lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Berhasrat Gabungkan GLC Teras Perniagaan Sama
Ahmad Razif (kanan) melihat dokumen yang disampikan Mohamat sempena pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) di Permai Hotel Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkipli CW PutraKerajaan negeri berhasrat menggabungkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai teras perniagaan sama.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya sedang membuat penilaiandan kajian terperinci untuk proses penggabungan mana-mana entiti yang ada persamaan.Katanya, penggabungan itu bukan sahaja sebagai usaha penjimatan dari segi pengurusan malah juga satu langkah dalam mendepani pelbagai cabaran terutama kos operasi yang semakin meningkat serta harga komoditi yang tidak menentu ketika ini.“Contohnya menggabungkan TDM Berhad dengan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd yang signifikan dengan aktiviti perladangan. Begitu juga dengan hotel-hotel milik kerajaan negeri yang mungkin boleh digabungkan menjadi satu konsortium,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) di Permai Hotel Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda.Katanya, kerajaan negeri akan melihat kesamaan aktiviti-aktiviti perniagaan GLC miliknya supaya dapat diselaraskan.Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri telah bersetuju dengan permohonan oleh TDM Berhad untuk mendapatkan tanah kosong yang dipunyai GLC lain di bawah naugannya.“TDM Berhad akan bekerjasama dengan GLC ini untuk mendapatkan semaksima yang boleh tanah-tanah yang dkenalpasti berpotensi dibangunkan bagi tujuan perladangan,” ujarnya.
28 Feb 17
82
Empty Image
Pasar Besar Dungun Akan Ditambah Baik
Ahmad Razif mendengar dan mencatat masalah diadukan peniaga Pasar Besar Dungun ketika kunjungan beliau ke premis perniagaan itu, pagi ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Pasar Besar Dungun bakal diberi nafas baharu bagi menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan cuba membantu peniaga dan meneliti serta segera bertindak terhadap setiap aduan mereka termasuk mengenai kekurangan fasiliti di pusat perniagaan itu."Saya telah maklumkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan mengguna pakai konsep NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) yang melibatkan semua agensi serta sebahagian daripadanya pula akan dibantu oleh GLC (syarikat berkaitan kerajaan)."Ini akan mengurangkan penggunaan peruntukan perbelanjaan oleh kerajaan sekali gus dapat menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi," katanya.Beliau ditemui pemberita ketika melakukan lawatan di Pasar Besar Dungun, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Tambah Ahmad Razif, selain dari penambahbaikan dari segi fasiliti, penempatan lokasi dan lot perniagaan di kawasan itu juga didapati kurang strategik.Katanya, kerajaan negeri akan melaksanakan pembaharuan dan kelainan supaya dapat memeriahkan suasana dan menarik lebih ramai pengunjung ke premis perniagaan itu nanti."Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mengadakan acara-acara berkonsepkan pelancongan dan kebudayaan. Jika perlu kita boleh adakan sebulan sekali pada setiap minggu pertama."Dengan adanya aktiviti sedemikian yang melibatkan kebudayaan sekurangnya mampu merancakkan lagi kehadiran orang awam sekali gus membantu peniaga di pasar ini," katanya.
