lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Polis Terengganu Bantu Komuniti Terjejas Di Pulau Redang
Polis Terengganu Bantu Komuniti Terjejas Di Pulau Redang
KUALA NERUS, 31 Julai – Polis Terengganu menggerakkan Operasi Bantu (Op Bantu) di Pulau Redang di sini bagi mengatasi kesukaran masyarakat untuk mendapatkan bekalan keperluan harian akibat keterbatasan pergerakan. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, operasi tersebut berjalan dengan penyaluran bantuan buat warga pulau terbabit melibatkan 40 buah rumah. Sumber foto : Facebook Polis Terengganu “Umum mengetahui, sumbangan ini adalah hasil kutipan elaun COVID-19 Pegawai Kanan dan Anggota Pangkat Rendah Polis Terengganu khusus bagi tujuan membantu mereka yang terkesan pandemik ini. “Bantuan yang kami sampaikan ini adalah atas dasar semangat 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', memandangkan ramai anggota masyarakat di pulau ini bergantung kepada sektor pelancongan, yang terjejas teruk akibat pandemik ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin. Dalam pada itu, Datuk Rohaimi bersama rombongannya turut melawat Balai Polis Pulau Redang bagi menyampaikan barangan keperluan harian untuk kegunaan balai dan anggota. “Bantuan sama turut disampaikan kepada tiga orang anggota RELA sebagai tanda menghargai jasa mereka sebagai sahabat barisan hadapan,” katanya lagi.
31 Jul 21
379
Bantuan Segera Untuk Penduduk PKPD Kubang Palas
Bantuan Segera Untuk Penduduk PKPD Kubang Palas
HULU TERENGGANU, 27 Julai - Seramai 236 keluarga di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong menerima bantuan segera berupa pek bakul makanan, baru-baru ini. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, bantuan bakul makanan itu bagi meringankan beban penduduk yang terlibat PKPD. Katanya, pelaksanaan PKPD Pentadbiran di kawasan berkenaan menyebabkan penduduk yang terlibat tidak dapat keluar untuk bekerja  dan membeli barangan keperluan. "Dalam tempoh begini, kita perlu memastikan penduduk terlibat mempunyai bekalan makanan mencukupi. "Saya juga memohon kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk melihat keperluan penduduk di kawasan PKPD tersebut," katanya selepas pengagihkan bantuan berkenaan, baru-baru ini. Turut hadir, Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Pauzi Yusoff, Penyelia i-MiTS DUN Telemong, Ustaz Mohamad Yusuf Abdullah, Penghulu Kanan Hisham Talib dan Penghulu Mukim Kuala Telemong, Mohd Fadhli Ramli. Tambahnya lagi, beliau turut berterima kasih kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Rosol Wahid kerana turut menyumbang sebanyak 120 pek bakul makanan keperluan dapur dalam bantuan tersebut. "Saya berharap, sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan, agihan secara berperingkat-peringkat turut dilaksanakan untuk memastikan penduduk terlibat sentiasa  mempunyai bekalan makanan mencukupi," katanya.  
29 Jul 21
348
TNB Marang Sambung Bekalan Elektrik Rumah Nelayan
TNB Marang Sambung Bekalan Elektrik Rumah Nelayan
MARANG, 29 Julai - Inisiatif 60 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Marang menginfaqkan sumbangan dengan menyambung bekalan elektrik rumah seorang nelayan Yusri Musa, 49 wajar dipuji. Ketua Teknikal TNB Marang,  Ahmad Aswadi Lawi @ Ali berkata, pada masa sama turut menghulurkan kelengkapan rumah termasuk, dapur memasak, pengisar, periuk nasi serta barangan dapur.  Pemasangan meter yang dibantu oleh pihak TNB "Sumbangan ini bukanlah yang pertama di mana pernah dilaksanakan, malah turut membantu keluarga lain yang sangat memerlukan. "Walaupun di Daerah Marang, tidak mempunyai program rasmi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), namun ini adalah merupakan salah satu kaedah memberikan bantuan kepada komuniti," katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir menyerahkan sumbangan keperluan dapur dan perabot dapur kepada Yusri Musa di Kampung Kelulut. Turut hadir adalah Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung. Keadaan rumah lama Yusri Musa yang uzur Sementara itu, Nasaruddin Samsudeng berkata pihaknya sungguh berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada TNB Marang serta semua staf yang terlibat dalam menyumbang bantuan tersebut. "Besar sungguh sumbangan mereka walaupun di peringkat Daerah Marang tidak mempunyai projek CSR secara rasmi, namun mereka tetap membantu dengan melakukan amal jariah ini. "Jika hari ini mereka terangkan rumah keluarga ini, maka di sana nanti engkau terangkan lah kubur mereka, mudah-mudahan kerja buat mereka diganjari kelak," tambahnya lagi. Sebelum ini, Yusri Musa adalah penerima rumah bantuan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak dapat tinggal di rumahnya kerana tidak mampu menyambung bekalan elektrik dan air bersih.  
