Artikel "Ekonomi" Terkini
Meterai Perjanjian Bersejarah dalam Tenaga Hijau dan Kecekapan Tenaga
Memorandum Perjanjian Tenaga Hijau adalah lambang kepercayaan terhadap tenaga yang diperbaharui sebagai jalan utama dalam mengurangkan pelepasan karbon dan mengurangkan pergantungan kepada bahan bakar fosil.
23 Sep 24
120
10 Projek Berimpak Tinggi Dalam Draf Rancangan Tempatan Hulu Terengganu
Sebanyak 111 cadangan pembangunan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu 2035 (Penggantian) bernilai RM14.08 bilion yang akan dilaksanakan dalam tempoh 11 tahun.
18 Sep 24
1037
Karnival MYFutureJobs Sedia 4,300 Peluang Pekerjaan
Sebanyak 4,300 peluang pekerjaan termasuk kira-kira 10 peratus daripadanya terbuka kepada golongan orang kurang upaya (OKU) membabitkan 65 syarikat dari pelbagai sektor dan industri pada Karnival Kerjaya MyFutureJobs 'Tiada Yang Terpinggir' 2024 negeri Terengganu yang sedang berlangsung di KTCC Mall hari ini dan esok.
27 Aug 24
100
KMI Taman Desa Serah Zakat Terbesar
Anak Syarikat kerajaan negeri Terengganu, Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI Healthcare) menyerahkan zakat perniagaan terbesar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM).
13 Aug 24
102
GLC Terengganu Terlibat Aktif Bangunkan Industri CCUS
KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Anak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Terengganu akan terlibat secara aktif dalam perbincangan membangunkan hab Industri Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) dengan Kerajaan Persekutuan melalui PETRONAS.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia sebagai langkah permulaan untuk membangunkan CCUS dengan memastikan kepentingan ekonomi dapat dimanfaatkan oleh kerajaan negeri.
"Rakyat tidak akan 'participantas directly' di dalam isu CCUS ini, tetapi apabila hasil kerajaan negeri bertambah melalui GLC akhirnya ia akan ditumpahkan kepada rakyat juga dalam pelbagai program sosial, program ekonomi dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada rakyat," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada sidang akhbarnya, selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.
Berkongsi perkembangan semasa, beliau menyatakan bahawa Kementerian telah memaklumkan akan menggubal undang-undang berkaitan CCUS sebelum berakhir tahun ini.
"Sebab CCUS ini merupakan perkara baru dan ia memerlukan rangka polisi dan peraturan-peraturan dalam bentuk undang-undang untuk dilaksanakan kemudian baru ia boleh dilaksanakan dengan begitu kemas.
"Ia juga sebagai panduan kepada pelabur-pelabur di peringkat antarabangsa ataupun syarikat-syarikat luar negara yang ingin menggunakan khidmat CCUS supaya akhirnya kepentingan negara dan negeri dapat dijaga," ujarnya.
Sebelum ini, Kementerian Ekonomi berkata, projek itu dijangka menarik pelaburan mencecah RM20 bilion.
30 Jul 24
247
'Terengganu Tuntut Royalti, Bukan Persoal Perbelanjaan Pembangunan'
MARANG, 21 Julai - Kerajaan Terengganu menegaskan bahawa pihaknya menuntut Kerajaan Persekutuan melunaskan pembayaran lima peratus daripada hasil minyak atau royalti petroleum, bukan mempersoalkan mengenai perbelanjaan pembangunan.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bayaran royalti petroleum dan perbelanjaan pembangunan adalah dua perkara yang sangat berbeza.
"Yang dipersoalkan oleh pentadbiran kerajaan dan juga rakyat negeri Terengganu adalah perolehan Dana Khas Kerajaan Persekutuan atau wang ehsan yang kita panggil sebagai royalti.
"Ia berbeza antara 'developement expenditure', 'rolling plan' daripada Rancangan Malaysia dengan pendapatan hasil royalti," ujarnya sambil berkata tidak adil mengaitkan perbelanjaan pembangunan dengan royalti minyak yang sememangnya menjadi hak rakyat Terengganu.
Ahmad Samsuri berkata demikian ketika ditanya mengenai peruntukan pembangunan di Terengganu yang meningkat kepada RM7.23 bilion pada tahun ini berbanding RM5.99 bilion pada 2022.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, ia membabitkan projek negeri dan Persekutuan sekali gus menunjukkan dakwaan kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan untuk Terengganu tidak benar.
Mengulas mengenai dakwaan perbelanjaan pembangunan untuk Terengganu meningkat di bawah Anwar Ibrahim berbanding ketika pemerintahan terdahulu, Ahmad Samsuri berkata perkara itu sangat mengelirukan.
"Perbelanjaan pembangunan yang berlaku bukan sehari dua tetapi mengambil masa daripada tahun sebelum-sebelum ini lagi, ada 'developement expenditure' melibatkan projek-projek tertentu yang ambil masa bertahun-tahun atau lima tahun.