28 Feb 17
508
Empty Image
Terengganu Mahu Bangunkan Universiti Sukan Pertama Negara
Ahmad Razif bersama Khairy bergambar dengan sebahagian peserta Dialog TN50 Zon Pantai Timur, di UiTM Dungun, malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailTerengganu berhasrat menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti sukan pertama di negara ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat pendidikan yang sedang giat dibangunkan itu amat esuai bagi merealisasikan hasrat itu berikutan sudah dilengkapi bangunan dan kemudahan infrastruktur yang serba kondusif.“Lagipun kita sudah mempunyai sekolah sukan, jadi elok benar kalau kita ada universiti sukan pula. Kalau Yang Berhormat Khairy Jamaluddin hendak, maka esok kita boleh isytiharkan dan jumpa semula kerana saya mahu menawarkan (Taman Ilmu) Tembila, Besut sebagai universiti sukan pertama di Malaysia,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, malam tadi.Hadir sama,  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.Sebelum itu, peserta dialog, Mohd Rafi Kori, 37, dari Kuala Terengganu, mengutarakan cadangan pembinaan universiti sukan pertama itu di Terengganu sekali gus mendapat respon positif kedua- dua pemimpin yang menjadi moderator bersama menjayakan sesi itu.Sementara itu, Khairy pula menyambut baik tawaran Menteri Besar serta mahu membawa cadangan itu ke perhatian Kementerian Pengajian Tinggi.“Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dengan tawaran yang amat baik itu dan memang menjadi satu hasrat kita (KBS).“Tiada masalah kepada kita untuk mewujudkan universiti sukan ini dan saya amat bersetuju kerana daripada dahulu kita menginginkan sebuah universiti sukan. Jika ada tawaran tanah daripada kerajaan negeri, bagaimanapun untuk pembinaan perlulah daripada Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.Siri jelajah dialog TN50 yang diketuai Khairy itu digerakkan ke setiap negeri bermula Jumaat lalu dengan Sabah menjadi lokasi pertama diikuti kedua di Terengganu, Johor (3 Mac), Perak (8 Mac), Sarawak (11 Mac) dan seterusnya negeri lain yang akan ditetapkan masa kemudian.Dialog berkenaan bertujuan mengumpul aspirasi daripada anak muda seluruh negeri dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, pekerjaan, persekitaran, urus tadbir kerajaan, nilai-nilai murni dan kesihatan sebagai hala tuju masa depan negara menjelang 2050.
28 Feb 17
115
Empty Image
MB Hadiahkan Plat TN50 Untuk PM
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiahkan nombor pendaftaran plat 'TN50' kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.“Sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri yang membawa gagasan Transformasi Nasional 50 untuk hala tuju negara pada masa depan ini, saya akan menghadiahkan nombor TN50 kepunyaan saya kepada beliau,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Dialog TN50 Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, malam ini.Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.Lebih 1,000 hadirin di kalangan belia terutama mahasiswa dan penggiat persatuan belia seluruh Terengganu berhimpun di majlis itu.Siri jelajah dialog TN50 yang diketuai Khairy itu digerakkan ke setiap negeri bermula Jumaat lalu dengan Sabah menjadi lokasi pertama diikuti kedua di Terengganu, Johor (3 Mac), Perak (8 Mac), Sarawak (11 Mac) dan seterusnya negeri lain yang akan ditetapkan masa kemudian.Dialog bertujuan mengumpul aspirasi sebagai hala tuju anak muda dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, pekerjaan, persekitaran, urus tadbir kerajaan, nilai-nilai murni dan kesihatan menjelang 2050.TN50 sebagai program yang akan membawa ke arah pembangunan negara menjelangnya 2050, sebagai kesinambungan matlamat Wawasan 2020. 
27 Feb 17
116
Empty Image
TDM Berhad Perluas Rezab Tanah Sawit
TDM Berhad telah Memeterai Kepala Perjanjian (HOA) dengan Terengganu Incorporated Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan 42.64 peratus di dalam Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd.Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda berkata, cadangan pengambilalihan itu akan meningkatkan pegangan saham semasa TDM di Ladang Rakyat dari 19.12 peratus (yang dipegang melalui anak syarikatnya) kepada 61.76 peratus.Katanya, Ladang Rakyat mempunyai kawasan ladang kelapa sawit seluas 11,467 hektar di negeri ini dengan putara profil umur pokok 9 tahun."Pada masa ini, kawasan kelapa sawit yang ditanam TDM adalah seluas 44,493 hektar dimana 31, 848 hektar berada di Terengganu dan 12, 645 hektar di Kalimantan Barat,Indonesia."Pengambilalihan ini secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah kawasan penanaman kelapa sawit TDM di Terengganu dari 31,848 hektar kepada 43, 315 hektar," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pemeteraian HOA tersebut di Majlis Pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) yang dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Permai Hotel Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, langkah ini juga akan membantu menurunkan purata profil usia pokok kelapa sawit TDM Terengganu menjadi13.9 tahun daripada 15.4 tahun, dan ianya dijangka akan meningkatkan hasil pengeluaran di masa hadapan.Menurut beliau, pengambilalihan itu juga selaras dengan hasrat TDM Berhad ke arah matlamat keluasan kawasan tanaman seluas 100,000 hektar."Ia juga sesuai dengan matlamat untuk menjadi salah satu pengeluar utama minyak sawit lestari yang diiktiraf dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang).Dalam pada itu katanya, sempena majlis pelancaran Model Tranformasi TDM, TDM menggariskan rancangan untuk mengembangkan serta meningkatkan kecekapan dalam bidang perladangan juga bahagian kesihatan."Penekanan juga diberikan bagi meningkatkan pembangunan modal insan serta penglibatan antara pihak berkepentingan dalam Kumpulan TDM."Model ini bertujuan menyokong semua pihak berkepentingan dalam rantaian nilai sawit bagi meningkatkan produktiviti untuk memenuhi matlamat pengeluaran ekonomi, disamping meningkatkan penjagaan ekosistem dan juga memberi faedah kepada kepentingan masyarakat setempat,"ujarnya.