29 Jul 21
1651
2 ADUN, Ahli Parlimen Kemaman Agih 1,636 Pek Ayam
2 ADUN, Ahli Parlimen Kemaman Agih 1,636 Pek Ayam
Kemaman, 29 julai - Sebanyak 1,636 pek ayam mentah telah diagihkan kepada penduduk Cheneh & Neram 2 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebagai usaha menjaga kebajikan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, inisiatif tersebut dilakukan kerana menyedari mereka menghadapi kesulitan untuk mendapatkan bekalan dalam meneruskan kehidupan seharian setelah dikenakan PKPD sejak 21 Julai lalu. “Agihan ayam pada hari ini berikutan kesukaran untuk mendapatkan bekalan untuk lauk pauk memandangkan pergerakan mereka yang terhad. Walaupun seorang daripada satu keluarga dibenarkan keluar, itu pun kalau di kawasan ini tiada barang yang amat diperlukan dan perlu mendapat kebenaran pegawai bertugas di pondok sekatan,” katanya selepas agihan tersebut berjalan, kelmarin. Menurutnya, PKPD yang akan berakhir pada 3 Ogos itu, melibatkan lima buah kampung dan seramai 1,636 keluarga di Bandar Cheneh Baharu, Peringkat 4, Peringkat 3B Neram 2, Felda Neram 2 Kampung Baru Neram 2 dan Seri Damai. “Jadi diharapkan mereka banyak bersabar apatah lagi terpaksa berhari raya dalam tempoh PKPD kerana ini adalah untuk kebaikan kita bersama untuk mencegah penularan pandemik COVID-19,” ujarnya lagi. Mewakili Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kemaman dan Exco Kerajaan Negeri, Hanafiah Mat di atas sumbangan berkenaan.
29 Jul 21
460
Polis Trafik Korbankan Elaun Demi Pengayuh Beca
Polis Trafik Korbankan Elaun Demi Pengayuh Beca
KUALA TERENGGANU, 25 Julai - Polis Kontinjen Terengganu melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu menggunakan elaun sendiri demi meringankan beban 20 pengayuh beca di sekitar bandar raya itu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata sumbangan disampaikan dalam bentuk barangan keperluan dapur itu merupakan hasil tabungan elaun COVID-19 pegawai dan anggota JPST. Katanya, para pengayuh beca merupakan antara golongan yang terkesan teruk oleh pandemik kerana aktiviti pelancongan yang menjadi sumber pendapatan mereka tidak dapat dijalankan pada musim ini. “Pihak JSPT yang tanpa jemu menjalankan rondaan lalu lintas di jalan raya sering melihat keberadaan golongan pengayuh beca yang rata-rata terdiri daripada warga emas. “Melihat situasi sedemikian, mereka sanggup mengorbankan elaun yang mereka terima untuk disumbangkan kepada warga pengayuh beca, ini merupakan satu sikap yang terpuji. “Saya berasa bangga dengan semangat dan sikap yang ada mereka dan semoga ia menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai untuk turut mengambil bahagian dan cakna kepada kesusahan orang di sekeliling kita," tambahnya melalui Facebook rasmi Polis Terengganu, petang tadi.
25 Jul 21
331
Peruntukan Segera RM100,000 Selesai Keresahan Mangsa Ribut
Peruntukan Segera RM100,000 Selesai Keresahan Mangsa Ribut
KEMAMAN, 24 Julai - Kerajaan negeri telah memperuntukkan dana segera sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa kejadian ribut di Chukai kelmarin. Tragedi itu mengakibatkan 90 kediaman di 17 buah kampung mengalami kerosakan teruk selain 25 kanopi milik peniaga tepi jalan diterbangkan angin. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, berkata ia bagi membaiki kerosakan yang dialami penduduk berkenaan. "97.8 peratus kerja membaik pulih kediaman penduduk telah disiapkan pada hari ini, disamping itu juga 25 unit kanopi telah disumbangkan kepada para peniaga kecil di tepi jalan Kampung Paya Berenjut, Geliga Besar dan sekitarnya bagi menggantikan yang telah rosak dalam kejadian kelmarin," katanya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media Urus Setia Penerangan Darul Iman semalam Katanya, kerja-kerja gotong royong juga  telah diadakan segera bagi menjamin keselesaan penduduk.  "Aktiviti yang telah dilakukan ialah memotong pokok-pokok besar yang tumbang di atas kediaman penduduk dan kereta serta kerja  membersihkan kawasan yang terlibat telah turut dijalankan. "Diharapkan dengan beberapa tindakan segera yang dilakukan ini dapat meringankan bebanan mereka yang ditimpa musibah dan dipermudahkan oleh Allah SWT," ujarnya. Untuk rekod 17 buah kampung yang terlibat dalam kejadian angin ribut di sini ialah, Kampung (Kg) Paya Berenjut, Kg Kuala Kemaman, Kg Besut, Kg Geliga Baharu, Kg Bakau Tinggi, Kg Taman Fikri, Kg Fikri, Kg Mak Lagam, Kg Gong Pauh, Kg Geliga Permai, Kg Geliga/ Geliga Pantai, Kg Pengkalan Pandan, Kg Seri Berenjut, Kg Dusun Nyior, Kg Rumah Murah Geliga dan Kg Tuan.
