Jalur Gemilang
Berita :
Populasi Lembu Terengganu Naik, Cecah 107,531 Ekor
Populasi Lembu Terengganu Naik, Cecah 107,531 Ekor
Hidayah Azlin
10 jam yang lepas
128

KUALA TERENGGANU, 20 September – Sektor penternakan ruminan di Terengganu terus menunjukkan trend pertumbuhan positif apabila populasi lembu yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri mencatatkan peningkatan pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim memaklumkan, jumlah lembu berdaftar meningkat kepada 107,531 ekor bagi tahun 2025 berbanding 101,970 ekor yang direkodkan pada tahun 2024.
Menurut beliau, data rasmi tersebut hanya merangkumi statistik ternakan yang didaftarkan secara sah mengikut saluran dan prosedur JPV Negeri Terengganu.

"Jumlah ini merupakan angka lembu yang berdaftar dengan Jabatan Veterinar. Ternakan lembu yang dilepas bebas dan merayau di tepi-tepi jalan tidak masuk dalam kiraan statistik ini," jelas beliau melalui satu kenyataan, di sini, hari ini.

Peningkatan data pendaftaran ini mencerminkan kesedaran yang semakin baik dalam kalangan penternak tempatan, berpandukan pengurusan ternakan yang lebih teratur serta menyokong keterjaminan bekalan daging tempatan bagi negeri Terengganu.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan