lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
30 Peratus Tiket Separuh Akhir Untuk Penyokong T-Team
Peminat bola sepak tempatan kini boleh mendapatkan tiket untuk menonton perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yang melibatkan pasukan T- Team dan Selangor yang sudah mula dijual menerusi atas talian.Pembelian tiket awal separuh akhir TM Piala Malaysia 2016 itu boleh didapati melalui http://tickethotline.com.my/ Sementara penjualan tiket melalui kaunter Stadium Shah Alam, Selangor akan bermula pada 1 Oktober (Sabtu),  bermula pada jam 12 tengahari.Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizam Mohd Zain berkata, sebanyak 30 peratus tiket diperuntukkan kepada penyokong Terengganu bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Shah Alam Sabtu ini, yang boleh memuatkan 60,000 hingga 70,000 penyokong pada satu-satu masa.“Bagi peminat yang mahu menyaksikan perlawanan kedua-dua pasukan boleh mendapatkan tiket secara atas talian menerusi tickethotline.com.my dan turut dijual di kaunter Stadium Shah Alam."Harga tiket untuk dewasa adalah RM15 dan RM5 untuk kanak-kanak,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Pasukan T-Team berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, baru-baru ini.
29 Sep 16
174
Empty Image
Rundingan Tuntut Royalti Minyak Berjalan Lancar
Ahmad Razif ketika menjadi saksi Penyampaian Bayaran Keuntungan kepada wakil agensi-agensi kerajaan negeri, di Wisma Darul Iman, semalam. Foto oleh Zulkifli PutraUsaha Kerajaan Terengganu mengadakan rundingan bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai tuntutan royalti minyak menampakkan perkembangan positif.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya  akan terus mengadakan perbincangan dan yang terakhir diadakan pada minggu lalu bagi melihat semula secara keseluruhan untuk memastikan hak rakyat Terengganu dapat dipertahankan.“Setiap kali rundingan akan  melibatkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Jawatankuasa Khas Petronas.“Pertemuan selama 45 minit itu antara lain mengemukakan surat rasmi mengandungi 10 tuntutan rakyat Terengganu untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bayaran Keuntungan Kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta Pembayaran Dividen Kepada Agensi di bawah Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, semalam.Antara kandungannya memohon dan mendesak supaya kerajaan negeri menerima 10 tuntutan antaranya mengembalikan royalti minyak dan hak Telaga Minyak Bertam Blok 307 kepada kerajaan Terengganu.Beliau ketika ditanya sama ada akan mengikut jejak langkah Kerajaan Sarawak dalam menuntut royalti minyak, katanya, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu perkara itu memandangkan dari segi perundangan dan dasar perundangan Sarawak dan Sabah berbeza berbanding semenanjung.
28 Sep 16
52
Empty Image
UMNO Terengganu Hantar Bantahan Cadangan Persempadanan Semula DUN
Wan Nawawi ketika menerima agihan keuntungan daripada TDM Berhad  pada Majlis Penyampaian Replika Cek Kepada Agensi Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli PutraBadan Perhubungan UMNO Terengganu menghantar bantahan terhadap cadangan persempadanan semula membabitkan beberapa kawasan sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu di negeri ini.Pengerusinya yang juga Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata UMNO negeri menolak cadangan penamaan semula kawasan pilihan raya seperti Telemong kepada Sekayu dan Teluk Pasu kepada Buluh Gading.Katanya, bantahan itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak terutama pembangkang bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diterimapakai adalah sama sekali tidak benar."Di Terengganu banyak juga kawasan yang terbabit dengan cadangan persempadanan semula dan kita akan buat bantahan antaranya termasuk penukaran nama dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Telemong dan Teluk Pasu. "Faktornya ialah ada beberapa persempadanan semula yang membabitkan DUN kita yang kuat. Di DUN Telemong sebagai contoh, kita kehilangan beberapa ribu pengundi disebabkan persempadanan semula dan penukaran nama DUN ini.  "Ini sekali gus membuktikan dan menafikan tohmahan pembangkang bahawa persempadanan semula ini memihak kepada kawasan pilihan raya yang dipegang Barisan Nasional (BN)," katanyaBeliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Replika Cek Kepada Agensi Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh.Ahmad Razif turut memberitahu, apabila wujud bantahan daripada kerajaan BN sendiri, ia membuktikan bahawa kerajaan dan BN tidak terbabit dalam keputusan menentukan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
28 Sep 16
65
Empty Image
PBSNT Akan Dirombak-MB
Menteri  Besar meminta Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan rombakan dan penstrukturan semula pengurusan dan kepimpinan ekoran prestasi buruk pasukan Terengganu sejak kebelakangan ini.Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau akan menunggu laporan daripada PBSNT sebelum merombak persatuan berkenaan secara besar-besaran.“Sebaliknya kita akan memberi tumpuan kepada pasukan T-Team yang berjaya memasuki separuh akhir Piala Malaysia, akan menambah baik pasukan itu pada musim depan untuk terus kekal cemerlang,” katanya.Beliau  yang juga Pemangku Presiden PBSNT berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh.Dalam perkembangan yang lain, Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri juga menjanjikan ganjaran kepada Pasukan  Hoki Terengganu (THT) yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala TNB buat kali ketiga berturut-turut, pada perlawanan akhir di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.“Bentuk ganjaran  bergantung kepada kewangan negeri dan akan diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco minggu depan,” katanya. 
28 Sep 16
81
Empty Image
THT Lakar Hatrik Juara Berganda
Pasukan Hoki Terengganu (THT) berada di dalam kelasnya yang tersendiri apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Piala TNB buat kali ketiga berturut-turut, apabila menewaskan Sapura 3-0 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi.Dengan kejayaan itu, turut menjadikan THT sebagai perangkul kejuaraan berganda bagi Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Piala TNB buat kali ketiga berturut bermula 2014 sehingga kini.Dalam perlawanan malam tadi, THT yang dikendalikan oleh Sarjit Singh mula membuka tirai jaringan seawal minit keenam melalui pemain import Korea Selatan, Jang Jong Hyun menerusi pukulan sudut penalti.Tertinggal satu jaringan gol di belakang, Sapura yang sedang ghairah mencari gol penyamaan ternyata gagal memecah kebuntuan untuk mencari penyudah apabila sering dipatahkan oleh barisan pertahanan serta penjaga gawang THT, Hafizuddin Othman.Dalam keghairahan pemain Sapura menyamakan kedudukan, THT sebaliknya menambah derita lawan apabila menjarakkan kedudukan menerusi pemain kelahiran Argentina, Nicolas Enrique Della Torre hasil pukulan ‘reverse stick’ untuk menjadikan keputusan 2-0 pada minit ke-22.Pada minit ke-51, THT makin bersemangat dan terus menambah jaringan melalui Jong Hyun menerusi pukulan sudut penalti untuk menamatkan persaingan dengan jaringan selesa.Dengan kemenangan tersebut, THT membawa pulang trofi serta wang tunai sebanyak RM100,000.Selain dari memenangi Piala TNB dan kejuaraan MHL, dua pemain THT turut menerima anugerah penjaring terbanyak dan pemain terbaik perlawanan.Jang Jong Hyun dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejuaraan MHL dengan 16 gol manakala Fitri Saari dinobatkan sebagai pemain terbaik untuk perlawanan semalam. Masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM2,000 seorang.
25 Sep 16
44
Empty Image
KPT Beri Amaran PTPTN Tidak Aniaya Peminjam
Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya tidak menganiaya peminjam pelajaran itu.Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, pada asasnya orang yang berhutang perlu menjelaskan hutang mereka."Saya telah arahkan PTPTN agar tidak menganiaya sesiapa pun (peminjam). Tidak ada seorang pun akan dianiaya. Kalau ada yang dianiya oleh PTPTN, jumpa saya, Insya-Allah saya akan bantu secara personal."Namun, peminjam perlu berjumpa dengan PTPTN terlebih dahulu untuk penstrukturan semula mengikut kemampuan (masing-masing). Janji saya peminjam tidak akan dianiaya selepas berjumpa PTPTN," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung kira-kira 1.3 juta peminjam PTPTN akan disenaraikan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), yang akan memberi kesan kepada penarafan kredit jika mereka gagal membayar pinjaman pelajaran pada masa yang ditetapkan selepas menyempurnakan perasmian The 18th International Conference for University Administrators 2016 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara, Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said.Beliau menegaskan, sudah menjadi tanggungjawab orang yang berhutang agar membayar balik pinjaman mereka."Namun ada perkembangan positif. Jika sebelum ini kutipan balik secara bulanan yang diperoleh PTPTN antara RM70 juta hingga RM80 juta tetapi sekarang meningkat kepada lebih RM200 juta sebulan sejak empat hingga lima bulan kebelakangan ini menerusi beberapa pendekatan termasuk pemotongan gaji dan sebagainya."Berdasarkan kajian dari Bank Negara, orang yang tidak bayar bukan tidak ada duit sebab mereka ada pinjaman lain seperti pinjaman kereta, perumahan, pinjaman peribadi dan membayar secara berjadual tetapi tidak kepada PTPTN," katanya.Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh PTPTN dianggap lebih 'halus' berbanding pinjaman sepertimana bank yang lebih kasar dan akan menimbulkan kemarahan ramai peminjam.