25 Jul 21
280
YaPEIM Sumbang 40 Lembu
YaPEIM Sumbang 40 Lembu
MARANG, 23 Julai - Yayasan Pertubuhan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah menyumbang 40 ekor lembu untuk dikorban dan diagihkan kepada masyarakat Islam  di seluruh Terengganu pada Aidiladha tahun ini. Sumbangan dengan kerjasama agensi AMCARE itu turut disalurkan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rhu Rendang. Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, sumbangan tersebut sangat besar di kalangan masyarakat dan seluruh rakyat Terengganu. "Lembu untuk ibadah korban ini merupakan tanda kerja-kerja ikhlas dan tanggungjawab korperat kepada komuniti khususnya fakir-fakir miskin dan asnaf di negeri ini, "katanya. Beliau berkata ketika hadir ke tempat penyembelihan ibadat korban Hari Raya Aidiladha bersama penduduk kampung Rhu Rendang di Surau Al-Amin, Jumaat lalu  Menurutnya lagi, pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang sangat berbesar hati dengan sumbangan tersebut dan berharap sumbangan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa dan tahun-tahun akan datang. "Saya juga difahamkan, ini juga merupakan sumbangan lembu pertama daripada pihak YaPEIM melalui agensi AMCARE di daerah Marang dan negeri Terengganu. "Semoga ibadah korban kita pada tahun ini, diterima oleh Allah serta diberkatinya dan saya sekali lagi mewakili Menteri Besar Terengganu mengucapkan terima kasih kepada pihak YaPEIM," tambahnya lagi.
24 Jul 21
483
90 Rumah Rosak Akibat Ribut
90 Rumah Rosak Akibat Ribut
KEMAMAN, 23 Julai - Sebanyak 90 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai, rosak dalam kejadian ribut, hujan lebat dan angin kencang yang telah berlaku, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, jumlah itu diperolehi setakat ini selepas menerima laporan oleh setiap pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat. Setakat ini, sebanyak 17 kampung yang dilaporkan mempunyai penduduk yang menjadi mangsa ribut ini. "Saya telah memaklumkan kepada semua JPKK untuk segera mengambil tindakan untuk baik pulih rumah berkenaan. "Insya-Allah, kita akan segera melaksanakan kerja-kerja baik pulih rumah ini dan menyelesaikannya secepat mungkin. "Ia adalah bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua mangsa ini kembali seperti sediakala," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri telah turun melawat kawasannya seawal pagi tadi. Kejadian ribut, hujan lebat dan angin kencang ini dikatakan berlaku sekitar jam 12.00 malam, malam tadi.
23 Jul 21
552
DUN Batu Buruk Agih 1,200 Kilogram Daging Korban
DUN Batu Buruk Agih 1,200 Kilogram Daging Korban
KUALA TERENGGANU, 22 Julai – Sebanyak 1,200kg daging korban telah diagihkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sebanyak tujuh ekor lembu 'ditumbangkan' termasuklah sumbangan daripada Ahli Parlimen Kuala Terengganu. "Dianggarkan kira-kira 2400 orang dalam DUN ini akan menerima agihan daging korban ini. “Semoga urusan ini dipermudahkan dan diterima amalan oleh Allah SWT,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu turun ke Program Korban Perdana DUN Batu Buruk yang diadakan di Kg. Bukit Depu dan Kg. Raja Baran, Chendering, semalam. Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim. Program tersebut telah dijalankan dengan jumlah petugas mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.  
22 Jul 21
633
Bakul Makanan PEMULIH Parlimen Kuala Terengganu Mula Diagih
Bakul Makanan PEMULIH Parlimen Kuala Terengganu Mula Diagih
KUALA TERENGGANU, 18 Julai - Sebanyak 100 bakul makanan di bawah program Program Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi Parlimen Kuala Terengganu mula diagihkan hari ini. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, melalui peruntukan RM300,000 yang diterimanya, sebanyak 3,000 bakul makanan dengan setiap satu bernilai RM100 disediakan untuk agihan. "Kita baru terima barang agihan semalam dan ini lokasi dan agihan pertama yang dilaksanakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas agihan di Kondo Rakyat, Kuala Ibai, hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said. Jelasnya, kesemua bakul makanan dijangka selesai diagihkan kepada semua golongan sasaran pada minggu ini. "Di Kondo Rakyat terdapat seramai 685 keluarga, namun kita edar 100 dahulu dan selebihnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) lain. "Selain melalui dana PEMULIH, bagi bantuan semua golongan B40 akan turut diusahakan oleh ADUN-ADUN supaya bantuan sampai kepada sasaran," katanya.    
18 Jul 21
615