Artikel "agama" Terkini
Terengganu Alukan Kedatangan Ulama, Cendekiawan ke Darul Iman
Kerajaan negeri mengalukan kedatangan alim ulama, ilmuwan dan cendekiawan ke bumi Terengganu bersempena program Terengganu International Summit (TIS) 2023.
04 Jun 23
237
TIS, Wahabi : 'Jangan Berkelahi Isu Furuk'
KUALA TERENGGANU, 1 Jun - Dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan Terengganu International Summit 2023 (TIS2023) dengan wahabi adalah sangat tidak tepat kerana menyalahi matlamat penganjuran program berkenaan bagi membincangkan 'kesyumulan Islam dalam mendepani cabaran'.
Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam hari ini terutamanya daripada kalangan agamawan tidak perlu berkhilaf dalam masalah furuk dan berkelahi sesama sendiri hingga membiarkan musuh bermaharajalela.
"Wahabi adalah mazhab akidah, satu tajuk yang sangat luas (perbincanggannya), ada yang tidak reti (faham) termasuk ulama yang tidak 'tafaqquh' (memahami) dan tidak mengaji dalam agama secara menyeluruh.
"Itu yang menjadi masalahnya (perpecahan kalangan umat Islam) penjajah suka sangatlah, dia (golongan tidak faham seolahnya) dia kerja untuk penjajah," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas menghadiri program 'International Summit 2023', di dewan konvensyen, Taman Tamadun Islam, di sini, hari ini.
Sementara itu Pengerusi Bersama TIS 2023, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program berkenaan telah menampilkan lapan tokoh pemikir dari luar negara serta dalam negara.
Jelas beliau, antaranya ialah dari India, Dr.Zakir Abdul Karim Naik (India), Prof. Dr. Abdel Rahim Ali Mohamed Ibrahim (Sudan), Sheikh Ahmad Saud Saeed Al Siyabi (Oman), Dr.H.Muhammad Hidayat Nur Wahid (Indonesia), Dr. Mohamed Shahem Ali Saeed (Maldives).
Manakala tokoh dalam negara pula ialah, Dato' Seri. Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Dalam pada itu, Muhammad Khalil menyatakan program tersebut mendapat sambutan luar jangka.
"Kita jangka 500 orang akan hadir, tetapi yang hadir dan berdaftar hampir 900 orang," ujarnya.
01 Jun 23
1055
Terengganu Muliakan Ulama
KUALA TERENGGANU, 1 Jun - Kerajaan negeri hari ini terus mempertahankan hubungan rapat dengan ulama yang telah bermula sejak dulu sebagaimana terpahat dalam sejarah.
Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, atas faktor itu Terengganu mempunyai sistem pengajian ilmu dengan pelbagai ulama bertaraf dunia sehingga pernah digelar serambi mekah setaraf Kelantan dan Acheh.
"Kita berbangga kerana masyarakat Terengganu amat kuat pegangan agama dan tradisi pengajian agama, dalam hal ini telah menjadikan Islam sebagai suatu dasar atau pegangan rakyat (sehingga) telah menimbulkan semangat perpaduan di kalangan umat Melayu.
"Bahawa kedudukan mereka di dalam kerangka tauhid, ummah dan ukhwah bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu semata-mata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi,"ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Bersama Terengganu International Summit (TIS) 2023 berkata demikian ketika berucap menyapaikan ucapan alu-aluan di program berkenaan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam di sini hari ini.
Mengulas lebih lanjut katanya, penemuan Batu Bersurat telah membuktikan bahawa Terengganu telah lama berpegang teguh dengan ajaran Islam yang syumul.
"Ajaran Islam yang difahami oleh masyarakat Melayu Islam Terengganu sebagai 'ad-deen' atau 'way of life' dan bukannya terhad kepada persoalan ibadat semata-mata sepertimana yang difahami oleh masyarakat Melayu selepas era penjajahan Brtish.
"Hal ini boleh diperhatikan melalui kandungan Islam yang terdapat dalam Batu Bersurat merangkumi seluruh kehidupan bermasyarakat sama ada dalam bidang pentadbiran, kekeluargaan, jenayah, muamalah, politik dan sebagainya.