27 Feb 17
296
Empty Image
THT Genggam Juara Piala TNB Kali Keempat Berturut-turut
Pasukan Hoki Terengganu (THT) terus melakar sejarah apabila berjaya menjulang Piala TNB buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 5-4 menerusi penentuan penalti pada aksi final malam tadi.Dengan kemenangan itu, THT mengubat kekecewaan apabila gagal muncul johan Liga Perdana sekali gus mempertahankan gelaran juara berganda yang turut dimenangi sejak 2014.Pada aksi final berkenaan, penentuan penalti terpaksa dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 sehingga tamat perlawanan.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur itu menyaksikan KLHC terlebih dahulu membuka jaringan melalui Anton Poul Fritz Ebeling pada minit kesembilan.Tiga minit berselang, skuad kendalian Sarjit Singh menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun.Bersambung suku kedua, Muhammad Razie Abdul Rahim meletakkan KLHC kembali dihadapan pada minit ke-19.Pada minit ke-25, KLHC terus mara apabila Ebeling berjaya menundukkan penjaga gawang THT, Muhamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri melalui pukulan sudut penalti.Namun demikian, THT kembali bangkit di suku ketiga perlawanan sekali gus menyamakan kedudukan hasi daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun pada minit ke-35 dan 49.Melihat kebangkitan THT, KLHC sekali lagi menjarakkan diri nelalui Mohd Syamim Mohd Yusof menerusi penalti stroke pada minit ke-53.Bagaimanapun, kegembiraan KLHC tidak bertahan lama apabila THT sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi Nicolas Enrique Della Torres enam minit kemudiaan menyebabkan kemenangan terpaksa ditentukan melalui penentuan penalti.Kemenangan kali keempat tersebut membolehkan THT membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, piala iringan serta medal.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut sama berkongsi detik gembira itu dan menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan negeri berkenaan.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.
27 Feb 17
124
Empty Image
Shahrul Dominasi Pelumba Terpantas Malaysia LTdL
Shahrul masih meneruskan rentak kayuhan apabila masih dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pusingan kelima saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Meru Raya, Perak – Kuala Kubu Baru, Selangor sejauh 151.5 kilometer menyaksikan Mohd Shahrul Mat Amin dari Terengganu Cycling Team (TSG) terus mengungguli carta pelumba Malaysia.Dengan catatan masa keseluruhan 19 jam 58 saat, Shahrul, 28, muncul sebagai Pelumba Terbaik Malaysia buat empat peringkat berturut bermula daripada peringkat kedua.Untuk pusingan tersebut, Ryan Gibbons dari Team Dimension Data masih mengekalkan jersi kuning yang diperolehinya bermula di peringkat kedua dengan catatan masa keseluruhan 18 jam 53 minit dan enam saat selain turut dinobatkan sebagai Raja Pecut.Bagi gelaran Raja Bukit pula, John Kronborg Ebsen dari pasukan Infinite AIS Cycling Team masih mengekalkan jersi tersebut sejak daripada peringkat kedua,  manakala Jersi Putih pula masih lagi kekal untuk pelumba dari Vino Astana Motors, Yevgeniy Gidich.Seramai 107 pelumba dari 19 pasukan beraksi di LTdL 2017 yang bermula 22 Februari sehingga 1 Mac ini yang membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.Peringkat keenam pada 26 Februari bakal bermula dari Senawang, Negeri Sembilan ke Muar, Johor dengan jarak sejauh 176.3 kilometer .