"Ada projek zaman atau sebelum zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi dan juga Dato' Seri Ismail Sabri, sebelum daripada PM10 lagi, jadi kalau kita hendak banding perbelanjaan pembangunan begiitu tidak adillah, tetapi kita hargai apa jua jumlah peruntukan yang diberikan," jelasnya.
21 Jul 24
1094
MRL Utamakan Rakyat Terengganu Bagi 3,200 Peluang Kerja ECRL
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memberi jaminan untuk mengutamakan rakyat Terengganu bagi 3,200 peluang pekerjaan di sepanjang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) apabila memulakan operasi pada Januari 2027.
17 Jul 24
387
Industri Nyahkarbon Beri Pulangan Lumayan Buat Terengganu
Projek industri Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) yang bakal dilaksanakan di Kerteh, Kemaman akan menghasilkan pulangan lumayan buat rakyat, negeri dan negara.
17 Jul 24
735
MRL Utamakan Rakyat Terengganu Bagi 3,200 Peluang Kerja ECRL
KUALA LUMPUR, 16 Julai - Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memberi jaminan untuk mengutamakan rakyat Terengganu bagi 3,200 peluang pekerjaan di sepanjang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) apabila memulakan operasi pada Januari 2027.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwish Abdul Razak berkata, pihaknya telah berbincang dengan Kerajaan Terengganu bagi menyediakan tenaga kerja dan sumber manusia khususnya di enam stesen ECRL di negeri tersebut.
Katanya, Terengganu juga akan merasai limpahan ekonomi dan kemajuan sebaik ECRL beroperasi.
"Jadi tentunya kerajaan negeri perlu bersedia menyediakan keperluan tenaga kerja dan sumber manusia pada masa akan datang (fasa pengoperasian).
"Saya rasa perkara ini perlu diperhalusi, diperbincangkan lagi dengan lebih mendalam," ujarnya ketika ditemui urus Setia Penerangan Darul Iman, selepas menerima kunjungan Kerajaan Negeri Terengganu di sini, semalam.
Delegasi itu telah diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ariffin Deraman.
Turut hadir, Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC), Aminuddin Omar serta wakil daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Terengganu.
Dalam pada itu, Ariffin Deraman pula berkata pertemuan yang diadakan itu sangat bermakna dalam usaha kerajaan negeri memastikan rakyat negeri Terengganu akan diberikan keutamaan untuk mendapat peluang pekerjaan.
"Hasil pertemuan sangat memberangsangkan, kalau kita tidak berjumpa maka kita tidak tahu akan peluang pekerjaan begitu banyak untuk rakyat Terengganu. Besar harapan agar rakyat Terengganu diberikan peluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang ada," katanya.
Justeru katanya, kerajaan negeri akan berusaha menyediakan tenaga kerja yang akan mengisi segala peluang pekerjaan itu, rakyat Terengganu akan dilatih dengan kemahiran tinggi bagi mengisi kekosongan itu nanti.
"Insya-Allah kita akan bertindak atas persetujuan bersama untuk membuat Memorandum Persefahaman (MoU) berdasarkan objektif utamanya, rakyat Terengganu akan mendapat pekerjaan di bawal MRL. Dari segi berapa jumlah pekerjaan yang akan diisi itu nanti tidak dibincangkan lagi.
"Apa yang pasti dengan adanya ECRL ini dia akan menjadikan kawasan di sekitar enam stesen di Terengganu ini akan mengalami pembangunan yang pesat dari Kemaman sehingga ke Besut," ujarnya.
16 Jul 24
2503
Bengkel Jemari Emas Martabatkan Produk Tempatan
MARANG, 16 Julai - Kelas jahitan 'Bengkel Jemari Emas' yang disertai golongan Wanita DUN Rhu Rendang terutama suri rumah dan ibu tunggal menjadi platform terbaik bagi meningkatkan kemahiran untuk menambah pendapatan keluarga serta memartabatkan produk kraftangan tempatan.
Isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Faizah Tuan Ab Rahman berkata, adalah menjadi harapan agar Bengkel Jemari Emas yang dilaksanakan itu akan memperkasakan golongan hawa di DUN tersebut yang akan melahitkan bakat-bakat baru sekali gus berupaya menjana eknomi keluarga.
"Ini sangat penting bagi memastikan lebih ramai rakyat membudayakan penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian, seterusnya dapat mempromosikan produk buatan Malaysia.
“Bengkel ini memberi ruang dan peluang untuk membuka untuk menjana pendapatan dan Galeri Khairunnisa’ dan juga boleh memasarkan produk tersebut.
“Sebelum ini kita melaksanakan jemari emas ini di peringkat parlimen yang mana saya sendiri yang mengajar dan peserta seramai 20 orang, tetapi kali ini saya laksanakan di semua DUN di Terengganu sebanyak 32 DUN untuk berkongsi ilmu jemari emas ini atas faktor permintaan penyertaan yang tinggi,”ujarnya.
Beliau berkata ketika ucapan program Bengkel Jemari Emas di Dewan Taman Medan Jaya I, semalam.
Turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah(Pembangunan Komuniti) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Wan Zulfazlee Wan Mustaffa, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Marang, Zainur Suhada Mamat dan isteri-isteri wakil rakyat Khairunnisa’.
16 Jul 24
314