Berita :
Pantai Hadapan Masjid Mengabang Telipot Jadi Pilihan Lihat Gerhana Bulan
Pantai Hadapan Masjid Mengabang Telipot Jadi Pilihan Lihat Gerhana Bulan
Adli Mohamad
1 jam yang lepas
55

KUALA NERUS, 4 Mac - Pesisir pantai hadapan Masjid Mengabang Telipot  menjadi lokasi pilihan aktiviti cerapan melihat gerhana bulan oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Penolong Kanan Mufti (Falak), Ihsanuddin Ismail berkata, ini kerana pesisir pantai terbabit menghadap ufuk timur tanpa sebarang halangan bagi memastikan pemandangan yang amat cantik dapat diperolehi.

Katanya, sebanyak 10 teleskop dari Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Institusi Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Terengganu (JUPEM) telah diletakkan di sepanjang pesisir pantai hadapan masjid tersebut untuk melihat secara langsung.

"Ini merupakan pertama kali, orang ramai diberi peluang untuk melihat gerhana bulan penuh ini melalui demonstrasi cerapan bulan oleh Jawatankuasa Falak Negeri Terengganu selain itu ada tayangan skrin secara langsung ditayangkan dalam masjid.

"Apa yang menarik berlaku pada tahun ini adalah, sangat jarang berlaku Gerhana Bulan ketika Ramadan kali terakhir ia berlaku pada bulan Mei tahun 2021 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan taklimat, mengenai aktiviti cerapan melihat Gerhana Bulan di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut katanya, fasa Gerhana Bulan Penuh itu bermula pada jam 7.04 petang dan kemuncaknya pada jam 7.33 petang.

"Fasa gerhana bulan penuh ini akan tamat pada jam 8.02 malam dan akan berubah kepada fasa gerhana separa dan tamat pada 9.17 malam,"ujar beliau.

Dalam pada itu beliau menjelaskan bahawa menunaikan solat sunat gerhana bulan merupakan sunat muakkad yang sangat dituntut di dalam ajaran Islam.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan