Artikel "Politik" Terkini
 
                        
                                            
                            Jangan Guna Jentera Kerajaan, PAS Tegur PH BN
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 26 Julai - Parti Islam Se-malaysia (PAS) membidas tindakan parti politik yang menggunakan jentera dan premis kerajaan bagi tujuan politk sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata, lebih malang lagi terdapat juru kempen parti politik yang memasuki kawasan sekolah untuk berucap di hadapan para pelajar.
“Contohnya seperti yang berlaku pada program rasmi Kementerian Kesihatan baru-baru ini yang disertai oleh pemimpin berpakaian parti dalam program itu.
“Tindakan tersebut seolah-olah menggunakan penjawat awam untuk kepentingan dan tujuan politik,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Pengumuman calon Perikatan Nasional di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Jalan Sultan Omar di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Terengganu, Ariffin Deraman.
Tambah Dr Alias, pada esok hari pula akan diadakan pelancaran jentera Perpaduan Terengganu ketika Jelajah Perpaduan Madani di sebuah sekolah di negeri ini.
“Kita ingin tanya, adakah larangan penggunaan aset atau premis kerajaan sudah dibatalkan.
"Pihak berkuasa atau pihak yang bertanggungjawab perlu memberi penjelasan, mengenai perkara itu” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, PAS Terengganu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada esok, 27 Julai 2023.
Senarai calon itu akan diumumkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.
 
                        
                        
                                26 Jul 23
            
                    
                                414
            
             
                        
                                                    
                            MB Harap Semua Parti Bersaing Secara Harmoni
                        
                        
                            Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Negeri nanti mewujudkan suasana harmoni ketika berkempen khususnya di negeri ini.
                        
                        
                                24 Jul 23
            
                    
                                111
            
             
                        
                                            
                            Isu 3R : Tidak Adil Hanya PN Dikenakan Tindakan
                        
                        
                            SETIU, 21 Julai - Tidak adil jika undang-undang berkait isu 3R iaitu bangsa, agama, dan raja hanya dikenakan terhadap Perikatan Nasional (PN) sedangkan jelas ada pemimpin parti pihak kerajaan melanggar tiga perkara itu.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebelum ini maestro DAP ada membuat perjanjian antara semua parti politik supaya isu 3R tidak dibangkitkan dalam Pilihan Raya.
"Saya kata apa jua undang-undang yang ada haruslah sama rata bukan (dikenakan) kepada pihak pembangkang sahaja.
"Kalau tidak ia menyebabkan ketidakadilan berlaku, kalau kita hendak berlawan dalam pilihan raya tentukan perlu berlawan dalam padang yang sama rata.
"Tapi apabila merasa tertekan maka dia (PHBN) mengenakan syarat untuk menekan pihak lawan, tidak bolehlah macam tu,"ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Rumah Pekerja, di Ladang Jaya Sungai Tong, di sini semalam.
Dalam pada itu ketika diajukan soalan adakah pendakwaan yang berlaku ke atas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Sanusi Mohd Nor merupakan usaha pihak tertentu membunuh karakternya, Ahmad Samsuri berkata apa yang tular dalam di media sosial sudah menjawab persoalan itu.
"Saya tak nak komen, tetapi para anggota masyarakat di luar sana terutamanya netizen boleh mendengar sendiri apa yang disebut oleh salah seorang menteri di peringkat pusat yang menyebut mereka telah ada perancang untuk buat itu dan ini sehingga 'viral' dalam TikTok.
"Jadi apa sebenarnya ini? kita sedang berhadapan Pilihan Raya atau sebaliknya, kalau hadap Pilihan Raya kena buat cara hadap Pilihan Raya," katanya.
Menjawab sama ada Sanusi masih boleh terlibat dengan kempen PRN, ujarnya tidak ada sebarang halangan untuk terus berkempen sebagaimana calon-calon yang lain mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
"Sentiasa ada perbincangan untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi di kalangan peimpinan dan penceramah, memang kita sentiasa mengkaji dari semasa ke semasa," ujarnya.
                        
                        
                                21 Jul 23
            
                    
                                439
            
             
                        
                                            
                            Ahmad Samsuri, Annuar Musa Calon PN Parlimen KT?
                        
                        
                            SETIU, 20 Julai - Nama Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar musa terus berlegar di media sosial sebagai calon yang akan mewakili PAS untuk Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.
Menurut Ahmad Samsuri, beliau menyifatkan perkara itu hanya khabar angin yang disensasikan oleh pelbagai pihak menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (Negeri) dan PRK Kuala Terengganu.
"Saya dengar macam-macam, bukan Tan Sri Annuar Musa sahaja, ada nama-nama lain turut disebut, spekulasi yang berlegar di media sosial serta yang berlegar dalam mesyuarat itu cerita lain.
"Jadi kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk membuat sebarang spekulasi di media sosial, Setakat ini saya tidak mempunyai maklumat (mengenai calon yang akan dipertaruhkan)," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbarnya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Rumah Pekerja, di Ladang Jaya Sungai Tong, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS itu berkata, Perikatan Nasional (PN) membuka peluang sama ada calon import atau tempatan sebelum dimuktamadkan.
"Terbuka, yang penting pada data dan analisa kita dan gerak kerja pilihan raya menunjukkan dia boleh menang, sesuai untuk jadi wakil kepada rakyat bagi menyampaikan suara kepada pihak atasan," katanya.
                        
                        
                                20 Jul 23
            
                    
                                644
            
             
                        
                                                    
                            Banyak Lagi Projek 'Sakit' Zaman UMNO Akan Dibaik Pulih
                        
                        
                            Kerajaan Negeri sedang meneliti beberapa lagi projek terbengkalai di zaman UMNO untuk dibaik pulih.
                        