26 Feb 17
167
Empty Image
Gejala Ponteng 'Ibu' Segala Masalah Disiplin
Semua sekolah di Terengganu diminta menubuhkan Jawatankuasa Pemuafakatan Pasukan Anti Ponteng bagi menangani gejala ponteng di negeri ini,Jawatankuasa membabitkan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti dan polis itu perlu bergerak secara bersepadu dalam usaha menangani gejala itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata operasi pencegahan ponteng bukan berkonsep menangkap tetapi memujuk pelajar untuk kembali ke sekolah meneruskan pelajaran.''Penubuhan pasukan itu sebagai kaedah menarik pelajar datang ke sekolah.Gejala ponteng sekolah dianggap 'ibu' kepada rangkaian masalah disiplin dan salah laku pelajar kerana mereka akan terbabit dengan pelbagai aktiviti negatif, termasuk masalah penagihan dadah,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Persekutuan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Seramai 214 pelajar yang berkelayakan bersama ibu atau bapa untuk menerima bantuan persekohan bernilai RM100 bagi setiap pelajar.  Ahmad Razif turut memberitahu, masalah ponteng perlu ditangani secara bersepadu dan strategik dengan meneruskan usaha pencegahan dan pemulihan menerusi pelbagai  kempen  hadir ke sekolah.Katanya, gejala salah laku ponteng berkait rapat dengan meruncingnya disiplin di sekolah akibat pelajar terpengaruh dengan amalan negatif di luar kawalan guru.''Pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa diminta bersama-sama  meneruskan kempen anti ponteng  dan memantau  kegiatan pelajar.“Walaupun peratus kes salah laku disiplin dianggap masih rendah tetapi usaha menanganinya perlu ditangani dengan serius dan bersungguh-sungguh,”katanya..
26 Feb 17
348
Empty Image
MB Hadiri Kenduri Sambut Menantu Ahmad Said
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir ke Majlis Sambut Menantu Bekas Menteri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said di kediamannya di Kijal, Kemaman, tengahari tadi.Menteri Besar hadir kira-kira jam 1 petang untuk meraikan majlis perkahwinan anak ketiga Ahmad Said, Mohd Asyraf Farhan Ahmad dengan pasangannya, Athirah Abu Zahrin.Kelihatan juga di majlis itu ialah Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa exco kerajaan negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.
25 Feb 17
778
Empty Image
TSG Teruskan Rentak Penguasaan
Shahrul dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia untuk pusingan kedua LTdL 2017 yang berakhir di Gerik, Perak. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Shahrul Mat Amin meneruskan rentak kejayaan apabila diumumkan Pelumba Malaysia Terbaik di peringkat kedua, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 hari ini.Perlumbaan yang bermula dari Jerteh, Besut ke Gerik, Perak sejauh 208.1 kilometer tersebut, Shahrul merangkul kemenangan itu dengan catatan masa keseluruhan lapan jam dan 35 saat.Pada peringkat pertama dari Bandar Kuala Berang berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu semalam, dua pelumba TSG, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Zamri Salleh terlebih dahulu mengukir nama apabila masing- masing mendapat gelaran Raja Bukit dan Pelumba Malaysia Terbaik.Ketua Pengarah Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, untuk pelumbaan peringkat ketiga, persediaan TSG sedikit terjejas apabila terpaksa mempertaruhkan lima pelumba berikutan seorang pelumba utama pasukannya terlibat dalam kemalangan pada saingan peringkat kedua hari ini.“Mohd Hariff Saleh telah menghadapi kemalangan dalam perlumbaan hari ini dan dengan kecederaan yang dihadapinya, beliau terpaksa menarik diri.“Untuk pusingan ketiga esok, TSG hanya akan dianggotai oleh lima pelumba. Ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan persediaan yang telah kita lakukan namun kita akan sesuaikan dengan keadaan dan mengatur strategi untuk mengekalkan penguasaan,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Dalam perlumbaan peringkat kedua itu, Travis McCabe dari United Health Care Pro Cycling Team muncul sebagai juara dengan catatan masa lima jam empat minit dan 41 saat.Jersi kuning milik pelumba dari Isowhey Sports Swisswellness, Scott Sunderland pula berpindah hak milik kepada Ryan Gibbons dari Team Dimension Data yang turut menyarung jersi raja pecut.Gelaran Raja Bukit pada saingan kedua pula dirampas kepada John Kronborg Ebsen dari Infinite AIS Cycling Team manakala jersi putih dimenangi oleh pelumba dari Vino Astana Motors, Yevgenly Gidish.LTdL 2017 yang membuka tirainya semalam di Kuala Berang berakhir pada 1Mac nanti menghimpunkan seramai 114 pelumba dari 19 membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.
23 Feb 17
110