Harapan lebih 420 keluarga di Dungun untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi kenyataan apabila kerajaan negeri Terengganu melancarkan Projek Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) dan Bercampur Bukit Tebuk bernilai RM78 juta, di atas tanah seluas 36.83 ekar yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2030.