"Begitu juga dalam Undang-undang Tubuh Negeri yang dinamakan sebagai Itqanul Muluk Bi Ta'diliis Suluk yang turut menerapkan pengaruh sistem politik Islam dalam pemerintah negeri,"katanya.
Dalam pada itu beliau menyifatkan TIS pada tahun ini sangat tepat pada masanya sebagai platform membincangkan ancaman global dalam bentuk serangan pemikiran yang semakin hebat dalam dunia hari ini dan kehadiran tokoh pemikir dari pelbagai negara ini sangat dialu-alukan oleh kerajaan negeri.
"Semoga dengan penganjuran persidangan Antarabangsa Negeri Terengganu yang singnifikan ini, serta kerjasama semua pihak akan memberikan impak nasional kepada usaha memelihara kestabilan dan kesejahteraan negara berpandukan kepada ajaran Islam,"ujarnya.
01 Jun 23
811
Madinah Ramadan Sedia Sukarelawan Jaga Anak Ketika Tarawih
KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Madinah Ramadan pada tahun ini menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak bagi membolehkan ibu bapa menunaikan solat tarawih dengan lebih tenang dan selesa.
Wakil Sukarelawan di pusat penjagaan kanak-kanak itu, Nur Aisyah Humairah berkata ibu bapa hanya perlu menumpukan perhatian kepada ibadat sementara kanak-kanak berada di bawah jagaan sembilan petugas.
Katanya, kanak-kanak dijaga dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.
"Pelbagai aktiviti menarik yang akan mereka lakukan termasuk melukis, mewarna, bermain dan sebagainya.
"Tinggalkan sahaja anak-anak di sini, inilah keistimewaan yang ada di Madinah Ramadan bermula pada tahun ini tanpa dikenakan sebarang bayaran, " ujarnynya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Madinah Ramadan, Dataran Jambatan Angkat, semalam.
Mengulas lanjut katanya, perkhidmatan yang disediakan itu walau bagaimanapun hanya dikhususkan untuk anak-anak yang berusia empat tahun ke bawah.
31 Mar 23
385
'Madinah Ramadan' Untukmu Wanita Terindah
KUALA TERENGGANU, 29 Mac - 'Madinah Ramadan' yang akan diadakan di Dataran Jambatan Angkat pada Ramadan kali ini akan turut menampilkan tiga program khas untuk kaum wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, bertemakan 'Untuk Wanita Terindah' tiga program khas yang akan diadakan itu dimulakan dengan 'Healing With Qur'an' pada 5 April (14) Ramadan.
Selain itu, Himpunan Wanita Muda Terengganu akan diadakan pada 8 April (17 Ramadan) dan 'Baiti Jannati' pada 16 April (25 Ramadan).
"Madinah Ramadan Terengganu kali ini menampilkan tiga program khas untukmu wanita Terengganu.
"Mari bersama luangkan masa bersama keluarga tercinta di tapak Madinah Ramadan (mengikuti) pengisian jiwa yang menarik serta jangan lepaskan peluang beramah mesra bersama artis-artis jemputan,"ujarnya menghebahkan program tersebut, di facebooknya, di sini, hari ini.
Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu itu akan bermula pada 30 Mac (8 Ramadan) ituakan turut menyediakan jamuan berbuka puasa dan moreh secara percuma.
Justeru semua rakyat di negeri ini dejmput hadir lebih awal bagi memeriahkan Madinah Ramadan Terengganu pada kali ini.
29 Mar 23
436
Madinah Ramadan Bermula 30 Mac
KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Program Madinah Ramadan bakal memeriahkan kembali malam di bulan puasa ini apabila ia kembali diteruskan pada 30 Mac nanti.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat Terengganui sepertinya sudah tidak sabar lagi untuk merasai kemeriahannya sejak ia diadakan sebelum ini.
"Baru ini ada yang bertanya di media sosial facebook saya tentang program (Madinah) Ramadan yang kita telah jalankan sebelum ini.
"Alhamdulillah, seperti tahun sebelumnya kita juga meneruskan program ini dan bermula pada 30 Mac 2023, Dataran Jambatan Angkat Terengganu menjadi destinasi pilihan kali ini, jemput hadir beramai-ramai,"ujarnya.
Beliau berkata demikian melalui facebooknya, di sini, semalam.
