusat futsal, Kompleks Sukan Squash dan juga membaik pulih lapang sasar menembak.  "Namun begitu, seperti yang kita tahu apabila berlaku COVID-19 ini memberi impak kepada kewangan kerajaan yang agak ketara juga, maka ketiga-tiga projek ini turut terkesan," katanya. 
10 Feb 21
316
Jijoe Rampas Gelaran Nombor 1 Dunia Pecut Individu
Jijoe Rampas Gelaran Nombor 1 Dunia Pecut Individu
KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang mendapat tonik berharga menjelang temasya Olimpik Tokyo apabila berjaya merampas ranking pertama dunia dalam acara pecut individu. Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam, anak kelahiran Terengganu itu berjaya mengumpul 1,600 mata sekali gus berjaya menghuni ranking pertama. Menerusi ciapan di laman facebooknya tengahari tadi, 'The Pocket Rocketman' ternyata gembira dengan kedudukan ranking semasa tersebut. "Sudah tentu ia menjadi pembakar semangat buat saya yang dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo nanti. "Bagi saya, ia juga adalah berita gembira buat arena sukan negara kita juga, diharap agar sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi buat atlet-atlet muda di tanah air kita. "Di samping itu, saya juga berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan agar segala persiapan berjalan lancar dan saya berjaya memenangi pingat Emas di Sukan Olimpik Tokyo nanti Insya-Allah," kata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016. Pengumuman UCI itu juga turut menyaksikan Azizulhasni atau Jijoe menduduki tempat kedua dunia bagi acara keirin setelah meraih 1,740 mata di belakang Kevin Quintero dari Colombia yang mengumpul 1,790 mata. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah mewakili kerajaan negeri mengucapkan tahniah dan setinggi-setinggi penghargaan atas kejayaan berkenaan "Ranking tertinggi dalam dua kategori tersebut diharapkan akan memberi semangat lebih besar untuk memberi aksi terbaik di Tokyo. "Semoga kejayaan ini juga memberi semangat kepada atlet lain seperti atlet memanah negara, Khairul Anwar Mohamad dan atlet-atlet lain dalam mengharumi nama negeri dan negara. "Seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia akan mendoakan kejayaaan buat mereka Insya-Allah," katanya ketika dihubungi. Sebelum ini, kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan sokongan atlet sukan olimpik Tokyo sebanyak RM200,000 kepada Jijoe dan atlet memanah negara, Khairul Anwar Mohamad, sebagai usaha menjayakan persiapan atlet tersebut dalam temasya berkenaan..    
10 Feb 21
7372
Kerajaan Terengganu Tidak Abai Pesara Sukan
Kerajaan Terengganu Tidak Abai Pesara Sukan
Kerajaan Terengganu memberi komitmen untuk tidak mengabaikan keperluan bekas atlet selepas bersara atau tidak lagi aktif dalam karier mereka.
04 Feb 21
130