Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali, bertekad memperbaiki kelemahan komunikasi dan organisasi pasukannya menjelang aksi timbal balik menentang Kuching City FC selepas tewas 1-4 dalam suku akhir pertama Piala FA Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.