                        
                                20 Jul 23
            
                    
                                213
            
             
                        
                                            
                            Wau Bulan Gergasi Zahir Semangat 'Teguh Pertahan'
                        
                        
                            MARANG, 16 Julai - Pembinaan replika wau bulan gergasi yang berukuran 21 meter lebar dan 24 meter tinggi mengambarkan semangat rakyat khususnya golongan anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong untuk mempertahankan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata beliau sendiri secara peribadi tersentuh dengan kesungguhan masyarakat yang berusaha menyiapkan replika itu dalam masa dua minggu.
"Sayu hati melihat kesungguhan kesemua mereka yang terlibat khususnya anak muda dengan duit dan tenaga mereka sendiri bersungguh-sungguh menyiapkan wau yang sangat besar mengambarkan mahu PAS terus memerintah Terengganu," ujarnya.
Beliau berkata demikian melalui video ucapan pendek di facebook rasminya, di sini, kelmarin.
Dalam pada itu beliau yang juga merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata, besar harapannya agar semangat yang ditunjukkan oleh masyarakat serta anak muda berkenaan akan mengamit kepulangan anak-anak perantau untuk turut bersemangat menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
"Ambil semangat orang kampung untuk anak-anak muda dan pengundi di perantauan agar pulang menunaikan tanggungjawab, balik bertemu keluarga  juga bertemu dengan anak-anak muda yang ada di kampung untuk turut bersama membangkitkan semangat 'raya' yang hanya berlangsung lima tahun sekali," ujarnya.
Katanya, dengan adanya replika wau gergasi berkenaan tempat tersebut akan menjadi tumpuan serta dikunjungi ramai untuk diabadikan kenangan dengan bergambar sepanjang PRN ini.
 
 
                        
                        
                                16 Jul 23
            
                    
                                349
            
             
                        
                                                    
                            MB Tak Termakan ‘Game Plan’ Ahmad Said
                        
                        
                            Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan beliau tidak termakan dengan permainan atau ‘game plan’ politik Pengerusi Umno Terengganu yang kini giat menimbulkan pelbagai isu.
                        
                        
                                07 Jun 23
            
                    
                                197
            
             
                        
                                                    
                            Gelombang Rakyat Pilih PN Berterusan
                        
                        
                            Gelombang rakyat memilih Perikatan Nasional (PN) tidak dapat dihentikan serta dihalang kerana pengundi akan terus memberi kepercayaan kepada gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
                        
                        
                                04 Jun 23
            
                    
                                198
            
             
                        
                                            
                            Gelombang Rakyat Pilih PN Berterusan
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 1 Jun - Gelombang rakyat memilih Perikatan Nasional (PN) tidak dapat dihentikan serta dihalang kerana pengundi akan terus memberi kepercayaan kepada gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh rakyat melihat kewibawaan parti itu sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri walaupun berhadapan kekangan kewangan.
"Saya lihat prestasi yang dicapai oleh kerajaan (tiga) negeri ini apabila kita (PAS) perintah sangat menarik walaupun dalam keadaan berhadapan masalah kewangan yang dinafikan.
"Kita pernah mengalami bertahun-tahun masalah ini, apa yang penting rakyat memahami masalah ini (kerana itu) kita melihat gelombang rakyat itu berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 dengan menolak parti lain dan menyokong kita (PN),"ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang medianya selepas menghadiri Terengganu internasional Summit (TIS) 2023, di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berpandangan selain 'gelombang hijau' yang berlaku di tiga buah negeri diperintah PAS, akan turut berlaku di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
"Gelombang ini masih ada (berlaku) sehingga hari ini khususnya dalam kalangan pengundi-pengundi muda," katanya.
 
                        
                        
                                01 Jun 23
            
                    
                                224
            
             
                        
                                            
                            Dr Sam Tak Mahu Dabik Dada
                        
                        
                            KEMAMAN, 11 April - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mendabik dada ataupun merasa selesa dengan sokongan rakyat dan pemerhati politik atas prestasi cemerlang sepanjang mentadbir negeri ini.
Beliau sebaliknya berkata, usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat akan terus ditingkatkan pada masa akan datang.
Katanya, jika PAS terus diberi kepercayaan untuk penggal akan datang, parti itu akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan agar segala agenda untuk rakyat akan dapat dijayakan.
"Saya tidak memberi markah kepada diri sendiri apa yang penting kami (telah) laksanakan (segala amanah) dengan cara yang terbaik. Namun begitu, sudah tentulah masih ada ruang yang boleh kita tambah baik untuk dilaksanakan.
"Sebab itu jika diberi amanah dan ruang oleh rakyat sekali lagi, insya-Allah kami akan memperbaiki segala kelemahan yang lalu serta akan menambah perkara yang tidak boleh dilaksanakan pada sesi (penggal) kali ini kita akan terusakn pada sesi akan datang dengan cara yang lebih baik," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menghadiri Program Prihatin Ramadan dan Majlis Perasmian Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Daerah Kemaman, di Masjid Batu 2 1/2, Mak Chili, Kemaman, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada kali ini PAS telah melakukan persediaan terbaik termasuk akan membentangkan manifesto di luar jangka khusus untuk rakyat negeri ini.
"Telah ada dalam jadual mengenai tarikh akan dilancarkan manifesto, jadi kepada semua tunggulah kedatangannya.
"(Mengenai) pembahagian kerusi rundingan peringkat pertama telah dilakukan, ada sedikit lagi perkara yang belum selesai dan saya percaya dalam tempoh yang terdekat akan dapat diselesaikan dan ia telah berjalan," ujarnya lagi.
                        
                        
                                11 Apr 23
            
                    
                                766
            
             
                