24 Sep 16
135
Empty Image
Terengganu Kekal Juara Sukan SUK SeMalaysia
Kontinjen Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu mengekalkan penguasaan apabila muncul juara buat kali kedua pada temasya Sukan SUK SeMalaysia VI di Johor yang menutup tirainya hari ini.Terengganu muncul juara pertama kali pada kejohanan di Pulau Pinang dua tahun lalu.Kontinjen yang diketuai Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berjaya mencapai sasaran johan keseluruhan selepas meraih tiga emas, masing-masing bagi acara sepak takraw, bola jaring dan bola sepak, manakala dua gangsa daripada acara tenpin boling dan badminton.Kejayaan gemilang itu turut diraikan SUK Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) (Pengurusan),  Zainal Abidin Hussin dan TSUK (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya bersama 151 atlet yang mewakili lapan acara di temasya berkenaan.Terengganu bersaing hebat dengan kontinjen Sabah dan Sarawak, sepanjang  temasya lima hari bermula 22 September lalu itu. Sabah muncul naib johan dengan dua emas, dua perak dan tiga gangsa, manakala tempat ketiga Sarawak dengan pungutan dua emas dan dua gangsa.Sukan SUK SeMalaysia merupakan satu program dwi tahunan yang diadakan khusus bagi merapatkan hubungan antara kakitangan perkhidmatan pejabat-pejabat SUK seluruh negara, mula diperkenalkan pada 2004 di Melaka, diikuti Sabah, Pahang, Sarawak  dan 2014 di Pulau Pinang.
24 Sep 16
233
Empty Image
LAJSM Jadi Acara Utama TMT 2017
Kerajaan negeri akan menjadikan  program  Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) sebagai acara utama sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 tahun hadapan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sambutan luar biasa peserta setiap tahun menyaksikan acara itu mampu menjadi tarikan pelawat untuk mengunjungi Terengganu pada setiap kali penganjurannya.Katanya, bagi tahun ini penyertaan bagi LAJSM telahpun mencapai sasaran awal iaitu seramai 50,000 peserta sekaligus menyaksikan peningkatan hampir 70 peratus berbanding tahun lalu."Tahun lepas, kita dapat 30,000 penyertaan sahaja, kemudian saya beritahu Majlis Sukan Negeri supaya lebih banyak promosi dibuat dan Alhamdulillah hasilnya pada hari ini, kita berjaya dapatkan 50,219 peserta untuk acara ini.  "Dari jumlah itu, seramai 200 peserta adalah dari luar negara dan ini secara tidak langsung bukan sahaja dapat memberi impak positif terhadap industri sukan negeri malah akan meletakkan industri pelancongan Terengganu di mata dunia," katanya. Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah LAJSM 2016 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zukifli Abu Bakar.Pada kejohanan kali ini sebanyak 10 kategori telah dipertandingkan dengan hadiah keseluruhan sebanyak RM300,000 telah ditawarkan kepada peserta.Bagi kategori 42 kilometer (km) lelaki dan wanita terbuka antarabangsa, juara dimenangi oleh peserta dari Kenya, Gilbert Muge dengan catatan masa 2 jam 33 minit dan 44 saat manakala Susan Jemutai Kosgei menamatkan larian dengan masa 3:04:33s. Masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.Dalam kategori lelaki terbuka pula, pelari kelahiran Kedah, Muhaizar Mohamad berjaya merangkul gelaran juara dengan menamatkan larian sejauh 21 km menerusi catatan masa terbaik 1:10:54s meninggalkan Mohd Jironi Riduan (1:11:57s) dan Ow Yong Jin Kuang (1:13:25s).Manakala dalam acara yang sama bagi wanita, pemegang rekod kebangsaan 21 km, Sheela Samivellu berjaya mempertahankan kejuaraannya buat kali keempat berturut-turut dengan catatan masa 1:34:21 menewaskan pencabar terdekatnya Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid ditempat kedua (1:34:21) dan Melissa Lim Yi Xin ditempat ketiga (1:35:54).Sementara itu, Nor Amelia Musa pula berjaya melakarkan kejayaan cemerlang bagi kategori wanita  apabila meraih kemenang keempat berturut-turut selepas menamatkan perlumbaan dengan masa terpantas (1:33:06) di depan Kok  Swee Sen (1:42:04s) dan Chua Mei Yin (1:51:50s).