Untuk rekod, Madinah Ramadan merupakan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan negeri bermula 2018 untuk menyebar luaksan usaha dakwah serta menyampaikan ilmu kepada masyarakat Terengganu bagi memenuhi bulan ini dengan melakukan perkara bermanfaat.
Antara acara yang dijangka akan diadakan selama 12 hari sebagaimana sebelum ini ialah berbuka puasa bersama, solat Maghrib dan Isyak berjemaah kemudiaan disusuli solat Tarawih.
Selain akan turut diisi dengan tazkirah, bicara ilmu, ceramah Badar al-Kubra dan Nurul al-Qur'an serta pelbagai lagi aktiviti yang akan menjadikan sambutan bulan ini akan pernuh bermakna.
26 Mar 23
507
‘Jom Ke Masjid’ Ikat Hati Generasi Baharu
KUALA TERENGGANU, 23 Mac – Masjid Al-Furqan, Chendering telah menganjurkan Program Jom Ke Masjid bagi mengikat hati kanak-kanak serta para remaja untuk solat berjemaah di masjid.
Menurut Pengerusi Masjid Al-Furqan, Abdul Rahman Che Mat, matlamat program tersebut diadakan untuk menanam budaya solat berjemaah di masjid kepada generasi baharu.
“Program ini akan berlangsung sepanjang Bulan Ramadan di mana peserta-peserta berumur 7 hingga 17 tahun, masing-masing akan diberikan kad solat lima waktu.
Abdul Rahman memberikan penerangan tentang program kepada peserta
“Selepas selesai solat fardhu berjemaah, peserta perlu dapatkan cap daripada Ahli Jawatankuasa Masjid,” kata Abdul Rahman ketika ditemui pemberita usai solat tarawih di masjid itu yang diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, semalam.
Tambah beliau lagi, peserta yang berjaya mengumpulkan cap terbanyak akan diberikan hadiah.
“Hadiah yang kita tawarkan berupa wang tunai, hamper, sijil penyertaan dan banyak lagi mengikut kepada jumlah cap yang terkumpul.
Peserta-peserta Program Jom Ke Masjid
“Harapan kami agar program ini dapat membentuk para peserta untuk sentiasa solat fardhu berjemaah walaupun di luar Bulan Ramadan,” katanya lagi.
Selain itu, Masjid Al-Furqan juga turut menganjurkan majlis tadarus Al-Quran, Program Sentuhan Kasih Anak Yatim Dan Fakir Miskin, program derma darah dan lain-lain lagi dalam mengimarahkan Bulan Ramadan ini.
Kad solat 5 waktu berjemaah yang diberikan kepada peserta
23 Mar 23
433
141 Imam dan Bilal Terima Bantuan 'One-Off' RM28,200
Kerajaan negeri hari ini menyerahkan bantuan 'one-off' bernilai RM28,200 kepada 141 imam dan bilal di negeri ini.
23 Mar 23
194
141 Imam dan Bilal Terima Bantuan 'One-Off' RM28,200
KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Kerajaan negeri hari ini menyerahkan bantuan 'one-off' bernilai RM28,200 kepada 141 imam dan bilal di negeri ini.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif di bawah skim mubaligh itu dilaksanakan bagi menghargai jasa 80 imam dan 61 bilal.
"Sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap imam dan bilal di negeri Terengganu, kerajaan negeri telah meluluskan bayaran bantuan 'one-off' ini, masing-masing menerima sebanyak RM200 seorang.
"Saya berharap agar imam dan bilal akan terus berperanan menjadi institusi majid depan penuh beramanah menggalas tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) supaya peranan institusi ini dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah," ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan tersebut, di Perkarangan U2, Wisma Darul Iman (WDI), di sini, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri mengharapkan agar para imam dan bilal dapat berperanan dengan lebih baik pada Ramadan pada tahun ini dengan memandu masyarakat mengimarahkan masjid.
Ketika ditanya mengenai masjid atau surau yang ingin menggunakan imam dari luar negara,beliau berkata kerajaan negeri tidak menghalang namun pihaknya menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk memutuskannya.
"Kena tanya MAIDAM ada atau tidak permohonan (menggunakan imam luar negara) sebab tidak diuruskan oleh pihak kerajaan negeri secara terus ia bergantung kepada tapisan yang dibuat oleh agensi terbabit," ujarnya.
22 Mar 23
949
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
309