24 Sep 16
527
Empty Image
Jangan Percaya Khabar Angin-MB
Ahmad Razif bersama isteri mengagih ole-oleh dari Mekah kepada tetamu . Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailAhmad Razif Abd Rahman meminta rakyat di negeri ini tidak terpengaruh dengan khabar angin mengenai pertukaran jawatannya sebagai Menteri BesarKatanya, suasana politik di Terengganu adalah stabil dan tiada apa-apa yang berlaku mahu pun bakal berlaku sebagaimana yang diperkatakan sejak beberapa hari lalu melalui cakap-cakap mahupun viral.“Tindakan seumpama tersebut seolah-olah untuk menimbulkan konflik sesama kepimpinan negeri. “Saya akan terus mengetuai kepimpinan negeri ini, mahu maju ke hadapan, tanpa fikir perkara remeh, sebaliknya bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang,” katanya.Beliau berkata demikian  kepada pemberita pada  Majlis Menyambut Kepulangan Menteri Besar Dan Isteri Dari Menunaikan Ibadat Haji di Kediamam Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh.Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan Ahmad Razif antara empat Menteri Besar yang akan ditukar oleh pucuk pimpinan (BN) menjelang PRU-14.Tiga lagi pertukaran dipercayai melibatkan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakub; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
23 Sep 16
49
Empty Image
Desas-Desus Pertukaran MB Adalah Tidak Benar
Berita mengenai pertukaran Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini dinafikan oleh Pejabat Menteri Besar.Pegawai Khas Menteri Besar, Ahmad Fauzan Abdul Kadir berkata khabar angin mengenai pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang dijadualkan pada hari ini juga  tidak benar.“Berhubung isu pertukaran Menteri Besar Terengganu yang kini sedang rancak disebarkan melalui media sosial, saya ingin menegaskan bahawa tiada pertukaran menteri besar dan khabar angin mengenai pertemuan antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dengan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang dijadualkan pada hari ini adalah tidak benar sama sekali.“Dalam satu kenyataan Perdana Menteri sebelum ini ada mengatakan bahawa Ahmad Razif kekal menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 serta sebarang khabar angin mengenai pertukaran adalah tidak benar dan hanya dicipta oleh musuh-musuh dalaman politik untuk menghuru-harakan kestabilan politik di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan di media rasminya.Tambahnya dalam kenyataan tersebut, Ahmad Fauzan berkata isu tersebut tidak seharusnya diwujudkan kembali kerana ianya telahpun selesai sebelum ini.“Berhubung dengan analisis politik yang dibuat dalam satu akhbar tempatan baru-baru ini, analisis itu dibuat berdasarkan kepada pandangan penulis dan pandangan ahli politik yang tidak mahu melihat Ahmad Razif mengetuai negeri dalam menghadapi pilihan raya.“Kenyataan dan analisis yang dibuat tidak mencerminkan hasrat dan niat Perdana Menteri terhadap Menteri Besar Terengganu dan tiga lagi menteri besar yang lain,” katanya.Katanya, Ahmad Razif juga sudah menyatakan pendiriannya untuk tidak melayani segala spekulasi dan hanya mahu menumpukan kepada pentadbiran negeri sehingga habis penggal selain terus memacu pembangunan negeri. 
21 Sep 16
131